Saturday, June 18, 2022

Tajuk: Isu Kependudukan yang Rendah dan Kadar Migrasi yang Meningkat bagi Golongan Belia dari Kawasan Daerah Pendang, Kedah.

Nama:

NUR SHAFIKAH BINTI ISMAIL

ID Pelajar:

D20191088328

Kump.

A


  1. Pengenalan

Perkataan penduduk menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang ke-4 memberi takrifan definisi yang bermaksud kepada beberapa pengertian, iaitu individu atau sekumpulan orang yang tinggal di satu kawasan, tempat, daerah, negeri, wilayah dan sebagainya. Perkataan sifat "kependudukan" pula membawa makna ketumpatan populasi yang berkait rapat dengan kepadatan penduduk yang berkadaran dengan keluasan tanah (km) bagi suatu wilayah yang dikaji. Dalam erti kata lain, ianya membawa maksud jumlah bilangan individu yang mendiamii kawasan geografi tertentu dan dapat dikenali kepadatan penduduk setempat dengan membahagi jumlah penduduk dengan kawasan demografi mereka.

            Pendang merupakan sebuah daerah membangun yang terletak di antara daerah Sungai Petani dan pusat ibu negeri Kedah, iaitu Alor Setar. Daerah ini dimurahkan rezeki dengan luas kawasan tanah sebanyak 629 km menjadikan daerah ini adalah salah satu daerah yang mempunyai keluasan tanah yang tinggi, diikuti oleh Baling, Sik, Kuala Muda dan Padang Terap yang mendominasi dengan berkelebaran seluas 1359 km2. Walaubagaimanapun, bilangan penduduk yang hanya seramai 109 ribu orang ini menjadikan daerah tersebut berada di dalam klasifikasi daerah yang mempunyai bilangan kepadatan penduduk rendah, lalu memberi kesan terhadap ketumpatan penduduknya yang hanyalah sebanyak 172 orang bagi 1 km persegi. Melalui aspek etnik dan bangsa, Pendang didahului dengan etnik Bumiputera seperti Melayu dan Siam yang majoritinya boleh dijumpai di seluruh kawasan Pendang, Kedah yakni seramai 97.8 ribu orang pada tahun 2020. Bilangan ini diikuti oleh bangsa Cina yang mempunyai penduduk seramai 3.7 ribu dan bangsa India sebanyak 1.4 ribu pada tahun yang sama. Data dan maklumat ini telah didapati melalui bancian yang telah dijalankan pada tahun sebelumnya sebelum di dokumentasi dan diterbitkan. Melalui analisis data, ihsan daripada bancian sepanjang tahun 1970 sehingga 2019 telah menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan penduduk tahunan di Kedah adalah semakin menurun sejak tahun 2010 dan pada tahun 2019 kadar pertumbuhan penduduk yang dicatatkan adalah 0.8 peratus. Penulisan ini juga mengambil kira pengkelasan kumpulan umur di antara 15 sehingga 64 tahun, khususnya golongan belia yang terkesan daripada isu ini menjadikan isu kepadatan penduduk dan kadar migrasi yang tinggi dalam kalangan belia bagi daerah Pendang harus dibincangkan semula dalam mencari solusi yang relevan serta bertepatan dengan hasrat Dasar Kependudukan Negara Malaysia, khasnya di daerah Pendang.

  1. Ringkasan kes

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, penulisan blog ini merupakan satu perbincangan terhadap isu kependudukan yang rendah dan kadar migrasi yang meningkat bagi kawasan daerah Pendang khususnya dari golongan lapisan belia yang ditakrifkan definisi dari umur 15 hingga 40 tahun. Pengkaji telah memilih kawasan yang berhampiran dengan kediaman pengkaji sebagai tinjauan demografi kawasan bagi mendapatkan kajian dan maklum balas yang lebih bermakna dalam meneliti pelbagai faktor, kesan masalah dan cadangan penyelesaian terhadap isu Kependudukan yang Rendah dan Kadar Migrasi yang Meningkat bagi Golongan Belia dari Kawasan Daerah Pendang, Kedah.

 

  1. Demografi kawasan

Map of Pendang, Kedah

Rajah 1: Peta keseluruhan daerah Pendang.

  1. Punca

                4.1.        Menghidupkan ekonomi

Menurut Mohd Fadzil Abdul Rashid, Suharto Teriman, Wan Rabiah Wan Omar dan Mohd Roswodi Mat Zin (2016), migrasi ditakrifkan sebagai fenomena tingkah laku yang dialami oleh setiap negara di dunia dimana corak migrasi dan kadar migrasi selalunya berkait rapat dengan tahap urbanisasi sesebuah negara. Migrasi ini boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian, Migrasi Antarabangsa dan Migras Dalaman. Migrasi dalaman dianggap sebagai perubahan atau peralihan kediaman demografik merentasi daerah dan negeri. Spesifikali, dalam konteks di Malaysia khusunya daerah Pendang, migrasi adalah disebabkan jaminan peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan-kawasan urbanisasi atau metropolitan. Isu ketidaktentuan kadar inflansi yang berlaku di seluruh dunia kini menyebabkan mata wang ringgit mengalami nilai susut yang teruk mengakibatkan rata-rata harga barangan kawalan dan barangan asas seperti ayam dan minyak menaik sedikit demi sedikit. Perkara ini menyebabkan ramai diantara kita dihimpit dengan belenggu ekonomi institusi keluarga yang teruk terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar di mana jurang akses kepada peluang pekerjaan yang sangat tipis menyebabkan golongan ini tiada pilihan selain berhijrah ke kawasan ibu kota bertujuan terhadap lambakkan peluang pekerjaan terutamanya di kawasan perindustrian (Fadzil et al., 2016).

      Perkara ini kerana, rata-rata peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan daerah Pendang adalah memfokuskan kepada sektor pertanian dan perladangan yang dijalankan sejak turun-temurun. Situasi pekerjaan seperti menoreh getah, memunggut kelapa sawit dan menanam padi merupakan pemandangan yang lazimnya dipertontonkan di kawasan tersebut. Hal ini kerana kurangnya peluang atau ruang terhadap sektor pekerjaan yang berasaskan jual beli, perindustrian dan pentadbiran yang ditawarkan di kawasan berkenaan menyebabkan rata-rata masyarakat hanya mengamalkan aktiviti pekerjaan yang sedia ada. Walaubagaimanapun, isu kemiskinan dan kadar golongan B40 dan M40 yang tinggi di kawasan tersebut menyebabkan rata-rata penduduk di daerah tersebut dihimpit belenggu kemiskinan pada kadar yang membimbangkan menyebabkan ramai diantara mereka behijrah ke kawasan bandar berdekatan seperti daerah Sungai Petani dan Kulim yang memberi peluang pekerjaan rentetan tempias daripada kemajuan bandar Pulau Pinang dan Kulim Hi Tech sebagai kawasan pencarian mata wang mereka.

                4.2.        Isu Pendidikan

Selain itu, isu seperti kawasan yang menyediakan pusat latihan atau pusat pengajian sama ada akses kepada institusi sekolah atau institusi pendidikan tinggi menyebabkan golongan-golongan belia ini berhijrah ke kawasan metropolitan. Perkara ini kerana wujudnya dasar demand and supply menjadikan pelabur atau pengusaha di kawasan berkenaan dapat memajukan ekonomi dengan menawarkan ruang pekerjaan dalam sektor pentadbiran atau perdagangan rentetan bilangan pelajar yang sentiasa bertambah dan kekal relevan dalam kitaran tersebut. Sebagai contoh, pemilik rumah dapat membeli rumah dan menyewakan rumah tersebut kepada para pelajar dimana permintaan terhadap perkhidmatan rumah sewa yang akan kekal relevan di kawasan IPT menyebabkan ramai pengusaha rumah sewa atau pembangun mencuba memenuhi permintaan penduduk di kawasan berkenaan. Merujuk dengan migrasi di kawasan Pendang sebagai kawasan luar bandar yang membangun, kawasan ini hanya mempunyai beberapa bilangan buah sekolah dan pusat latihan sahaja menyebabkan lebih ramai pelajar menyambung pelajaran mereka pada peringkat tertinggi di daerah atau negeri lain.

 

  1. Kesan masalah

                5.1.        Miskin bandar

Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyatakan dalam temuramah beliau dimana beliau menekankan bahawa migrasi luar bandar menyebabkan ramai di kalangan ahli penghijarah ini berhadapan dengan situasi miskin bandar. Miskin bandar dapat dicirikan oleh beberapa kekurangan yang ketara dalam aspek yang berbeza. Secara umumnya, kemiskinan bandar boleh ditakrifkan sebagai orang atau isi rumah yang miskin ekonomi dan pelbagai faktor lain, termasuk aspek kesihatan, pendidikan dan taraf hidup. Dari perspektif kewangan, individu atau isi rumah diklasifikasikan sebagai miskin bandar kerana pendapatan keluarga yang tidak mencukupi atau tidak stabil, sebagai contoh sekiranya seseorang atau isi rumah itu mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan (PGK) ATAU pendapatan bulanan melebihi PGK tetapi tidak mampu menampung perbelanjaan keperluan asas (Mohd Fadzil Abdul Rashid & Ishak Ab. Ghani, 2007)

      Bagaimana miskin bandar ini terjadi? Perkara ini berlaku apabila majikan menawarkan gaji kepada para pekerja pada paras gaji minimum seperti RM1200 yang tidak relevan sekiranya individu terbabit tinggal di kawasan bandar seperti Klang dan Pulau Pinang. Hal ini kerana nilai yang hanya mampu digunakan untuk menampung barang keperluan asas dan harian tidak dapat digunakan dalam bentuk simpanan kewangan. Perkara ini juga menjadikan rata-rata pekerja bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang rentetan daripada kos perbelanjaan yang tinggi di kawasan metropolitan tersebut. Perkara ini mungkin disebabkan faktor jenis pekerjaan dan tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak memilih kerja dan hanya memilih pekerjaan tersebut untuk menampung dan kegunaan harian semata-mata.

                5.2.        Tiada simpanan masa depan dan berhutang

Rentetan daripada penjelasan atau kesan yang dinyatakan sebelum ini, kesan daripada kemiskinan bandar ini menyebabkan ramai belia dari lapisan umur 20an hingga 40an tiada simpanan bagi kecemasan serta mempunyai banyak tunggakkan hutang sama ada secara personal loan, student loans, creditloans dan sebagainya. Desakkan terhadap gaya hidup dan pembudayaan dalam menguruskan kewangan secara lemah ini telah menyebabkan ramai didalam kalangan penduduk telah berhutang bagi menampung keperluan mereka yang tidak mencukupi. Situasi ini boleh dianalisis melalui pengalaman dan luahan rakyat yang menyatakan keluh kesah mereka mengenai bebanan kewangan yang menghimpit mereka sehingga mereka lanjut usia dan dalam pada masa yang sama, mereka tiada simpanan yang boleh digunakan sekiranya berlaku situasi kecemasan seperti kebakaran harta benda, penyakit atau kemalangan. Perkara ini menjadikan bahawa trend penghijrahan dari luar bandar ke bandar ini sedikit sebanyak membawa keburukan dan kebaikan dalam masa yang sama sekiranya pengguna tidak bijak dalam mengawal pengurusan kewangan mereka. Namun, perkara ini tidak boleh disalahkan seratus-peratus kepada perbelanjaan pengguna semata-mata, sebaliknya perubahan atau transformasi paras gaji seharusnya melalui anjakan paradigma seiring dengan perubahan ekonomi dunia. Seharusnya pendapatan bulanan rakyat tidak lagi sepatutnya berada di takuk lama, dimana gaji pekerja dibayar dalam nilai yang kecil seolah-olah gaji pada tahun 1990an dimana nilai ringgit masih kukuh.

 

  1. Cadangan penyelesaian

                6.1.        Melaksanakan Dasar Pembangunan

Dasar pembangunan yang dinyatakan seiring dengan hasrat Kementerian Pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-7 bagi mempromosikan kemajuan infrastruktur kemudahan asas dan pembangunan harus dirangka dan dirancanakan dengan teliti. Antaranya melalui peluang kepada pelabur untuk membangunkan kawasan setempat dimana kerajaan menawarkan sokongan terhadap pelaburan tersebut melalui nilai cukai rendah yang dikenakan ke atas para pelabur. Cukai rendah yang dikenakan ini akan mengakibatkan pelabur mudah berurusan dan tertarik untuk mengusahakan ekonomi mereka dikawasan yang dikehendaki khususnya di kawasan kajian. Perkara ini disokong melalui petikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed (2018):

"Potongan cukai khas dan insentif daripada kerajaan disediakan kepada syarikat-syarikat untuk membuka operasi mereka di kawasan kurang membangun di Malaysia"

Perkara ini membantu melalui pembangunan jaringan pengakutan seperti Landasan Kapal Terbang, Landasan Kereta Api berkelajuan tinggi seperti di Shinkansen, Jepun atau melalui perindustrian pengilangan bahan seperti automotif dan tekstile seiring dengan revolusi perindustrian 4.0. Selain itu, kerajaan juga boleh memberi penekanan terhadap kemajuan sektor pertanian dimana Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar bahan berasas pertanian seperti beras, getah dan minyak kelapa sawit yang utama terutamanya dalam pengedaran bahan asas tersebut bagi negara-negara jiran hendaklah dijalankan secara meluas. Perkara ini kerana daerah Pendang merupakan sebuah daerah yang kaya dengan hasil tani, maka kerajaan dengan kolaboratif dan sokongan MARDI hendaklah memanfaatkan kewujudan mereka selaras dengan bantuan-bantuan atau dasar yang boleh dicadang serta dilaksana bagi meningkatkan kesedaran penduduk atau masyarakat setempat untuk membangunkan ekonomi berasaskan guna tanah ini pada skala global dimana produk tersebut dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan bestari sekiranya melihat dari sudut belia yang menggangur akibat menunggu peluang pekerjaan berdasarkan career jurusan pengajian mereka, namun sekiranya mereka diberi ruang dan peluang setimpal dengan tahap pendidikan mereka untuk menukar bidang kerjaya mereka ke arah bidang yang membuka peluang pekerjaan, pengkaji percaya bahawa golongan belia yang kompeten dan kreatif ini akan memanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang ditawarkan ini serta menjadi pengusaha muda tempatan. Sokongan dari segi latihan industri, pengajaran tanaman secara berkala, sokongan dari segi kewangan dan sebagainya sememangnya berupaya dalam membantu mengelak daripada berhijrah. Justeru itu, dasar kerajaan yang baru ini berupaya membantu dalam menangkis permasalahan penghijrahan masyarakat setempat ke kawasan lain sekiranya pencegahan dan rawatan terhadap masalah-masalah yang dinyatakan sebelum ini diambil perhatian serta mendapat tindakan yang sewajarnya.


 

 

  1. Rujukan

Fadzil, M., Rashid, A., Teriman, S., Rabiah, W., Omar, W., Roswodi, M., & Zin, M. (2016). Migrasi bandar-bandar di Malaysia: kajian kes Wilayah Koridor Ekonomi Pantai Timur. Geografia: Malaysian Journal of Society & Space, 12(4), 131–146.

Mohd Fadzil Abdul Rashid, & Ishak Ab. Ghani. (2007). Migrasi Dan Kemiskinan Bandar : Suatu Kajian. Seminar Kebangsaan Pembangunan Persekitaran & Masyarakat, January 2007.

(2018, March 6). Potongan Cukai Rangsang Pelaburan Kawasan Kurang Membangun [Review of Potongan cukai rangsang pelaburan kawasan kurang membangun]. Berita Harian. Potongan cukai rangsang pelaburan kawasan kurang membangun.

Mamat, A. (2018, December 2). Hidupkan ekonomi luar bandar elak belia hijrah [Review of Hidupkan ekonomi luar bandar elak belia hijrah]. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504602/hidupkan-ekonomi-luar-bandar-elak-belia-hijrah-rina

(n.d.). Rakyat Malaysia sukar menyimpan setiap bulan [Review of Rakyat Malaysia sukar menyimpan setiap bulan]. https://www.sinarharian.com.my/article/166815/BERITA/Nasional/Rakyat-Malaysia-sukar-menyimpan-setiap-bulan

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...