Saturday, June 18, 2022

Banjir di Kuala Lipis

1.0  Pengenalan

Kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan beriklim tropika umumnya akan menerima hujan yang tinggi setiap tahun. Purata hujan tahunan bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 2500 mm. Manakala bagi Sabah dan Sarawak sebanyak 3,500 mm. Walau bagaimanapun terdapat keadaan di mana hujan turun terlalu lebat di merata-rata tempat terutamanya pada musim tengkujuh yang boleh menyebabkan banjir besar berlaku. Terdapat beberapa jenis dan kategori bencana banjir yang berlaku di muka bumi ini seperti banjir pantai, banjir sungai, banjir kilat, banjir air bawah tanah, dan banjir pembetungan. Negeri-negeri di semenanjung Malaysia kerap kali berhadapan dengan bencana banjir pada setiap tahun. 

Isu alam sekitar seperti kejadian banjir ini merupakan isu terbesar di dalam negara ini dan tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana isu banjir ini sering kali didengar setiap tahun dan sering berlaku pada musim tengkujuh. Kebiasaannya fenomena banjir ini melanda kawasan pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Banjir juga bermaksud kenaikan aras air permukaan yang banyak sehingga melebihi daya tampung sesebuah bandar air yang ada lalu melimpah ke kawasan sekitarnya terutamanya kawasan yang rendah. Fenomena banjir sering melanda di kawasan yang banyak menerima curahan hujan yang lazimnya berlaku pada musim tengkujuh yang bermula pada Oktober dan berakhir pada bulan Disember. Banjir dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut lokasi kejadian iaitu antaranya ialah banjir kilat, banjir pantai, banjir monsun dan banjir genang. Negeri Pahang terutamanya daerah Kuala Lipis sering mengalami banjir monsun pada akhir Disember dan awal Januari. Penduduk di sekitar kawasan kajian ini semakin biasa apabila berlaku banjir. Hal ini demikian kerana, hampir setiap tahun banjir melanda daerah Kuala Lipis ini. Oleh itu, banjir di kawasan Kuala Lipis telah mendatangkan pelbagai kesan kepada penduduk di kawasan ini.

2.0 Kawasan Kajian

Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama. Ia juga boleh dikatakan menjadi penempatan terawal di Pahang. Kedudukannya juga amat strategik iaitu di pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Kuala Lipis ini mempunyai penduduk seramai 119,000 ribu orang.  Kawasan kajian ini merupakan kawasan yang mengalami banjir pada setiap tahun sejak banjir besar melanda pada tahun 2014. Penduduk di Kuala Lipis sudah biasa dan bersedia apabila musim tengkujuh berlaku dan menyebabkan banjir berlaku. Pada tahun 2022, bandar Kuala Lipis dan sekitarnya telah ditenggelami air sebanyak dua kali. Pelbagai kerugian dan kemusnahan harta benda yang dialami oleh penduduk di kawasan kajian ini.


 Peta 1 menunjukkan peta daerah Kuala Lipis


3.0 Faktor berlaku banjir di Kuala Lipis

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti berlakunya kejadian banjir di kawasan bandar Kuala Lipis. Antara faktor utama berlaku banjir di kawasan kajian ini adalah kadar taburan hujan yang tinggi. Kuala Lipis yang terletak di kawasan Pantai timur Semenanjung mempunyai purata jumlah hujan yang tinggi ketika musim monsun timur laut.  Hujan lebat yang berterusan dan berlaku pada jangka masa yang panjang secara akan menyebabkan peningkatan kuantiti air sungai yang lebih besar daripada biasa. Kadar taburan yang tinggi di kawasan ini akan menyebabkan sungai di Kuala Lipis melimpah. Di kawasan kajian ini mempunyai dua anak sungai yan besar iaitu Sungai Pahang dan sungai Lipis. Hal ini menyebabkan kawasan ini sering kali dinaiki air apabila kadar taburan hujan yang lebat selama 1 hari. Lazimnya, air hujan akan mengalir ke dalam sungai, namun apabila sungai dipenuhi air, ia akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan sekeliling dipenuhi air terutamanya kawasan yang rendah seperti Kuarters Jabatan Kerja Raya, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji, Taman Cheneras Indah dan Taman Permai. Gambar di bawah menunjukkan sungai lipis yang telah melimpah akibat hujan lebat berterusan.

                            

Gambar 1 menunjukkan banjir di SMK Clifford

Selain itu, sistem perparitan yang tidak sistematik juga merupakan faktor berlakunya banjir di kawasan Kampung bandar Kuala Lipis. Hal ini disebabkan oleh kekurangan sistem perparitan dan saliran yang baik di mana sistem perparitan yang dibina tidak bersifat menyeluruh dan hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Longkang hanya dibina di kawasan perumahan yang berdekatan dengan jalan raya besar sahaja. Tambahan pula, longkang yang dibina tidak strategik dan tidak sistematik. Oleh itu, kesan daripada kekurangan sistem perparitan ini menyebabkan banjir berlaku dengan kerap apabila hujan turun dengan lebat pada jangka masa tertentu. Di samping itu, longkang di kawasan Sekolah Kebangsaan Clifford dan Petronas yang tersumbat menyebabkan kawasan itu mudah ditenggelami air dahulu berbanding kawasan-kawasan lain. Hal ini kerana, longkang dan alur sungai itu mempunyai tanah dan sampah sarap tidak di selenggara dengan baik, akhirnya dibawa oleh arus deras air hujan dan mengalir ke dalam longkang serta sungai. Semasa hujan lebat, sampah sarap yang dibawa oleh air hujan akan menyebabkan sungai tersumbat sehingga mengganggu sistem saliran sungai tersebut. Aliran air sungai yang tersumbat akibat pembuangan sampah ke dalam sungai serta tanah dan anak-anak pokok yang banyak ini akhirnya mendorong kepada berlakunya banjir terhadap penduduk di sekeliling kampung tersebut.

Seterusnya pembinaan rumah di kawasan rendah menyebabkan sesetengah rumah di kawasan Kuala Lipis ini ditenggelami oleh air. Hal ini demikian kerana, di kawasan Kuarters Jabatan Kerja Raya merupakan kawasan perumahan yang sering dinaiki air ketika hujan lebat secara berterusan berlaku. Kawasan ini merupakan penanda aras utama bagi kawasan Lipis apabila air telah menaiki kawasan itu. Sekiranya jumlah hujan yang turun dalam jumlah yang besar, perkara ini akan mengakibatkan berlakunya limpahan sungai. Berlaku limpahan sungai di sungai Kuala Lipis adalah disebabkan air sungai jelai yang lebih tinggi berbanding sungai benta menyebabkan air dari sungai benta tidak dapat dikeluarkan. Hal ini menyebabkan air sungai benta mengalami senak dan berlaku limpahan air sungai. Akhirnya, perkara ini juga telah memaksa penduduk untuk meninggalkan kediaman mereka untuk berpindah ke tempat Pusat Pemindahan Banjir Sementara ( PPBS ). Kuarters Jabatan Kerja Raya, Kampung Tanjung Lipis, Kampung Binjai, Kampung Tempoyang merupakan kawasan rendah dan berhampiran dengan sungai besar Pahang menyebabkan mereka sudah leka mengalami musibah banjir pada setiap tahun.

                            

                             Gambar 2 menunjukkan perumahan dibina di kawasan

                         rendah yang berhampiran sungai Lipis

 

4.0 Kesan pencemaran air sungai

Bencana banjir yang berlaku hampir setiap tahun di Kuala Lipis sangat meninggalkan kesan yang buruk terhadap penduduk akibat kemusnahan harta benda. Pada tahun 2022, di kawasan kajian ini telah ditenggelami air sebanyak dua kali manakala pada tahun lepas sebanyak 1 kali iaitu pada musim tengkujuh dan diikuti pada tahun sebelumnya. Banjir ini telah menelan ribuan ringgit. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap kali banjir yang berlaku di kawasan ini penduduk tidak sempat melakukan persediaan untuk mengambil dan mengalih barang berharta mereka. Air yang deras serta hujan yang lebat telah menyebabkan mereka gagal untuk melakukan pengalihan barang. Penduduk hanya menyelamatkan dokumen penting dan kenderaan sahaja agar kemusnahan harta tidak menjadi makin banyak. Kerosakan harta benda yang melibatkan barangan elektrik, perabot, pakaian dan harta benda yang lain terpaksa dibuang kerana tidak dapat digunakan lagi. Terdapat juga kerosakan jalan raya yang berlaku di kampung tersebut di mana titi yang menghubungkan jalan kampung ke pekan mengalami keretakan akibat arus deras banjir.


                            

                                                                                                            Gambar 3 menunjukkan kerosakan barang rumah


            Selain itu, kesan yang jelas dapat dilihat adalah aktiviti pertanian terjejas. Di kawasan ini terkenal dengan aktiviti pertanian. Kawasan kuala lipis terkenal dengan tanaman jagung dan tanaman nenas di kampung Binjai Kuala Lipis. Hal ini dikatakan demikian kerana, penduduk di kawasan kajian ini bukanlah semuanya bekerja dalam sektor awam kerana terdapat segelintir penduduk hanya berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Malah terdapat juga segelintir penduduk yang melakukan aktiviti pertanian ini hanya untuk menampung kos sara hidup mereka. Pada tahun ini, aktiviti pertanian tanaman jagung telah mengalami kerugian sebanyak 2 kali. Jika kita lihat, fenomena banjir di kawasan ini bukannya jarang, malah hampir setiap tahun banjir melanda kawasan ini. Banjir yang berlaku telah menghanyutkan pokok jagung yang ditanam oleh petani. Hal ini telah menyebabkan mereka mengalami kerugian yang besar akibat banjir. 

                               

Gambar 4 & 5 tanaman jagung di Kampung Binjai Musnah

             Banjir di kawasan kajian telah menyebabkan penduduk di sekitar Kuala Lipis terputus jalan utama, bekalan elektrik, air bersih serta gangguan pada telekomunikasi yang mengakibatkan mangsa sukar untuk meminta bantuan dan berhubung dengan dunia luar. Gangguan perkhidmatan komunikasi ini hanya dapat dipulihkan selepas enam hari banjir melanda. Hal ini akan menyebabkan bekalan asas sukar dihantar kepada mangsa kerana jalan raya telah ditenggelami air banjir. Oleh hal yang demikian, penduduk terpaksa bergantung sesama sendiri untuk meneruskan hidup sementara menunggu bantuan sampai.

     

        

Gambar 6 & 7 Jalan raya terputus

             Akhirnya, tahap kesihatan para penduduk semasa musim banjir juga amatlah membimbangkan. Hal ini demikian kerana, banjir merupakan satu perkara yang menggembirakan kepada golongan kanak-kanak dan mereka kebiasaannya akan dibiarkan untuk bermain air banjir tersebut. Hal ini mampu mengakibatkan mereka mengalami penyakit demam kerana bermain air tersebut ditambahkan lagi dengan terkena air hujan. Bukan itu sahaja, air banjir itu sendiri juga berupaya mendatangkan penyakit-penyakit lain juga yang berada di dalam kategori penyakit bawaan air seperti boleh mengakibatkan berlakunya demam kepialu (tifoid), hepatitis A, jangkitan usus dan cirit-birit serta muntah akibat keracunan makanan. Jadi, gejala tersebut bukan sahaja boleh berlaku kepada kanak-kanak, namun semua lapisan masyarakat juga berisiko untuk dijangkiti gejala tersebut terutamanya bagi warga tua kerana tahap imunisasi badan mereka adalah sedikit lemah sekiranya dibandingkan dengan golongan muda. Oleh sebab yang demikian, jelas bahawa kejadian banjir mampu untuk mengancam tahap kesihatan para penduduk Kampung Kota.  

5.0 Cadangan/ strategi

Bagi mengatasi masalah limpahan air sungai, usaha-usaha mendalamkan sungai-sungai utama di bandar Lipis seperti Sungai Lipis, dan Sungai Jelai haruslah dijalankan bagi mengelakkan masalah banjir ini berulang lagi. Kebanyakan kejadian banjir disebabkan oleh sungai yang cetek dan tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak lalu melimpah ke kawasan sekitarnya. Dalam konteks ini, kedalaman serta kelebaran sistem saliran iaitu sungai haruslah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat menampung jumlah kuantiti air yang banyak. Sistem saliran terutamanya di sungai-sungai utama mestilah selalu dilakukan proses penyelenggaraan dan pembersihan supaya sungai tidak tersumbat dengan sampah sarap. Dalam usaha untuk mengelakkan bencana banjir ini juga kerajaan haruslah menjalankan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di sepanjang sungai-sungai yang terdapat di Kuala Lipis bagi mengelakkan air naik ke daratan. Perbincangan haruslah dijalankan bersama pihak yang terlibat seperti kerajaan negeri bagi mengemuka permohonan peruntukan bagi melaksanakan projek pembinaan benteng tebatan ini disebabkan projek ini memerlukan kos yang besar.

6.0 Kesimpulan

Bencana banjir sememangnya memberi impak yang besar dan mengakibatkan berlaku gangguan kepada kehidupan sosial manusia. Selain merubah aspek persekitaran fizikal penduduk, bencana tersebut memberi kesan terhadap kualiti kehidupan manusia Bencana banjir yang berlaku di Hulu Dungun pada tahun 2014 menyebabkan kualiti hidup penduduknya merosot terutama bagi mereka yang menjadi mangsanya. Bencana banjir yang berlaku memberi impak sosial terhadap perpindahan penduduk, ekonomi, kesihatan dan perubahan suasana hidup dalam kalangan penduduk Impak ekonomi merupakan impak yang ketara dan paling dirasai oleh hampir kesemua mangsa banjir yang terlibat. Hal ini kerana kehilangan aset adalah satu kejatuhan dalam kualiti hidup atau kemelesetan serius daripada pelaburan sosioekonomi mangsa banjir Dengan mengambil langkah-langkah persediaan, penduduk mampu untuk meminumkan impak negatif bencana ini sekiranya berlaku lag Selain itu, pihak pengurusan dan penduduk setempat juga harus bekerjasama supaya kerugian harta benda dapat dikurangkan dan kehilangan nyawa dapat dielakkan.

  

MUHAMMAD FAIQ NAQIUDDIN BIN BORHAN

D20201095965

HGM 3033 (B)

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...