Thursday, June 16, 2022

Masalah Pembuangan Sampah di Pekan Sikuati, Kudat, Sabah.

1.0 PENGENALAN

Geografi merupakan satu kajian yang melibatkan kajian fenomena – fenomena yang terjadi dalam sebuah ruang yang melibatkan alam sekitar dan manusia. Dalam geografi juga, terdapat beberapa komponen yang ada iaitu seperti atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera. Bukan itu sahaja, geografi ini boleh dipecahkan lagi kepada dua sub kategori utama iaitu geografi manusia dan geografi fizikal. Dalam geografi manusia, semua perkara yang melibatkan manusia seperti kependudukan, kepadatan penduduk sesebuah kawasan, urbanisasi dan isu yang dialami oleh sesebuah penduduk. Antara isu yang boleh dilihat terutamanya di kawasan Sikuati, Kudat, Sabah ini adalah masalah pembuangan sampah sarap merata-rata tempat.

           

Menurut Ridwan 1994, Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik iaitu sampah domestik terdiri daripada bahan buangan dari rumah manakala bagi bukan domestik, bahan buangan yang terhasil dari aktiviti perindustrian, pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Selain itu juga, sampah juga boleh dikatakan sebagai sisa pepejal.  Sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai "Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna" (Hasnah Ali et al., 2012). Manakala menurut kamus dewan bahawa pula, sampah boleh ditakrifkan sebagai benda-benda yang dibuang atau kotoran, sampah sarap pula bermaksud sampah yang pelbagai jenis.

 

2.0 LOKASI


Gambar 1: Peta Daerah Kudat, Sabah

Sumber: Google Map


 

Gambar 2: Peta Pekan Sikuati, Kudat, Sabah

Sumber: Google Map

 

Pekan Sikuati merupakan satu pekan kecil yang berada 93.93 km Dari bandar kudat. Pekan sikuati ini adalah sebuah pekan yang mempunyai beberapa kemudahan seperti sekolah, klinik kesihatan dan tempat berniaga. Sekolah yang terdapat dalam pekan kecil ini adalah Sekolah Kebangansaan Lok Yuk dan Sekolah Kebangsaan Sikuati yang mana kedua-dua sekolah ini dihubungkan dengan kemudahan jejantas. Bukan itu sahaja, pekan ini juga merupakan satu pekan yang membolehkan masyarakat yang berhampiran untuk melakukan aktiviti perniagaan dengan adanya kemudahan seperti pasar ikan, pasar sayur dan sebagainya.


 

3.0 MASALAH YANG TIMBUL

 

 

Gambar 3: isu pembuangan sampah merata-rata

Sumber: Kajian Lapangan 2022


4.0 PUNCA

Antara punca masalah pembuangan sampah di Pekan Sikuati ini berlaku adalah kerana sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang kita tahu, sikap seseorang amat berpengaruh dalam menjaga dan memelihara alam sekeliling dalam konteks ini kawasan persekitaran Pekan Sikuati. Dengan adanya segelintir individu yang tidak mementingkan kebersihan alam dan persekitaran, ini telah menyebabkan mereka untuk membuang sampah merata-rata tempat sehingga mendatangkan beberapa kesan buruk di kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, akibat sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini juga telah menyebabkan mereka tidak menghiraukan kepentingan menjaga kebersihan di sesebuah kawasan sehinggakan longkang dipenuhi sampah dan terdapat tempat-tempat juga yang telah dijadikan sebagai tempat membuang sampah sahaja. Ini juga boleh dilihat suatu kelakuan yang kurang menyenangkan walaupun pihak berkuasa tempatan sentiasa menjaga dan mengosongkan tong sampah yang telah disediakan.

 

seterusnya, punca yang dapat dikenalpasti sehingga menyebabkan berlakunya masalah pembuangan sampah di pekan sikuati adalah tong sampah yang tidak mencukupi. Jika dilihat melalui Gambar 3, ini semua terjadi akibat daripada tong sampah yang tidak mencukupi di kawasan pekan tersebut. Walaupun di kawasan tersebut telah menyediakan satu tempat pembuangan sampah, kawasan itu agak jauh dari tempat kawasan perniagaan selain daripada pasar ikan dan pasar sayur. Ini telah menyebabkan segelintir masyarakat mengambil jalan mudah untuk hanya membuang sampah merata-rata kerana perasan malas untuk mengumpul sampah sendiri dan membuangnya di dalam tong sampah yang telah disediakan. Selain daripada itu juga, akibat daripada tong sampah yang tidak mencukupi ini juga telah menyebabkan Pekan Sikuati dilimpahi sampah khususnya hari Ahad kerana terdapat pasar minggu atau tamu pada hari tersebut yang mana ini lebih terlihat bahawa tong sampah yang telah disediakan itu tidak mencukupi.

 

5.0 KESAN

Antara kesan yang boleh dilihat akibat daripada masalah pembuangan sampah di Pekan Sikuati adalah pencemaran. Seperti yang ditulis dapat Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Menyatakan bahawa pencemaran itu merupakan apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia, atau biologi pada mana-mana bahagia  alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar, atau buangan-buangan sehingga menyebabkan suatu keadaan yang mungkin membahayakan kesihatan atau keselamatan kepada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sistem dalam geografi seperti atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera. Dalam konteks kawasan kajian pula, melalui masalah pembuangan sampah di kawasan pekan Sikuati ini, pencemaran seperti pencemaran bau menjadi kesan yang ketara di persekitaran itu. Pencemaran bau ini telah sedikit sebanyak menyebabkan ketidakselesaan penduduk di kawasan tersebut untuk melakukan aktiviti perniagaan untuk menyara kehidupan mereka. Pencemaran bau ini adalah berpunca daripada sisa makanan, sayur-sayuran dan sebagainya telah sedikit sebanyak menyumbang kepada pencemaran bau yang dihadapi oleh masyarakat di sekeliling kawasan tersebut.

 

Selain daripada itu, kesan dari masalah pembuangan sampah merata-rata di kawasan pekan Sikuati pula adalah menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan tersebut. Seperti yang kita tahu, pembuangan sampah sarap di sesebuah kawasan sudah tentu menjejaskan kesihatan bagi individu yang menetap di sesebuah kawasan tersebut. Antara penyakit yang boleh berlaku akibat masalah pembuangan sampah di sesebuah kawasan terutamanya di kawasan sikuati adalah seperti Aedes dan Demam Kepialu (Tifoid). Penyakit ini seperti Aedes ini merupakan satu penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mana ini akan meningkat jika tempat pembiakan nyamuk tersebut tidak dihapus seperti air bertakung di tayar yang terbuang, atas plastik dan dalam longkang. Dari segi Demam Kepialu pula, ini adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi) iaitu Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa yang mana dalam konteks ini, ini boleh terjadi akibat lalat yang menghinggap ke atas makanan. Oleh hal yang demikian, sudah terbukti bahawa masalah pembuangan sampah ini menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

 

6.0 CADANGAN/LANGKAH MENGATASI

Antara cadangan untuk mengatasi masalah pembuangan pembuangan sampah di Pekan Sikuati adalah menambahkan jumlah tong sampah di kawasan tersebut juga boleh dilihat sebagai satu cara atau Langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau mengatasi masalah sisa pepejal di kawasan tersebut. Seperti yang telah di kawasan di 4.0 iaitu punca berlakunya masalah tersebut, penambahan jumlah tong sampah di kawasan itu dilihat boleh mengatasi masalah pembuangan sampah merata-rata tempat. Hal ini demikian kerana dengan adanya tong sampah yang mencukupi, ini membolehkan seseorang itu membuang sampah dengan segera dan tidak perlu membawa sampah ke mana-mana.

 

Selanjutnya, melakukan kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Kempen kesedaran merupakan satu inisiatif yang boleh dilakukan untuk mengawal dan mengurus kualiti persekitaran di sesebuah kawasan dalam konteks ini di Pekan Sikuati. Kempen yang dilakukan ini bukan sahaja dapat menjelaskan kepentingan kualiti persekitaran yang bersih kepada kehidupan masyarakat tetapi juga merupakan satu cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa bernilainya menjaga kualiti dan kebersihan di sesebuah kawasan. Dengan kempen ini juga kita boleh mengajar masyarakat tempatan cara yang paling efisien dalam mengatasi masalah pembuangan sampah terutamanya pembuangan sampah sarap merata-rata. Oleh yang demikian, kempen ini haruslah disertai bagi tujuan kepentingan kita bersama.

 

7.0 KESIMPULAN

Melalui penulisan ini jelaslah bahawa terdapat beberapa faktor atau punca berlakunya pembuangan sampah merata-rata di kawasan Pekan Sikuati. Dalam permasalahan ini juga sudah tentu terdapat isu lain yang timbul seperti kesan negatif yang telah dikatakan dalam  5.0 iaitu kesanya adalah pencemaran dan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan persekitaran. Namun begitu, masalah ini merupakan satu masalah yang kecil sahaja yang mana hanya segelintir masyarakat sahaja yang melakukan perkara yang meningkatkan masalah tersebut. Dengan langkah seperti menyediakan tong sampah yang mencukupi dan mengadakan kempen yang bersesuaian ini mampu mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan tersebut.


RUJUKAN

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. (2012). Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Journal of Society and Space, 8(5), 64 – 75. https://core.ac.uk/download/pdf/11494387.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan. (2017). Demam Kepialu (Tifoid). https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/50-demam-kepialu-tifoid.html

Ridwan Lubis (1994). Peningkatan Peranan Serta Masyarakat dalam Mensukseskan Program Medan Bestari. Ucapan Sarasehan Hari Lingkungan Hidup Sedunia, Medan. 25 Julai.

Undang – Undang Malaysia. (2015). Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-content/uploads/2015/01/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling_1974_-_ACT_127.pdf

 

NAMA: CARL DYONY ND SELVOSIUS

NO MATRIKS: D20201094295

KUMPULAN KULIAH: B

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...