Sunday, June 19, 2022

ISU LAMBAKAN ETNIK BAJAU LAUT (PALA'U) DI KAMPUNG KUNAK TIGA, KUNAK SABAH.

1.0 PENGENALAN

Sabah merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik terbanyak di Malaysia. Oleh hal demikian, negeri ini tidak asing lagi dengan komuniti yang dikenali sebagai Bajau Laut yang mana etnik ini juga dikenali sebagai  Pala'u. Dalam hal ini, etnik Pala'u ini merupakan masyarakat kelautan daripada salah satu kelompok minoriti dalam rumpun bangsa Bajau. Etnik Pala'u ini menghabiskan sebahagian daripada hidup mereka di kawasan laut yang mana kebanyakkan dari mereka tinggal di dalam perahu yang dikenali sebagai bayanan. Oleh hal demikian, komuniti Pala'u ini merupakan kelompok komuniti yang bersifat maritim kerana mereka tidak akan menetap di kawasan lain selain kawasan yang berhampiran dengan laut yang mana mereka tinggal di kawasan pinggir pantai, lautan, pulau dan banyak lagi. Kehidupan mereka tidak menetap di sesuatu tempat untuk hidup. Sebaliknya, komuniti ini lebih suka berkelana di kawasan laut luas dan lebih bebas daripada kekangan peraturan dan undang-undang yang ada di negeri ini.  Kehidupan komuniti Bajau Laut yang nomad ini menyebabkan mereka sering diasingkan daripada budaya besar Bajau bahkan menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin di negeri ini yang membawa banyak kesan buruk kepada negeri Sabah. 

Bukan itu sahaja, mereka sering dianggap sebagai komuniti yang tidak berpeluang dan jauh dari menikmati kemajuan serta kehidupan moden. Tambahan pula, sikap etnik Pala'u ini yang tidak suka kepada transformasi drastik menyebabkan mereka sering dipinggirkan, sama ada dari segi pembangunan,   pendidikan, ekonomi mahupun politik. Oleh itu, disebabkan oleh sifat kelana komuniti ini menyebabkan tidak ramai pengkaji atau penyelidik yang dapat  meneliti bahasa Pala'u kerana mereka sukar didekati dan tidak tertarik akan hal-hal yang melibatkan mereka. Berasaskan kajian lapangan yang dilakukan dalam kelompok Pala'u, penulisan ini diusahakan untuk meninjau beberapa isu ekoran daripada lambakan etnik Bajau Laut (Pala'u) ini di Kampung Kunak Tiga, Kunak. Dalam hal ini, pengkaji akan merungkai beberapa isu, kesan dan cadangan yang relevan untuk mengatasi isu lambakan etnik ini di Kampung Kunak Tiga, Kunak. Berikut merupakan Peta 1 menunjukkan peta kawasan yang  menjadi kependudukan etnik Bajau Laut di Pantai Timur Sabah termasuklah Kunak.

 

Peta 1 : Menunjukkan kedudukan Bajau Laut di tiga sempadan negara iaitu Malaysia (Sabah), selatan  

             Filipina dan Indonesia

Sumber  : Abrahamsson, E dan Schagatay, E (2014)

 

2.0 KAWASAN KAJIAN

   2.1 Kampung Kunak Tiga, Kunak

Kampung Kunak Tiga merupakan kawasan yang dipilih oleh pengkaji untuk menjalankan kajian. Kampung Kunak Tiga merupakan sebuah kampung yang terletak lebih kurang sejauh 1.5 km dari Pekan Kunak. Majoriti penduduk kampung yang menetap di kampung ini adalah berbangsa Bajau. Walau bagaimanapun, ada juga beberapa bangsa dan etnik terdapat di Kampung Kunak Tiga antaranya ialah bangsa Bugis dan Suluk. Manakala, etnik pula ialah etnik Bajau Laut (Pala'u).

            Selain itu, Kampung Kunak Tiga ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Kampung Kuna Tiga Laut, Kampung Kunak Tiga Darat dan Kampung Kabog. Dalam hal ini, terdapat juga kampung-kampung lain yang terdapat di kawasan Kunak Tiga ini antaranya ialah Kampung Putrajaya. Oleh hal demikian, encik Tahil telah dipertanggungjawabkan memegang jawatan sebagai ketua kampung di Kunak Tiga ini. Oleh hal demikian, kawasan kajian yang pilih di Kampung Kunak Tiga ini ialah Kampung Kunak Tiga Laut yang mana kawasan inilah yang menempatkan komuniti Bajau Laut (Pala'u) .

 

Peta 2 : Kedudukan Kampung Kunak Tiga dalam Peta Kunak

Sumber : Kunakians (2012)

 

Gambar 1 : Kawasan Perumahan Etnik Bajau Laut di Kampung Kunak Tiga

Sumber : Abdul Rahemang Taiming, Berita Harian Online (2017)

 

 

3.0 ISU DAN PERMASALAHAN LAMBAKAN ETNIK BAJAU LAUT (PALA'U) DI KAMPUNG KUNAK TIGA, KUNAK SABAH

3.1 Isu Pendidikan

Isu pendidikan bukanlah satu isu yang asing lagi dalam kalangan etnik ini di Sabah. Hal ini demikian, dalam konteks sosial yang berkaitan dengan tahap pendidikan masyarakat etnik Bajau (Pala'u)  terdapat beberapa perkara yang menyebabkan etnik Bajau Laut ini tercicir daripada sektor pendidikan yang mana ianya merangkumi kadar buta huruf, kemudahan pendidikan, cara hidup masyarakat ini yang berpindah randah dan persepsi masyarakat tempatan terhadap komuniti Pala'u ini. Hal ini demikian, menurut kajian Budi Tamring, Mohd Sohaimi & Romzi Ationg (2021),  didapati bahawa kadar buta huruf komuniti ini sangatlah  tinggi yang mana dalam kajiannya memberikan gambaran bahawa komuniti Pala'u secara keseluruhannya mempunyai kadar buta huruf yang amat tinggi iaitu sebanyak 99.26% responden kajian didapati tidak pernah mendapat pendidikan formal. Hal ini demikian berlaku kerana pandangan mereka terhadap pendidikan adalah rendah bahkan mereka tidak berminat untuk bersekolah disebabkan kurang kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka.

Tambahan pula, tiada peluang untuk mereka dapatkan pendidikan formal yang mana kedudukan mereka sebagai stateless dan statusless telah menyukarkan lagi peluang untuk mendapatkan pendidikan di sekolah kerajaan mahupun sekolah swasta. Selain daripada kadar buta huruf yang tinggi, komuniti Pala'u ini juga tidak mementingkan tarikh dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, komuniti  Pala'u tidak tahu tarikh lahir mereka dan tarikh-tarikh penting yang ada dalam kehidupan ini. Hal ini disebabkan, mereka tiada kesedaran dalam pendidikan yang mana bertapah pentingnya tarikh-tarikh tersebut dalam kehidupan manusia pada masa kini. Dalam hal ini, terdapat beberapa komuniti ini mempunyai pendidikan, tetapi pendidikan yang dimaksudkan adalah kursus jahitan. Hal ini demikian, kursus jahitan ini dilihat sebagai jenis pendidikan yang tidak menyumbang kepada kebolehan atau kemahiran mereka dalam pengetahuan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Dalam hal ini, kesedaran ibu-bapa mereka terhadap pendidikan juga adalah rendah yang mana dapat dilihat daripada beberapa temu bual bersama ibu-bapa komuniti ini yang mana ada juga ibu bapa komuniti Pala'u ini menggalakkan mereka ke sekolah namun galakkan tersebut tidak mempengaruhi mereka untuk ke sekolah bahkan mereka lebih suka melakukan aktiviti laut yang menjadi aktiviti utama mereka. Secara umumnya, dapat dilihat bahawa komuniti Pala'u boleh dikatakan melihat pendidikan sebagai sesuatu yang kurang penting dalam kehidupan mereka dan komuniti ini juga beranggapan amalan tradisi yang telah mereka lakukan selama ini dan warisi sejak turun-temurun dari nenek moyang  mereka adalah lebih baik dan harus diteruskan. Justeru itu, isu pendidikan daripada komuniti ini sangatlah dipandang enteng oleh mereka bahkan mereka tidak tertarik dalam mana-mana aktiviti mahupun program pendidikan yang melibatkan mereka.

 

 3.2 Isu Kewarganegaraan

Menurut Cellini Basri & Qistina Balqis. (2021), isu kewarganegaraan ini merupakan satu isu yang besar yang mana  kebanyakan komuniti Pala'u ini tidak memiliki apa-apa dokumen dan mereka dianggap sebagai stateless. Hal ini demikian, ekoran daripada isu ini mereka jauh sekali merasai arus kemodenan terutamanya dari segi kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, mereka tidak di beri kesempatan untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain yang mana komuniti Pala'u yang tiggal di daerah Kunak tidak dibenarkan untuk pergi ke Tawau, Lahad datu, Kota Kinabalu dan banyak lagi. Hal ini kerana, proses perjalanan ini memerlukan dokumen seperti passport atau kad pengenalan kerana di risaukan apabila ada dalam perjalanan akan ada pihak berkuasa yang memeriksa dokumen-dokumen ini. Dengan itu, apabila didapati tidak memiliki sebarang dokumen seperti maka mereka akan ditangkap oleh pihak berkuasa.  Selain itu, ekoran daripada komuniti Pala'u ini merupakan komuniti yang tidak jelas kedudukan mereka sama ada dari segi kewarganegaraan mahupun status pribumi Sabah maka pihak kerajaan mahupun penduduk tempatan kebanyakannya melihat mereka ini merupakan komuniti yang tidak harus dilayan sama rata seperti masyarakat lokal yang lain. Hal ini demikian, pandangan tersebut timbul ekoran daripada sebahagian daripada komuniti ini menerima subsidi rakyat seperti kemudahan keperluan seperti makanan,pakaian, dan banyak lagi walhal mereka beranggapan ada ramai lagi penduduk tempatan yang hidup susah. Oleh hal demikian, akhirnya timbul beberapa isu mengenai kebajikan masyarakat Pala'u dianggap sebagai sesuatu yang tidak begitu penting dan penduduk tempatan yang mana penduduk tempatan juga tidak berusaha untuk bergaul dan bercampur dengan komuniti ini atau memberi galakkan kepada mereka untuk bersekolah. Malahan, komuniti Pala'u juga turut berhadapan dengan layanan yang tidak baik apabila seringkali menjadi mangsa ejekan daripada penduduk di Kunak.

Tambahan pula, isu ini timbul disebabkan oleh cara hidup komuniti  Pala'u yang jauh berbeza berbanding cara hidup masyarakat tempatan. Dalam hal ini, antara faktor yang menyebabkan komuniti Pala'u ini tidak bersekolah adalah isu status kewarganegaraan yang mana status mereka yang tidak diiktiraf. Namun demikian,  komuniti Pala'u ini juga sedar bahawa warga asing seperti mereka juga boleh bersekolah di negara ini yang mana mereka sedar bahawa walaupun mereka berstatus tiada kewarganegaraan tetapi mereka juga boleh bersekolah. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia tetap tidak mengiktiraf etnik Pala'u ini sebagai rakyat Malaysia yang mana keadaan ini menyebabkan majoriti komuniti Pala'u tidak memiliki dokumen sah dari Malaysia yang mana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf komuniti Pala'u sebagai penduduk wilayah Sabah menyebabkan mereka tidak diberikan dokumen yang sah atau diberikan sijil kelahiran. Justeru itu, disebabkan isu kewarganegaraan ini memyebabkan mereka tidak mempunyai dokumen yang mana ianya menyukarkan mereka untuk berdaftar di mana-mana sekolah di sekitar Kunak.

 

4.0 KESAN LAMBAKAN ETNIK BAJAU LAUT (PALA'U) DI KAMPUNG KUNAK TIGA, KUNAK, SABAH

4.1 Masalah Setinggan

Peningkatan komuniti orang Bajau Laut di Kampung Kunak Tiga semakin hari semakin bertambah menyebabkan ruang untuk tempat tinggal mereka juga semakin bertambahan. Hal ini demikian kerana, ekoram daripada kepesatan penduduk ini yang datang daripada Filipina bersama keluarga mereka menyebabkan pertambahan komuniti Pala'u ini di Kampung Kunak Tiga. Bukan itu sahaja, hal ini semakin meningkat belingan mereka di sebabkan kadar pertumbuhan iaitu kelahiran juga pesat dalam komuniti ini. Dalam hal ini, kita sedia maklum bahawa kehidupan awal nenek moyang orang-orang Pala'u sebenarnya tidak berasaskan daratan yang mana komuniti Bajau laut masih mendiami beberapa pulau kecil dan kawasan pesisir pantai. Dalam hal ini, di Kampung Kunak Tiga, mereka tinggal di kawasan pinggir pantai kampung ini yang mana mereka menyediakan dan mendirikan rumah-rumah kecil atas air yang hanya menampung keluarga mereka.

Selain itu, ada juga dianatara mereka yang hidup di dalam rumah perahu (biduk) di pesisir laut. Oleh sebab itu, ekoran daripada lambakan komuniti Pala'u ini semakin meningkatkan menyebabkan mereka membina rumah atas air secara beramai-ramai yang mana mereka membuat rumah tersebut menggunakan kayu-kayu buruk dan pokok bakau sahaja  menyebabkan masalah setinggan berlaku di kampung ini.  Dalam  hal ini, menyebabkan permandangan indah penduduk kampung menjadi tidak menarik kerana mereka membina rumah-rumah tersebut betul-betul di kawasan hujung kampung. Penduduk kampung tidak dapat menikmati keindahan pemandangan laut dan angin di kampung tersebut. Tambahan pula, ada sebahagian daripada keluarga komuniti ini cuba untuk membina rumah di kawasan berhampiran penduduk kampung menyebabkan timbulnya kemarahan dan ketidakpuas hatian penduduk kampung. Mereka melakukan sedemikian kian kerana, rumah atas air di hujung kampung semakin banyak dan sempit menyebabkan mereka cuba membina di kawasan penduduk kampung. Oleh itu, jelaslah bahawa isu lambakan etnik Bajau Laut ini di Kampung Kunak Tiga telah memberi kesan kepada mereka iaitu berlakunya masalah setinggan di kawasan kampung tersebut.

 

Gambar 2 : Kawasan Rumah Setinggan Etnik Pala'u di Kampung Kunak Tiga

Sumber : Kajian Lapangan

 

Gambar 3 : Rumah Perahu (biduk) yang terdapat di Kampung Kunak Tiga

Sumber : Kajian Lapangan

 

4.2 Masalah Sosial

Terdapat beberapa masalah sosial yang berlaku dalam kalangan etnik Bajau Laut (Pala'u) ini di Kampung Kunak Tiga. Hal ini demikian, ekoran daripada lambakan jumlah komuniti ini di Kampung Kunak Tiga menyebabkan mereka besaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat tinggal, sumber makanan, pendapatan dan sebagainya. Oleh sebab itu, sebahagian etnik ini melakukan masalah sosial seperti mencuri untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Kita sedia maklum bahawa komuniti ini berhadapan dengan pendapatan yang rendah yang mana pekerjaan komuniti Pala'u ini hanya bergantung dengan sumber laut dan lebih bersifat sara diri menyukarkan mereka untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, komuniti Pala'u khususnya lelaki amat aktif bekerja sebagai nelayan dan pada waktu malam ada juga di antara mereka yang bekerja dengan juragan kapal untuk mengangkat hasil laut. Manakala, perempuan dan kanak-kanak  Pala'u Pala'u kebanyakannya bekerja sebagai peminta sedekah atau pengemis di kawasan pekan Kunak. Dengan itu, disebabkan taraf hidup mereka yang rendah ini mereka tidak dapat menampung keperluan hidup mereka dari segi makan dan pakaian yang mana perempuan dan kanak-kanak Pala'u ini akan melakukan masalah sosial dengan mencuri makanan dan pakaian yang ada di Kampung ini secara senyap. Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang mencuri papan-papan jambatan di hujung kampung ini untuk mereka membina rumah.

            Selain itu, masalah sosial yang berlaku di kampung ini ialah mengambil barangan terlarang. Hal ini demikian, komuniti ini menjadi kebiasaan apabila mereka membawa masuk barang-barang terlarang seperti syabu, dadah, isap gam dan banyak lagi di kampung ini. Pertambahan bilangan komuniti ini menyebabkan masalah sosial ini semakin berleluasa dalam kalangan mereka. Bagi mereka perbuatan ini tidak salah kerana mereka sudah terbiasa di tempat asal mereka mengambil barang terlarang ini. Bahkan ada juga kanak-kanak Pala'u ini mula melakukan perbuatan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa kesan lambakan etnik bajau ini di kampung ini membawa kepada masalah sosial.

 

Gambar  4  : Jambatan Kampung Kunak Tiga di Curi oleh Etnik Pala'u

Sumber : Kajian Lapangan

 

Gambar 5 : Kanak-kanak Pala'u mengambil barang terlarang (Menghidu Gam)

Sumber : Abdul Rahemang Taiming, Berita Harian Online (2017)

 

 

5.0 CADANGAN RELEVAN BAGI MENGATASI ISU DAN KESAN LAMBAKAN  ETNIK BAJAU (PALA'U) DI KAMPUNG KUNAK TIGA

       5.1 Menyelesaikan Isu Identiti Bajau Laut

Salah satu cadangan yang relevan untuk mengatasi isu dan kesan lambakan ini adalah, pihak erajaan digesa mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat etnik Bajau Laut di Sabah. Dalam hal ini, etnik ini yang hidup dalam keadaan nomad mengenai kepentingan mendaftarkan pengenalan diri dan mendapatkan dokumen identiti yang sah. Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), iaitu Dr Zaini Othman memberitahu bahawa masyarakat Bajau Laut terutama yang tinggal di pulau-pulau di sekitar Pantai Timur Sabah tidak mempunyai dokumen yang sah untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia walaupun sudah berada di Sabah untuk satu jangka masa yang lama. Oleh hal demikian, apabila kita bercakap mengenai konteks negara kita mencapai negara maju ini, masih ada sebilangan besar masyarakat kita yang masih belum ada maklumat atau kesedaran untuk mendaftarkan anak serta mendapatkan dokumen yang sah di negara ini. Hal ini kerana, kesedaran untuk mereka mendapatkan dokumen yang sah masih rendah atau langsung tiada dan sebahagian dari merek atidak megambik pedulu akan hal ini. Oleh itu,  inilah yang berlaku dalam situasi masyarakat Bajau Laut sekarang.

Dengan itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menganangi masalah ini yang mana kita lihat etnik ini memang hidup mereka kais pagi makan pagi tetapi jika ada kesedaran daripada pemimpin untuk membantu dan mengangkat martabat etnik ini, maka inilah perkara paling utama yang perlu dilakukan, Masyarakat Bajau Laut yang kebanyakannya datang dari Filipina telah menetap di perairan Sabah sebelum pembentukan Malaysia 50 tahun lalu. Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang negeri, tanpa dokumen daripada pihak kerajaan, mereka bukan penduduk yang sah. Namun apabila mengikut sejarah, masyarakat beragama Islam di Filipina ini berhijrah ke Sabah sewaktu gerakan penentangan pejuang Moro ke atas kerajaan Filipina pada tahun 1970-an yang membawa kepada peperangan. Manakala, dari segi budaya, masyarakat etnik Bajau Laut adalah rakyat Sabah namun mereka tidak mempunyai dokumen kerakyatan yang sah. "Oleh hal demikian, ia adalah pertembungan antara undang-undang dan budaya. Dari segi undang-undang, jika seseorang itu tiada dokumen yang sah maka orang itu dianggap sebagai pendatang tanpa izin walaupun mereka lahir dan membesar di Malaysia. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa mereka adalah rakyat yang tidak berdokumen yang mana diberharapkan pihak kerajaan dapat memainkan peranan dalam soal kebajikan dan pembangunan kerana majoriti masyarakat Bajau Laut ini masih tinggal dalam perahu dan tidak ada penempatan yang tetap di daerah Kunak ini sendiri.

       5.2 Meningkatkan Sistem Keselamatan Kampung

Keselamatan Kampung Kunak Tiga ini semakin lama semakin terancam ekoran daripada lambakan etnik Bajau Laut ini yang membawa kesan negatif. Oleh hal demikian, untuk memastikan tiada sebarang hal negatif yang berlaku di kampung ini dengan adanya komuniti ini, maka pihak kerajaan haruslah mewujudkan sistem keselamatan yang baik dan berkesan di kampung ini. Sebagai contoh, Kampung Kunak Tiga ini memerlukan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk menjaga keselamatan di kampung ini seperti mana terdapat di beberapa kampung di Malaysia. Dalam hal ini, kewujudan pasukan itu di kampung mampu membantu polis menjaga keselamatan serta mengurangkan kes-kes sosial dan sebagainya yang berlaku di kampung tersebut. Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah menggalakkan kampung tersebut mewujudkan pasukan RELA yang mana keahliannya boleh diwujudkan secara terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira lelaki mahupun wanita sama ada dalam dan luar kampung itu sendiri. 

Bukan itu sahaja,  kemampuan pasukan RELA jelas terbukti dan mempunyai fungsi sama seperti anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan peranan mereka sering digunakan semasa acara besar atau kecil. Tambahan pula, pasukan RELA yang telah lama ditubuhkan agar bergerak aktif dan sentiasa menjaga keselamatan di kawasan masing-masing yang mana  pasukan ini ditubuhkan hanya atas nama sahaja tanpa bergerak aktif, sebaliknya harus membantu pihak keselamatan lain menjaga keselamatan kampung ini. Anggota RELA ini ditugasakan untuk memantau dan memeriksa keadaan kampung dari masa ke semasa. Oleh itu, jelaslah bahawa meningkatkan sistem keselamatan kampung mampu menjaga keselamatan kampung ini dari sebarang anasir jahat dan masalah sosial yang berlaku.

 

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawakehidupan mereka sangat bergantung pada laut yang mana kehidupan mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di daratan lebih-lebih apabila mereka berhadap dengan arus kemodenan yang ada di dunia ini. Hal ini menyebabkan mereka menganggap laut sebagai sumber  penting kehidupan atas sebab-sebab laut membawa keseronokan dalam hidup, aut sebagai sumber ekonomi, laut sebagai cara  berkomunikasi, laut sebagai kawasan riadah dan  laut sebagai kawasan tempat tinggal mereka. Oleh itu, lama-kelamaan mereka selesa hidup dengan cara tersebut menyebabkan berlakunya pertambahan atau lambakan etnik ini di Kampung Kunak Tiga itu sendiri yang mana ekoran pertambahan ini terdapat banyaj isu yang dikaitkan dengan mereka antara ianya isu pendidikan dan isu kewarganegaraan. Bukan itu sahaja, ekoran daripada lambakan ini juga terdapat beberapa kesan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk kampung Kunak Tiga disebabkan lambakan dan pertambahan bilangan mereka antaranya ialah dari segi masalah setinggan dan masalah sosial itu sendiri. Oleh itu, segalanya telah di bahasakan dalam perbincangan di atas yang mana ianya berkenaan denga isu lambakan etnik Bajau Laut (Pala'u) di Kampung Kunak Tiga, Kunak Sabah.

 

RUJUKAN

Abdul Rahemang Taiming. (2017,  27 Februari). 2 suspek pembuat bom ikan kena tahan. Berita Harian Online. Diakses daripada https://www.bhari an.com.my/taxonomy/term/11/2017/02/253545/2-suspek-pembuat-bom-ikan-ken a-tahan

Arfa Yunus. (2013, 18 September). Kerajaan digesa selesaikan isu identiti Bajau Laut, kata pensyarah. Utusan Astro Awani. Diakses daripada https: //w ww.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-digesa-selesaikan-isuiditi-bajau-la  t-kata-pensyarah-22369.

Budi Tamring, Mohd Sohaimi & Romzi Ationg. (2021). Isu-isu Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Pala'u di Lahad Datu, Sabah. International Journal of Law Government and Communication.  6(23). 1-22. Diakses daripada 10.35631/IJLGC.623001.  

Cellini Basri & Qistina Balqis. (2021). Golongan Miskin Tercicir: Komuniti Tanpa Kewarganegaraan. https://www.wikiimpact.com /wp-content/uploads/2 021/07/ BM _-Whit epap er-Malaysias-Invisible-Poor_-The-Stateless-Co mm unities.pdf

Kelvin Lambai. (2014, 2 September). Kampung, rumah panjang perlu tubuh RELA. Utusan Borneo Online. Diakses daripada https://www.utusanbor ne o.co m .my/ 2014/09/02/kampung-rumah-panjang-perlu-tubuh-rela 

 

NAMA : KAMSIAH BINTI DINU

NO MATRIK : D20201094292

KUMPULAN KULIAH : B

 

 

Sent from Mail for Windows

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...