Friday, June 17, 2022

Isu Peyalahgunaan Dadah di Bukit Payong, Marang, Terengganu

PENGENALAN

 

Peningkatan kes-kes penyalahgunaan dadah, serbuan dan tangkapan yang amat ketara telah berada di tahap yang membimbangkan. Penagihan dadah adalah merupakan satu masalah besar yang berlaku di Malaysia. Secara amnya, dadah bukan sahaja merosakkan masyarakat sahaja malahan ianya merupakan satu ancaman besar kepada masa depan negara kerana peranannya dalam merosakkan pemikiran seseorang individu dalam masyarakat sehingga boleh menyebabkan individu tersebut boleh hilang kemampuan untuk berfikir secara waras malahan lebih teruk lagi mereka juga boleh bertindak di luar kawalan. Penagih tidak akan wujud tanpa adanya pengedar dadah atau dikenali sebagai tokan dadah. Hal ini sekaligus boleh menyebabkan negara diambang kerugian dari aspek ekonomi, tenaga kerja serta perancangan pengaruh masa depan negara.

Rajah 1: Peta Daerah Marang

 

Bukit Payong ialah salah satu mukim dan bandar yang terletak di Daerah Marang, Terengganu yang mana merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bukit Payong terletak di kawasan luar bandar Terengganu. Kebanyakan modus operandi pengedaran dadah menyasarkan penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Tahap sosio-ekonomi penduduk yang rendah juga merupakan faktor yang menyumbang kepada kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Bukit Payong. Keadaan terus membimbangkan apabila kegiatan penyalahgunaan dadah turut melibatkan pelajar sekolah menengah di sekitar kawasan ini.

Rajah 2: Tangkapan Dadah dalam Serbuan

 

Merujuk rajah diatas, polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai merupakan antara pengedar dadah yang terbesar di daerah Marang. Tangkapan telah merampas dadah seberat 13kilogram dalam serbuan yang telah dijalankan di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payong. (Berita Harian, 2022).

 

Rajah 23: Sebilangan Daripada 26 Orang Penagih Dadah Yang Sedang Khayal

 

Antara kes penyalahgunaan yang telah mengejutkan seluruh rakyat Terengganu apabila seramai 26 lelaki disyaki penagih dadah telah ditahan dalam operasi AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) Daerah Marang di Kampung Gemuroh, Bukit Payong. Sarang penagih tersebut telah diserbu oleh beberapa pegawai serta kakitangan AADK pada 20 Mac 2021. Di dalam operasi tersebut, 25 orang penagih yang telah ditahan berada dalam keadaan khayal dengan dadah yang dipercayai metamfetamin (metahamphetamine) manakala seorang daripada 26 orang tersebut telah terkencing dalam seluarnya akibat ketakutan apabila diserbu agensi tersebut. Sebelum kejadian tersebut, penagih berkenaan mencuba untuk melarikan diri namun berjaya diberkas oleh kakitangan AADK Marang yang cekap.


Selain daripada itu, seorang lelaki yang turut berasal dari Kampung Gemuroh, Bukit Payong telah diberkas dipercayai telah mencuba untuk menyeludup pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai sekitar RM 23,400 menggunakan sebuah syarikat penghantaran kurier. Percubaan suspek telah gagal setelah bahan terlarang tersebut dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Menurut pihak polis, pihak mereka telah menerima aduan daripada syarikat penghantaran yang terletak di Bukit Payong dan mengesyaki terdapat 3 bungkusan mengandungi bahan terlarang disyaki dadah. Pelbagai jenis dadah dijumpai di dalam setiap bungkusan telah ditemui sebelum pihak polis berjaya mengesan alamat pengirimnya. Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah tidak lagi gentar akan peraturan mahupun undang-undang dalam negara sehingga mereka berani untuk menghantar bahan terlarang tersebut menggunakan sisitem kurier yang mana secara umumnya agak rigid dan tegas dari soal penghantaran bahan terlarang.

 

Rajah 4: Sebahagaian Dadah yang Dirampas di Premis Syarikat Perkhidmatan Kurier di Bukit Payong, Marang

 

Kampung Gemuroh, Bukit Payong merupakan antara lokasi kegemaran ataupun 'port' bagi penagih dadah atau sesiapa yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk melepaskan gian mereka lebih-lebih lagi di pinggir sungai yang tidak jauh dari kampung tersebut. Kawasan tersebut seringkali dikunjungi oleh penagih luar serta dianggap sebagai 'tempat selamat' bagi penagih dadah kerana mereka menganggap kawasan tersebut selamat kerana ia terletak agak jauh daripada rumah penduduk kampung tersebut. Operasi serbuan akan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi kegiatan penyalahgunaan yang mana sudah terang lagi bersuluh salah di sisi undang-undang.

 

FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH DI BUKIT PAYONG, MARANG

 

Rajah 5: Beberapa Orang Remaja yang Disyaki Terlibat dengan Penyalahgunaan Dadah

 

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah di Kawasan Bukit Payong adalah kerana kurangnya pendedahan tentang kesan buruk dadah. Menurut Fauziah dan Ezarina (2016) Penglibatan remaja dengan aktiviti penyalahgunaan dadah juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan remaja dari aspek fizikal, mental, emosi serta tingkah laku mereka yang sedang mengalami transisi perkembangan ke alam dewasa. Statistik oleh United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) (2018) menunjukkan terdapat 275 juta orang atau 5.6 peratus populasi yang berumur 15 hingga 64 tahun di seluruh dunia terlibat dengan dadah.Kebanyakan remaja di kawasan ini mempunyai latarbelakang keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, remaja di sini turut bekerja untuk mencari pendapatan bagi membantu keluarga mereka. Hal ini menyebabkan pendidikan mereka di sekolah akan terabai. Kurangnya pendidikan, ilmu pengetahuan boleh mendorong ke atas permasalahan sosial yang mana merupakan isu yang amat besar dalam kalangan remaja pada masa kini. Di sekolah, guru-guru sering mendedahkan keburukan penyalahgunaan dadah, kesan dan akibat daripada melibatkan diri dengan bahaya dadah. Malahan, pihak Polis Diraja Malaysia (PPDRM) juga seringkali mengadakakan lawatan di sekolah-sekolah dengan menyediakan booth pameran tentang hukuman yang dikenakan bagi pesalah menagih dadah, pengedar dadah. Gambaran terhadap hukuman yang akan dikenakan, malahan pameran tersebut turut menunjukkan tali gantung bagi hukuman gantung sampai mati yang kebiasaannya dikenakan ke atas pesalah yang mengedar dadah boleh memberi pengajaran serta peringatan terhadap remaja-remaja yang masih bersekolah supaya mereka akan sentiasa menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Menurut Noordeyana et al., (2018) program pencegahan yang berasaskan pendidikan berfokus kepada golongan sasar juga dapat mengurangkan risiko dan meningkatkan faktor perlindungan daripada faktor berisiko yang berkaitan dengan bahan terlarang yang lain.

 

Seterusnya, berlaku penyalahgunaan dadah lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja adalah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Hal yang tersebut adalah kerana rakan ialah rang terdekat kepada seseorang remaja selepas ahli keluarga. Kajian oleh Agnew et al. (2002) melibatkan 1,031 responden lelaki dan perempuanberumur 12 hingga 18 tahun mendapati emosi negatif dan mempunyai rakan sebaya yang bermasalah mempengaruhi tingkah laku delinkuen mereka. Oleh sebab itu, remaja akan lebih mengikut dan melakukan perkara yang rakan mereka turut lakukan tanpa mereka sedar keburukan pengambilan dadah pada masa hadapan. Namun begitu, ada juga kes yang tercatat melibatkan seorang remaja disisihkan oleh rakan-rakan mereka apabila remaja tersebut bertegas untuk tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah. Selain daripada itu  kurang celik akal terhadap  dadah  turut  menjadi  faktor  penyumbang  kepada  berlakunya  penyalahgunaan  dadah  dan menyatakan  sebenarnya  bahawa  remaja-remaja  di  negara  kita  tidak  mempunyai  pengetahuan  yang mendalam  tentang  kesan  negatif  serta  bahaya  penyalahgunaan  dan  penggunaan  dadah  (Noorazleen, 2015)

 

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI BUKIT PAYONG


Rajah 6: Penyalahgunaan Dadah pada Peringkat Remaja

 

Penyalahgunaan dadah memberi kesan terhadap pelbagai sudut terutamanya dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah, suasana hidup masyarakat berada dalam keadaan tidak tenteram oleh kerana timbul pelbagai bentuk jenayah seperti mencuri, pecah rumah, dan merompak. Malahan, keselamatan nyawa penduduk di sekitar Kampung Bukit Payong turut berada dalam keadaan terancam. Seterusnya, berlakunya perpecahan dan kemunduran dalam masyarakat akibat penglibatan anak muda dengan penyalahgunaan dadah. Majoriti penagih dadah ialah penagih lelaki iaitu 96.8 peratus daripada jumlah penagih bagi tahun 2014 hingga 2018. Penagih dadah wanita hanya menyumbang sebanyak 3.2 peratus bagi tempoh yang sama. Walaupun bilangan dan peratusan wanita masih kecil namun langkah awal perlu dilakukan untuk mencegah masalah ini daripada terus meningkat (Tuty Haryanti, 2018)

 

Rajah 7: Kanak-Kanak Yang Terlibat Dengan Penayalahgunaan Dadah

 

Generasi muda merupakan modal insan yang amat penting kepada kesejahteraan dan pembangunan negara. Penglibatan golongan ini dalam aktiviti penyalahgunaan dadah telah mengancam keselamatan dan kemakmuran negara, malahan menjejaskan perkembangan sahsiah diri remaja ke alam dewasa. (Daud & Wan Sulaiman, 2021). Pengambilan dadah pada dari peringkat remaja boleh menyebabkan berlakunya risiko untuk berlakunya ketagihan yang serius apabila umur semakin meningkat. Pada usia tersebut remaja lebih terdedah kepada masalah fizikal dan sosial kerana pada masa tersebut otak mereka masih berkembang berbanding dengan orang dewasa. Anak muda turut tidak berminat untuk memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi seperti menuntut ilmu mahupun melakukan kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, tidak hairan lagi remaja yang mengambil dadah dari usia awal akan selalunya menghadapi masalah dengan ahli keluarga, masalah di sekolah malahan kebanyakan daripada mereka mencatatkan rekod pembelajaran yang agak teruk ataupun tidak memberangsangkan di samping mengalami masalah kesihatan fizikal dan juga mental. Jika seseorang mengambil dadah pada peringkat  umur yang  sangat  muda,  risiko  penglibatannya  dalam  penagihan  adalah  tinggi. Melalui dasar dadah negara, matlamat kerajaan Malaysia untuk melihat negara Malaysia bebas dadah pada tahun 2015 tidak berjaya, namun yang demikian untuk mencapai  matlamat  negara  maju  kita  tidak  boleh  biarkan  negara  kita ditunggangi  oleh  masalah  dadah  yang  membelenggu  masyarakat  tidak  terkecuali  impaknya  kepada golongan  remaja

 

Seterusnya, jenayah penyalahgunaan dadah boleh membawa kemudaratan terhadap keselamatan sesebuah kawasan. Penagih dadah lebih-lebih lagi dalam kalangan belia boleh melemahkan sesebuah negara. Hal ini kerana golongan ini terdiri daripada tenaga kerja yang utama terutamanya dalam sektor perkhidmatan keselamatan. Penyalahgunaan dadah turut boleh melumpuhkan kekuatan mental dan fizikal sesebuah pasukan keselamatan negara. Keharmonian sebuah negara boleh tergugat jika sekiranya timbul satu keadaan dimana pengedar dadah terdiri daripada kaum yang lain manakala penagihnya daripada kaum yang lain. Hal ini kerana masyarakat di sekitar Kampung Bukit Payong mempunyai bilangan masyarakat yang majmuk berbilang kaum dengan sosio-politik yang teguh dan amat bergantung kepada keupayaan masyarakat untuk hidup harmoni dan saling bersefahaman antara satu sama lain. Keadaan seperti ini boleh menimbulkan perasaan curiga atau syak wasangka antara sesebuah kaum dan kaum yang lain sehingga boleh membawa kepada permusuhan antara kaum.

 

Rajah 8: Gambar Sekadar Hiasan

 

Selain itu, apabila para penagih tidak mampu untuk mendapatkan dadah mereka akan berusaha untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan dadah melalui cara yang bertentangan dengan etika keselamatan negara seperti melakukan jenayah rompakan, mencuri pecah rumah malahan lebih teruk lagi ialah apab ila berlaku kes membunuh atas desakan penyalahgunaan dadah. Hal ini boleh mendorong berlakunya kehidupan masyarakat di sekitar Bukit Payong yang tidak lagi tenteram dan harmoni kerana menjadi sasaran jenayah golongan penagih.

 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI ISU PENAGIHAN DADAH DI BUKIT PAYONG

 

Memandangkan masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan masalah penyalahgunaan ini sangat membinasakan masyarakat lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja yang sangat membimbangkan semua pihak. Oleh yang demikian, langkah yang drastic harusla dititikberatkan dalam perancangan untuk memerangi ancaman dadah. Bagi menangani masalah yang semakin gawat ini, perkara utama haruslah bermula dari rumah. Dimana ibu bapa dan keluarga memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mereka menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Dengan meluangkan masa dengan anak-anak pada masa lapang, mmepunyai sikap ambil berat terhadap perasaan mereka serta penyayang boleh mengelakkan remaja terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan dadah. Segala keperluan dan pendidikan yang formal haruslah disediakan dalam usaha membendung anak-anak daripada penyalahgunaan dadah. Hubungan yang baik antara seorang ibu atau bapa dengan anak-anak sedikit sebanyak mampu melindungi anak-anak remaja daripada masalah sosial yang menjadi kebimbangan sejagat pada zaman kini.

Rajah 9: Hubungan Yang Baik antara Anak dan Ibu Bapa

 

Seterusnya pihak kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang berat seperti hukuman gantung terhadap pengedar dadah. Hal ini kerana tanpa adanmya pengedar dadah, sudah tentu para penagih akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan dadah. Namun begitu tidak bermakna penagih dadah akan terlepas daripada hukuman yan g berat. Sebagai contoh, hukuman bagi jenayah penyalahgunaan dadah jenis syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20gram hingga 50gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi daripada 50gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN


Agnew, R., Brezina, T., Wright J. P., & Cullen, F. T. (2002). Strain, personality traits, and delinquency: Extending general strain theory. Criminology, 40, 43–72.

 

Daud, N. and Wan Sulaiman, W. A. (2021) "Kurang Celik Akal Pencetus Kepada Penagihan Dadah dalam kalangan Remaja", Asian Social Work Journal, 6(5), pp. 42 - 55. doi: https://doi.org/10.47405/aswj.v6i5.187.


Noorazleen   Mohamad   Nor. (2015). Kerinduan   atau   Ketagihan   Terhadap   Dadah:   Punca   Belia Kecundang dan Kembali Menagih: Universiti Tunku Abdul Rahman. Ipoh, Perak


Tuty Haryanti Ahmad Rodzi. (2018). Jumlah penagih dadah wanita meningkat: AADK.Berita Harian. Dicapai daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/391945/jumlah-penagih-dadahwanita-meningkat-aadk.

 

United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). (2018). World drug report 2018.

Vienna: United Nations

 

 

FAQEHAH AMIRAH BT. BADRO

D20182085702

KUMPULAN A

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...