Friday, June 17, 2022

PENCEMARAN UDARA DAN KESANNYA TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG TEMBILA


PENCEMARAN UDARA DAN KESANNYA TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG TEMBILA

1.0 PENGENALAN

Atmosfera merupakan salah satu komponen alam sekitar fizikal terpenting selain daripada hidrosfera, litosfera dan biosfera yang saling berinteraksi antara satu sama lain bagi mencapai keseimbangan. Susun lapis atmosfera terbahagi kepada lima lapisan iaitu lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera dan eksosfera yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza di setiap lapisan manakala kandungan yang terdapat di dalam atmosfera ialah gas kekal seperti oksigen, nitrogen dan argon, gas berubah seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan metana serta juzuk bukan gas seperti habuk, jelaga dan debu halus.

                Namun begitu, dalam kita mengejar kemajuan negara dan meningkatkan tafar hidup rakyat, boleh menyebabkan alam sekitar disekeliling kita mengalami masalah pencemaran seperti pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya disebabkan oleh aktiviti pembangunan dan ekonomi yang pesat. Sebagai contoh, aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran untuk membina lebuhraya untuk meningkatkan darjah ketersampaian manusia dari sautu tempat ke suatu tempat boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat sekirannya hujan lebat turun terutamanya di kawasan bandar kerana jalan berturap menyebabkan air tidak dapat diserap masuk ke dalam tanah lalu menjadi air larian permukaan ( Mastura & Iza Hadila, 2010 ).

Menurut Norita (2016) pencemaran udara ialah satu keadaan di mana terdapat perubahan kandungan bahan kimia, jirim zarahan atau wujudnya bahan pencemar di dalam udara atau atmosfera yang berbahaya kepada kehidupan (manusia, haiwan dan tumbuhan) yang terbahagi kepada dua iaitu pencemaran udara dalaman berlaku di dalam bangunan seperti di rumah, pejabat dan tempat membeli-belah dan pencemaran udara luaran yang berlaku di luar bangunan disebabkan oleh aktiviti pembakaran sampah, perindustrian dan penyemburan racun serangga.

2.0 LATAR BELAKANG LOKASI KAJIAN


Tembila adalah sebuah kampung yang terletak dalam Daerah Besut di Negeri Terengganu Darul Iman. Mempunyai keluasan 1,250.8 hekter. Mempunyai bentuk mukabumi yang 98.5 peratus dataran tanah pamah, tidak terdapat tanah tinggi, hanya sebatang sungai yang mengalirkan dari kawasan hulu ke muara lautan cina selatan, tanahnya agak subur. Tanaman Keledek, tembikai dan sayur-sayuran menjadi tanaman punca rezeki utama penduduk kampung.

 

3.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN UDARA DI KAMPUNG TEMBILA

Pelepasan Asap Kenderaan Bermotor


Peningkatan pengunaan kenderaan bermotor seperti motorsikal, kereta, bas dan teksi akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Hal ini dikatakan demikian kerana, kesemua jenis kenderaan bermotor ini menggunakan bahan api fosil seperti minyak diesel dan petrol yang mengandungi plumbum. Pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap akan menghasilkan gas pencemar udara di atmosfera seperti gas karbon dioksida, karbon monoksida, plumbun dan hidrokarbon diatmosfera yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara ( Mastura & Iza Hadila, 2010).

 

Pembakaran Terbuka


Aktiviti pembakaran terbuka yang biasanya dilakukan oleh penduduk kampung dan di kawasan perumahan untuk membakar daun kering, sampah-sarap dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembakaran yang tidak lengkap yang dilakukan oleh manusia akan membebaskan gas-gas pencemar udara di atmosfera seperti gas karbon dioksida, karbon monoksida serta partikel terampai seperti asap dan jelaga menyebabkan berlakunya pencemaran.

Aktiviti Industri


Seterusnya, kawasan perindustrian yang terdapat berhampiran Kampung Tembila juga merupakan salah satu penyumbang berlakunya pencemaran udara di kampung ini. Aktiviti perindustrian ini akan membebaskan asap, jelaga dan pelbagai gas pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrus dioksida ke atmosfera melalui serombong asap. Keadaan ini bertambah bahaya sekirannya serombong asap yang digunakan tiada penapis. 

Aktiviti Pertanian


Kaedah terbang dan bakar dalam aktiviti pembersihan dan pembakaran sisa pertanian juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara.  Sebagai contoh, aktiviti pembersihan jerami padi untuk menanam padi baharu dan pembersihan tapak pertanian untuk membuka tapak tanaman yang baru dan untuk  menyuburkan tanah akan dibakar akan membebaskan partikel terampai di udara seperti habuk, debu, asap, jelaga dan gas-gas pencemar udara seperi karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera kerana melibatkan kawasan yang luas dan tidak berperingkat boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

 

4.0 KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG TEMBILA

Kesihatan

Pencemaran udara boleh menjejaskan sistem pernafasan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, manusia dan haian memerlukan udara yang bersih dan segar untuk bernafas bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka, apabila udara menjadi tidak bersih disebabkan partikel halus atau bahan terampai yang dibebaskan di udara seperti habuk dan debu daripada aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti pertanian akan memasuki sistem pernafasan manusia dan haiwan menyebabkan proses respirasi atau bernafas menjadi sukar untuk di proses kerana organ pernafasan seperti paru-paru mengalami kerosakan dan menyebabkan manusia menjadi sukar untuk bernafas.  Permasalahan ini amat berisiko tinggi kepada mereka yang mengidap penyakit asma, sakit kerongkong dan paru-paru berair terutamanya kepada warga emas, kanak-kanak, bayi dan ibu megandung.

Peningkatan Suhu Bumi dan Setempat

Melalui aktiviti perindustrian dan pembakaran secara terbuka, ianya akan membebaskan gas pencemar udara seperti gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen dioksida tersebar banyak di atmosfera, pertambahan gas pencemar seperti karbon boleh menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi. Hal ini dikatakan demikian kerana, Gas karbon dioksida serta gas-gas rumah hijau yang lain yang terhasil daripada aktiviti pembakaran dan industri seperti sulfur dioksida dan nitrogen yang terbebas di udara  berfungsi untuk membenarkan bahagan matahari masuk ke bumi tetapi tidak membenarkan bahangan dari bumi untuk kembali ke angkasa menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi. Kekurangan tumbuhan juga menyebabkan peningkatan suhu bumi berlaku kerana tumbuhan berfungsi untuk menghasilkan wap air daripada proses transpirasi melalui liang storma bagi menyederhanakan suhu bumi. Namun begitu, kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi kerana wap air yangdihasilkan oleh tumbuhan sedikit dan tidak dapat menyederhanakan suhu bumi.

Pembentukan Hujan Asid

Pencemaran udara boleh menyebabkan berlakunya hujan asid, kebiasaannya jerebu akan hilang selepas hujan turun, hujan dianggap sebagai pembersih udara. Namun begitu,  hujan yang turun semasa fenomena ini akan menghasilkan hujan asid, hujan asid berlaku apabila partikel terampai dan gas-gas pencemar daripada aktiviti perindustrian, letusan gunung berapi dan aktiviti penyemburan racun perosak dan baja kimia yang mengandungi sulfur, nitrogen dan karbon akan berfungsi sebagai nukleus kondensasi apabila bahan ini tersebar di udara yang bertindak untuk menarik wap-wap air yang terdapat di ruang udara untuk bercantum lalu membesar dan tepu bersama  sebelum turun sebagai hujan asid.

Menjejaskan Aktiviti Ekonomi

Hujan asid yang meningkatkan pH badan-badan air akan menyebabakan pertumbuhan plankton, alga dan sebagainnya yang merupakan makanan kepada hidupan akuatik dan marin seperti ikan, udang dan sotong tidak berlaku menyebabkan hidupan ini akan mati kerana tiada makanan. Kekurangan hidupan ini yang juga merupakan sumber protein kepada manusia menyebabkan nelayan mendapat hasil tangkapan yang rendah dan pemdapatan nelayan juga turut rendah kerana hasil tangkatan yang diperoleh hanya mampu untuk dibuat lauk dan bukan untuk dijual.

Selain itu, hujan asid juga menyebabkan tanah pertanian menjadi tidak subur. Halini dikatakan demikian kerana, hujan asid yang menggandungi sulfur dan ammonia tidak baik untuk tanah menyebabkan hasil pengeluaran petani sedikit dan tidak bermutu. Pengeluaran hasil tanaman yang tidak bermutu dan sedikit menyebabkan para petani tidak dapat menjual hasil tanaman mereka seperti kelapa sawit, sayur-syuran kepada pembeli untuk dieksport dan sebagainya menyebabkan pendapatan mereka berkurang dan kuasa beli mereka berkurang berlakunya masalah inflasi.

Hakisan Bangunan dan Kenderaan

Hujan asid akan memberi kesan kepada bangunan dan peralatan bangunan terutamanya di kawasan yang mempunyai bangunan seperti di kawasan bandar. Hujan asid yang turun ke permukaan bumi akan terkumpul menjadi pemendapan asid yang boleh mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan bahan besi, melunturkan cat kereta, membocorkan bumbung zink dan menghakis bukit serta gua kapur. Keadaan ini akan membahayakan nyawa manusia sekirannya batu gua kapur tersebut terhempap di atas badan manusia yang boleh membawa maut dan meningkatkan kos pembelanjaan manusia untuk membaiki segala kerosakan yang berlaku kepada kereta dan bangunan mereka disebabkan hujan asid.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penguatkuasaan Undang-Undang dan Akta

Penguatkuasan undang-undang dan akta perlu dikuatkuasakan kepada masyarakat supaya pencemaran dapat dikawal secara sistematik. Sebagai contoh, dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemaran udara seperti Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014,  Akta dan Kawalan pembakaran terbuka dan sebagainya yang dapat membantu untuk mengurangkan berlakunya pencemaran udara.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Selain itu, agensi penguatkuasa dan pelaksana perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi mengurangkan berlakunya masalah pencemaran udara dengan melaksanakan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) mestilah mengadakan rondaan dan pemantauan yang lebih kerap terutamanya dikawasan perindustrian, di kawasan bandar-bandar dan sebagainya untuk mengawal aktiviti perlepasan asap di atmosfera daripada kenderaan, kilang dan daripada aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk supaya dapat menjamin kualiti udara yang bersih dan manusia dan kehidupan yang lain dapat menghirup udara yang yaman dan segar.

Hukuman Denda dan Kompaun

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab mestilah mengenakan hukuman denda dan kompaun terhadap pesalah yang telah melakukan aktiviti pencemaran dengan mengikut lunas undang-undang yang ada mengikut kesalahan yang dilakukan oleh individu, syarikat dan sebagainya dengan mengenakan denda,  kompoun,  menyita premis,  membatalkan lesen operasi,  memenjara dan lain-lain mengikut kesalahan yang dilakukan oleh mereka.  Sebagai contoh, pihak berkuasa seperti PBT perlu mengenakan denda terhadap petani yang melakukan pembakaran secara terbuka untuk membakar sisa pertanian bagi menjimatkan kos yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu yang banyak memberi kesan kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia supaya dapat memberi kesedaran kepada orang lain untuk tidak melakukan pencemaran lagi.

Menggantikan Kaedah Terbang Bakar kepada Terbang Tanam

Selain itu, kaedah terbang bakar yang dilakukan oleh petani dan pengurus ladang perlu di ganti kepada kaedah terbang tanam iaitu, petani dan pengurus ladang tersebut perlulah menanam sisa tanaman mereka apabila melakukan pembersihan di kawasan pertanian. Sisa-sisa pertanian tersebut perlulah dikumpulkan di suatu tempat supaya sisa tersebut dapat diurai oleh mikroorganisma dan juga boleh digunakan sebagai baja. Baja yang terhasil merupakan baja organik dan para petani dapat menjimatkan kos supaya tidak perlu membeli baja lagi. Walaupun kaedah ini mengambil masa yang agak lama, ianya dapat membantu bagi mengurangkan berlakunya pembebasan bahan terampai dan gas-gas pencemar di udara kerana pembakaran sisa pertanian tidak dilakukan oleh para petani seterusnya dapat mengurangkan berlakunya pencemaran udara.

Memasang Penapis dan Meningikan di Serombong Asap Kilang

Selain itu, bagi mengurangkan pembebasan asap melalui aktiviti perindustrian, pengurus- pengurus kilang digalakkan untuk meninggikan serombong asap dan memasang sistem penapis di dalam serombong tersebut supaya dapat menapis bahan pencemar daripada terbebas ke udara. Oleh yang demikian, pencemaran udara dapat di kurangkan kerana hanya sedikit sahaja bahan pencemar yang tersebar di atmosfera.

Amalan Kitar Semula

Selain daripada pihak kerajaan dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan mendidik anak mereka dengan mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol kaca, botol plastik, kertas atau surat khabar dan tin untuk dijadikan pasu, kraf tangan dan sebagainya bagi menggantikan kaedah pembakaran secara terbuka di mana melalui pembakaran terbuka banyak gas-gas pencemar seperti karbon dioksida dan sulfur dioksida dan partikel terampai terbebas ke udara menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Sekirannya amalan ini dapat diamalkan ianya akan menyebabkan pencemaran udara tidak berlaku.

Pendidikan Alam Sekitar

Akhir sekali, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlulah menerapkan pendidikan alam sekitar kepada semua pelajar supaya mereka mempunyai kesedaran untuk mencintai dan menyayangi alam sekitar daripada mengalami pencemaran. Sebagi contoh, pelajar perlu belajar matapelajaran Geografi bagi setiap peringkat samaada di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun universiti.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pencemaran udara yang berlaku di kampung Tembila adalah dari pelbagai punca terutamanya yang melibatkan aktiviti manusia seperti pertanian, industri, pegangkutan dan sebagainya di mana kesemua aktiviti ini akan membebaskan gas rumah hijau. Pembebasan gas-gas pencemar udara ini di atmosfera telah memberi banyak kesan yang negeatif terhadap penduduk kampung Tembila seperti tahap kesihatan merosot, aktiviti ekonomi merosot, peningkatan suhu bumi dan sebagainya. Setiap masalah yang berlaku sudah pasti ada jalan penyelesainya. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa Langkah yang dapat diambil oleh penduduk kampung Tembila untuk mengatasi atau meredakan masalah pencemaran udara di kampung ini melalui langkah perundangan dan langkah bukan perundangan. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa semua pihak perlu memainkan peranan yang penting agar masalah pencemaran udara di kampung Tembila beransur pulih demi kesejahteraan penduduknya.

7.0 RUJUKAN

Adakah Pencemaran Udara Berbahaya? (2017, February 8). PENDIDIKAN PESAKIT. https://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/adakah-pencemaran-udara-berbahaya/

 

Google Earth. (n.d.). Google Earth. https://earth.google.com/web/search/Tembila,+Terengganu/@5.74114906,102.61231765,12.57750587a,6839.71865579d,35y,0h,0t,0r/data=CigiJgokCUzFSqsrNBdAESZx_heaHhdAGS90EMXkqFlAIabOAq0KpllA

 

Laman web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia. (n.d.). MetMalaysia: Utama. https://www.met.gov.my/pendidikan/sainsatmosfera/mendapanasid

 

Mastura Mahmud, & Iza Hadila Ab Llah. (2010). Pencemaran udara di Bukit Rambai, Melaka sewaktu peristiwa jerebu tahun 2005 (Air pollution at Bukit Rambai, Melaka during the haze episode of 2005). alaysian Journal of Society and Space, 6(3), 30-39. http://journalarticle.ukm.my/802/

 

Nureen Annisa Shahlan, Mastura Mahmud, & Special Issue: Vol 18. No.2 (2021). 181-197. ISSN: 1823-884x Theme: Society, Social Change and Development. (2021). Perbandingan Kualiti Udara Antara Kawasan Perindustrian Pasir Gudang dan Aktiviti Pertanian di Kota Tinggi, Johor. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 18(2), 181-197. http://journalarticle.ukm.my/16954/1/46776-151094-1-SM.pdf

 

 

NUR IZZA BINTI IDEN

D20201094291

KUMPULAN B

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...