Saturday, June 18, 2022

ISU KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DI BANDAR PENAWAR, JOHOR

PENGENALAN

 

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun, justeru itu terdapat banyak perkara yang perlu dipertingkatkan untuk menuju ke arah negara maju. Oleh itu banyak dasar kerajaan telah diwujudkan bagi memastikan negara kita berada dalam landasan yang betul, khususnya dalam bidang ekonomi. Ekonomi merupakan pengerak kepada pembangunan negara, oleh itu untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara bukanlah satu perkara yang mudah , ianya memerlukan pelan tindakan dan strategik yang berterusan. Pengambilan tenaga kerja dari negara luar merupakan salah satu strategik untuk memastikan ekonomi serta pembangunan negara kita dapat berjalan dengan lancar.

 

            Pendatang asing boleh dibahagikan kepada mereka yang datang dengan permit dan mereka yang datang tanpa permit. Peningkatan bilangan pendatang asing pada tahun 1980-an telah dinyatakan. Mengikut kebanyakan anggaran, bilangan pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Kebanyakan mereka datang dari negara jiran, seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh, dan Nepal.Terdapat peningkatan dalam bilangan warga asing yang datang ke negara ini, dan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk. Pendatang yang masuk secara haram ke Malaysia melalui jalan laut iaitu dengan menaiki bot-bot kecil .Perkara ini  disebabkan oleh pelbagai sebab yang membuatkan mereka ingin ke sini.

            Isu pendatang asing tanpa izin umpama tiada titik noktah kerana semakin ramai yang cuba untuk masuk .Bandar Penawar antara kawasan yang dijadikan tumpuan pendatang asing tanpa izin ini untuk dijadikan laluan melalui pantai-pantai berhampiran seperi Tangjung Balau dan juga Tanjung Sedili. Antara PATI yang dikenalpasti merupakan warganegara Indonesia yang masuk secara haram melalui jalan laut .

 


 

            Rajah 1 : PATI yang ditangkap oleh Angkatan Tentera Malaysia



KAWASAN KAJIAN




 


    Rajah 2: Peta Kedudukan Bandar Penawar

 

Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru yang terletak di bahagian selatan negeri Johor, iaitu berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang.Nama Bandar Penawar diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu Tanjung Penawar , 2 km dari kawasan Bandar Penawar. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan pertanian - kelapa sawit.Jarak diantara Bandar Penawar dengan bandar Kota Tinggi sekitar 48 km dan jarak ke Bandaraya Johor Bahru ialah 86km. Bandar Penawar berhampiran dengan lautan laut cina selatan . Terdapat banyak pantai yang dijadikan lokasi perhentian bagi pendatang asing tanpa izin ini seperti  Tanjung Balau, Tanjung Lompat dan juga Desaru .

 

FAKTOR KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN

 

Faktor yang menyebabkan mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Hal ini demikian, di Malaysia menyediakan banyak peluang pekerjaan dan nilai mata wang di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding di negara asal mereka. Oleh itu, demi mencari nafkah untuk menyara keluarga, mereka sanggup menyeberang ke negara Malaysia tanpa permit untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik. Kegiatan penyeludupan PATI di sempadan Malaysia-Thailand yang meningkat sejak akhir-akhir ini dipercayai disebabkan ekonomi di negara ini kembali rancak menyebabkan banyak peluang pekerjaan tersedia (Zuliaty Zulkifli, 2022). Di Negara asal pekerja asing, penawaran buruh melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah. Contohnya, di Indonesia, pekerja ladang dibayar 2000 rupiah, iaitu lebih kurang RM3 sehari. Kos hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah yang lebih tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan.

 

 

          Selain itu , faktor kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia ialah permintaan buruh tidak mahir yang tinggi merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Permintaan tinggi datangnya dari sektor perladangan dan pembinaan.Bandar Penawar ini merupakan bandar baru yang dimajukan pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kemasukan buruh asing ke Malaysia.

 

        Seterusnya ,kedudukan Bandar Penawar juga dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung oleh Kejora . Oleh itu , penggunaan tenaga buruh semakin meningkat yang menyebabkan lambakan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini . Sektor pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan daripada pembangunan pesat Negara. Rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di dalam sektor


Faktor kemasukkan PATI ialah kestabilan ekonomi, Corak pentadbiran negara yang efisyen telah menghasilkan sistem ekonomi yang sistematik. Perancangan ekonomi yang sistematik ini banyak membantu negara untuk bebas daripada bebanan hutang dan inflasi yang melampau. Malaysia tidak pernah menanggung beban hutang yang tinggi dari negara luar dan tidak mengalami kenaikan tingkat harga barangan yang berterusan. Kenaikan tingkat harga barangan adalah seimbang. Jadi, harga barangan di Malaysia amat berpatutan . Tambahan pula, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam imbangan pembayaran negara. Keadaan ini menyebabkan PATI berminat untuk datang ke Malaysia. Nilai mata wang yang kukuh berbanding dengan negara jiran juga turut menjadikan Malaysia sasaran kedatangan beramai-ramai PATI dari Indonesia dan Filipina,misalnya. Oleh itu, PATI akan menjadikan Malaysia lubuk rezeki kepada mereka.


KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN

 

Kesan positif

Kemasukan buruh asing dalam negara kita sedikit sebanyak telah mendatangkan kesan positif terhadap negara kita khususnya dari segi pembangunan negara. Kemasukan buruh asing ini  telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara kita. Malaysia merupakan sebuah negara membangun, rentetan daripada itu negara kita selalu melakukan perubahan yang teratur dan sistematik selaras dengan perkembangan negara. Bagi mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh sangat diperlukan dalam mempercepatkan arus pertumbuhan negara. Namun demikian negara kita mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut, oleh sebab itu kerajaan telah mengambil tenaga buruh asing daripada Indonesia, Filipina dan Bangladesh. Dengan adanya pekerja buruh asing ini maka proses pembangunan negara dapat di langsungkan dengan segera.

 

Kesan negatif

 

Kemasukan pendatang asing ke dalam negara Malaysia juga secara tidak langsung telah mendatangkan kesan negatif khususnya kepada masyarakat dalam negara itu sendiri. Antaranya ialah menjejaskan peluang pekerja penduduk tempatan . Hal ini kerana upah yang murah daripada majikan menyebabkan pekerja tempatan turut menerima tempiasnya, sedangkan pekerja tempatan terpaksa menampung pelbagai kos sara hidup yang semakin membebankan. Jelaslah bahawa kehadiran pekerja asing menyebabkan kurangnya peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Tambahan lagi sikap beberapa pihak majikan lebih suka mengambil tenaga buruh asing berbanding penduduk tempatan dalam mengisi peluang pekerjaan seperti dalam sektor perladangan dan pembinaan serta pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah.

 

Kemasukan pendatang asing tanpa izin  dalam negara kita telah menyebabkan pembinaan rumah setinggan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram sebagai tempat tinggal mereka yang hidup secara berpindah rendah mengikut pekerjaan yang mereka perolehi khususnya dalam sektor pembinaan yang memakan waktu yang agak panjang untuk menyiapkan satu projek pembangunan. Kawasan setinggan ini biasanya tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar dan imej negara juga agak terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan untuk membendung masalah seumpama ini.


Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

 

 

 

LANGKAH MENGATASI ISU PENDATANG ASING TANPA IZIN

 

  Antara langkah dalam usaha membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin ini ialah dengan meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.Sempadan negara perlu dikerahkan lebih ramai untuk pengawasan .






 

 Rajah 3: Pati yang ditangkap oleh Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).


 

            Langkah seterusnya adalah pihak majikan perlu mengehadkan kebergantungan kepada buruh asing. Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu hendaklah mengikut prosedur yang diluluskan oleh kerajaan. Pihak berkuasa perlu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di dalam negara sekiranya setiap pengambilan pekerja asing mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor tertentu, mudah bagi rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang bekerja di tempat yang tidak sepatutnya. Jelasnya, pihak ejen dan majikan tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata disebabkan oleh upah dan gaji pekerja asing yang lebih murah .

            

                Kerajaan juga perlu memperketatkan penguatkuasaan undang-undang. Hukuman yang setimpal perlu diberikan kepada PATI ini supaya mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama . Selain itu , Kerajaan Malaysia perlu memaklumkan kepada kerajaan PATI ini untuk tindakan yang lebih lanjut .Hukuman yang berat juga perlu dikenakan kepada pemandu bot yang membawa masuk penumpang secara haram ini. Hukuman yang  berat ini akan menyebabkan kumpulan yang seterusnya akan membatalkan perjalanan mereka . 


 

KESIMPULAN

      Kesimpulan, pelbagai faktor yang telah membawa kedatangan pekerja asing ke Malaysia. Tidak dinafikan  ada kebaikan dan keburukannya kedatangan mereka. Namun demi menyelesaikan masalah pekerja asing, semua pihak harus memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara.Terdapat banyak juga kesan yang akan datang sekiranya kemasukan pendatang asing ini tidak dikawal dengan kadar yang segera. Kesan yang sukar untuk diatasi adalah peningkatan kawasan setinggan yang disebabkan oleh peningkatan jumlah PATI ini ke negara .

 

RUJUKAN

 

Fuad Mohamed Berawi. (2019, April). Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor: Profil Demografi dan Dokumen Kemasukan. https://www.akademiabaru.com/doc/ARSBSV16_N1_P72_92.pdf

MASTURAH SURADI. (2021, September 28). 28 PATI bersembunyi tepi pantai ditahan cuba ceroboh masuk negara. https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/28-pati-bersembunyi-tepi-pantai-ditahan-cuba-ceroboh-masuk-negara/

Mohamed, N. A., Ajis, M. N. E., & Md Zain, Z. (2019). Dilema majikan dalam isu menggaji pekerja tempatan atau pekerja asing di Malaysia: perspektif majikan. Malaysian Journal of Society and Space, 15(3), 136-147.

Rahim, A. A., & Lyndon, N. (2021). Naratif Sosiologi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia: Satu Kajian Fenomenologi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 84-95.

Zuliaty Zulkifli. (2022, Januari 03). Faktor pekerjaan tarikan PATI masuk negara Malaysia. Harian Metro. Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/795798/faktor-pekerjaan -tarikan-pati-masuk-negara-ini-metrotv

 

 

NAMA-MUHAMMAD HAZIQ HAIQAL BIN KAMARUDIN

NO MATRIK-D20201094349

KUMPULAN -B

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...