Monday, June 20, 2022

Faktor yang mendorong kemiskinan hidup masyarakat Nigeria.

 

Pengenalan

Nigeria bukanlah antara negara yang miskin di dunia namun segelintir masyarakat hidup dalam keadaan yang sangat susah. Antara faktor yang mendorong kepada kemiskinan dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan ketidaksamaratataan dari ekonomi, sosial dan sebagainya lagi. Selain itu, sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan tamak akan kuasa dan duit menyebabkan penduduk yang miskin semakin hidup melarat. Dari hasil dapatan kajian The World Development  Report 2000/2001 telah menyatakan beberapa faktor kemiskinan yang berlaku adalah disebabkan kurangnya peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik disebabkan golongan miskin tidak mendapat peluang untuk bekerja dalam sektor ekonomi. United Nations menyatakan kemiskinan telan menafikan pilihan dan peluang golongan penduduk yang miskin untuk membuat pilihan dalam kehidupan mereka. Golongan miskin tidak dapat hidup seperti manusia biasa kerana mereka tidak mempunyai keperluan asas seperi sumber makanan yang mencukupi , peluang pendidikan yang formal ke sekolah, kemudahan fasiliti kesihatan dan tidak diberikan tanah untuk tujuan penanaman tumbuhan bagi menyara kehidupan. Golongan penduduk yang miskin di Nigeria terus hidup dalam persekitaran yang tidak kondusif kerana tidak mendapat sumber air yang bersih dan kelengkapan sanitasi yang mencukupi untuk melindungi mereka daripada mendapat penyakit seperti penyakit bawaan air.

 

Faktor-fator yang mendorong kepada kemiskinan Nigeria

a)     Tidak mendapat peluang pekerjaan

Faktor utama kepada kemiskinan di negara Nigeria apabila masyarakat tidak bekerja dan mereka tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Walaupun seseorang individu itu mempunyai pendidikan dan kelayakan untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik. Namun, di negara Nigeria orang yang berkuasa tidak mengambi kira merit dan kelayakan graduan itu untuk mendapatkan peluang pekerjaan sebaliknya lebih mengutamakan graduanyang mempunyai hubungan dengan orang yang mempunyai kuasa. Maka, terdapat ramai graduan yang menganggur sekiranya mereka datang dari keluarga yang miskin. Hal ini kerana, penduduk yang miskin terus terpinggir dan tidak diberikan peluang untuk mendapat pekerjaan. Dalam laporan African Development Indicators menunjukkan pendidikan yang tinggi tidak menjamin penduduk akan mendapat peluang pekerjaan disebabkan sikap tidak adil oleh pihak yang berkuasa. (Teshome,2018). Tekanan hidup akibat kemiskinan dan tidak mendapat peluang pekerjaan telah mendorong penganggur untuk melakukan kegiatan jenayah seperti penipuan, menculik dan merompak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kehidupan mereka.

 

b)    Korupsi

Korupsi dapat difenisikan sebagai pecah amanah dalam sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi. Korupsi merupakan perkara yang berlaku di negara Nigeria di mana pemimpin negara telah menggunakan dana kerajaan untuk diberikan kepada keluarga mereka dan rakan-rakan ahli politik. Selain itu, hasil pendapatan kerajaan juga tidak digunakan untuk tujuan pembangunan di negara Nigeria dan untuk membantu rakyat yang hidup dalam keadaan susah.


         Korupsi dalam kalangan pemimpin

 

c)    Penduduk malas bekerja

Golongan penduduk yang malas untuk bekerja kebanyakannya mempunyai latar belakang keluarga yang hidup mewah. Kebanyakan dari mereka hanya bergantung kepada seorang individu sahaja untuk bekerja dan menjana pendapatan. Apabila individu itu sudah meninggal dunia maka sesebuah keluarga itu akan hidup dalam kemiskinan kerana kegagalan mereka untuk menguruskan kewangan dengan baik dan hilang tempat pergantungan bagi sumber kewangan.

 

d)    Ketidaksamarataan pendapatan

Ketidaksamarataan merujuk kepada pembahagian dari segi pendapatan,dan bagaimanakah keuntungan ekonomi memberi kesan yang positif kepada masyarakat (Oyekale,2007). Selepas pertumbuhan ekonomi pada tahun 1965-1975 terdapat jurang ekonomi yang berlaku disebabkan ketidaksamarataan pendapatan yang diperolehi oleh penduduk di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Di kawasan luar bandar penduduk pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian. Namun, pada masa kini sektor penghasilan minyak telah mendominasi ekonomi di Nigeria. Namun begitu, mereka tidak melaburkan duit agar penduduk di luar bandar juga mendapat kemahiran dalam sektor penghasilan minyak. Maka, penduduk tidak dapat menjana pendapatan lagi kerana kegiatan pertanian sudah dipinggirkan oleh kerajaan Nigeria dan keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah ekonomi dan sosial seperti korupsi, keganasan dan lain-lain (Oluwatayo,2008).

 

e)    Ketidakpelbagaian ekonomi

Negara Nigeria hanya bergantung kepada sektor penghasilan minyak sahaja apabila hasil eksport minyak meningkat kepada 97.5% pada tahun 2008. Krisis Niger Delta berlaku apabila penduduk di kawasan sumber penghasilan minyak menuntut hasil sumber ekonomi dari kerajaan apabila kerajaan Nigeria tidak menepati janji mereka untuk memberi hasil keuntungan dari eksport minyak. Hal ini kerana, sebahagian besar di kawasan iut merupakan sumber utama untuk mendapatkan minyak bagi tujuan pengeksportan.Menurut Collier, 2007 pada tahun 1970 kegiatan eksport hasil pertanian tidak mendapatkan keuntungan disebabkan peningkatan penghasilan minyak. Pada pertengahan tahun 1980, penghasilan minyak adalah tinggi pada ketika itu dan memberi keuntungan kepada negara. Namun begitu, kerajaan melakukan peminjaman duit dan melaburkan kepada projek yang tidak mendapat keuntungan sebaliknya menyebabkan pembaziran. Pada tahun 1986, harga minyak dunia telah jatuh dan menyebabkan penghasilan minyak menurun secara drastik. Kerajaan Nigeria juga menghadapi masalah besar apabila kerajaan terpaksa berhutang dari pinjaman yang terdahulu untuk pelaburan.

 

"Delta Niger" kawasan sumber minyak

bagu tujuan eksport.


Masalah yang berlaku

Terdapat beberapa kesan yang berlaku disebabkan kemiskinan di negara Nigeria. Antaranya, ialah peningkatan kematian bayi yang baru lahir dan jangka hidup yang rendah. Golongan miskin di Nigeria juga mendapat pelbagai penyakit disebabkan mereka tidak mendapat hak untuk dirawat di hospital. Kebanyakan kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan imunisasi dan menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit seperti malaria dan kolera dan menyebabkan kematian. Dengan menyediakan sumber air yang bersih dan rawatan kesihatan yang baik mampu untuk menyelamatkan nyawa bayi yang baru dilahirkan.Selain itu, kadar jenayah juga meningkat disebabkan penduduk terdesak untuk menyara kehidupan.

Cadangan penyelesaian

Konklusinya, masalah seperti korupsi oleh pemimpin, sikap malas bekerja, pembahagian hasil ekonomi yang tidak sama rata dan tidak memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang layak telah menyebabkan berlakunya kemiskinan di negara Nigeria. Kerajaan Nigeria perlulah melakukan inisiatif untuk memberi peluang kepada graduan yang layak bekerja agar mereka dapat menyara kehidupan keluarga. Hal ini kerana, graduan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi mampu untuk menyumbang tenaga dan idea untuk memajukan ekonomi di negara Nigeria.Kerajaan Nigeria perlulah mengutamakan pendidikan dan menjanjikan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan agar masyarakat yang hidup dalam keadaan miskin mampu untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selain itu, sektor ekonomi juga harus dipelbagaikan dan seperti sektor pertanian yang berpotensi menyumbangkan keuntungan kepada negara. Hal ini kerana, penghasilan minyak merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui. Hal ini, sangat membimbangkan sekiranya negara Nigeria hanya bergantung kepada sektor penghasilan minyak sahaja. Sebaliknya, kerajaan Nigeria perlulah menyediakan peluang pekerjaa dari pelbagai sektor ekonomi seperti pembuatan, pertanian, perniagaan dan sebagainya lagi bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mempunyai peluang untuk bekerja bagi menampung kos sara hidup mereka.

 

Rujukan

 

Collier, Paul (2007) The Bottom Billion: Why the Poorest Countries are Failing and

What Can Be Done About It (Oxford and New York: Oxford University Pres

 

Oluwatayo, I. B. (2008) "Explaining Inequality and Welfare Status of Households in

Rural Nigeria: Evidence from Ekiti State", Humanity & Social Science Journal,

Vol. 3, No. 1, pp. 70-80; available at: http://www.idosi.org/hssj/hssj3(1)08/9.pdf

 

Oyekale, A. S.; T. O. Oyekale; and A. I. Adeoti (2007) "Regression-Based Approach to

Income Inequality Decomposition in Rural and Urban Nigeria", International

Journal of Economic Perspectives, Vol. 1, No. 2, pp. 45-54.

 

Teshome, Mekonnen (2008) "Multi-sectoral Approach to Cope with African Youth

Unemployment", waltaINFO of Tuesday, December 9, 2008; available at:

http://www.waltainfo.com/index.php?option=com_content&task=view&id=5407

&Itemid=82.

World Bank (2001) World Development Report 2000/2001—Attacking Poverty (New

York: Oxford University Press)

 

                                                          Disediakan oleh :

                   NUR AQILAH BINTI MOHAMAD TAIB

                               D20182085939

                                Kumpulan : A


Virus-free. www.avast.com

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...