Thursday, June 16, 2022

KESELESAAN PENDUDUK DI PEKAN HUTAN MELINTANG, BAGAN DATOK, PERAK TERGGANGGU AKIBAT PENCEMARAN UDARA YANG DISEBABKAN OLEH AKTIVITI PERINDUSTRIAN

PENGENALAN (RINGKASAN KES)

Pekan Hutan Melintang, Bagan Datok, Perak terletak berdekatan dengan pantai barat negeri Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berdekatan dengan kawasan laut iaitu kawasan Selat Melaka. Kebanyakan penduduk di kawasan ini dahulu bekerja dalam sektor perikanan dengan menjadi nelayan sebagai punca pendapatan. Terdapat beberapa jeti di kawasan Pekan Hutan Melintang dan di sekeliling daerah Bagan Datok, Perak ini. Setelah mengalami perkembagan dalam beberapa tahun, terdapat pembinaan kilang perindustrian yang dibina di Pekan Hutan Melintang ini dalam memproses bahan mentah iaitu hasil laut yang ditangkap di Jeti dan kawasan sekeliling daerah Bagan Datok. Hasil tangkapan yang ditangkap oleh nelayan-nelayan di Pekan Hutan Melintang dan di sekeliling daerah Bagan Datok ini akan dihantar ke kilang indutri untuk diproses menjadi produk hasil laut seperti fishcake, fishball, jejari ketam dan sebagainya. Rajah 1 menunjukkan salah satu kilang industri yang memproses hasil laut di kawasan Pekan Hutan Melintang, Bagan Datok, Perak.

Rajah 1: Kilang Indutri Hasil Laut di Pekan Hutan Melintang

            Aktiviti perindustrian yang dijalankan telah berkembang dari tahun ke tahun dan telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekeliling Pekan Hutan Melintang dan kawasan sekitar. Tidak dinafikan bahawa terdapat kebaikan dalam aktiviti perinndustrian ini tetapi terdapat juga keburukan aktiviti ini kepada penduduk di sekitar kawasan Pekan Hutan Melintang ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, aktiviti perindustrian yang dijalankan ini telah menggangu keselesaan penduduk kerana pencemaran udara yang berlaku. Pencemaran udara ini telah menggangu keselesaan penduduk sehingga menyebabkan penduduk berpindah ke kawasan yang jauh dari kawasan industri ini kerana persekitaran yang tidak selesa akibat pencemaran. "Persekitaran adalah ruang yang penting kepada kehidupan komuniti kerana, secara normatifnya, persekitaran yang bersih boleh menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup penghuni" (Mohd Yusof Abdullah dan et. al, 2010, ms. 2).

PUNCA/SEBAB BERLAKU PENCEMARAN UDARA

Pencemaran di Pekan Hutan Melintang ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti perindustrian yang dijalankan di kawasan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, aktiviti perindustrian dalam memproses hasil laut seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya ini akan menghasilkan sisa-sisa pemprosesan di mana ia akan disalurkan terus ke kawasan saluran air. Hal ini menyebabkan kawasan sungai dan parit-parit kecil di kawasan Pekan Hutan Melintang ini tercemar dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Keadaan ini menyebabkan penduduk di Pekan Hutan Melintang tidak selesa kerana bau yang busuk di mana ia mengakibatkan penduduk tidak dapat tinggal di kawasan yang berdekatan dengan kawasan perindustrian ini. "Kualiti udara yang merosot dan pencemaran udara yang tidak terkawal dapat memberi kesan kepada perubahan iklim serta memberi impak kepada kesihatan manusia" (Nureen Shahlan dan Mastura Mahmud, 2021, ms. 3). Bau daripada kawasan kilang juga yang disebabkan oleh pembakaran atau penjemuran hasil laut ini akan membebaskan bau busuk yang boleh menggangu deria bau penduduk sehingga boleh membuat rasa mual dan tidak selesa. Oleh itu, pencemaran ini terjadi disebabkan oleh aktiviti industri yang dijalankan di Pekan Hutan Melintang yang menggangu keselesaan penduduk di kawasan tersebut.

            Penduduk juga kurang selesa kerana kenderaan besar seperti lori keluar dan masuk ke kawasan perindustrian lalu membebaskan asap kenderaan yang banyak. Keadaan ini menyebabkan kualiti udara di kawasan tersebut menjadi kurang baik dan boleh menyebabkan penduduk sesak nafas akibat asap kenderaan yang dibebaskan. Tidak dinafikan, perkembangan ekonomi di Pekan Hutan Melintang ini baik untuk perkembangan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Namun, terdapat juga kesan buruk daripada perkembangan ekonomi ini iaitu ia boleh membawa kepada terjadinya pencemaran yang menggangu keselesaan penduduk. Menurut Hariyati Shafii et. al., (2019), menyatakan bahawa kesan perkembangan ekonomi ini telah mewujudkan pembangunan infrastruktur di luar bandar, yang mana pembangunan ini jika tidak dipantau akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar seperti udara, air, bunyi, sampah sarap dan sebagainya (ms. 4). Oleh itu, jelas bahawa pertambahan kenderaan berat seperti lori yang membebaskan asap kenderaan boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku dan menganggu keselesaan penduduk di kawasan Pekan Hutan Melintang ini.

MASALAH YANG DIHADAPI PENDUDUK

Antara masalah yang dihadapi penduduk di Pekan Hutan Melintang ini adalah kesihatan penduduk terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana, asap yang dibebaskan daripada kawasan kilang dan juga asap daripada kenderaan berat seperti lori akan menyebabkan kualti udara di kawasan tersebut terjejas. Hal ini akan menjejaskan kesihatan penduduk di mana tahap kualiti udara yang rendah boleh menyebabkan penduduk mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti sesak nafas, asma, tidak selesa badan, stress dan sebagainya. Pencemaran udara adalah antara faktor alam sekitar yang menyumbang kepada gangguan kesihatan menyerang pelbagai peringkat usia. Habuk, asap kenderaan mahu pun serbuk halus daripada pembakaran terbuka mengganggu kesihatan. Individu paling teruk terjejas kesan daripada pencemaran udara ini adalah mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan, terutama pesakit asma (Berita Harian, 2015). Keadaan ini menyebabkan penduduk mengalami masalah dalam hidup di kawasan yang berdekatan dengan kawasan perindustrian ini. Rajah 2 menunjukkan pembebasan asap kenderaan yang menggangu kualti udara dan menjejaskan kesihatan penduduk. Oleh itu penduduk mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada kawasan perindustrian ini untuk keselesaan dalamkehidupan seharian dan menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Rajah 2: Pembebasan asap daripada kenderaan berat

            Masalah lain yang dihadapai oleh penduduk adalah keadaan yang panas di kawasan Pekan Hutan Melintang terutamanya kawasan yang berdekatan dengan kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan berat boleh menyebabkan kesan rumah hijau atau pemanasan di kawasan sekitar. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan Pekan Hutan Melintang mengalami kenaikan suhu yang agak panas sehingga menggangu keselesaan penduduk di kawasan tersebut. Kandungan asap yang mengandugi gas karbon, karbon monoksida dan sulfur dioksida boleh mengakibatkan suhu di sesuatu kawasan itu meningkat. Gas karbon iaitu gas pencemar udara ini bersifat lutsinar terhadap bahangan matahari dan telap terhadap bahagan bumi yang boleh menyebabkan bahagan terperangkap dan meningkatkan suhu di sesuatu kawasan itu. Keadaan yang panas menyebabkan penduduk terpaksa membelanjakan kos yang tinggi dalam menyediakan kipas dan penghawa dingin di rumah untuk keselesaan diri. "Pencemaran alam sekitar telah bermula sejak wujudnya revolusi perindustrian lagi. Dalam kita mengejar kemajuan dan meningkatkan taraf hidup, kegiatan ekonomi dan pembangunan yang pesat tidak dapat dielakkan atau dihalang bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat" (Mastura Mahmud dan Iza Hadila Abd Llah, 2010, ms. 2). Oleh itu, pencemaran udara ini juga boleh menjejaskan penduduk di Pekan Hutan Melintang dengan suhu yang panas sehingga menyebabkan penduduk menjadi kurang selesa.

CADANGAN PENYELESAIAN/LANGKAH

Antara cadangan penyelesian bagi mengurangkan pencemaran udara yang berlaku untuk keselesaan penduduk di Pekan Hutan Melintang adalah dengan menggalakkan penanaman tumbuhan hijau di kawasan persekitaran perumahan dan juga di sepanjang jalan di Pekan Hutan Melintang. Hal ini dikatakan demikian kerana, penanaman tumbuhan hijau seperti pokok buah-buahan, pokok bunga dan sebagainya mampu dalam membantu mengurangkan masalah peningkatan suhu yang diakibatkan oleh pencemaran udara ini. Tumbuhan hijau ini membantu dalam mengurangkan suhu dan menyejukkan keadaan di sesuatu kawasan kerana tumbuhan hijau ini bertindak dalam mengurangkan kandugan gas karbon dioksida di dalam udara melalui proses fotosintesis dan membebaskan gas oksigen yang akan menyejukkan keadaan sekeliling. Rajah 3 menunjukkan salah satu kawasan tanaman pokok bunga matahari yang berdekatan dengan Pekan Hutan Melintang yang menggalkkan penanaman tumbuhan hijau untuk membantu mengurangkan kenaikan suhu akibat pencemaran udara di samping menjadi tempat tarikan pelancongan. Oleh itu, langkah dalam penanaman tumbuhan hijau ini mampu dalam membantu penduduk di Pekan Hutan Melintang untuk mengurangkan pencemaran udara yang berlaku bagi keselesaan penduduk.

Rajah 3: Sunflower Garden di Bagan Sungai Burung, Bagan Datok, Perak

            Seterusnya, cadangan penyelesaian yang lain adalah dengan meningkatkan atau menambah baik penguatkuasaan undang-undang dalam mengurangkan pembebasan asap kilang yang berlebihan dan penggunaan kenderaan berat dengan pembebasan asap hitam yang berlebihan sehingga boleh mengakibatkan pencemaran udara berlaku. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh meningkatkan pemerhatian terhadap kilang-kilang yang membebaskan asap kilang secara berlebihan sehingga menjejaskan kualiti udara. PBT bertanggungjawab dalam mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing dalam membantu penduduk.  Penduduk boleh menyatakan masalah mereka kepada pihak PBT untuk tindakan yang selanjutnya jika pihak kilang tidak menjalankan aktiviti perindustrian mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, jika ada pihak kilang atau pemandu kenderaan berat yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar yang ditetapkan, penduduk boleh menyatakan aduan kepada pihak PBT untuk diambil tindakan iaitu dengan memberi kompaun kepada mereka yang tidak mematuhi undang-undang.

            Cadangan penyelesaian yang lain adalah dengan meninggikan serobong asap dan memasang alat penapis asap dalam mengurangkan pencemaran udara dan memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan sekitar. Pengunaan alat penapis asap ini mampu membantu dalam mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya yang merupakan gas pencemar udara. Pemasangan panapis asap di kenderaan berat juga mampu dalam mengurangkan pembebasan asap hitam yang mengandungi gas karbon di mana gas ini mampu menjejaskan kesihatan manusia. Pihak berkuasa perlu mewajibkan penggunaan penapis asap ini dan meminta pihak kilang untuk meninggikan serobong asap sekurang-kurangnya 30 meter ke udara. Keadaan ini mampu dalam membantu mengurangkan pencemaran udara dan memberi keselesaan kepada penduduk. Oleh itu, pemasangan penapis asap ini mampu menapis asap kilang supaya asap yang dibebaskan adalah bersih dan tidak mencemarkan udara.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, keselesaan penduduk di Pekan Hutan Melintang, Bagan Datok, Perak boleh terjejas akibat pencemaran udara yang disebabkan oleh aktiviti perindustrian ini. Pencemaran udara yang berlaku boleh menjejaskan kesihatan penduduk dan menyebabkan penduduk menjadi kurang selesa. Tindakan yang diambil oleh pihak PBT dan juga tindakan oleh penduduk dalam mengurangkan pencemaran udara mampu menjamin keselesaan penduduk. Tindakan seperti penanaman tumbuhan hijau dilihat menjadi salah satu tindakan yang paling berkesan dalam menangani masalah pencemaran udara yang berlaku di Pekan Hutan Melintang ini. Oleh itu, semua pihak perlu menjalankan tangguungjawab masing-masing dalam membantu  mengurangkan pencemaran udara ini dalam menjaga keslesaan penduduk di kawasan sekitar.

RUJUKAN

Berita Harian Online. 6 Oktober 2015. Pencemaran Udara Jejas Kesihatan. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/86816/pencemaran-udara-jejas-kesihatan

Hariyati Shafii, Nursyikin Miskam, Azlina Md Yassin, Seow Tawee dan Sharifah Musa. 2019. Kajian Terhadap Kualiti Udara Di Beberapa Kawasan Luar Bandar Terpilih Di Negeri Johor. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management. 4(17), 11-27. http://www.jthem.com/PDF/JTHEM-2019-17-12-02.pdf

Mastura Mahmud dan Iza Hadila Ab Llah. 2010. Pencemaran Udara Di Bukit Rambai, Melaka Sewaktu Peristiwa Jerebu Tahun 2005. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space. 6(3), 30-39. http://www.ukm.edu.my/geografia/images/upload/3.2010-3-mastura-jerebu-melayu-1.pdf

Mohd Yusof Hj. Abdullah, Latifah Pawanteh, Sharifah Mastura Syed Abdullah dan Normah Mustaffa. 2010. Kesedaran dan Sikap Komuniti dalam Pengurusan Persekitaran Di wilayah Iskandar, Johor. Jurnal Melayu. (5), 71-86. http://journalarticle.ukm.my/3019/1/01ADNAN_JUSOH.pdf

Nureen Annisa Shahlan dan Mastura Mahmud. 2021. Perbandingan Kualiti Udara Antara Kawasan Perindustrian Pasir Gudang Dan Aktiviti Pertanian Di Kota Tinggi, Johor. Journal of Social Sciences and Humanities. 18(2), 181-197. http://journalarticle.ukm.my/16954/1/46776-151094-1-SM.pdf

NAMA: MUHAMMAD AZRIL BIN ISMADI

NO.MATRIK: D20201094271

KUMPULAN: A

 

 

Sent from Mail for Windows

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...