Sunday, June 19, 2022

MASALAH PENCEMARAN SUNGAI DI KUALA KURAU, PERAK.

MASALAH PENCEMARAN SUNGAI DI KUALA KURAU, PERAK.

PENGENALAN

Air merupakan komponen yang paling penting kepada kehidupan yang bernyawa. Secara keseluruhannya, bumi mengandungi isipadu air yang terdiri daripada 93 peratus air laut, 2.5 peratus air bawah tanah dan dua peratus sebagai litupan tumbuhan ais serta kurang daripada satu peratus yang merupakan air sumber alam semula jadi yang terdapat di sungai, tasik, kolam dan air lembapan (Gasim, 2013). Hal ini dikatakan demikian kerana, air mampu untuk mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping menghalang kekeringan dan kerosakan di dalam sel-sel badan. Selain itu, air juga digunakan untuk membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain daripada manusia, tumbuhan dan haiwan juga memerlukan air untuk meneruskan kehidupan kerana tanpa air mereka mati dan layu. Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa air sangat penting terhadap kehidupan manusia.

Sungai merupakan sumber alam yang paling penting terhadap kehidupan manusia dan juga pembangunan negara (Ismail et al, 2010). Oleh itu, isu berkaitan dengan alam sekitar bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara ini terutamanya isu yang berkaitan dengan pencemaran sungai. Pencemaran sungai berlaku disebabkan oleh kegiatan yang dijalankan oleh manusia seperti aktiviti perniagaan, aktiviti pelancongan, aktiviti penternakan dan sebagainya. Pembangunan ekonomi dan industri di seluruh dunia bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kehidupan dan kemewahan kepada penduduk, malah ia turut mendatangkan pelbagai masalah sosial yang baru (Martinsons et al, 1996). Hal ini berlaku kerana, terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab menyalurkan sampah sarap, sisa kumbahan dan sebagainya ke dalam sungai. Hal ini menyebabkan pencemaran sungai berlaku. Oleh itu, masalah pencemaran ini harus diberi perhatian dengan sepenuhnya kerana sungai merupakan sumber utama untuk membekalkan air untuk setiap isi rumah (Aini & Roslina, 2002).

 

RINGKASAN KES PENCEMARAN DI KUALA KURAU

Kuala Kurau terletak di dalam Daerah Kerian dan letakknya di sebelah utara Negeri Perak. Sepertimana yang kita ketahui, daerah ini bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang iaitu (sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah iaitu di daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan pula daerah Kerian ini bersempadan dengan daerah Larut, daerah Matang dan juga daerah Selama. Selat Melaka pula terletak di daerah Kerian iaitu di sebelah barat yang bersebelahan dengan laut.

Kuala Kurau sememangnya berhampiran dengan kawasan perairan. Dimana kampung ini merupakan kampung yang dipenuhi dengan sawah dan berhampiran dengan laut dan sungai. Laut dan sungai di kawasan ini sangat penting bagi sumber pengairan air terhadap aktiviti pertanian terutamanya kepada penanaman padi. Oleh kerana kawasan Kurau Kurau ini terletak berhampiran dengan sungai dan laut, maka adanya sebuah kawasan tarikan pengunjung yang terdapat di kawasan ini yang dikenali sebagai ban pecah. Ban pecah merupakan salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengujung dari luar mahupun dalam kampung tersebut untuk mengunjunginya.

Ban pecah merupakan salah satu destinasi yang sangat popular kepada kaki pancing dan juga lokasi yang menarik terutama kepada jurugambar untuk mengambil gambar perkahwinan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan laut di ban pecah sangat cantik terutamanya semasa matahari terbenam. Lokasi ini menjadi pilihan ahli keluarga pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga di samping menghirup udara yang segar. Pantai unik ini menerima ramai pengunjung hampir setiap hari kerana ban pecah ini juga menjadi kawasan tertumpu untuk aktiviti bermandi mandi oleh para pengunjung.

Persekitaran di desa pula telah terkenal dengan aktiviti Industri kecil dan Sederhana (IKS) seperti aktiviti yang  berkaitan dengan perikanan seperti pendaratan hasil laut, memproses belacan dan ikan kering, ternakan ikan di dalam sangkar dan ternakan udang yang telah menjadi salah satu aset pelancongan di sini. Selain itu, kawasan di pinggir pantai Kuala Kurau ini juga sangat terkenal dengan kawasan untuk ternakan kerang.

Oleh kerana kedudukan kawasan Kuala Kurau yang sangat strategik, kawasan ini menjadi kawasan para pelancong untuk mengunjunginya. Selain daripada kedudukan yang berdekatan dengan sungai, penduduk sekitar ini juga menjalankan kegiatan pertanian iaitu penanaman padi. Pencemaran sungai bukan sahaja berlaku akibat daripada aktiviti pelacongan, malah aktiviti pertanian seperti membaja dan meracun turut menyumbang kepada pencemaran sungai berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana, air daripada aktiviti pertanian ini akan disalurkan ke kawasan sungai yang berdekatan dan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Dengan itu, kegiatan pelancongan dan pertanian yang dijalankan di sini bukan sahaja dapat memberi kesan yang positif, malah ia turut menyumbang banyak kesan-kesan yang negatif sama ada terhadap manusia mahupun persekitaran.                                                                                                                                    

Rajah 1 : Peta kawasan Kuala Kurau

Sumber : Google Maps

 


Gambar 2 : Ban pecah

Sumber : Google Maps

PUNCA

Antara punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai adalah melalui aktiviti pelancongan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, penyaluran sisa kumbahan dan sisa makanan dari "homestay" di sekitar ban pecah ini menyebabkan pencemaran sungai berlaku. Hal ini dikatakan sebegitu kerana, mereka ingin menggunakan jalan mudah untuk melupuskan sisa-sisa tersebut dengan hanya menyalurkan ke dalam sungai. Warna air sungai juga akan bertukar kepada kehijau-hijauan dan kehitam-hitaman daripada warna asalnya iaitu jernih sekaligus meninggalkan bau yang sangat busuk dan tidak menyenangkan masyarakat sekitar.

            Punca kedua yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai ialah aktiviti pertanian. Sepertimana yang kita ketahui, aktiviti pertanian memerlukan sumber bekalan air yang mencukupi untuk mengekalkan tumbesaran tumbuhan. Namun, terdapat aktiviti pertanian seperti aktiviti membaja yang terlalu banyak sehingga menyebabkan bahan kimia mengalir ke sungai yang berhampiran dan mencemarinya. Proses pembajaan hendaklah dilakukan pada kadar yang sederhana sahaja kerana ingin memastikan ia dapat diserap ke tanah serta serta tidak mengalir ke sungai sekiranya hujan. Hal ini berlaku kerana, kebanyakkan petani mengupah buruh asing yang tidak mempunyai pengalaman atau pendidikan berkaitan dengan cara pengurusan pertanian. Oleh itu, para petani perlulah memantau pekerja mereka agar masalah pencemaran sungai ini dapat dibendung.

            Punca ketiga yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai adalah melalui aktiviti perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, di ban pecah terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman kepada para pengunjung. Terdapat segelintir pengujung yang tidak bertanggungjawab hanya membuang sisa makanan, plastik, botol dan sebagainya di sungai berkenaan. Hal ini berlaku bukan kerana tong sampah tidak disediakan, malah sikap individu berkenaan yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Hal ini menyebabkan plastik dan botol tersebut akan terapung-apung di permukaan air. Kesannya, imej kawasan Kuala Kurau akan tercemar.

Gambar 3 : Pembuangan sampah akibat aktiviti pelacongan

Sumber : Google maps



MASALAH

Akibat daripada kunjungan para pelancongan dari luar mahupun dalam kampung tersebut, maka wujudnya masalah yang berlaku di kampung ini seperti keindahan alam terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana, pencemaran air menyebabkan keindahan alam yang terdapat di ban pecah ini terjejas. Hal ini kerana, pantai ini dipenuhi dengan sampah sarap dan tidak indah untuk dipandang oleh para pelancong. Bukan sahaja masalah sampah sarap yang menyebabkan keindahan alam terjejas, malah keadaan air sungai yang bertukar warna dan busuk akibat dariapad bakteria daripada bahan cemar yang dibuang ke dalam air sungai turut menyebabkan keadaan sekitar kawasan tersebut menjadi tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di muka bumi ini.

Selain itu, pencemaran sungai juga akan menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, air yang tercemar ini mengandungi bahan kimia seperti merkuri, sodium, nitrat dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Sebagai contoh, sodium memberi kesan kepada jantung manakala plumbum dan merkuri pula menyebabkan berlakunya masalah saraf. Selain itu, terdapat juga pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis. Hal ini berlaku kerana sumber bekalan air kita telah tercemar.

            Selain itu, pencemaran sungai juga akan menjejaskan habitat flora dan fauna. Hidupan akuatik seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati apabila adanya pembuangan sampah dan sisa toksik di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana, hidupan akuatik memerlukan sumber bekalan air yang bersih untuk terus hidup. Apabila berlakunya pencemaran sungai, hidupan akuatik ini akan terjejas dan menyebabkan manusia kehilangan sumber protein. Selain itu, pencemaran sungai turut akan menjejaskan pendapatan nelayan. Hal ini kerana, sesetengah nelayan hanya bergantung kepada hasil tangkapan ikan. Apabila pencemaran berlaku, sumber mata pencarian mereka akan terjejas sekaligus menjejaskan taraf hidup mereka.

CADANGAN PENYELESAIAN

Antara cadangan yang boleh dilaksankaan bagi menangani isu ini adalah melaksanakan kempen seperti kempen sayangi alam sekitar. Melalui kempen ini, masyarakat akan sedar dan dapat mengetahui sedikit sebanyak  berkaitan dengan kepentingan menjaga alam sekitar dan cara untuk menguruskan segala sisa pembuangan agar dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar (Mohd Fazli, 2006). Selain itu, kempen kitar semula juga boleh dilaksankan untuk menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Hal ini membolehkan masyarakat berjimat-cermat sekaligus dapat mengurangkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

            Selain itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran orang ramai. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, media massa seperti televisyen, radio, telefon bimbit mahupun komputer merupakan alat pengantaraan untuk menyampaikan sesuatu maklumat terutamanya berkaitan dengan pencemaran. Hal ini kerana, televisyen merupakan satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap rumah mahupun keluarga. Sebagai contoh, televisyen menyiarkan berkenaan dengan hukuman atau denda yang akan dikenakan kepada pesalah yang melakukan pencemaran. Hal ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat bahawa hukuman yang akan diterima apabila melakukan pencemaran adalah berat. Oleh itu, masalah pencemaran dapat dielakkan daripada terus berlaku.

            Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang. Hal ini dikatakan demikian kerana, undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi agar pesalah dapat menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, jika didapati terdapat individu melakukan pencemaran, hukuman seperti denda yang tinggi atau dan penjara perlulah dikenakan kepada pesalah agar mereka sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang sama. Dengan itu, masalah pencemaran sungai dapat diatasi.

RUJUKAN

Aini, M. S. & M. S. Roslina. (2002). Household waste management. Malaysia Journal of Consumer 3 :14-29.

Gasim. M.B (2013) Pengurusan lembangan sungai berteraskan IWRM. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail, H., Hussain, S., Rokiah, T.P., & Mariyappan, R. (2010). Sikap komuniti setinggan tebingan sungai : Pencemaran dan pengurusannya. Jurnal Perspektif, 3(1), 1-12.

Martinsosn, M. G., Leung K.Y. Andy dan Loh Christine. 1996. Tecnology transfer for sustainable development: Environmentalism and entrepreneurship in Hong Kong. International Journal of Social economics 23(9): 69-96. Dicapai pada 13 june 2022, dari http://miranda.emeraldinsight.com/vl=2680340/cl=117/fm=docpdflnw=l/ rpsv/cw/mcb/03068293/v23n9/s6/p69.

Mohd Fazli Sabri & Teoh Y. Y. (2006). Tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau pengguna. Selangor. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 

NUR SYAZWANA BINTI MUHAMMAD YUSRI

D20201094298

KUMPULAN A

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...