Friday, June 17, 2022

ISU CAPAIAN INTERNET YANG LEMAH DI KEDA SEBERANG PAYA KERCHUT, ALOR SETAR KEDAH

1.0  PENGENALAN

Capaian Internet ialah keupayaan individu dan organisasi untuk menyambung ke Internet menggunakan terminal komputer, komputer dan peranti lain; dan untuk mengakses perkhidmatan seperti emel dan Jaringan Sejagat. Akses Internet dijual oleh penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang menyampaikan ketersambungan pada pelbagai kadar pemindahan data melalui pelbagai teknologi rangkaian. Banyak organisasi, termasuk semakin banyak entiti perbandaran, juga menyediakan akses wayarles dan talian tetap tanpa kos.

Sistem telekomunikasi melibatkan penggunaan telefon talian tetap dan telefon bimbit, faksimili, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan intranet, dan sebagainya menyebabkan penyebaran maklumat, inovasi, aliran keluar masuk modal, urusan perniagaan dan penerokaan pasaran menjadi lebih mudah dan cepat. Namun, sistem telekomunikasi ini akan menghadapi masalah apabila kawasan tersebut berada jauh ke pedalaman menyebabkab capaian internet yang terjejas dan perlahan.

Berdasarkan Berita Metro, jaringan telekomunikasi di Malaysia akan dinaiktarafkan talian kepada 5G atau generasi kelima secara besar-besaran dalam skala kepenggunaan yang lebih luas termasuk peringkat industri serta komersial. Kewujudan 5G menawarkan jaringan internet yang berkelajuan tinggi. Kewujudan rangkaian 5G merupakan satu berita yang baik untuk penduduk di kawasan bandar namun sebaliknya bagi penduduk di Keda Lengkuas. Hal ini dikatakan demikian kerana rangkaian 5G ini tidak dapat dicapai di kawasan tersebut. Keda Lengkuas terletak di Kepala Batas,Alor Setar Kedah. Jarak yang dikenakan daripada bandar utama Alor Setar ke Keda Lengkuas ini adalah kira-kira 30km. Bukan hanya dengan jarak yang jauh dari bandar malah kawasan Keda Lengkuas ini dikelilingi oleh kawasan kebun getah dan juga bukit-bukit yang menyebabkan capaian internet yang lemah dan terhad.

Gambar rajah 1: Desa Keda Seberang Paya Kerchut.

1.0  FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH CAPAIAN INTERNET YANG LEMAH DI DESA KEDA SEBERANG PAYA KERCHUT.

 

1.1   Cuaca

Cuaca merupakan salah satu faktor yang menyebabkan capaian internet yang lemah di kawasan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana cuaca mempengaruhi status capaian yang dapat digunakan iaitu sama ada kuat, sederhana atau lemah. Sebagai contoh apabila cuaca hujan, capaian internet di Keda ini akan mengalami masalah dan menjadi sangat lemah sehinggakan terputus capaian. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pemancar telekomunikasi masih lemah di kawasan ini ditambah pula dengan dikelilingi oleh hutan-hutan dan kebun getah menyebabkan pemancar komunikasi tidak dapat berfungsi jika berlakunya hujan. Hal ini sekaligus mengganggu penggunaan internet di kampung ini. Jika cuaca baik, maka capaian internet dalam tahap tinggi dan sederhana. Perkara ini amat memberi kesan kepada pengguna yang memerlukan capaian internet yang baik terutamanya bagi pelajar dan pekerja.

 

1.2  Kawasan persekitaran yang dilitupi hutan

Kawasan persekitaran yang dilitupi dan dikelilingi oleh kebun getah dan bukit-bukit menyebabkan capaian internet di kampung ini sering mengalami masalah. Keda Seberang Paya Kerchut ini asalnya merupakan kawasan hutan dan bukit yang ditebang untuk dijadikan kawasan perumahan. Hal ini menyebabkan kawasan ini mempunyai masalah untuk mendapatkan rangkaian internet yang stabil.


Foto 2: Kawasan persekitaran di Keda Seberang Paya Kerchut

 1.1  Jumlah tiang telefon yang terhad.

Punca jaringan telekomunikasi yang lemah di kawasan Keda Seberang Paya Kerchut ialah jumlah tiang telefon yang terhad. Tiang telefon ini amat penting bagi kawasan sekitar penduduk untuk mendapatkan capaian yang sangat memuaskan. Walaupun ahli jawatankuasa kampung telah memohon kepada pihak berkuasa untuk menyediakan tiang telefon yang secukupnya di sekitar kawasan Keda Seberang Paya Kerchut ini namun tiada jawapan dari pihak tertentu. Jika adanya tiang telefon yang mencukupi di pasang, maka ini boleh membolehkan penduduk menerima capaian talian telefon memuaskan di rumah mereka. Menara pemancar komunikasi telah disediakan di kawasan Kampung Penganan dengan jarak 5kilometer dari kawasanKeda Seberang Paya Kerchut. Berdasarkan buku Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, menara komunikasi ialah struktur pemancar komunikasi atas tanah yang terdiri daripada struktur menara konvensional satu fungsi dan mempunyai ciri-ciri estetika sekiranya perlu seperti monopole, monopole tree, menara berkaki tiga, menara kekisi berkaki empat, mat dan lain-lain.

 

 

 

2.0  KESAN CAPAIAN INTERNET YANG LEMAH TERHADAP PENDUDUK DI KEDA SEBERANG PAYA KERCHUT.

 

2.1  Sukr mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran sewaktu PdP di jalankan secara atas talian.

Masalah capaian internet khususnya kawasan luar bandar seperti di Keda Seberang Paya Kerchut ini antara yang kerap disuarakan oleh ibu bapa yang kecewa apabila sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) anak-anak mereka sering terganggu. Ibu bapa sering menyuarakan masalah tersebut setiap kali perjumpaan dan perkara terbabit telahpun dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab sebelum ini, namun, isu berkenaan tidak pernah selesai. Masalah capaian internet lemah sangat memberi kesan kepada proses PdPR memandangkan internet adalah perkara asas untuk tujuan pembelajaran dalam talian itu.

 

Kesan jaringan telekomunikasi yang lemah di Keda Seberang Paya Kerchut menyebabkan penduduk yang masih belajar di institusi pendidikan seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi sukar untuk mengakses maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Sebagai contoh, saya sebagai pelajar IPT juga sukar mengakses maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah dan mengalami kesukaran dalam mengikuti kelas secara atas talian kerana jaringan internet yang lemah. Keadaan ini menyebabkan saya sering keluar ke kawasan bandar berulang-alik untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik malah pergi ke rumah kawan yang mempunyai rangkaian yang lebih baik untuk jika perlu melakukan sebarang pembentangan.

 

2.2  Perbelanjaan yang tinggi.

Kesan daripada jaringan komunikasi yang lemah disebabkan oleh kekurangan tiang telefon menyebabkan penduduk di Keda Lengkuas tidak dapat memasang Wi-Fi. Pemasangan Wi-Fi lebih menjimatkan daripada pembelian data yang sedikit tetapi mahal. Sebagai contoh, sebagai pengguna Maxis, saya menghabiskan hampir RM 75 untuk penggunaan data selama sebulan. Data yang dibeli untuk tempoh sebulan selalunya tidak mencukupi dan jika menggunakannya terlalu banyak pihak Maxis akan mengurangkan kelajuan menyebabkan pengguna perlu membeli data yang baharu. Keadaan ini amatlah membebankan terutamanya kepada pelajar kerana dengan ketiadaan pendapatan, mereka agak sukar untuk membeli data tersebut. Namun, pembelian data daripada Maxis ini merupakan satu-satunya solusi yang dapat mereka gunakan untuk mengikuti kelas online dan membuat kerja kursus yang diberikan.

 

 

3.0  LANGKAH MENGATASI ISU CAPAIAN INTERNET YANG LEMAH DI DESA KEDA SEBERANG PAYA KERCHUT, ALOR SETAR

 

3.1  Menaiktaraf sistem rangkaian telekomunikasi yang sedia ada

Pihak berkuasa seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia perlulah menaiktarafkan sistem rangkaian yang sedia ada di kawasan Keda Seberang Paya Kerchut atau menambah pencawang telekomunikasi bagi melancarkan saluran komunikasi penduduk di kawasan tersebut. Jika pencawang telekomunikasi di Kampung Sebarang Paya dalam tahap tinggi maka penduduk di Desa Keda Seberang Paya Kerchut  akan menerima capaian yang terpancar dari pencawang tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, sistem komunikasi dalam talian juga tidak dapat dicapai dengan jelas. Jika pihak berkuasa menaik taraf sistem rangkaian telekomunikasi ini, maka capaian telekomunikasi amat memuaskan bagi para penduduk untuk berhubung dengan penduduk lain menggunakan alat peranti yang mereka ada.

 

3.2  Membina Pusat Internet Komuniti

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memperhebat usaha meningkatkan kesalinghubungan di seluruh negara termasuk memantapkan fungsi Pusat Internet Komuniti (PIK) agar rakyat bukan sahaja berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti bahkan juga memperbaiki taraf sosioekonomi mereka.

 

Justeru, pelbagai inisiatif kini giat digerakkan ke arah mencapai objektif-objektif tersebut. Antaranya, pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA yang memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di negeri Sabah dari 2020 sehingga 2022. Di bawah JENDELA, Sabah adalah penerima terbesar peruntukan iaitu sebanyak RM2.45 bilion.

 

Selain itu, inisiatif-inisiatif lain terutamanya untuk PIK seperti proses transformasinya, penambahbaikan perkhidmatan dan pertambahan kandungan atau kursus, pengoptimuman penggunaan PIK serta bantuan dalam aspek pembungkusan dan pemasaran produk kepada golongan usahawan, akan turut dilaksanakan tidak lama lagi.

 

Melalui proses transformasi ke atas PIK, ia mampu memberi lonjakan kepada pertumbuhan ekonomi digital yang pesat berkembang di negara ini. Pada masa yang sama, proses transformasi tersebut juga boleh dimanfaatkan bagi memastikan PIK berdaya maju dan menjadi sebuah pusat tumpuan aktiviti ekonomi penduduk. Pusat Internet Komuniti yang dibina ini sedikit sebanyak dapat pembantu penduduk mengurangkan kos terhadap pembelian data dan sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan tugasan.

 

4.0  KESIMPULAN

Isu capaian internet yang lemah khusus di Keda Seberang Paya Kerchut perlulah diberikan perhatian dan diatasi dengan segera agar dapat memudahkan dan meringankan beban penduduk terutamanya kepada anak-anak yang sedang menuntut ilmu. Capaian internet yang baik amatlah memainkan peranan yang penting dan bermakna kepada penduduk terutamanya bagi pelajar. Pihak yang bertanggungjawab seperti pengurus KEDA perlulah memainkan peranan dengan mencari inisiatif bagi memudahkan penduduk dengan rangkaian internet yang baik dan menyediakan Pusat Internet Komuniti secepat yang boleh.


Jika masalah capaian internet ini diberi perhatian oleh pihak yang sepatutnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya, maka penduduk di Keda Seberang Paya Kerchut ini tidak akan merungut dan menyuarakan masalah yang sama iaitu berkaitan dengan capaian internet ini.

 

 

 

 

 

 

5.0  RUJUKAN

 

Liga Remaja Kreatif. 2014. Jalur Lebar Membantu dalam Pendidikan

https://ligaremajakreatif.wordpress.com/maksud-jalur-lebar/

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2020. Fungsi Dan Peranan Pusat Internet Komuniti Dimantapkan. https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/fungsi-dan-peranan-pusat-internet-komuniti-dimanta

 

Utusan Metro. (2019, Disember 31). Jaringan telekomunikasi 5G. [Kenyataan siaran akhbar]. https://www.hmetro.com.my/itmetro/2019/12/530551/jaringan-telekomunikasi-5g

 

Utusan Malaysia. (2021, Oktober 20). Masalah internet lemah terus berlarutan. [Kenyataan siaran akhbar]. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/masalah-internet-lemah-terus-berlarutan/

 

Disediakan oleh;

NAMA: NUR AZLEEN NATASHA BINTI AHMADI

NO MATRIK: D20201094336

KUMPULAN KULIAH: B

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...