Sunday, June 19, 2022

ISU KEMASUKAN WARGA ASING DI DAERAH KULAI, JOHOR

ISU KEMASUKAN WARGA ASING DI DAERAH KULAI, JOHOR

 

1.0           PENGENALAN

Dasawarsa ini, negara Malaysia dilihat semakin maju mengikuti perkembangan dunia daripada pelbagai bidang seperti ekonomi, pelancongan, teknologi dan sebagainya. Misalnya, sistem pengeluaran flekibel di Malaysia sudah biasa menggunakan tenaga robot dan komputer untuk menggantikan tenaga buruh seperti pembinaan autonomous mobile robots (AMR) dan autonomous mobile vehicles (AMV) yang dapat membantu untuk bergerak dan menyusun produk elektronik di gudang kilang. Meskipun pencapaian ini telah menjadi sebagai kebanggan rakyat Malaysia, mereka perlulah akur bahawa pencapaian negara sebegini juga merupakan sumbangan daripada buruh asing dari luar negara. Namun, bilangan penduduk berstatus warga asing sekarang sering dilihat semakin meningkat menurut. Isu ini telah mendapat perhatian oleh pihak kerajaan serta masyarakat setempat di mana setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kemasukan warga asing di dalam negara Malaysia. Di negeri Johor, statistik mendapati bahawa kadar kemasukan warga asing ke Johor dari tahun 2013 hingga 2017 seperti Rajah 1 berikut. Bagi negeri Kulai, dapatan menunjukkan bahawa seramai 103,793 warga asing yang masuk ke daerah Kulai iatu melalui Lapangan Terbang Senai (Rajah 2).


 Rajah 1: Kemasukan Warga Asing Ke Negeri Johor Mengikut Negara Asal (2018)
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Johor


Rajah 2: Kemasukan Warga Asing Mengikut Pintu Masuk Utama Negeri Johor
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Johor

 

3.0       FAKTOR-FAKTOR KEMASUKAN WARGA ASING

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kemasukan warga asing di daerah Kulai yang menyebabkan sektor pekerjaan di Malaysia didominasi oleh pekerja asing.

 

3.1       PENDAPATAN YANG TINGGI

Antara punca warga asing memilih negara Malaysia untuk mencari pekerjaan adalah dari segi pendapatan yang tinggi. Menurut Kang (2007), kadar upah di sektor pembinaan di Malaysia secara umumnya adalah lebih tinggi daripada kebanyakan negara ASEAN dan kadar upah di Malaysia lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di Indonesia. Tambahan pula, kadar pertukaran mata wang Malaysia yang tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain mendorong pekerja asing untuk bekerja di negara Malaysia. Misalnya, setakat 15 Jun 2022, kadar penukaran RM (Ringgit Malaysia) ke IDR (Indonesia Rupiahs) adalah seperti Rajah 1. Seterusnya, hasil pendapatan bulanan mereka akan diberikan kepada keluarga di negara asal mereka. Di sini kita boleh lihat pekerja asing terdesak untuk bekerja di negara Malaysia. Kesannya, mereka berminat untuk memasuki sektor pekerjaan di negara Malaysia, khususnya di sektor perkilangan kerana tanggungjawab mereka untuk menyara kehidupan keluarga mereka.


Rajah 3: Kadar Penukaran Wang RM ke IDR
Sumber: Google Currency Converter

 

3.2       KEKURANGAN PELUANG PEKERJAAN DI NEGARA ASAL

Kebanyakan pekerja asing yang bekerja di Malaysia berasal dari negara Indonesia, Bangladesh, Thailand, Filipina, dan Pakistan. Hal ini berpunca daripada peluang pekerjaan yang rendah di negara asal menyebabkan mereka berhijrah ke negara jiran untuk mencari rezeki. Terdapat dalam kalangan pekerja asing ini yang sanggup melanggar undang-undang antarabangsa untuk memasuki negara lain tanpa dokumen perjalanan yang sah, ataupun lebih dikenali sebagai Pendatang Tanpa Izin (PATI). Desakan dan keinginan mereka untuk mencari pekerjaan untuk menyara diri dan keluarga membolehkan mereka melakukan apa sahaja asalkan boleh bekerja di negara lain untuk menyara hidup.

 


 Gambar 1: PATI ditahan pihak kastam
Sumber: Utusan Malaysia (2021)


4.0       KESAN-KESAN KEMASUKAN WARGA ASING

Kemasukan pekerja asing ke negara ini telah mendorong kepada pelbagai kesan positif dan negatif. Walaupun pekerja asing ini bukan berstatus warganegara, mereka turut menyumbang kepada kemajuan negara dalam pelbagai sektor. Terdapat juga di antara mereka yang membebankan negara.

 

4.1       KESAN POSITIF    

4.1.1    MEMPERCEPAT PROSES KEMAJUAN NEGARA

Antara kesan positig yang boleh dilihat ialah pekerja asing di Malaysia khususnya di daerah Kulai, Johor dilihat lebih cenderung untuk memilih sektor pekerjaan 3D (Danger, Difficult, Dirty) seperti pemotong rumput, tukang cuci dan sebagainya. Ini telah memberi faedah kepada negara kerana majoriti penduduk tempatan tidak gemar untuk mengambil bahagian dalam sektor ini. Menurut Che Hasim Hassan (2009) pula, lebih empat juta orang pekerja asing berada di negara ini dan kebanyakannya mereka terlibat dalam enam sektor, pembuatan, perladangan, pembantu rumah, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. Hal ini berpunca daripada kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan sektor tersebut. Oleh itu, dengan kemasukan pekerja asing dalam sektor ini, ekonomi negara terus berfungsi di samping memastikan pembangunan negara terus berkembang.

 

            4.1.2    MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR NEGARA

Tidak  dinafikan  pekerja asing juga memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur. Negara kita Malaysia amat mementingkan pembangunan infrastruktur kerana ia merupakan elemen penting dalam sektor eksport. Oleh itu, ini menjelaskan mengapa infrastruktur memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi  Malaysia. Oleh itu pekerja asing sering digunakan  di negara kita pada hari ini terutamanya dalam pembinaan jalan raya. Kesannya jumlah panjang jalan raya di Malaysia telah meningkat daripada 10406.10KM pada tahun 1955 kepada 137219.48KM pada tahun 2010 (Jabatan Kerja Raya, Malaysia).

 

4.2       KESAN NEGATIF

4.2.1    PENULARAN WABAK PENYAKIT BERJANGKIT

Kemasukan pekerja asing turut mengancam negara dari sudut sosial khususnya dari sudut kesihatan. Terdapat pekerja asing yang bekerja di Malaysia gagal saringan kesihatan wajib. Ini telah menyebabkan penularan penyakit berjangkit. Kebanyakan pekerja asing yang datang ke Malaysia datang dari negara mundur yang mempunyai tahap kesihatan yang lemah. Ini menjadi isu yang lebih besar apabila wujudnya pandemik COVID-19 pada tahun lalu. Oleh sebab ramai warga asing ini menyewa rumah ataupun asrama secara bersama-sama, kadar penularan COVID-19 itu menjadi semakin meningkat. Hal ini kerana ramai di antara mereka tidak mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) khususnya penjarakan sosial. Ini merupakan salah satu contoh bagaimana mereka mampu mendorong kepada penularan wabak penyakit. Selain daripada penyakit berjangkit, mereka juga telah meningkatkan penyakit seksual seperti kes HIV dan AIDS dalam negara kerana sifat mereka yang menyalahgunakan dadah dan tidak mengamalkan seks selamat (safe sex), iaitu dengan menggunakan kondom. Hasilnya, peningkatan populasi warga asing juga mendorong kepada peningkatan penyakit di negara Malaysia.


 Gambar 2: Keratan Akhbar Mengenai Penyakit Bawaan Warga Asing
Sumber: BeritaHarian Online

 

 

4.1.2    PENINGKATAN JENAYAH DI NEGARA

Kemasukan pekerja asing ke  negara ini juga membawa kepada kesan negatif seperti berlakunya jenayah. Mereka terlibat dalam aktiviti jenayah seperti rompakan, pembunuhan, rompakan, kecurian, penyeludupan dan pengedaran dadah. Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa 14,809 daripada 37,446 tahanan Malaysia adalah warga asing, kebanyakannya pendatang tanpa izin. Jumlah ini dikatakan telah melebihi 28 peratus daripada kapasiti yang dapat ditanggung oleh penjara di Malaysia (Wan Marzuki, 2008). Di samping itu, terdapat juga pendatang asing yang tidak mendapat kerja apabila datang ke sini. Apabila mereka menganggur, mereka tidak akan dapat memenuhi tuntutan dan kehendak diri seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan. Maka, mereka mula berjinak-jinak dengan jenayah seperti merompak, membunuh, memeras ugut, menyeludup dan lain - lain lagi.

 

5.0       LANGKAH MENGATASI KESAN NEGATIF KEMASUKAN WARGA ASING

Dalam usaha untuk menjadi negara maju,  kerajaan mestilah bijak menangani masalah pekerja tempatan khususnya berkaitan pekerjaan. Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan masyarakat kita sangat memilih pekerjaan, terutamanya kerja 3D. Oleh itu, demi kepentingan ekonomi negara, kerajaan telah mengambil langkah untuk mengambil jawatan kosong dengan pekerja asing khususnya dalam industri. Namun begitu, kerajaan juga berperanan menarik  pekerja tempatan menyertai dan memanfaatkan peluang pekerjaan di negara sendiri. Sebagai contoh, perhatian harus diberikan kepada penambahbaikan dalam pendidikan dan latihan untuk sektor pekerjaan 3D ini. Hal ini kerana latihan yang mencukupi dalam bidang berkaitan dapat menarik minat pekerja tempatan untuk menceburi sektor tersebut, contohnya dengan menambah bilangan institusi latihan khususnya golongan muda.

            Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mewujudkan jabatan khas bagi menangani isu buruh asing termasuk memantau kedudukan mereka semasa bekerja di negara ini selepas tamat tempoh visa. Menurut Tan Sri Muhyidin Yassin (2011), jabatan berkenaan juga berfungsi untuk mengatasi lambakan buruh asing di negara ini yang didapati menimbulkan banyak masalah sosioekonomi kepada negara. Beliau juga menyatakan bahawa tiada jabatan khusus yang dapat membantu pergerakan buruh asing terbabit apabilat  tempoh visa mereka tamat.  Dalam pengertian ini, beliau mahu pengurusan pekerja asing lebih tegas, kerana jika tiada sistem kawalan yang betul dan betul, kesan negatif akan berlaku kepada rakyat dan negara. Beliau juga berkata pekerja asing yang ingin datang ke Malaysia perlu melalui proses pemilihan di negara asal masing-masing supaya tiada masalah selepas tinggal di negara berkenaan.

 

6.0       PENUTUP

Kesimpulannya, kemasukan warga asing di daerah Kulai adalah disebabkan faktor pendapatan tinggi di Malaysia, peluang pekerjaan yang kurang di negara asal dan juga desakan mereka untuk mencari rezeki di luar negara. Kemasukan warga asing ini membawa pelbagai kesan positif dan kesan negati. Oleh itu, pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia haruslah bersyukur atas sumbangan mereka. Namun, pihak kerajaan haruslah memantau kemasukan warga asing ini agar mereka tidak mendominasikan kebanyakkan sektor ekonomi. Hal ini kerana warga tempatan juga perlulah kita terapkan untuk bekerja pada sektor pekerjaan yang jarang diambil seperti sektor 3D. Akhir sekali, pihak kerajaan juga perlu mencari inisiatif untuk mengurangkan kesan negatif kemasukan warga asing ini.



INAGTIUS ALLAN ANAK ALBERT
D20191088335
KUMPULAN A

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...