Thursday, June 16, 2022

MASALAH PENEBANGAN HUTAN PAYA BAKAU DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

MASALAH PENEBANGAN HUTAN PAYA BAKAU DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

Pengenalan
Seberang Perai Utara adalah merupakan salah satu daripada 5 kawasan daerah (rajah 1) di Pulau Pinang.

Rajah 1 Pembahagian Daerah Pulau Pinang

 Seberang Perai Utara adalah merupakan kawasan daerah terluas di Pulau Pinang dengan keluasan 262.53 km Persegi yang merangkumi kawasan seperti Butterworth sebagai kawasan terluas di SPU, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan lain-lain. Antara sempadan yang terdapa di SPU adalah seperti berikut ;

1.      Sungai Muda, Kedah di sebelah utara.

2.      Padang Serai, Kedah di sebelah timur.

3.      Sungai Perai, Pulau Pinang di sebelah selatan.

4.      Perairan Selat Melaka di sebelah barat.

Province Wellesley adalah merupakan nama asal Seberang Perai yang diberikan oleh pihak British pada masa dahulu. Seberang Perai Utara dibahagikan kepada 17 mukim seperti rajah 2 di bawah :

           Rajah 2 Pembahagian Mukim SPU

Keluasan daerah Seberang Perai Utara adalah 262.53 Km Persegi. Penduduk di Seberang Perai Utara adalah seramai 405,100 orang mengikut data yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai.




FUNGSI HUTAN PAYA BAKAU

Kawasan Seberang Perai Utara ini adalah merupakan kawasan yang mempunyai Hutan Paya Bakau. Hutan Paya Bakau ini memainkan peranan yang penting antaranya adalah seperti pemampan hakisan ombak, memperlahankan aliran air, tempat anak ikan berlindung, menjadi habitat penting bagi pelbagai jenis haiwan seperti burung,ketam, udang dan lain-lain. Menurut Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Utara, Pokok Api-Api jenis Avicennia spp telah tumbuh secara subur di pantai daerah SPU seluas lebih kurang 1500 ekar. Panjang kawasan pantai bakau ini adalah sepanjang 8 Km. Fungsi hutan paya bakau ini dapat dilihat dengan jelas pada tahun 2004 ketika tsunami melanda sebahagian Pulau Pinang. Hutan paya bakau ini berfungsi dalam menampan  tsunami tersebut daripada memberi impak yang lebih teruk kepada masyarakat yang duduk di kawasan berhampiran laut.

                                Rajah 3 Hutan Paya Bakau

                                           Rajah 4 Hutan Paya Bakau

Selain itu hutan paya bakau ini memainkan peranan yang penting dalam pemeliharaan burung-burung dan hidupan liar di dunia. Teluk Air Tawar – Kuala Muda merupakan kawasan yang diiktiraf oleh Birdlife International. Hal ini kerana, terdapat 46 spesis burung air yang berhijrah ke kawasan ini dan terdapat 9 spesis merupakan spesis yang terancam. Jumlah burung yang pernah direkodkan pada satu masa adalah sebanyak 20 000 ekor burung merangkumi pelbagai jenis spesis seperti yang dinyatakan.

Masalah yang Timbul.

Hutan paya bakau di Pulau Pinang semakin berkurang akibat daripada pembangunan yang dibangunkan demi menjana ekonomi negeri tanpa mengambil kira impak terhadap masyarakat tempatan dan juga hidupan yang terdapat di hutan tersebut. SM Mohamed Faris memetik petikan daripada kenyataan Exco kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang menyatakan bahawa "Menurut Phee aktiviti penebangan hutan paya bakau berkeluasan 9.38 hektar bertujuan untuk menjana pendapatan kerajaan negeri dari terbiar begitu sahaja tanpa sebarang hasil.". Masalah pembangunan yang semakin rancak ini menyebabkan timbulnya isu dimana mata pencarian masyarakat tempatan akan terjejas terutamanya nelayan yang menjadikan hasil laut sebagai sumber kewangan mereka. Ketiadaan paya bakau sebagai tempat pembiakan ikan-ikan menyebabkan populasi ikan semakin berkurang dan menjejaskan mata pencarian nelayan. Oleh yang sedemikan, tindakan dalam menghapuskan hutan paya bakau adalah sangat tidak wajar kerana menganggu mata pencarian dan biodiversiti yang terdapat di kawasan itu.

Cadangan Penyelesaian  Masalah

Antara penyelesaian yang boleh dilakukan dalam membendung masalah penebangan kawasan paya bakau di sekitar daerah seberang perai utara adalah dengan meningkatkan kredibiliti Akta Perhutanan Negara 1984. Akta ini menggariskan beberapa larangan seperti dibawah:

1.      Larangan memasuki hutan simpan kekal.

2.      Larangan menebang,memotong, dan memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral.

3.      Orang ramai tidak dibenarkan untuk membersihkan apa-apa tanah untuk tujuan tanaman.

4.      Dilarang  menggunakan sebarang bahan beracun dan letupan bagi tujuan menangkap ikan, memburu dan menembak haiwan liar.

Sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu mahupun syarikat yang cuba melanggar Akta Perhutanan Negara 1984, sudah pasti hutan paya bakau di sekitar Seberang Perai Utara dapat dijaga keaslianya daripada gangguan tangan-tangan manusia yang cuba mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan.

Selain daripada itu adalah perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar.dalam dua peringkat yang berbeza iaitu formal dan tidak formal. Dari sei formal, penerapan pendidikan alam sekitar ini dapat diterapkan melalui subjek geografi bagi meningkat kesedaran pelajar terhadap kepentingan hutan di sesebuah kawasan itu. Manakala di peringkat tidak formal adalah melalui kempen-kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) bagi memupuk kesedaran dalam lapisan masyarakat bagi menentang kegiatan-kegiatan yang mengganggu kelestarian hutan dan masyarakat setempat. Pendedahan tentang cara menentang kegiatan penerokaan hutan paya bakau juga boleh disampaikan kepada masyarakat tempatan agar mereka boleh bersatu dan menentang aktiviti ini dengan menggunakan undang-undang yang memelihara hutan.

 Kesimpulan

Secara keseluruhuanya, masalah penebangan dan penerokaan hutan paya bakau di Seberang Perai Utara ini memberi impak yang agak besar kepada penduduk tempatan terutamanya nelayan-nelayan yang menetap di kawasan tersebut. Penerokaan ini bukan sahaja memberi impak kepada penduduk namun terhadap biodiversiti hutan tesebut. Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat terutamanya pihak kerajaan adalah sangat penting dalam memastikan hutan paya bakau ini terjaga dan dipelihara.


 

Rujukan

Jabatan  Pengairan Dan Saliran, Melihat Keindahan Pantai Seberang Perai Utara Dari Laut, Facebook Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Utara.
 Diperoleh daripada :
https://m.facebook.com/106940861045455/posts/part-2melihat-keindahan-pantai-seberang-perai-utara-dari-lautsatu-lawatan-pentin/123371162735758/

Muhammad Yusri Muzamir (2017) CAP kesal hutan paya bakau musnah, BH Online. Diperoleh Daripada :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/02/246626/cap-kesal-hutan-paya-bakau-musnah

SM Mohamed Idris, Pulau Pinang musnahkan hutan bakau, ProjekMM.
Diperoleh daripada :

https://www.projekmm.com/news/pendapat/2017/02/16/pulau-pinang-sanggup-musnahkan-hutan-paya-bakau-sm-mohamed-idris/1316111> [Accessed 15 June 2022].


Virus-free. www.avg.com

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...