Sunday, June 19, 2022

MASALAH BANJIR YANG MELANDA PENDUDUK SEKITAR KUALA LIPIS, PAHANG

1.0 PENGENALAN

Kejadian banjir merupakan satu fenomena yang tidak lagi asing bagi masyarakat di Malaysia. Jabatan Pengairan dan Saliran (2011) menyatakan bahawa, banjir merujuk kepada badan air yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan akibat hujan lebat, pencairan ais, air pasang dan halangan pada saluran. Bagi masyarakat Malaysia, banjir sering melanda kawasan yang banyak menerima curahan hujan yang kebiasaannya berlaku pada musim tengkujuh iaitu bermula pada bulan Oktober dan berakhir pada bulan Disember. Dalam pada itu, banjir boleh melanda sehingga beberapa hari dan bergantung pada interaksi komponen lembangan saliran yang menerima curahan hujan. Baharuddin et al. (2012) dan Ching et al (2013) turut menyatakan bahawa banjir merupakan aliran air yang agak tinggi melebihi tebing semula jadi atau buatan manusia di bahagian sungai.

            Berdasarkan kepada rekod sejak tahun 1886, Pantai Timur telah pun menjadi kawasan paling teruk terkesan akibat banjir dan keadaan yang sama nampaknya kekal sehingga hari ini. Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 10467 orang yang membabitkan 3263 keluarga (Berita Harian, 2021). Secara umumnya, Lipis mencatatkan seramai 1062 mangsa daripada 267 keluarga ditempatkan di 22 PPS. Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama dan juga boleh dikatakan menjadi penempatan terawal di Pahang. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Kuala Lipis telah mula didiami manusia sejak 2500 hingga 2400 tahun yang lampau. Petempatan manusia di negeri ini berterusan sehingga beribu-ribu tahun selepas zaman neolitik kerana keduduk geografinya yang strategik iaitu terletak berhampiran dengan sungai.

Rajah 1: Peta Kuala Lipis

2.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEJADIAN BANJIR DI KUALA LIPIS, PAHANG

Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut akibat hujan yang turun berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan yang luas misalnya di Kuala Lipis, Pahang. Fenomena banjir ini bergantung kepada beberapa mekanisme pencetus yang terbahagi kepada dua iaitu semulajadi dan buatan manusia. Antara faktor semulajadi kejadian banjir yang berlaku termasuklah  air pasang tinggi, hujan, saiz lembangan saliran, keadaan bentuk muka bumi yang rendah dan kehadiran garis badai air pasang tinggi, hujan, saiz lembangan saliran, keadaan bentuk muka bumi yang rendah dan kehadiran garis badai (Noorazuan et al., 2011). Kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan beriklim tropika secara lazimnya menerima hujan yang agak tinggi berbanding tempat lain. Purata hujan tahunan bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 2500mm. Walaupun demikian, terdapat keadaan di mana hujan turun terlalu lebat pada sesuatu masa yang boleh menyebabkan banjir besar di sesetengah tempat. 

Rajah 2: SMK Clifford Kuala Lipis yang ditenggelami air


Rajah 3: Air Sungai Jelah telah melimpah hingga ke atas jalan


Rajah 4: Simpang tiga Petronas yang dilimpahi air


Rajah 5Jalan di hadapan SMK Orang Kaya Haji dan Balai Bomba, Kuala Lipis

Faktor seterusnya yang boleh mengakibatkan kejadian banjir adalah pemusnahan kawasan hutan tadahan. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan, haiwan dan boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan suhu. Hutan berfungsi menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peritus sehingga dua puluh peritus. Pemusnahan hutan boleh menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuh-tumbuhan. Justeru, hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai sehingga tidak dapat ditampung lagi. Limpahan air sungai yang berlaku akan mengakibatkan banjir.

            Selain itu, proses pembandaran juga boleh menjurus kepada kejadian banjir kerana banyak kawasan dipermodenkan. Hal ini jelas dapat dilihat apabila kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Malah, ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan sebagai tapak bangunan dan perumahan. Sebagai contohnya, banyak tanah lapang disimen untuk aktiviti perdagangan, riadah, dan sebagainya. Justeru, air hujan yang turut tidak dapat diserap oleh bumi kerana banyak tanah turap. Jika dahulu anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah.

            Masalah banjir yang sering melanda kawasan bandar pula tercetus disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina, tidak diselenggara dan tidak terancang. Menurut Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, pembangunan tidak terancang adalah berpunca daripada saliran yang dibina tidak direka bentuk dengan sempurna. Beliau berkata "Jika dibuat secara terancang, data taburan hujan, paras banjir dan pelbagai maklumat hidrologi akan diambil kira bagi mereka bentuk sistem perparitan sesuai bagi mengelakkan risiko banjir besar" (Berita Harian, 2021). Justeru, pembangunan mesti dilakukan secara terancang dan mengambil kira peningkatan curahan hujan dan cuaca ekstrem pada masa akan datang.


3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH BANJIR

Banjir yang berlaku merupakan bencana yang terjadi secara mengejut dan bersifat kompleks. Justeru, terdapat beberapa langkah yang drastik dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kemelut ini menjadi bertambah kronik. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan memelihara hutan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, kegiatan pembalakan di mana penerokaan kawasan pinggir sungai telah menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh hal yang demikian, pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir kerana hutan merupakan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada terus mengalir ke bumi. Hutan juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air.

            Seterusnya, pihak yang berwajib juga boleh melakukan pendalaman sungai. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika diperhatikan dulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, namun kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Justeru, langkah untuk menangani masalah ini adalah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam, malah juga mampu mengalirkan jumlah air hujan yang banyak.

 

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kejadian banjir merupakan satu fenomena alam yang tidak dapat dielak dan kerap berlaku di negeri Pantai Timur khasnya Kuala Lipis, Pahang. Bagi ahli geomorfologi dan hidrologi, banjir yang berlaku apabila musim tengkujuh tiba adalah satu proses semulajadi. Tambahan pula, kejadian banjir ini juga berupaya memberi satu kesan yang besar kepada penduduk terutamanya dari segi mental dan fizikal. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat dan perlu diberi perhatian yang lebih. Oleh ini, kerajaan perlu memastikan segala perancangan telah dilaksanakan lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan agar fenomena banjir ini tidak menjejaskan pelbagai harta benda penduduk.

 

RUJUKAN

Kisah Insan. (2021). Penduduk terkejut dengan kejadian banjir besar di Lipis! Peristiwa sama bah merah 2014. https://kitareporters.com/insan/MvbmZk53dY

Latifah Arifin. (2021). Pembangunan tidak terancang punca banjir besar. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/901973/pembangunan-tidak-terancang-punca-banjir-besar

Portal Rasmi Majlis Daerah Lipis. https://www.mdlipis.gov.my/ms/pelawat/info-lipis/page/0/3

Shahrinnahar Latib. (2021). Mangsa banjir di Pahang cecah 10 000 orang. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/771926/mangsa-banjir-di-pahang-cecah-10000-orang

Suriana Ahmad. Faktor dan Kesan Banjir. https://www.scribd.com/document/349045106/Faktor-Dan-Kesan-Banjir

 

NAMA: NURUL SYAFIQAH BINTI ABDUL RASHID

NO. MATRIK: D20201094323

KUMPULAN: KUMPULAN B

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...