Sunday, June 19, 2022

KURANG PELUANG PEKERJAAN PUNCA PENDUDUK MUKIM SELINSING DAN PENDUDUK DAERAH KERIAN MIGRASI KE PULAU PINANG DAN IPOH, PERAK

NAMA : MUHAMMAD AIMAN BIN ZAINAL
NO MATRIK : D20202096585
KUMPULAN : B

PENGENALAN

Migrasi adalah satu fenomena pembangunan yang tidak dapat dielakkan. Ia akan menyebabkan perubahan corak demografi penduduk yang akhirnya membawa kepada perubahan sosio-ekonomi ataupun taraf hidup atas faktor yang banyak seperti pekerjaan, gaji dan sebagainya. Migrasi yang sering berlaku di Malaysia adalah migrasi dalaman (internal migration) kerana kebanyakan penduduk Malaysia berpindah atau menetap dari satu kawasan ke kawasan yang lain di dalam sesebuah negara. Migran adalah orang yang berhijrah ke sesuatu tempat. Selain itu juga, dalam Malaysia juga kebanyakannya migrasi antara luar bandar ke bandar  (rural-urban migration) atas faktor pekerjaan dan bayarannya. Inilah yang menyebabkan manusia berpindah iaitu dari negeri yang kadar upahnya rendah ke negari yang kadar upahnya tinggi. Manusia berpindah ke tempat di mana wujudnya peluang, bukan sahaja dalam bentuk upah malah peluang dalam bentuk meningkatkan kemahiran sama ada dari segi pendidikan, pengalaman, latihan dan kemahiran. Dalam kajian ini, akan mengkaji migrasi penduduk disebabkan oleh gaji rendah di Daerah Kerian dan Mukim Selinsing. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui punca, masalah dan jalan penyelesaian kes migrasi penduduk Daerah Kerian dan Mukim Selinsling ini.

KAWASAN KAJIAN 

Mukim Selinsing merupakan kampung yang terletak di Daerah Kerian Perak. Mukim Selinsing keluasan  163  km  persegi  dan merupakan sebuah mukim yang tcrluas  di  Daerah  Kerian.  Walau bagaimanapun,  Mukim Selinsing mempunyai bilangan kampung yang tersedikit (17 buah kampung) berikutan hampir separuh dari kawasannya diliputi oleh paya bakau, hutan bakau dan kawasan tanaman padi dan estet kelapa sawit. Dengan sebab itulah bilangan kampung di Mukim Selinsing adalah sedikit.

                            Peta 1 : Peta kawasan Daerah Kerian, Perak

Daerah Kerian pula terletak di utara Negeri Perak dan bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang dan Negeri Kedah. Di sebelah timur dan selatan daerah Kerian pula bersempadan dengan daerah Larut, daerah Matang dan juga daerah Selama. Selat Melaka pula terletak di barat daerah Kerian yang bersebelahan dengan laut. Keluasan daerah ini ialah 852 km persegi iaitu empat peratus daripada keluasan Negeri Perak  dan  merupakan daerah yang terkecil  dalam  negeri  dari  sembilan  buah daerah kesemuanya.   Dari   segi   pentadbiran.   Daerah  Kerian  mempunyai   tujuh  buah  mukim  yang mengandungi  409 buah kampung. Mukim Semanggol  dan  Selinsing masing-masing mempunyai  keluasan  163  km  persegi  dan merupakan dua  buah mukim yang tcrluas  di  Daerah  Kerian.  Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan-kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu. Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

 Rajah 1 : Gambaran ringkas antara Negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah

Peta 2 : Kawasan Daerah Kerian, Pulau Pinang dan Kedah


Jenis tanah disekitar kawasan Daerah Kerian ini ialah jenis tanah aluvium dan tanah laterit yang sesuai untuk penanaman sawah padi dan kelapa sawit. Oleh sebab itu, Daerah Kerian  lebih  terkenal  dengan  tanaman  padi  berbanding  dengan  tanaman  kelapa  sawit dari segi  bilangan  petani  yang terlibat  dan keluasan  tanaman  padi. Kawasan  tanaman  padi  di  Daerah  Kerian  menguasai  50 peratus dari jumlah  kawasan tananam  padi di  Negeri  Perak.  Daerah  Kerian  mempunyai  luas kawasan tanaman  padi dan pengeluar  kedua  terpenting  di  Negeri Perak selepas  Daerah  Hilir Perak. Seterusnya tanaman kelapa sawit merupakan tanaman kedua penting di Daerah Kerian. Walau bagaimanapun bilangan petani semakin berkurang setiap tahun kerana bekas petani-petani yang lama kebanyakan sudah tiada daya untuk bekerja. Mereka hanya mengajar dan mengharapkan generasi muda untuk meneruskan legasi mereka di kampung. Tetapi disebabkan kebanyakannya penduduk-penduduk kawasan Daerah Kerian mempunyai kelulusan yang agak tinggi dan permintaan gaji yang tinggi punca penduduk Daerah Kerian mengambil peluang untuk migrasi di Ipoh dan Pulau Pinang.

Rajah 2 : Petani yang sudah berumur


FAKTOR PENDUDUK DAERAH KERIAN DAN SELINSING MIGRASI DI PULAU PINANG DAN IPOH                          

Migrasi yang berlaku di daerah Kerian dan Mukim Selinsing adalah Migrasi Penduduk. Umumnya, migrasi dilakukan kerana alasan ekonomi iaitu bagi mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi bagi menampung kehidupan rentetan taraf hidup yang semakin tinggi dewasa ini. Menurut Teori Ekonomi Isi Rumah Baru ( The New Household Economic of Migration), faktor yang menjadi pendorong bagi seseorang manusia itu berpindah ialah kebaikan seluruh isi rumah atau individu tersebut. Bukan sahaja untuk memaksimumkan pendapatan tetapi juga untuk meminimumkan risiko. Teori ini melihat migrasi sebagai satu kaedah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan sesebuah keluarga.

            Oleh itu, sekiranya diteliti dengan baik, teori ini amat berkait dengan isu faktor pekerjaan di daerah Kerian dan mukim Selinsing ini. Kebanyakan masyarakat di Daerah Kerian dan penduduk di mukim Selinsing melakukan migrasi adalah demi kepentingan ekonomi. Kita sendiri boleh lihat migrasi antarabangsa yang dilakukan oleh penduduk asing didalam negara kita contohnya penduduk dari Bangladesh dan Indonesia. Mereka memasuki Malaysia kerana upah yang tinggi mengikut mata wang Malaysia sekiranya mereka pulang ke negara asal. Sebegitu jua yang dilakukan oleh penduduk Daerah Kerian yang berpindah keluar dari daerah yang kecil dan kurang peluang pekerjaan ke bandar yang lebih mendapat kerja besar serta upah yang besar seperti Pulau Pinang dan Ipoh. Oleh sebab Pulau Pinang merupakan bersebelahan dengan Daerah Kerian, kebanyakan penduduk Daerah Kerian saggup berulang alik dari rumah ke Pulau Pinang. Kebanyakan daripada penduduk Daerah Kerian bekerja sebagai operator kilang. Walaupun agak jauh dan memakan masa, masyarakat amat sanggup kerana bayaran gaji yang mereka dapat lebih daripada kilang yang berada di kawasan mereka duduk. Penduduk daerah Kerian sanggup berulang-alik setiap hari kerana kos sara hidup di kawasan Pulau Pinang amatlah tinggi sehinggakan ada yang sanggup gerak pergi kerja pada awal subuh untuk menghindari dari kesesakan lalu lintas.


Rajah 3 : Jalan raya sesak di jambatan Pulau Pinang


       Faktor yang kedua pula ialah gaji minimum yang tinggi. Oleh sebab itu majoriti penduduk Daerah Kerian mengambil peluang untuk memilih bekerja di Pulau Pinang dan Ipoh kerana gaji yang dibayar lebih daripada minimum antara RM1500-RM2000. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2019), purata gaji bulanan di Negeri Perak adalah antara yang paling rendah di Malaysia dengan jumlah RM 2281 pada 2017 dan RM 2387 pada 2018 (ms. 85).  Dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi pada waktu ini, rakyat juga dibelenggu kos sara hidup yang masih tinggi dan tidak selari dengan pasaran buruh yang tidak stabil dan menyebabkan ramai penduduk memilih untuk mencari pekerjaan yang tinggi bayaran minimum. Menurut laman web Malaysia Now, harga makanan terus meningkat jika dibandingkan dengan barangan yang lain dan memandangkan kumpulan isi rumah B40 lebih cenderung untuk membeli makanan, peningkatan harga makanan yang konsisten akan menyebabkan kumpulan isi rumah ini terkesan daripada kadar inflasi yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, ramai penduduk di daerah ini bekerja di luar kawasan daerah Kerian terutama di Pulau Pinang dan Ipoh kerana peluang pekerjaan teramatlah luas dan gaji yang ditawarkan amatlah memenuhi keperluan. Selain itu juga, penduduk Daerah Kerian sanggup berulang-alik ke bandar berbanding menetap dibandar adalah kerana kos sara hidup di bandar amatlah tinggi berbanding kos sara hidup di luar bandar.

Rajah 4


Faktor yang seterusnya adalah faktor pendidikan yang tinggi. Hal ini kerana ramai graduan universiti untuk memilih kerja di bandar berbanding luar bandar kerana mempunyai kelulusan yang tinggi. Menurut statistik siswazah yang terdapat di Jabatan Perangkaan Malaysia (2019), Pada tahun 2019, bilangan siswazah di Perak adalah seramai 330.3 ribu orang, meningkat 12.0 peratus daripada 294.9 ribu orang pada tahun 2018. Dari jumlah tersebut, tenaga buruh siswazah adalah 258.1 ribu orang, meningkat 10.3 peratus berbanding tahun sebelumnya (2018: 234.0 ribu orang) (ms. 89). Oleh sebab itu, lepasan graduan banyak memilih untuk mencari kerja di bandar seperti di Ipoh dan Pulau Pinang kerana terdapat peluang pekerjaan yang baik serta pembayaran gaji yang agak lumayan.


KESAN MIGRASI PENDUDUK DAERAH KERIAN

            Seterusnya kesan migrasi terhadap bandar seperti Ipoh dan Pulau Pinang semestinya pencemaran alam dan kerosakan sumber alam. Apabila penduduk di bandar-bandar bertambah ia telah meningkatkan kadar pencemaran udara dan air di bandar-bandar berkenaan. Pertambahan penduduk secara tidak langsung meningkatkan jumlah kenderaan yang melepaskan gas-gas pencemar seperti karbon monoksida ke udara. Keadaan ini akan kembali meningkatkan indeks pencemaran udara. Sumber air, terutama sungai, akan tercemar oleh pertumbuhan penduduk menerusi pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap harian oleh penduduk. Selain itu juga, Kemasukan migrasi akan menambahkan bilangan penduduk, justeru kawasan penempatan dan perumahan perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk berkenaan. Pembukaan kawasan penempatan baru akan mengorbankan kawasan guna tanah yang sedia ada seperti guna tanah pertanian. Pada masa kini sudah banyak estet-estet pertanian bertukar kepada estet perindustrian dan perumahan serta nilai tanah menjadi semakin mahal sehingga sukar untuk guna tanah lain dijalankan.

     Rajah 5


Manakala di luar bandar pula ia berlaku pembaziran sumber. Terutama mukim-mukim di daerah kerian yang merupakan daerah jelapang padi di negeri Perak. Daerah Kerian mempunyai masalah kekurangan pekerja untuk membangunkan sumber-sumber alam setempat. Misalnya masalah tanah terbiar dan krisis tenaga dalam sektor pertanian dan perikanan. Fenomena migrasi tenaga kerja dari sektor pertanian dan perikanan dari luar bandar ke sektor industrian dan perkhidmatan di bandar menyebabkan kawasan-kawasan desa yang ditinggalkan menjadi lebih mundur.

                                                

          Rajah 6 : Sawah padi yang tidak terjaga


CADANGAN PENYELESAIAN

            Antara cadangan penyelesaian yang terbaik adalah memodenkan infrastruktur seperti teknologi dron dalam pertanian. Hal ini akan menyebabkan golongan muda akan tertarik meneruskan generasi sebagai pesawah moden. Hal ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada golongan muda yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan dengan mengambil upah meracun, membaja atau membaca menggunakan dron. Selain itu juga, sekiranya seorang petani yang mempunyai dron yang sendiri ia lebih baik kerana apabila ada petani lain yang kurang maju mereka boleh membayar petani moden tersebut untuk mempercepatkan dan memudahkan kerja mereka. Menurut Pegawai Syarikat pemasaran dron, Sanyeong Agricultural Sdn. Bhd., Sahal Amer Hamzah berkata penggunaan dron yang mampu melakukan kerja meracun dan membaja melibatkan kawasan yang luas dalam sehari dengan mengambil masa menyembur racun atau baja dalam tempoh kira-kira 3.3 minit bagi keluasan sehektar tanah dapat menjimatkan masa. Tambahan pula, Apabila menggunakan dron, pesawah tak perlu masuk ke dalam sawah yang boleh merosakkan tanaman sekiranya terpijak pokok padi hingga menyebabkan hasil berkurangan. Menurut Akhbar Berita Harian, seorang setiap lima petani muda Eropah mempunyai pendidikan dan latihan pertanian secara formal, berbanding petani lebih berumur yang hanya bertani melalui pengalaman. Di samping itu, petani muda di Eropah di bawah umur 35 tahun membuat pelaburan purata tertinggi jika dibandingkan petani yang lebih berumur. Ini menunjukkan petani muda lebih berminat untuk gunakan teknologi dan automasi dalam pertanian. Di Jepun, jumlah generasi muda dalam pertanian juga beransur meningkat. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan 23,000 orang pekerja di bawah umur 49 tahun pada 2015, berbanding 18,000, lima tahun sebelumnya.

    Rajah 7 : Pesawah Moden

Seterusnya adalah dengan memajukan lagi kawasan luar bandar. Daerah kerian dan mukim Selinsing merupakan tempat yang berpotensi untuk dimajukan sebaiknya pihak pemaju mengambil tindakan untuk memajukan kawasan tersebut seperti meningkatkan kualiti hidup dan kemudahan-kemudahan asas yang dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Memajukan kawasan ini banyak memberi kesan positif terutama di kawasan sempadan Daerah Kerian iaitu Pulau Pinang. dengan adanya kemajuan di luar bandar  dari segi pekerjaan dan kemudahan-kemudahan lain akan menyebabkan migrasi luar bandar ke bandar.

 

 KESIMPULAN

            Kesimpulannya, migrasi yang berlaku di Daerah Kerian dan mukim Selinsing ke bandar mempunyai banyak kesan negatif dari positif. Kesan positif yang sedikit ialah sekiranya apabila ramai migrasi dari luar bandar ke bandar ia akan menyebabkan pertambahan penduduk tetapi, pertambahan penduduk ini juga penting untuk menggerakkan setiap kerja-kerja yang ada di kawasan bandar. Namun kesan negatif banyak berlaku kepada luar bandar kerana ia banyak melibatkan alam seperti tekanan sumber alam, kerosakan sumber alam dan pembaziran sumber alam. Ia akan mengakibatkan sektor industri dan perkhidmatan kawasan-kawasan desa yang ditinggalkan menjadi lebih mundur. Walau bagaimanapun terimalah kenyataan setiap kawasan pasti akan ada berlakunya migrasi sama ada masuk atau keluar atas faktor tertentu dan ianya sesuatu yang berada di luar kawalan kerana kita tidak dapat memaksa atau mengarahkan seseorang individu itu untuk melakukan penghijrahan.


RUJUKAN

Asan Ali Golam Hassan, Rosita Suhaimi, & Fatimah Saad. (1998). Migrasi Penduduk dan          Pembangunan. https://www.researchgate.net/publication/341270693_Migrasi_Penduduk_dan_Pembangunan


Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020, September 30). LAPORAN SOSIOEKONOMI NEGERI PERAKhttps://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/National%20Accounts/GDPbyState/2020/Laporan_Sosioekonomi_Perak_2019.pdf


Jelaskan kesan migrasi dalaman. (2010, January 28). The Journey Of Al-Ghazalian 09/10. https://alghazalismkputatan.weebly.com/sudut-ilmu/jelaskan-kesan-migrasi-dalaman

           

            Teori Kependudukan. (2015, September 5). fdocuments.net.                    

             https://fdocuments.net/document/teori-kependudukan.html?page=1


            Utama - Utusan Digital. https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/teknologi-dron-tarik-golongan-muda-jadi-pesawah-moden/

 

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...