Saturday, June 18, 2022

ISU GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAMPUNG WANG PERAH, JITRA KEDAH

PENGENALAN

Air merupakan anugerah alam yang berharga dan sangat bernilai kepada kehidupan kita (Nordin et al. 2016). Manusia sememangnya memerlukan air untuk menjalani kehidupan mereka setiap hari. Tanpa air kehidupan akan terjejas serta memberikan implikasi buruk terhadap ekosistem manusia. Dengan adanya bekalan air yang baik, ia akan menjadi perintis kepada petempatan awal di sesebuah lokasi di dunia. Pada ketika itu, air diperoleh melalui sungai semula jadi dan kediaman manusia dibina berdekatan dengan sumber air berkenaan. Manusia akan menggunakan air untuk tujuan domestic seperti makan, minum, memasak dan beberapa aktiviti yang dilakukan di sekitar kediaman mereka. Dengan adanya bekalan air, ia menjamin kepada kehidupan yang seimbang dan berdaya saing serta memacu kepada kehidupan yang lebih baik. Tanpa bekalan air yang baik, agak mustahil untuk manusia meneruskan kehidupan dan membuka petempatan awal di mana jua mereka berada di dunia. Bekalan air dibangunkan untuk beberapa kegunaan utama dalam kehidupan, misalnya untuk kegunaan sektor ekonomi dan domestik (Firdaus Abdullah, 2021).

RINGKASAN KES

Seperti yang kita tahu, air merupakan sumber utama dalam kehidupan kita demi meneruskan kelangsungan hidup. Air merupakan khazanah yang paling berharga di muka bumi ini. Malaysia juga dikenali dengan negara yang kaya dengan sumber air kerana mempunyai banyak sungai, menerima hujan yang banyak sepanjang tahun, mempunyai terusan-terusan yang dapat membekalkan air dan sebagainya. Tetapi disebalik keindahan yang kita ada terdapat juga kekurangan yang perlu dihadapi. Perkara ini dibuktikan dengan masalah gangguan bekalan air di Kampung Wang Perah, Jitra. Menurut penduduk kampong, masalah gangguan bekalan air ini sudah berlaku begitu lama menyebabkan penduduk di Kampung Wang Perah ini tidak dapat menikmati penggunaan air bersih. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Wang Perah, Mohamad Zaidi Kasa berkata, mereka terpaksa menggunakan air sungai untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti memasak, membasuh baju dan sebagainya. Mereka juga terpaksa ulang alik ke sungai pada setiap pagi dan petang untuk mendapatkan bekalan air bersih. Seramai 500 penduduk di Kampung Wang Perah kecewa kerana terpaksa bergantung kepada air bukit hampir tiga bulan lalu sejak mengalami masalah bekalan air bersih dari paip SADA (Sinar Harian, 2022)

PUNCA/ SEBAB BERLAKUNYA GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAMPUNG WANG PERAH, JITRA

Antara punca berlakunya masalah gangguan bekalan air di Kampung Wang Perah ini adalah disebabkan tekanan air yang rendah. Tekanan air yang rendah terjadi disebabkan oleh perkongsian saluran paip di kampong tersebut. Hal ini demikian kerana tangki imbangan di kampong tersebut hanya ada beberapa sahaja sehingga tidak dapat menampung jumlah air untuk disalurkan ke semua tempat. Keadaan ini menyebabkan kadar aliran dan tekanan air mengalami penyusutan serta menjejaskan operasi rumah pam utama yang membekalkan air ke kawasan penduduk. Tekanan air yang rendah juga menyebabkan aktiviti seharian penduduk terganggu. Sebagai contoh, penduduk terpaksa mengangkut air daripada sungai untuk memasak, membasuh baju dan sebagainya. Bukan itu sahaja, para petani juga tidak dapat menyiram tanaman mereka apabila mengalami tekanan air yang rendah (Sinar Harian, 2021).


Foto 1 : Penduduk terpaksa ke sungai untuk mendapatkan bekalan air

Punca yang seterusnya ialah bilangan penduduk yang ramai. Bilangan penduduk yang ramai juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya gangguan bekalan air ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, masalah bekalan air berlaku disebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di Jitra yang tidak lagi dapat menampung keperluan penduduk. Hal ini dapat dikaitkan dengan jumlah penduduk apabila tiba musim perayaan. Setiap kali musim perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal, warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Keadaan ini akan menyebabkan permintaan bekalan air di kawasan-kawasan tersebut akan meningkat. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada Jun 2017, bekalan air pada musim perayaan akan meningkat secara mendadak lima hingga enam kali ganda daripada kebiasaannya. Aktiviti-aktiviti persediaan menghadapi perayaan juga menjadi faktor kepada peningkatan permintaan air.

Selain itu, punca lain terjadinya gangguan bekalan air ini ialah lokasi kawasan yang terletak di penghujung sistem agihan bekalan air bersih. Perkara ini menyukarkan operasi pam utama untuk menyalurkan air bersih kepada penduduk di situ. Bukan itu sahaja, kawasan pedalaman yang mempunyai jalan kecil untuk kesana juga menyebabkan lori tangki tidak dapat memasuki kesana disebabkan saiz lori tangki besar. Hal ini menyebabkan penduduk terpaksa berjalan kaki menahan air di lori tangki. Ada juga yang terpaksa bersengkang mata untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. Perkara ini bukan sahaja meyukarkan perjalanan lori tangka tetapi juga memberi kesan kepada penduduk iaitu penduduk terpaksa berebut untuk mendapatkan bekalan air.


Foto 2 : Penduduk menahan air di tangki 

KESAN GANGGUAN BEKALAN AIR

Antara kesan gangguan bekalan air ialah menjejaskan aktiviti harian manusia. Seperti yang kita tahu air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup. Jika gangguan bekalan ini tidak dapat di atasi dengan segera, kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan ditimpa penyakit seperti kekurangan air. Perkara ini turut menjejaskan kehidupan harian dimana penduduk tidak dapat mandi, membasuh baju, memasak, mendapat bekalan air minuman dan sebagainya. Selain itu, kilang-kilang di sekitar kawasan tersebut juga tidak dapat dijalankan terutamanya kilang pemprosen. Hal ini sekaligus memberikan impak yang negatif kepada kehidupan manusia.

Kesan yang seterusnya ialah kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna. Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang yang tidak mencukupi akan menyebabkan flora dan fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan  manusia. Bukan itu sahaja, perkara ini juga menyebabkan tanah menjadi kontang kerana tidak dapat sumber air yang mencukupi. Bahkan, air yang berkurangan akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan ekonomi negara.

LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH GANGGUAN BEKALAN AIR

Antara langkah penyelesaian bagi masalah gangguan bekalan air ini ialah pengagihan dan penggunaan air perlu diperincikan. Sudah tiba masanya pihak Jabatan Air untuk menggantikan paip berkarat dengan paip yang baru. Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bekalan air di negara ini, mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan. Keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan air juga perlu diperincikan supaya pembaziran air dapat dikurangkan pada tahap yang minimum. Negara maju seperti Jepun telah mengaplikasikan cara tersebut untuk menjamin mutu bekalan air kepada rakyatnya. Pihak Jabatan Air juga boleh menambah bilangan paip di kawasan-kawasan kampong bagi memudahkan proses penyaluran air kepada penduduk. Hal ini demikian kerana terdapat juga kawasan yang mempunyai bilangan paip yang terhad menyebabkan proses penyaluran air tidak dapat dijalankan.

Seterusnya bagi langkah penyelesaian jangka masa panjang, seperti yang sedia maklum adalah dengan menaik taraf Loji Rawatan Air Pelubang termasuk pemasangan paip khusus untuk kawasan Kampung Wang Perah. Sekiranya kerja menaik taraf loji Pelubang dilaksanakan sebagaimana perancangan dan siap beroperasi sepenuhnya, kawasan penghujung iaitu kawasan Kampung Wang Perah akan menerima impak daripada segi tambahan bekalan dan tekanan air. Perkara ini akan membantu penduduk tersebut dalam mengatasi masalah gangguan bekalan air yang terjadi. Penduduk bukan sahaja dapat menikmati bekalan air bersih tetapi dapat mengatasi masalah tekanan air yang dihadapi beberapa bulan sebelumnya.

Langkah yang terakhir ialah kerja-kerja pembaikan sistem perpaipan saluran air terawat yang berjadual hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Manakala, sekiranya berlaku kerja-kerja pembaikan yang tidak berjadual seperti paip utama pecah atau tekanan yang rendah, maka syarikat pengendali air perlu mengambil tindakan segera dan menyediakan lebih banyak lori tangki air bagi menampung permintaan pengguna untuk sementara waktu. Syarikat pengendali air juga perlu meletakkan tong air di setiap kawasan yang kerap mengalami masalah gangguan bekalan air. Selain itu, syarikat pengendali air negeri perlu memastikan loji rawatan air berada dalam keadaan yang baik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, air merupakan medium yang penting bagi manusia dan juga kehidupan flora dan fauna di dunia ini. Hal ini demikian kerana air amat diperlukan dalam memastikan kehidupan harian dapat dijalankan. Terdpat juga punca-punca berlakunya masalah gangguan bekalan air di Kampung Wang Perah, Jitra antaranya ialah tekanan air yang rendah, bilangan penduduk yang ramai dan juga lokasi kawasan tempat tinggal yang berada di penghujung sistem agihan air. Segala punca ini jika tidak diatasi akan menyebabkan gangguan ke atas ekosistem dan juga hidupan manusia. Jadi, semua pihak perlu mengambil inisiatif yang berkesan bagi memastikan masalah gangguan bekalan air dapat diatasi dan penduduk dapat menikmati sumber air dengan sempurna.

RUJUKAN

Noorazura Abdul Rahman. (2016). Penduduk Taman Perpaduan alami masalah tekanan air rendah. Diperoleh daripada Berita Harian: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2643/2016/11/209052/penduduk-taman-perpaduan-alami-masalah-tekanan-air-rendah

Noorazura Abdul Rahman. (2021). SADA berhadapan dengan sumber air terhad. Diperoleh daripada My Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/677416/sada-berhadapan-sumber-air-terhad

Norlida Akmar Idros. (2021, Mac). Isu air di Kuala Kedah merumitkan penduduk. Diperoleh daripada Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2021/03/01/isu-air-di-kuala-kedah-rumitkan-penduduk/

Nur Hidayah Hamid . (2022). Kedah tidak pandang remeh isu bekalan air bersih. Diperoleh daripada Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/184961/EDISI/Kedah-tidak-pandang-remeh-isu-bekalan-air-bersih

Roshila Murni Rosli. (2022, Jun). Penduduk harap masalah air tidak berulang. Diperoleh daripada Sinar Harian: https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=258218

 MUHAMMAD ZURIZAL BIN MOHD ZUBIR

D20201094272

KUMPULAN B 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...