Thursday, June 16, 2022

MASALAH SIKAP PENDUDUK SETEMPAT YANG MENYUMBANG KEPADA PENCEMARAN SUNGAI DI SUNGAI PINANG PULAU PINANG

RINGKASAN KES

Isu pencemaran sungai bukanlah isu baru ataupun pelik untuk terjadi di sesuatu kawasan. Pencemaran sungai ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti pembuangan sampah sarap, pembuangan sisa-sisa kimia daripada sektor perindustrian, aktiviti pengurusan saliran dan air kumbahan yang tidak diurus dengan baik dan sistematik dan banyak lagi. Apabila kita meneliti faktor-faktor ini, kita dapat melihat bahawa semua faktor ini adalah berpunca daripada manusia. Manusia itu sendiri yang sebenarnya telah merosakkan sungai di sekeliling mereka dengan sikap mementingkan diri dan kurang kecaknaan  untuk memelihara dan memulihara sungai.. Oleh disini, saya akan mengupas dengan lebih lanjut perkaitan antara  pencemaran sungai dengan sikap manusia yang telah menyumbang kepada pencemaran sungai  untuk berlaku dengan lebih teruk di sungai berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya iaitu Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Dalam kalangan penduduk disini, semuanya sebenarnya sudah maklum dengan pencemaran yang berlaku di sungai ini disebabkan sungai ini sememangnya sudah tercemar sejak sekian lama sejak 20 tahun yang lalu (Harian Metro, 2021) meskipun sebenarnya jutaan ringgit digunakan untuk mengatasi masalah ini, untuk memulihara sungai tersebut, namun pemuliharaan di sungai tidak mempunyai perubahan yang ketara dan masih tercemar sehingga ke hari ini. Oleh itu, sikap manusia yang merupakan salah satu punca kepada pencemaran ini  perlulah kita telusuri bersama, termasuklah kesan atau masalah yang akan dihadapi daripada pencemaran sungai ini serta cadangan penyelesaiannya.


 

Rajah 1: Pencemaran Sungai Pinang yang disebabkan pembuangan sampah oleh penduduk setempat (Sumber foto: Malay Mail)


 

Rajah 2: Pencemaran Sungai Pinang yang disebabkan pembuangan sampah oleh penduduk setempat (Sumber foto: The Star)

PUNCA

Sungai Pinang  merupakan salah satu sungai yang terletak terletak Georgetown Pulau Pinang dan sungai ini sudah maklum diketahui sangat tercemar oleh penduduk sekitar. Menurut Astro awani, 2013, Sungai Pinang merupakan  antara lima sungai yang didapati paling teruk tercemar di Malaysia dan kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai merupakan salah satu penyebab kepada pencemaran yang berlaku. Seterusnya, kini, di tahun 2022, masalah ini dilihat belum ada kesudahannya, malah masalah pencemaran di Sungai Pinang ini dilihat semakin memburuk. Hal ini demikian kerana, menurut laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 11 April 2022, laporan telah menunjukkan bahawa sebanyak satu tan sampah akan dikutip dari Sungai Pinang pada setiap hari, yang dikutip pada Log boom yang dipasang di sungai pinang. Menurut Exco Infrastruktur dan pengangkutan, Log boom ini dipasang adalah bertujuan untuk memerangkap sampah daripada terus mengalir ke laut. Disini, kita sendiri dapat menilai berapa banyakkah sampah yang telah dibuang oleh penduduk setempat setiap hari sehinggakan jumlah sampah yang akan dikutip sangat banyak dan mencecah 1 tan sehari. Menurut beliau lagi, pemasangan Log boom itu merupakan satu usaha daripada kerajaan negeri untuk menjaga kebersihan sungai. Namun begitu, kesedaran daripada masyarkat juga adalah penting supaya mereka tidak lagi membuang sampah ke dalam sungai tersebut. Oleh itu, disini, kita dapat melihat bahawa sikap manusia itu sendiri merupakan faktor primer yang menyebabkan masalah pencemaran sungai di Sungai Pinang ini.

Namun begitu, sikap manusia yang menyumbang kepada peningkatan pencemaran sungai ini tidaklah hanya tertakluk kepada pembuangan sampah sahaja namun terdapat banyak lagi aktiviti manusia yang sebenarnya telah menyumbang kepada pencemaran Sungai Pinang ini seperti pembuangan sisa buangan daripada aktiviti penternakan secara terus ke dalam sungai secara terus ke dalam sungai. Menurut S.M.Mohamed Idris, 2017, kerajaan Pulau Pinang perlulah memandang serius terhadap masalah pencemaran sungai yang berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan domestik dan sisa buangan daripada kolam ternakan yang telah merebak ke Sungai Pinang dan menyebabkan pencemaran sungai ini berlaku. Selain itu juga masalah ini sebenarnya turut memberikan kesan kepada  sistem perparitan, pantai dan juga laut yang telah memberikan kesan kepada 5000 penduduk dan nelayan setempat. Selain persekitaran menjadi busuk, nelayan juga kekurangan hasil tangkapan disebabkan pencemaran yang berlaku. Hal ini demikian kerana, apabila sisa buangan domestik mahupun daripada ternakan udang dilepaskan begitu sahaja ke dalam sungai, sistem perparitan akan turut mendapatkan impaknya iaitu bahan buangan tersebut akan termendap dan menyebabkan parit tertimbus dengan bahan buangan tersebut dan mencemarkan air disitu. Disini kita dapat melihat, apabila manusia bersikap tidak bertanggungjawab dan sewenang-wenanagnya membuang sisa buangan itu ke dalam sungai, ia akan turut memberikan kesan negatif terhadap kelancaran kehidupan seharian penduduk setempat iaitu mereka harus menahan bau busuk kesan daripada pembuangan sisa buangan domestik itu, malah nelayan yang mencari rezeki dengan menangkap ikan di sungai juga akan terkesan apabila air sungai tercemar. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa kesan daripada sikap dan aktiviti manusia itu sendiri sebenarnya merupakan salah satu punca yang mengganggu kehidupan masyarakat setempat yang lain.

 

MASALAH

Dalam pada itu, apabila terdapat punca berlakunya pencemaran sungai ini yang berpunca daripada sikap manusia, maka akan terdapat juga masalah yang berlaku kesan daripada punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai di Sungai Pinang iaitu ianya akan menyebabkan penduduk setempat perlu berhadapan dengan bau busuk pada setiap hari, malah, penduduk setempat juga tidak dapat membuka tingkap begitu lama kerana tidak tahan dengan bau busuk Sungai Pinang yang tercemar ini. Menurut kajian daripada  Nur Syuhada Mustakim, Muhamad Wafi Ramli dan Chan (2019), apabila kajian dibuat ke atas penduduk sekitar Sungai Pinang berkenaan isu pencemaran sungai di Sungai Pinang dan kesan yang mereka hadapi, rata- rata responden yang terdiri daripada penduduk sekitar menyatakan kesan yang paling ketara yang perlu dihadapi oleh mereka pada  setiap hari adalah udara berbau busuk dan persekitaran menjadi kotor dan tindakan mereka untuk mengatasi kesan bau busuk ini adalah mereka akan sentiasa memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup agar bau busuk tersebut tidak meresap masuk ke dalam rumah mereka. Oleh itu, di sini kita dapat lihat kesan bau busuk ini sememangnya perlu dihadapi oleh penduduk setempat sekiranya pencemaran sungai ini tidak menemui titik noktahnya. Jika semakin banyak sampah yang dibuang, maka semakin kuatlah bau busuk yang meresap ke persekitaran dan membuatkan penduduk menjadi tidak selesa dan tidak dapat membuka tingkap dan pintu dengan bebas.

 

Selain itu juga, pencemaran sungai juga akan mengubah fungsi sungai sebagai sumber keperluan air dan tebatan banjir, di samping akan meningkatkan kos  rawatan ke loji rawatan air minum. Hal ini demikian kerana, jika air tidak dirawat terlebih dahulu, maka ianya adalah bahaya dan tidak selamat untuk digunakan. Menurut Hayati Shafii, Nurasyikin Miskam, Azlina Md. Yassin dan Sharifah Meryam Shareh Musa (2018), air sungai yang kotor bukan sahaja tidak sesuai untuk diminum, malah untuk aktiviti riadah serta rekreasi sekalipun, air sungai yang tercemar tidak sesuai untuk digunakan. Oleh itu,  semakin teruk tercemarnya sesuatu sungai, maka lebih banyaklah rawatan air yang perlu diterima untuk memulihkannya serta apabila sungai telah tercemar dengan teruk, maka, proses untuk memelihara dan memulihara sungai juga akan menjadi sukar dan akan memakan kos yang tinggi.

Dalam pada itu, apabila sungai tercemar, maka air yang dibawa oleh sungai tersebut juga boleh membawa beberapa virus penyakit yang berbahaya seperti denggi, malaria, taun di mana nyamuk sangat mudah membiak sekiranya terdapatnya air yang bertakung di tempat pembuangan sampah. Hal ini demikian kerana, menurut Muhamad Fiqrurazi Ahmad Shamsuri (2015),  perbuatan membuang sampah bukan sahaja mengotorkan alam sekitar, malah sekiranya dibiarkan, ianya akan dapat menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus dan sebagainya yang membawa penyakit berbahaya seperti taun, di samping air yang bertakung akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, disini, jelaslah bahawa pembuangan sampah yang menyebabkan pencemaran  sungai ini, turut akan memudaratkan kesihatan manusia sekiranya tiada tindakan yang diambil untuk memulihara semula sungai yang tercemar.

CADANGAN PENYELESAIAN

Di samping itu, sebenarnya, sudah banyak langkah untuk mengurangkan pencemaran Sungai Pinang yang diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran sungai di Sungai Pinang ini seperti pemasangan Log boom yang dipasang untuk memerangkap sampah daripada terus mengalir ke laut seperti yang dinyatakan di atas, dan terdapat juga dasar negeri yang telah digubal iaitu Dasar Pengasingan Sisa (2016) di punca di Pulau Pinang yang telah berkuatkuasa sejak Jun 2016 yang bertujuan supaya masyarakat dapat mengasingkan sisa domestik dengan lebih baik dan sistematik, dimana masyarakat hendaklah memastikan sampah diasingkan mengikut sampah yang boleh dikitar semula dan sampah yang tidak boleh dikitar semula. Selain itu juga, menurut Roslin Md Lazim (2015) terdapat pelbagai lagi usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk menangani masalah ini seperti menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang sungai secara berkala yang merangkumi kerja kutipan sampah di setiap perangkap sampah dan pemotongan rumput di rizab sungai, menubuhkan pasukan Taskforce Pencemaran Sungai dan Pantai bagi memantau, merekod, mengenalpasti dan mengatasi punca-punca pencemaran sungai dan pantai; ,menjalankan program pencegahan dengan melaksanakan kempen seperti River Ranger, River Care Sungai Pinang, latihan dan program kesedaran kepada golongan komuniti dan juga pelajar sekolah dan sebagainya.

Disini, kita dapat melihat bahawa sebenarnya sudah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri pulau pinang dalam membendung masalah pencemaran Sungai Pinang ini saban tahun, namun sikap acuh tak acuh masyarakat setempat lah yang telah memburukkan lagi masalah pencemaran ini, iaitu dari sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata, membuang sisa kumbahan domestik sehinggalah sikap sesetengah industri penternakan yang membuang sisa kumbahan haiwan ternakan mereka ke dalam Sungai Pinang ini. Oleh itu, langkah penyelesaian yang lebih pragmatik, pula perlulah diambil dalam usaha mengurangi pencemaran di Sungai Pinang ini.

 

Dalam pada itu, sebagai salah satu penduduk yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pinang, terdapat beberapa cadangan tindakan dapat saya usulkan untuk membanteras aktiviti yang akan membawa kepada pencemaran sungai ini seperti memberikan pendidikan kepada kepada semua penduduk terutamanya generasi muda tentang kepentingan menjaga sungai dan tidak mencemarkan sungai. Meskipun langkah pencegahan melalui pendidikan boleh dikatakan sudah tepu, namun saya yakin bahawa pendidikanlah yang mampu untuk mengubah sikap manusia untuk lebih menyayangi, memelihara dan memulihara sungai. Bukan itu sahaja  apabila generasi mudah diberikan pendedahan tentang kepentingan sungai ini, mereka juga dapat berkongsi maklumat yang mereka dapati daripada guru di sekolah dengan ahli keluarga yang lain. Oleh sebab itulah, saya merasakan bahawa pendidikan merupakan salah satu langkah penting untuk kita mengatasi masalah pencemaran sungai yang berpunca daripada sikap manusia yang kurang cakna dengan kebersihan sungai. Hal ini demikian kerana, tanpa ilmu pengetahuan, manusia tidak akan nampak jalan terbaik yang perlu mereka ikuti. Oleh itu ilmu pengetahuan melalui pendidikan adalah penting untuk membina minda kelas pertama masyarakat setempat untuk menghentikan sikap mereka yang mencemarkan Sungai Pinang ini

Di samping itu juga, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil inisiatif mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap individu yang telah menyumbang kepada pencemaran sungai seperti mereka yang telah membuang sampah sarap dan sisa industri secara terus ke dalam sungai supaya mereka tidak mengulanginya lagi supaya pencemaran sungai ini dapat dibendung. Hal ini demikian kerana dengan mengenakan tindakan yang lebih tegas, penduduk setempat yang menyumbang kepada pencemaran sungai ini dengan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab akan semakin gerun dan takut untuk melakukan kesalahan yang sama apabila perlu membayar denda yang tinggi sekiranya mereka tertangkap mencemarkan sungai.

Disamping itu juga, penduduk setempat yang melihat penduduk lain melakukan kesalahan juga boleh lah boleh lah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya mereka tidak mengulanginya lagi.  Namun begitu, jika sikap komuniti sendiri yang tidak mahu berubah dan tidak menyokong serta tidak bekerjasama dengan pihak berwajib untuk memulihkan semula sungai,  maka pencemaran sungai  yang berlaku ini  akan sangat sukar untuk dibendung dan sungai yang tercemar akan terus tercemar. Selain itu juga, untuk menangani masalah pencemaran ini, pihak berkuasa negeri seperti ADUN , Pulau Pinang sendiri juga seharusnya membanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran mengenai pencemaran sungai kepada komuniti yang  terdiri daripada pelbagai lapisan umur di samping turut menyemaikan pendedahan dan pengetahuan mengenai alam sekitar kepada para pelajar di sekolah.  

Selain PBT, pihak swasta dan NGO juga boleh bekerjasama dalam menganjurkan program-program alam sekitar yang melibatkan komuniti setempat. Oleh itu jika kita ingin sungai kita pulih, maka kita perlulah berusaha untuk mengubah sikap kita supaya dapat membolehkan kita menjadi sebuah negara yang lestari, yang penuh dengan keamanan dan kemakmuran dan seterusnya masyarakat dapat hidup dengan selesa tanpa terganggu lagi  dengan kesan negatif pencemaran sungai ini.

Kesimpulannya, pencemaran sungai yang berlaku di Sungai Pinang ini perlulah diberikan perhatian serius supaya pencemaran di sungai ini dapat ditangani di samping kesan yang perlu ditanggung kesan daripada pencemaran sungai ini dapat dihindari. Oleh itu, untuk merealisasikan harapan ini, maka semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk sama-sama menjaga Sungai Pinang ini supaya fungsinya sebagai sungai dapat berjalan dengan sebaik mungkin, malah kita tidak akan akan lagi ragu dengan kebersihan sungai ini apabila langkah pemeliharaan dan pemuliharaan dijalankan. Maka dengan itu, penduduk sekitar sendiri perlulah sedar dengan hakikat pencemaran sungai ini adalah berlaku disebabkan sikap mereka sendiri dan mereka perlulah mencuba menjadi penduduk yang lebih baik supaya pencemaran sungai ini tidak akan mendatangkan pencemaran yang lebih teruk pada masa yang akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

 

Astro Awani. (9 Oktober 2013). 5 sungai dikenal pasti paling tercemar di negara iniDiperoleh daripada https://www.astroawani.com/berita-awani745/5-sungai-dikenal-pasti-paling-tercemar-di-negara-ini-23535

Dasar Pengasingan Sisa di Punca.Diperoleh daripada https://www.mbsp.gov.my/la21/images/sisa/2017/pengasingan-sisa-di-punca.pdf

Harian Metro. (21 Mac 2021). CAP gesa siasat pencemaran Kuala Sungai PinangDiperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/684660/cap-gesa-siasat-pencemaran-kuala-sungai-pinang

Haryati Shafii, Nurasyikin Miskam, Azlina Md. Yassin & Sharifah Meryam Shareh Musa. (2018). Status Kualiti Air Sungai di Beberapa Kawasan Luar Bandar, di Negeri Johor dan Kesannya kepada KehidupanAsian Journal of Environment, History and Heritage2(1), 29-42. Diperoleh daripada https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/45

Muhamad Fiqrurazi Ahmad Shamsuri. (2015). Masalah Longgokan Sampah Kawasan Perumahan Berteres Kajian Kes: Taman Universiti, Skudai, Johor.Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/53778/25/MuhamadFiqruraziAhmadShamsuriMFGHT2015.pdf

Syuhada Mustakim., Muhamad Wafi Ramli., & Ngai W, C. (2019). Kesedaran komuniti terhadap isu pencemaran sungai Di Sungai Pinang, pulau PinangMalaysian Journal of Society and Space15(3). Diperoleh daripada https://doi.org/10.17576/geo-2019-1503-03

Roslin binti Md. Lazim. (2015, April 30). MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS. ADUN.NETDiperoleh daripada https://adun.penang.gov.my/soalan/displayportal?soal_id=15160&pers_id=31

S.M.Mohamed Idris. (22 Mac 2017). Pencemaran sisa buangan Di kuala Sungai Pinang Kian merebak. Sahabat Alam Malaysia. Diperoleh daripada https://foe-malaysia.org/my/articles/pencemaran-sisa-buangan-di-kuala-sungai-pinang-kian-merebak/

Sinar Harian. (11 April 2022). Satu tan sampah dikutip dari Sungai Pinang setiap hari. Sinar Harian.Diperoleh daripada https://www.sinarharian.com.my/article/197360/EDISI/Satu-tan-sampah-dikutip-dari-Sungai-Pinang-setiap-hari


NAMA: NOR HIDAYAH BINTI SABDIN

NO MATRIK: D20191088278

KUMPULAN: A

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...