Saturday, June 18, 2022

ISU PEMBUKAAN TANAH PERUMAHAN DI DAERAH POKOK SENA KEDAH

ISU PEMBUKAAN TANAH PERUMAHAN DI DAERAH POKOK SENA KEDAH

1.0 RINGKASAN KES

Dahulunya Pokok Sena ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena dan masih lagi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena.

Pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ. Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini. Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena. Daerah ini akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan daerah-daerah lain.

Isu yang dibincangkan dalam kajian ini adalah pembukaan tanah baharu yang menyebabkan penebangan hutan untuk dijadikan penempatan kepada pertambahan penduduk akibat daripada perkembangan pembangunan dari segi sektor swasta dan kerajaan. Kebanyakkan penduduk yeng menetap di kawasan ini bukan penduduk asal dari daerah ini tetapi mereka menetap disini atas faktor kerjaya kerja yang berpusat di Bandaraya Alor Setar. Hal ini bertepatan apabila keadaan lalu lintas di pekan Pokok Sena kelihatan sesak pada sebelah pagi dengan pergerakkan penduduk luar bandar ke bandar. Akibat daripada penghijrahan ini maka tercetuslah pembukaan tanah baharu bagi memenuhi keperluan masyarakat bandar. Pokok Sena menjadi pilihan utama penempatan adalah kerana jaraknya yang dekat ke pusat bandar dengan mengambil kira masa adalah kurang daripada 30 minit.

            Kesan berlakunya pembukaan tanah baharu ini amat dirasai oleh penduduk asal Pokok Sena kerana jika dibandingkan sebelum berlakunya pembinaan perumahan cauca berada pada tahap yang baik dan tahap kesegaran udara dapat dirasai. Namun, ia tidak lagi dapat dirasai kerana pertambahan kenderaan yang bergitu banyak dan mencemarkan udara di atmosfera. Menurut JM Jahi, MJM Nor, K Ariffin pencemaran udara adalah akibat daripada pembakaran bahan fosil bagi keperluan industri serta asap kenderaan bermotor. Hal ini jelas menunjukkan bahawa permbukaan tanah baharu penempatan mendatangkan kesan kepada penduduk dan kelestarian alam sekitar.

2.0 PUNCA BERLAKUNYA PERMBUKAAN TANAH

Kos sara hidup meningkat merupakan masalah yang timbul dan mendorong kepada berlakunya pembukaan tanah baharu. Oleh sebab daerah Pokok Sena berhampiran dengan daerah Kota Setar kebanyakkan kakitangan kerajaan menetap di daerah Pokok Sena kerana kos sewa rumah atau harga sebuah rumah murah jika dibandingkan dengan daerah Kota Setar. Ini telah dijadikan matlamat utama pembukaan tanah baharu yang sebelum hanyalah bukit dan kawasan hutan. Bentuk permukaan kawasan Pokok Sena adalah berbukit-bukau dan bertanah tinggi dan mudah diteroka serta kedudukan strategik yang terhindar daripada berlakunya bencana alam seperti banjir kilat dan amat sesuai untuk dibangunkan penempatan.


Kawasan pembukaan tanah baharu di daerah Pokok Sena

Seterusnya, pembangunan komodti merupakan punca yang mendorong kepada pembukaan tanah baharu. Menurut Rosnon, M. R et al. (2019) menjelaskan bahawa penyediaan pembangunan sosial dan infrastruktur perlu dilaksanakan dalam membangunkan masyarakat bagi meningkatkan tahap keberlangsungan hidup komoditi. Hal ini jelas menunjukkan penambahan penduduk akan mengubah struktur corak pembangunan setempat dan corak bentuk muka bumi kawasan. Di daerah Pokok Sena dapat dilihat begitu rancak pembangunan dibangunkan bagi kepentingan penduduk secara tidak langsung telah menjejaskan eko sistem flora dan fauna serta sedikit sebanyak telah menyebabkan masalah hakisan dan runtuhan bukit. Namun demikian, corak pembangunan yang mengekalkan kelestarian alam dapat dipertimbangkan kerana ia dapat mewujudkan kembali suasana yang nayaman dan membaik pulih mengudaraan di kawasan tersebut.

Selain itu, aktiviti pertanian seperti penanaman Kepala Sawit. Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar minyak sawit di dunia. Di derah Pokok Sena kebanyakkan penduduk adalah petani dan peladang iaitu orang yang mengusahakan tanah dan tanaman yang selalu di tanam adalah Pokok Getah. Namun, sejak kebelakangan ini harga pasaran getah semakin menurun menyebabkan kebanyakkan penduduk bertukar jenis tanaman daripada getah kepada kepala sawit kerana harga pasaran kelapa sawit sangat tinggi. Hal ini telah mendorong sesetengah penduduk yang belum mencuburi bidang mengambil kesempatan dengan membuat pembukaan tanah baharu di kawasan mereka. Pada dasarnya penanaman kelapa sawit memberi impak yang positif kepada ekonomi negara tetapi pada awalnya ia turut memberi kesan yang negatif kerana penanaman ini memerlukan proses penyahutanan yang menjejas habitat alam semula jadi.

3.0 MASALAH YANG TIMBUL APABILA PEMBUKAAN TANAH

Masalah yang timbul apabila pembukaan tanah baharu adalah bencana alam banjir di daerah lain kerana struktur muka bumi kawasan Pokok Sena yang berbukit sebagai kawasan tadahan hujan sudah tiada. Oleh sebab itu, air akan terus mengalir ke tempat yang rendah sehingga menyebabkan berlakunya banjir. Menurut Sakdan et al, (2010) bencana alam yang berlaku sama ada secara semulajadi atau akibat perbuatan manusia pasti memberi kesan terhadap komuniti dan negara secara keseluruhannya. Ia memberikan impak yang besar jika dilihat dari aspek kos yang perlu ditanggung oleh individu mahupun kerajaan. Ini adalah akibat daripada kemusnahan hartabenda individu dan juga hartabenda awam seperti kerosakan infrastruktur asas, bangunan dan sebagainya.

            Kepupusan habitat flora dan fauna dapat dilihat apabila berlakunya pembukaan tanah baharu. Kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai berbagai jenis habitat flora dan fauna. Namun begitu, dengan berlakunya pembukaan tanah baharu ia secara langsung akan menjejaskan habitat tersebut serta mungkin membawa kepada kepupusan habitat. Hal ini kerana adanya sifat mengutamakan keinginan tanpa menghiraukan hidupan lain dalam pembangunan kawasan perumahan di sesebuah kawasan.

            Dalam mengejar arus pembangunan dengan pembukaan tanah baharu ia mendorang kepada penyahhutanan. Di daerah Pokok Sena aktiviti pembukaan tanah baharu sebagai penempatan penduduk pada dasarnya adalah kawasan hutan dan tadahan hujan telah menyebabkan berlakunya pembalakan yang mengakibatkan kerosakan jalan utama penduduk. Namun perkara ini tidak diberi perhatian kerana pemaju hanya mengutamankan keuntungan daripada kesejahteraan umum. Justeru, pembukaan tanah banyak mendatangkan masalah jika tidak dilakukan dengan mungkin berpandukan kepada syarat yany telah ditetapkan kepada pemaju.

 

4.0 CADANGAN PENYELESAIAN BAGI PEMBUKAAN TANAH PERUMAHAN

Kawasan hutan di kebanyakkan tempat diterokai untuk pembangunan melibatkan pembinaan bandar baru, penenpatan dan sebaginya. Tidak disangkalkan lagi pembangunan kawasan perlu dilakukan demi kepentingan ekonomi negara kerana ia memberi pulangan yang besar dalam pengeksportan hasil-hasil pertanian. Namun begitu, ia juga turut menimbulkan masalah kepada penduduk dan memerlukan jalan penyelesaian dan harus dilandasi dengan perancangan yang terliti kerana bentuk muka bumi sangat sensitif terhadap sebarangan gangguan. Antara cadangan yang dapat dipraktikan adalah memperkasakan sistem undang-undang sedia ada. Kemorosotan alam sekitar akibat daripada aktiviti pembinaan merupakan masalah yang serius kerana melibatkan aktiviti pembukaan tanah dan sebagainya. Hal ini disebabkan aktiviti pembinaan yang tidak terancang dan secara tidak efisyen menyebabkan alam sekitar terjejas kesan daripada aktiviti pembinaan tersebut. Terdapat berbagai akta dan dasar telah digunal oleh kerajaan Malaysia khusunya dalam mengawal aktiviti pembinaan. Sebagai langkah pencegahan pihak berwajib perlu memperkasa sistem undang-undang yang sedia ada seperti Jabatan Alam Sekitar.

            Seterusnya, memperkasa kempen kesadaran menjaga alam sekitar yang dapat dilakukan oleh penduduk. Pembangunan yang memberi pulangan negatif  kepada penduduk merupakan pembangunan yang tidak releven. Oleh hal demikian, kempen kesedaran alam sekitar perlu dilakukan bagi menerapkan elemen kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar. Kempen ini bukanlah tertumpu kepada kerajaan mahupun bukan kerajaan tetapi msayarakat secara amnya perlu berkerjasama dalam menjayakan kempen kesadaran menjaga alam sekitar. Apabila kesemua lapisan masyarakat mengetahui pentingnya menjaga dan mengekalkan alam sekitar akan membawa perubahan yang baru kepada penduduk sekeliling malah kepada negara itu sendiri terhadap kelestarian. Menurt Mahat, H., Ngah, M. S. Y. C., & Idrus, S. (2013) menyatakan bahawa  kelestarian menerusi pendidikan dan kempen adalah satu langkah asas bagi melindungi alam sekitar dengan tumpuan tidak terabai pada aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi sejagat. Justeru, kempen merupakan komponen yang penting dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar bagi melahirkan generasi yang sedar akan pembangunan lestari.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, pembukaan tanah baharu mengandungi kesan positif dan kesan neagtif kepada penduduk setempat. Kesan positif diperoleh jika pembangunan yang dilakukan berteraskan syarat dan panduan yang betul serta menitikberatkan kehidupan sejagat yang merangkumi habitat flora dan fauna. Walaubagaimanapun, pada peringkat awal pembukaan tanah baharu lebih kepada kesan negatif kerana memerlukan proses penyahutanan yang memberi risiko kepada penduduk dari segi keselamatan, perubahan struktur permukaan bumi dan sebagainya. Pada peringkat akhir apabila pembangunan diselenggara dengan baik ia mambawa kepada keuntungan dan kemajuan setempat sebagai contok dalam bidang pertanian negara dapat mengeksport hasil bumi kepada negara luar dan ini dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan negara. Kerajaan harus peka dalam setiap pembangunan yang hendak dijalankan dan perlu ditinjau akan proses pembangunan tersebut.  Menurut Raya, W. B. dalam Sistem Perundangan Dan Perancangan Bandar Permulaan Governans Pembangunan menyatakan bahawa kerajaan perlu peka terhadap pembangunan yang dilakukan kerana semakin tinggi aktiviti kerajaan semakin tinggi kawalan kepada pembangunan. Justeru, pembukaan tanah baharu di daerah Pokok Sena merupakan pembangunan penempatan kepada penduduk yang dibangunankan oleh kerajaan dalam mengecapi pertumbuhan penduduk.   

Rujukan

Dlm, B. K. L., Jahi, J. M., Nor, M. J. M., & Ariffin, K. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur.

Mahat, H., Ngah, M. S. Y. C., & Idrus, S. (2013). Satu Kajian Pentingnya Pengetahuan Guru dalam Pelaksanaan Program Sekolah Lestari di Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5(2), 75-92.

Raya, W. B. Sistem Perundangan Dan Perancangan Bandar Permulaan Governans Pembangunan. Governans Pembangunan Dan Daya Persaingan Ekonomi Di Wilayah-Bandar Raya Kuala Lumpur, 88.

Rosnon, M. R., Gill, S. S., Badari, S. A. Z., Ab Rahman, N. A. F. W., & Goh, A. D. H. (2019). Petunjuk pembangunan komuniti orang Asli: Suatu analisis penggunaan barangan dan perkhidmatan. Geografia, 15(1).

Sakdan, M. F. A., Yusof, R., & Khalid, M. S. (2010). Metodologi kajian impak: Kajian kes banjir. 


Nama: Mohamad Harif Bin Zainol Abidin 

Nombor Matrix: D20182086611

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...