1.0 PENGENALAN
Fenomena banjir yang melenda Malaysia sering kali dirujuk kepada negeri-negeri di Pantai Timur. Negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu sering dilanda banjir terutama pada hujung tahun. Fenomena banjir tersebut dikaitkan dengan monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan November ke Mac setiap tahun. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Malaysia akan menerima dua tiupan angin monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Angin Monsun Timur Laut akan membawa hujan yang lebat kepada negeri di Pantai Timur semenanjung Malaysia serta kepada bahagian Barat Sarawak. Bagi angin Monsun Barat Daya pula, negeri di Barat akan menerima cuaca yang lebih kering.
Jabatan kuasa yang bertanggungjawab keatas kajian cuaca dan iklim di Malaysia ialah Jabatan Meteorologi Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia akan mengeluarkan ramalan cuaca setiap hari dan akan memberikan amaran dan peringatan kepada semua jika apa-apa benjana alam yang akan melanda negara. Jabatan Meteorologi Malaysia bergiat aktif alam semua medium media sosial supaya peyebaran maklumat tersebut tersebar luas kepada semua. Fenomena banjir yang terjadi ini dilihat kesan daripada faktor semula jadi seperti taburan hujan dan juga daripada faktor manusia seperti kesan aktiviti manusia.
Banjir di negeri Pantai Timur seling kali dilihat atas faktor semula jadi. Namun, jika banjir di sesuatu kawasan yang tidak pernah mengalami banjir, ianya akan dikaitkan dengan faktor kesan aktiviti manusia. Sebagai contohbanjir yang berlaku di sekitar Lembah Kelang pada tahun 2021. Pada penghujung tahun 2021, Malaysia digempurkan dengan berita tragedi banjir yang melanda kawasan di lembah Kelang. Kawasan yang terjejas meliputi Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuaka Langat, Kuala Selangor dan beberapa lagi kawasan sekitarnya.
2.0 RINGKASAN KES: TRAGEDI BANJIR DI KUALA SELANGOR.
Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan yang dilanda banjir pada akhir tahun 2021 yang lalu. Banjir yang melanda daerah ini merupakan kejadian banjir yang pertama pada abad ke-21. Banjir yang melanda boleh dikatakan agak besar dan menjejaskan penduduk yang terdekat. Kejadian tersebut berlaku bukan sepantas kilat, namun berlaku berperingkat pada satu kawasan ke kawasan sekitarnya. Gabungan antara hujan lebat yang berterusan, air pasang besar serta gelombang ribut menyebabkan paras air sungai Selangor meningkat dengan cepat.
Susulan daripada paras air sungai meningkat, penduduk setempat bersiap sedia dengan banjir yang akan melanda. Penduduk setempat langkas mempersiapkan diri dan keluarga dengan barangan dan dokumen penting yang perlu diselamatkan serta mengemas rumah dan barangan dipindahkan ke tempat tinggi. Penduduk juga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS). 9 PSS telah dibuka bagi menampung mangsa banjir sebagai tempat mereka berteduh sementara semasa rumah dinaiki air banjir.
Rajah 1Suasana banjir di kawasan penempatan
Rajah 2 Suasana banjir di kawasan penempatan
3.0 PUNCA BANJIR
Kejadian banjir ini setelah dikenal pasti ianya terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Punca yang pasti adalah disababkan oleh taburan hujan yang tinggi. Menurut Jabatan Perairan dan Saliran Selangor, taburan hujan mencecah sehingga 380mm. Taburan hujan yang tinggi dan kejadian air pasang di kawasan-kawasan yang terlibat telah menyebabkan paras air laut meningkat. Terdapat kawasan yang mencatatkan paras air banjir sehingga 4.5 meter. Air pasang besar yang menenggelamkan lebih 58 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke PSS berdekatan.
Faktor semulajadi yang mengundang taburan hujan tinggi adalah apabila berlaku Monsun Timur Laut pada hujung tahun. Akan tetapi Monsun Timur Laut sedikit awal berlaku pada bulan 9 dan 10. Fenomena air pasang besar sudah dijangka oleh pihak APM dan pihak APM dan mereka bersedia menghadapinya. APM yang bertanggungjawab berhubung dengan Ketua Kampung, Pengerusi Jawatan Kuatkuasa (JKK) dan penduduk kampung, sekiranya ada banjir di kawasan kampung mereka, mereka akan maklumkan kepada kami.
Akan tetapi menurut APM, banjir yang berlaku di kawasan seperti Kampung Kuantan, Kampung Tanjong Siam Baharu, Jalan Datuk Ismail dan Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya dikatakan tidak semestinya berlaku disebabkan oleh hujan yang lebat atau hujan yang berterusan. Disebabkan kawasan ini terletak pada kawasan hulu dan berdekatan dengan kawasan hulu sungai, air mengalir secara terus ke kawasan ini. Ianya dibuktikan apabila kawasan yang dinaiki air merupakan kawasan yang berhampiran dengan sungai, iaitu Sungai Selangor.
Tidak dinafikan juga bahawa kejadian banjir juga turut disumbangkan dengan masalah sistem saliran di sesebuah kawasa. Sistem saliran yang melibatkan sistem perparitan di daerah Kuala selangor tidaklah berada pada tahap yang baik. Parit dan sungai masih mempunyai sampah yang menghalang aliran air terus ke sungai. Apabila paras air semakin meningkat, air tidak dapat mengalir dengan lancar dan akan melimpah ke kawasan penduduk. Ianya menyebabkan kawasan penduduk dinaiki air.
4.0 KESAN BANJIR
Tragedi banjir yang melanda daerah kuala Selangor telah memberikan satu kesan yang mendalam terutamanya kepada para penduduk yang menjadi mangsa banjir. Tragedi tersebut telah menimbulkan kegusaran kepada semua penduduk setempat. Seorang penduduk di Kampung Tanjong Siam berasa risau dan cemas apabila rumahnya didatangi seokor buaya. Buaya tersebut adalah daripada Sungai Selangor. Oleh kerana rumahnya terletak berdekatan dengan sungai tersebut.
Selepas rumah penduduk dinaiki air setinggi satu meter atau paras pinggang akibat hujan sejak malam kejadian. Ianya menyebabkan kerosakan harta benda milik penduduk. Sebagai contoh, kerosakan pada kenderaan yang dimasuki air, kerosakan pada rumah, perabot, barangan seharian dan sebagainya.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, terdapat kes lemas dan kematian yang berlaku semasa banjir di Selangor. Menurutnya, dua lagi kes lemas berlaku di Dengkil, Sepang, satu kes di Desa Coalfields, Kuala Selangor dan seorang mangsa dipercayai hilang di Sungai Pinang.
Kesan kejadian banjir ini dapat memberi kesan kepada penduduk dari segi mental dan fizikal. Penduduk berasa bimbang, khuatir, dan cemas kerana tidak pernah berpengalaman dalam banjir. Kesan fizikal dilihat apabila barangan eperluan seperti rumah dan kenderaan terjejas teruk. Ianya lebih membimbangkan apabila banjir memberi kesan kepada kesihatan penduduk. Penyakit yang merebak dengan keadaan banjir seperti cirit birit, kencing tikus dan malaria dibimbangi oleh semua.
Turut dikesan, penduduk yang menjalankan aktiviti ekonomi pertanian terjejas teruk. Hasil tanaman yang diusahakan mati akibat ditenggelami air banjir. Pertanian yang diusahakan tidak dapat bertahan jika ditenggelami air dan akhirnya mati. Aktiviti pertanian menanam jagung dan pokok ubi kayu yang diusahakan penduduk terpaksa menanggung kerugian yang besar.
Rajah 3 Kenderaan penduduk yang ditenggelami banjir
Rajah 4 Rumah penduduk semasa kejadian banjir
5.0 CADANGAN PENYELESAIAN
Antara langkah bagi mengatasi masalah banjir jika berlaku lagi kemudian hari, boleh dibahagikan peranannya kepada peranan kerajaan, badan-badan yang bertanggungjawab dan penduduk. Bagi pihak kerajaan serta badan-badan yang bertanggungjawab dalam isu bencana alam perlu lebih bergerak efisien dalam mengurus kejadian banjir. Hal ini kerana, penduduk tidak menjangkakan akan berlakunya banjir. Jika tindakan awal seperti peringatan awal dan persiapan awal dapat dibuat. Penduduk dapat mempersiapkan diri dengan mengangkat barangan ke tempat tinggi, dapat menyelamatkan barang dan dokumen yang penting dan dapat memindahkan kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas ke tempat selamat dengan lebih awal. Bukan itu sahaja, pihak berkenaan juga dapat mempersiapkan Pusat Pemindahan Sementara (PSS) dan dapat menguruskan pemindahan penduduk yang terjejas dengan lebih teratur.
Selain itu, daripada pihak penduduk pula perlulah menjaga alam sekitar dengan lebih mendalam. Kepentingan alam sekitar perlu diketahui, diamati seterusnya dijaga supaya tidak berlaku sebarang kejadian alam akibat daripada aktivit manusia itu sendiri. Penduduk perlu menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai dan parit sesuka hati. Tindakan tersebut akan menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar. Seterusnya sentiasa membersihkan sistem saliran supaya tidak akan terjadi masalah tersumbat dan sebagainya. Penduduk juga perlu sentiasa sedar dan peka dengan ramalan cuaca dan amaran bencana yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengemaskini maklumat berkenaan cuaca dan bencana di kesemua platform yang mereka ada.
Kesimpulannya, bencana banjir berlaku bukan sahaja dari segi faktor semula jadi tetapi juga akibat akitiviti manusia. Kesemua pihak tidak kira yang terlibat secara langsung atau tidak perlu menggembleng tenaga supaya kejadian sedemikian tidak akan terjadi lagi pada skala yang lebih membimbangkan dan teruk.
B. (2021, December 18). Hujan cecah 380mm, air laut pasang punca banjir di Selangor. Berita Harian. Diperoleh pada June 18, 2022, daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/900695/hujan-cecah-380mm-air-laut-pasang-punca-banjir-di-selangor
Che Nor, N. (2021, December 20). Mangsa banjir Selangor cecah 22,786. Metro. Diperoleh pada June 18, 2022, daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/791013/mangsa-banjir-selangor-cecah-22786-metrotv
Hasmudin, A. A. (2022, May 18). 43 penduduk Kampung Rantau Panjang dipindahkan akibat banjir. Berita Harian. June 18, 2022, daripada https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/05/956791/43-penduduk-kampung-rantau-panjang-dipindahkan-akibat-banjir
Jailani, W. A. (2021, September 22). Fenomena air pasang besar punca banjir di Kuala Selangor. Satu Berita. Pada June 18, 2022, daripada https://satuberita.my/index.php/2021/09/22/video-fenomena-air-pasang-besar-punca-banjir-di-kuala-selangor/
Mohamed, I. S. (2021, September 19). 48 penduduk Kuala Selangor dipindah akibat banjir. Utusan Malaysia. Diperoleh pada June 18, 2022, daripada https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/48-penduduk-kuala-selangor-dipindah-akibat-banjir/
NAMA : SITI NUR ADIBA BINTI JUSHIM
NO MATRIK : D20191088272
KUMPULAN KULIAH : GROUP B
No comments:
Post a Comment