Thursday, June 16, 2022

KEADAAN JALAN YANG ROSAK MEMBERIKAN ANCAMAN KEPADA PENDUDUK YANG TINGGAL DI TUMPAT, KELANTAN.

TAJUK: KEADAAN JALAN YANG ROSAK MEMBERIKAN ANCAMAN KEPADA PENDUDUK YANG TINGGAL DI TUMPAT, KELANTAN.

 

  1. PENGENALAN ( Ringkasan Kes)

 

Rajah 1 : kawasan kes (Tumpat , Kelantan)

Sumber : Google Maps

 

Jalan raya dan lebuh raya merupakan salah satu infastruktur yang amat penting bagi manusia. Perubahan zaman telah menyebabkan pergerakan manusia daripada satu tempat ke satu tempat yang lain menjadi mudah dan cepat. Pada zaman dahulu jalan yang berturap amatlah terhad dan hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar. Kawasan-kawasan luar bandar masih banyak hutan-hutan serta tumbuh-tumbuhan yang menjalar di sepanjang jalan. Era globalisasi dan perubahan zaman telah mengakibatkan rakyat Malaysia terutamanya rakyat yang hidup di kawasan ini dapat menikmati kemudahan prasarana serta infastruktur jalan raya dengan baik. Namun begitu , terdapat isu yang timbul di kawasan ini iaitu kemalangan yang berlaku berpunca daripada jalan raya yang berlubang dan tidak berturap dengan baik. Di kawasan Tumpat , kelantan mempunyai banyak jalan raya yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan yang memudahkan urusan perjalanan seseorang ke destinasi. Namun begitu terdapat banyak aduan yang dikemukan oleh orang ramai serta keluhan tentang keadaan jalan raya yang berlubang yang boleh membahayakan keselamatan penumpang terutamanya pengguna motosikal. Terdapat juga kemalangan yang dialami oleh pelbagai jenis kenderaan ketika melalui jalan yang tidak berturap dengan baik dan berlubang. Terdapat juga kerosakan yang berlaku pada kenderaan mereka sekiranya melalui kawasan jalan yang berlubang. Negeri Kelantan tidak dapat bertanding dengan negeri-negeri yang lain seperti Selangor , Johor, Perak dan lain-lain negeri di semenanjung dalam pelbagai askek terutamanya sektor ekonomi dan prasarana yang disediakan terutamanya jalan raya. Sektor pengangkutan dan jalan raya di Kelantan terutamanya di daerah Tumpat boleh ditambahbaik dengan peruntukkan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Penambahbaikan ini perlu dijalankan segera agar tidak memakan korban. Rungutan daripada rakyat yang tinggal di Kelantan semakin meningkat dari tahun ke tahun berkaitan isu ini. "Utusan Malaysia pada 4 Januari 2022 telah mengeluarkan berita tentang keluhan dan rungutan rakyat Kelantan khususnya di daerah Tumpat berkaitan jalan raya yang banyak pecah serta tidak ditampal dengan baik. Mereka juga menyatakan bahawa jalan tersebut akan kembali rosak dalam masa 3 hingga 5 minggu setelah ianya ditampal kembali."

Rajah 2 : Contoh Keadaan Jalan Raya di Kelantan

Sumber: kosmo

 

2.0 PUNCA JALAN BERLUBANG DAN TIDAK BERTURAP DENGAN BAIK

Terdapat banyak punca jalan tidak berturap dan berlubang ini. Salah satu puncanya ialah kelalaian pihak yang bertanggungjawab dalam mengambil tindakan yang selanjutnya. Terdapat banyak jalan-jalan yang berlubang yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya di kawasan ini. Tindakan susulan daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Terdapat banyak aduan yang telah dikemukan oleh rakyat setempat. Tindakan yang diambil juga mengambil masa yang agak lama sehingga terdapat mangsa yang cedera kerana melalui kawasan tersebut. Terdapat juga individu yang mengeluarkan wang sendiri untuk menutupi jalan yang berlubang di kawasan rumah mereka bagi mengelakkan ancaman kepada orang lain ketika melalui kawasan tersebut.

Sumber : Facebook

 

Selain itu punca jalan raya rosak dan berlubang di kawasan ini ialah kerana terdapat kenderaan berat atau kenderaan yang melebihi muatan yang melalui kawasan tersebut. Terdapat banyak jentera-jentera berat seperti lori melebih muatan, jentolak, jengkaut dan sebagainya. Aktiviti pembinaan giat dilakukan di kawasan ini. Terdapat pelbagai jenis sektor binaan yang dilakukan di kawasan ini. Terdapat individu yang membina rumah kediaman. Terdapat juga pembinaan klinik baru yang dibina di kawasan ini. Terdapat juga individu yang membina kedai makan bagi menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Selain itu terdapat juga aktiviti memperdalamkan sungai yang terdapat di kawasan ini yang mengakibatkan banyak jentera-jentera berat yang perlu digunakan untuk memastikan aktiviti memperdalamkan sungai menjadi mudah dan berjalan lancar serta dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Jentera-jentera berat ini perlu melalui jalan raya yang tidak terlalu luas untuk memasuki kawasan yang perlu dituju yang mengakibatkan jalan raya mudah rosak dan berlubang. Hal ini dikatakan demikian kerana jentera berat tersebut perlu melalui jalan raya tersebut setiap masa sehingga sesuatu projek siap dilakukan. Kenderaan yang melebihi muatan akan mengakibatkan jalan menjadi mudah pecah dan merekah.

Punca jalan raya mudah rosak ialah kerana penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan cara penurapan yang tidak baik. Aktiviti penurapan jalan raya dilakukan dengan penurapan selapis konkrit aspal. Jentera yang digunakan untuk menurap jalan raya akan mencampurkan batuan halus dengan bitumen. Aktiviti penurapan jalan raya yang tidak dilakukan dengan teliti oleh pihak kontraktor akan menyebabkan jalan mudah rosak. Kenderaan yang digunakan untuk meratakan penurapan akan bergerak bagi memastikan turapan tersebut menjadi kemas. Sekiranya ianya tidak dilakukan dengan baik maka turapan tersebut menjadi tidak kemas. Ketebalan turapan jalan raya perlulah melepasi standard yang telah ditetapkan supaya ianya tidak mudah merekah. Terdapat segelintir kontraktor dan pekerja dalam bidang ini menjalankan hal ini secara lewa dan hanya memastikan tugas mereka siap pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa memperdulikan kualiti turapan yang dilakukan oleh mereka. Penutupan jalan raya yang telah diturap juga perlu dilakukan agar tidak ada kenderaan yang melalui kawasan yang baru diturap. Terdapat segelintir penduduk yang tidak menunggu jalan tersebut dibuka dan melalui kawasan tersebut. Keadaan ini boleh mengakibatkan rekahan akan mudah berlaku terutamanya apabila kenderaan berat yang melalui kawasan tersebut.

 

3.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK

            Masalah yang dihadapi oleh penduduk ketika melalui Kawasan jalan raya yang berlubang , merekah , dan tidak ditampal dengan baik ialah kemalangan jalan raya. Pengguna jalan raya yang baru melalui sesebuah kawasan sudah pasti tidak mengetahui keadaan jalan raya di tempat tersebut. Terdapat juga individu yang membawa kenderaan yang tidak perasan akan lubang yang terdapat di jalan raya. Kemalangan yang berpunca daripada jalan raya yang rosak ini lebih menjejaskan nyawa pengguna motorsikal. Risiko kecederaan yang parah dan kematian lebih tinggi dalam kalangan pengguna motorsikal berbanding kenderaan lain. Terdapat banyak motosikal yang mengalami kemalangan maut berpunca daripada jalan raya yang rosak. Jalan raya yang berlubang menyebabkan motorsikal hilang kawalan yang terbabas. Keadaan ini akan bertambah teruk sekiranya motosikal tersebut terbabas kerana mengelak jalan yang berlubang dan bertembung dengan kenderaan yang lain. Terdapat banyak penunggang motosikal yang terbalik dan jatuh ketika terlanggar jalan yang mempunyai lubang yang besar.  Keadaan ini boleh mendatangkan trauma kepada penunggang motosikal. "Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya boleh menuntut insurans sekiranya kenderaan yang mereka naiki mempunyai insurans. Pampasan dan ganti rugi sedikit sebanyak dapat membantu mangsa kemalangan terutamanya kemalangan yang berpunca daripada jalan raya yang rosak (Aisyah Samudin & Zubaidah Ismail , 2018) ".

            Selain itu masalah yang dihadapi oleh masyarakat berpunca daripada jalan raya yang berlubang ialah kerosakan kepada kenderaan dan kos pembaikian yang tinggi. Secara umumnya harga pembaikian bagi sesebuah kenderaan bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami oleh sesebuah kenderaan dan jenis kenderaan yang digunakan. Kenderaan yang mengalami kerosakan yang sangat teruk akan mengakibatkan kos membaikinya juga tinggi. Kebanyakkan kos membaiki kenderaan kereta lebih tinggi daripada membaiki motorsikal. Kerosakan yang dialami oleh sesebuah kenderaan ini bergantung kepada keadaan jalan raya. Semakin dalam lubang rekahan yang berlaku di kawasan jalan raya semakin tinggi risiko kerosakan kepada tayar kenderaan yang boleh mengakibatkan ianya perlu diganti baharu. Terdapat juga individu yang membawa laju di kawasan jalan raya terbabas ke tepi jalan dan merempuh harta benda orang lain kerana jalan raya yang tidak sekata dan berlubang. Pengguna jalan raya tersebut perlu menanggung kerosakan yang telah dilakukannya kepada orang lain dan juga kerosakan kepada kenderaan sekiranya perkara ini berlaku.

            Di samping itu masalah yang dihadapi oleh penduduk ialah masalah lambat sampai ke destinasi yang dituju. Jalan yang tidak rata mengakibatkan kenderaan akan memandu dengan kadar kelajuan yang perlahan dan tidak laju agar tidak mendatangkan kerosakan kepada kenderaan mereka. Keadaan ini mengakibatkan kenderaan yang melalui kawasan yang tidak rata akan mengalami masalah kesesakan lalu lintas kerana aliran trafik yang perlahan. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kehidupan harian penduduk. Penduduk akan lambat sampai ke tempat kerja yang boleh mengakibatkan tindakan tatatertib dikenakan. Jalan raya yang sempit dan tidak diturap sepenuhnya juga akan menyebabkan kenderaan terpaksa membawa dengan berhati-hati agar tidak terbabas. Keadaan jalan di luar bandar ini sangatlah berbeza dengan keadaan jalan raya di bandar. Masih terdapat banyak jalan-jalan raya yang dibiarkan berlubang. Kemajuan infrastruktur jalan raya lebih terlihat di kawasan bandar -bandar besar manakala di kawasan luar bandar ianya dibiarkan begitu sahaja walaupun aduan telah diajukan kepada pihak berkuasa.

 

 

 

4.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Cadangan penyelesaian masalah ini ialah dengan mewujudkan portal aduan khas untuk rakyat membuat aduan berkaitan jalan raya yang telah rosak. Kuasa viral kini telah menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kawasan jalan raya yang berlubang. Terdapat segelintir masyarakat suka untuk menviralkan keadaan yang berlaku kepada umum berbanding membuat aduan kerana ianya merupakan cara yang lebih berkesan. Oleh itu pihak berkuasa perlu cakna dengan memastikan aduan yang diterima disampaikan kepada pihak atasan untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Tindakan yang cepat oleh pihak berkuasa perlu dilakukan bagi mengelakkan rakyat menviralkan situasi jalan raya tersebut di Facebook yang boleh mengakibatkan pandangan yang serong terhadap pihak berkuasa.  Individu yang bekerja dalam memastikan jalan diturap dan diperbaiki ini juga perlu menjalankan amanah dengan baik dan tidak mengambil rasuah agar tidak menjejaskan kualiti jalan raya yang dihasilkan nanti.

Cadangan penyelesaian yang lain yang boleh dilakukan bagi memastikan jalan raya tidak rosak ialah peranan masyarakat. Masyarakat perlu menggunakan kenderaan yang tidak melebihi muatan di kawasan jalan raya yang sempit dan di dalam kawasan kampung. Penggunaan muatan yang melebihi muatan ini juga perlu dikurangkan di kawasan jalan raya yang berisiko kepada kerekahan bahan yang diturap. Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada individu yang ingkar kerana ianya boleh membahayakan nyawa individu yang lain. Masyarakat juga perlu jujur dalam menjalankan tugas dan bertindak jujur. Terdapat segelintir kontraktor yang menggunakan bahan yang murah dan tidak berkualiti dalam pembinaan jalan raya yang mengakibatkan jalan raya tersebut mudah rosak. Ketebalan jalan raya yang tidak mengikuti spefikasi yang telah ditetapkan boleh mengundang bahaya dan ancaman kepada pengguna jalan raya. Justeru itu masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan jalan raya dapat dijaga dengan baik. Terdapat juga rakyat yang mengeluarkan modal dan wang sendiri untuk membaiki jalan raya yang rosak kerana ianya boleh membahayakan nyawa orang lain.

Cadangan yang lain yang boleh dilakukan untuk memastikan bahaya jalan raya yang tidak ditampal dengan baik tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat ialah kempen. Kempen ini boleh dilakukan di dalam pelbagai plattform media massa. Kempen berhati-berhati di jalan raya boleh dilakukan agar rakyat lebih berhati-hati dalam membawa kenderaan di jalan raya. Individu yang mengantuk juga tidak disarankan untuk meneruskan perjalanan di atas jalan raya kerana ianya boleh menganggu fokus ketika memandu. Fokus yang hilang ini mengakibatkan pemandu tidak memberikan tumpuan kepada keadaan jalan raya kerana ingin cepat sampai ke destinasi. Terdapat juga pemandu jalan raya yang memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan yang boleh mengundang bahaya. Risiko akan berlaku kemalangan akan semakin tinggi sekiranya jalan raya yang tidak sekata dan jalan raya yang tidak ditampal dengan baik. Justeru itu kesedaran perlu dipupuk dalam diri individu bahawa penjagaan nyawa dan keselamatan diri sendiri bermula daripada langkah berjaga-jaga di jalan raya oleh pengguna jalan raya itu sendiri. Sikap berhati-hati di jalan raya akan menyelamatkan nyawa masyarakat walaupun terdapat banyak jalan yang rosak di sepanjang jalan raya.

Akhir sekali cadangan penyelesaian yang boleh dilakukan ialah. Peruntukan yang lebih banyak oleh pihak kerajaan bagi menurap semula jalan raya yang tidak diturap dengan baik dan berlubang terutamanya di kawasan luar bandar. Peruntukan ini perlu disediakan dan diagihkan sama adil mengikut kawasan. Keutamaan juga diberikan di kawasan yang mempunyai jalan raya yang mempunyai kerosakan yang tinggi dan memakan korban. Aktiviti penurapan ini juga perlu dilakukan secara berterusan dan pemantauan daripada pihak berkuasa terutamanya jabatan kerja raya (JKR) perlu dilakukan mengikut aduan-aduan yang diterima. Kerja-kerja menurap ini juga perlu dilakukan dengan secepat mungkin mengikut kawasan. Justeru itu peruntukan yang lebih tinggi perlu diperlukan oleh kerajaan bagi memastikan kerja-kerja penurapan jalan raya dapat dijalankan secara berterusan. "Pihak kerajaan juga telah berusaha untuk membaiki jalan raya secara berperingkat-peringkat dan sikap manusia terutamanya penunggang motorsikal  dituntut agar memakai topi kalendar supaya kurang risiko kematian dapat dikurangkan sekiranya berlaku kemalangan. Risiko kemalangan dan kematian dalam kalangan pembonceng motorsikal akan meningkat sekiranya tidak mematuhi peraturan ini ( Talib Jaafar etl., 2003) ."

 

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, keadaan jalan di kawasan ini masih banyak yang tidak ditampal dan diperbaiki dengan baik. Rakyat yang tinggal di kawasan ini perlu menghadapi pelbagai masalah berpunca daripada jalan yang rosak dan tidak diperbaiki ini. Kesan yang paling memberikan trauma kepada rakyat yang tinggal disini apabila terdapat ahli keluarga yang terpaksa kehilangan ahli keluarga yang lain dalam kemalangan yang berlaku berpunca daripada jalan yang berlubang. Justeru itu semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan masalah ini dapat ditangani dengan baik. Masalah ini juga perlu dipandang dengan lebih serius oleh semua pihak demi keselesaan dan keselamatan rakyat .

 

RUJUKAN

Aisyah Samudin & Zubaidah Ismail (2018). Pembelaan Hak Mangsa Kemalangan Jalan Raya Berasaskan Diat dan Insurans. Jurnal Syariah. Jilid 2 bil 2 (167-200).diperolehi daripada http://borneojournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/15696/9425.

Fauwaz Ahmad (2021). Info Semasa Tumpat. Diperolehi daripada facebook Info semasa Tumpat(IST)https://m.facebook.com/groups/1204060009609704/permalink/5347095258639471/.

Google Maps. Daerah Tumpat, Kelantan. Diperolehi daripada https://www.google.com.my/maps/place/Tumpat,+Kelantan/@6.1732755,102.0824077,12z/data=!4m5!3m4!1s0x31b6ac09aea8cc23:0x967a34af9374d900!8m2!3d6.199069!4d102.169372.

Kosmo (2022). Luahan pembaca : sampai bila perlu hadap jalan berlubang di kelantan?. Diperolehi daripada https://www.kosmo.com.my/2022/05/09/luahan-pembaca-sampai-bila-perlu-hadap-jalan-berlubang-di-kelantan/.

Talib Jaafar, Faizar Mistafa , Sutiman Kemin & Ramlan Kasiran (2003). Kemalangan Jalan Raya : Analisis Data Membabitkan Pengguna Motosikal. Jurnal Teknologi. (1-14). Diperolehi daripada https://journals.utm.my/jurnalteknologi/article/download/485/475.

Zaain Zin & Torek Sulong (2022). Jalan di Kelantan ada kolam, akok berkedut. Diperolehi daripada https://www.utusan.com.my/berita/2022/01/jalan-di-kelantan-ada-kolam-akok-berkedut/.

 

NAMA : NABILAH HANI BINTI MAT YAK'AKOB

NOMBOR MATRIK : D20201094350

KUMPULAN : B

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...