Saturday, June 25, 2022

PENCEMARAN AIR DI SUNGAI PINANG GEORGETOWN

Pencemaran di Sungai Pinang, Pulau Pinang

1.0  Ringkasan kes

Peningkatan sektor industri dan urbanisasi yang berlaku di negara Malaysia telah menjadikan sungai sebagai sumber air untuk penduduk (Chan,2005). Berdasarkan hasil kajian, yang dijalankan di sungai pinang yang terletak di bandar Georgetown iaitu di kawasan daerah timur laut di Pulau Pinang. Bandar Georgetown merupakan bandar yang kecil namun bandar ini mempunyai populasi penduduk kedua tertinggi di Pulau Pinang. Sungai Pinang telah tercemar disebabkan beberapa faktor seperti urbanisasi penduduk, pembuangan sampah yang tidak terkawal,pelepasan sisa air. Dari hasil kajian dan temu bual menunjukkan punca utama yang menyebabkan sungai pinang tercemar adalah sikap penduduk yang sering membuang sisa buangan sampah dari rumah ke dalam sungai. Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak sayang akan alam sekitar telah memudaratkan penduduk di kawasan sungai itu sendiri apabila kualiti air sudah mencapai paras yang tidak selamat untuk digunakan.

 

 

PETA SUNGAI PINANG

 


2.0 Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air di sungai pinang adalah pembuangan sisa domestik, sisa dari penternakan haiwan,sisa industri dari kilang,tanah runtuh dari tapak pembinaan, dan air larian dari aktiviti manusia (Naemah,2006). Sisa air dari kawasan tempat tinggal penduduk juga telah meningkatkan bahan pencemar yang dilepaskan ke kawasan sungai dan menjadi punca utama kepada pencemaran sungai (Yen,2017). Dari hasil analisis pembersihan sungai yang dilakukan menunjukkan 88.9% sisa buangan sampah boleh dikitar semula seperti bekas makanan,tin minuman,penyedut minuman dan kertas. Kerajaan negeri juga telah menyatakan peningkatan sisa domestik dari tahun 2013 sehingga tahun 2014 iaitu 15 tan sehingga 50 tan (The Sun Daily,2015).

 

GRAF INDEKS KUALITI AIR

Berdasarkan graf di atas menunjukkan kualiti indeks air berada di kelas keempat dan meningkat ke kelas ketiga pada tahun 2015. Kualiti indeks air pada kelas ketiga pada tahun 2015 menunjukkan air sungai itu memerlukan rawatan secara besar-besaran disebabkan kualiti air yang sangat kotor.

 

3.0 Masalah yang berlaku

Pada tahun 2015, Sungai Pinang telah direkodkan sebagai kelas ketiga iaitu  kualiti air sungai pada ketika itu tidak selamat digunakan oleh penduduk (Laporan Kualiti Alam Sekitar).Hal ini kerana, penduduk di kawasan itu hanya bergantung kepada kerajaan negeri sahaja untuk menyelesaikan isu pencemaran air sungai yang berlaku. Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan bajet sebanyak RM 20,000 untuk menggunakan peralatan teknologi iaitu interseptor untuk mengaut sampah-sampah di dalam sungai dan usaha untuk memulihkan kualiti air di sungai pinang. Dengan kewujudan peralatan teknologi sahaja masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalah pencemaran air di sungai tersebut. Hal ini kerana, sikap penduduk yang masih membuang sampah-sarap dan sisa buangan dari rumah ke sungai. Dari hasil temu bual bersama penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut kurang cakna akan projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk membersihkan kawasan sungai tersebut. Sikap kurang kesedaran akan kepentingan menjaga kualiti air sungai dan pengetahuan akan pengurusan sungai menyebabkan isu sungai tercemar ini tidak dapat diatasi dengan baik.

 

 JADUAL INDEKS KUALITI AIR

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan indeks kualiti air yang diklasifikaikan kepada lima kelas iaitu sekiranya indeks kualiti air melebihi nilai 9.27, menunjukkan sungai ini dikonservasi untuk alam sekitar dan tidak memerlukan rawatan. Indeks kualiti air pada kelas kedua iaitu nilai 7.65-92.7 menunjukkan kualiti air sungai boleh digunakan untuk tujuan rekreasi. Bagi kelas ke tiga iaitu nilai 51.9 – 76.5 menunjukkan pembersihan sungai secara besar-besaran diperlukan. Kualiti air pada kelas keempat iaitu 31.0-51.9 pula menunjukkan air sungai itu boleh dijadikan pengairan dan kualiti air kurang dari 31.0 pula menunjukkan air sungai itu tidak boleh digunakan kerana terlalu kotor dan tidak selamat untuk digunakan oleh penduduk dan membawa kemudaratan kepada kesihatan. Keadaan sungai pinang yang telah tercemar telah memberi kesan yang negatif kepada penduduk dari segi kesihatan dan keselesaan penduduk di mana bau yang kurang menyenangkan dari sungai telah menganggu keselesaan penduduk dalam rutin seharian.

 

4.0 Cadangan penyelesaian

Antara salah satu punca yang menyebabkan isu pencemaran sungai tidak dapat diatasi adalah kerana sikap penduduk yang hanya mengharapkan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu pencemaran yang berlaku tanpa berusaha untuk tidak membuang sampah ke dalam sungai di mana pembuangan sampah yang tidak terkawal menjadi salah satu punca pencemaran sungai terus berlaku saban tahun. Maka, antara cadangan penyelesaian yang perlu dilaksanakan adalah memupuk sikap tanggungjawab dan alam sekitar dalam kalangan penduduk untuk bersama-sama menjaga kualiti air sungai dari terus tercemar. Sebagai contoh, melaksanakan gotong-royong dalam kalangan penduduk untuk membersihkan sungai pinang dan menjalankan kempen kesedaran agar penduduk dapat menguruskan sisa pembuangan sampah dengan baik. Sebagai contoh, penduduk boleh melakukan kitar semula terhadap barangan seperti botol plastik untuk dijadikan sebagai barangan terpakai.


5.0 Rujukan

Chan, N. W. (2005). Sustainable management of rivers in Malaysia: Involving all stakeholders. International Journal of River Basin Management, 3(3), 147-162. doi: 10.1080/15715124.2005.9635254

 

DOE (Department of Environment). (2016). Malaysia Environmental Quality Report 2015 (D. o. E.  Malaysia, Trans.). In D. o. E. Malaysia (Ed.). Selangor: Department of Environment Malaysia.

 

Naemah, F., SaadI, M., Norulaini, N., RahmanI, N. A., Kadi, M. O. A., & Omar, F. M. (2006). Identification of Pollution Sources within the Sungai Pinang River Basin. Paper presented at the Malaysian Research Group International Conference, Manchester, United Kingdom.

 

The Sun Daily (2015). Three times more rubbish in Sg Pinang since 2013. Retrieved fromhttp://www.thesundaily.my/news/1380106. Accessed on 18 January 2018.

 

Yen, L. J., Matsumoto, Y., Yin, C. S., Wern, H. C., Inoue, T., Usami, A., . . . Yagi, A. (2017). Characteristics  of water quality of rivers related to land-use in Penang Island Malaysia. AIP Conference Proceedings, 1892(1), 040008. doi: 10.1063/1.5005688


NUR AQILAH BINTI MOHAMAD TAIB

D20182085939

KUMPULAN A


Virus-free. www.avast.com

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...