Thursday, June 16, 2022

ISU PERTAMBAHAN KEMASUKAN WARGA ASING KE KAWASAN BETONG SARAWAK

ISU PERTAMBAHAN KEMASUKAN WARGA ASING KE KAWASAN BETONG SARAWAK

 

PENGENALAN

            Kemasukkan warga asing ke negara kita terbahagi kepada dua kategori iaitu kemasukan tanpa izin atau tanpa dokumen perjalanan yang sah dan warga asing yang masuk ke negara kita dengan menggunakan permit samada perjalanan atau pekerjaan. Kemasukan warga asing ini mampu mendatangkan pelbagai kesan sama ada kesan yang negatif mahupun kesan yang negatif kepada ekonomi dan sosial. Kedatangan warga asing ke negara kita telah menunjukkan peningkatan yang semakin ketara sejak 1980-an lagi. Majoriti warga asing yang masuk ke negara kita adalah dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal. Kemasukkan warga asing yeng terus meningkat menyebabkan timbulnya kebimbingan kepada penduduk di kawasan setempat. Kemasukan warga asing ke negara kita disebabkan oleh beberapa punca dan memberikan beberapa kesan kepada kawasan setempat.

 

KAWASAN KAJIAN

           


Rajah 1: Peta kawasan daerah Betong


Rajah 2: Peta sempadan antara negara.

 

            Kawasan kajian yang dipilih iaiah daerah Betong yang terletak di Sarawak. Betong merupakan salah satu daerah terkecil di Sarawak dan terdiri daripada beberapa daerah kecil seperti Spaoh, Pusa dan Maludam. Walaupun daerah Betong merupakan daerah yang kecil, tetapi daerah ini merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam ekonomi Sarawak seperti dalam sektor pertanian ladang kelapa sawit dan getah. Oleh itu, banyak peluang pekerjaan yang tersedia di sekitar daerah ini. Kedudukannya yang berdekatan dengan sempadan Indonesia menjadikannya salah satu faktor kepada pertambahan kemasukan warga asing ke daerah ini.

 

 

             Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan kemasukan warga asing ke daerah Betong. Faktor kedudukan geografi merupakan salah satu faktor yang meningkatkan kemasukan warga asing ke daerah ini. Kedudukan geografi daerah ini yang berdekatan dengan sempadan 2 buah negara menyebabkan lebih mudah kemasukkan warga Indonesia ke daerah ini. Jarak di antara daerah Betong dengan sempadan mengambil masa lebih kurang 3 jam memudahkan kemasukan warga Indonesia ke beberapa kawasan yang berdekatan untuk bekerja termasuk ke daerah Betong. Oleh itu, warga asing akan lebih memilih untuk bermigrasi ke kawasan daearah Betong.

       Selain itu, faktor permintaan buruh asing yang tinggi di dalam pasaran terutama oleh pemilik ladang kelapa sawit. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia, permintaan yang tinggi terhadap permintaan buruh asing untuk bekerja adalah di dalam dua sektor iaitu sektor perladangan dan sektor pembinaan. Keadaan ini berlaku akibat daripada kurang permintaan buruh tempatan kerana pemberian upah yang mempunyai kadar yang rendah berbanding kos sara hidup oleh pihak majikan. Dalam hal ini, pihak majikan telah mengambil peluang keemasan ini mengambil pekerja asing untuk bekerja di kawasan perladangan atau pembinaan mereka dengan kadar upah yang rendah. Secara tidak langsung, pihak majikan mampu untuk menjimatkan kos operasi mereka dan pada akhirnya menyebabkan kerajaan dalam dilemma diluah mati emak ditelan mati bapa.

 

            Kadar pertukaran mata wang asing yang menguntungkan warga asing juga merupakan salah satu faktor peningkatan kemasukan warga asing ke daerah Betong. Kadar pertukaran mata wang di negara kita yang mempunyai kadar pertukaran yang agak tinggi menyebabkan keuntungan kepada warga asing yang bekerja di negara kita. Contohnya, buruh asing dari Indonesia yang bekerja di Malaysia memperoleh pendapatan harian yang tinggi dan dalam mata wang Indonesia ianya mampu menghasilkan wang yang sangat tinggi apabila ditukarkan ke rupiah Indonesia. Sebahagian daripada pendapatan yang mereka perolehi akan dihantarkan ke kampung dengan menggunakan khidmat bank atas talian atau melalui ejen bank antarabangsa. Hal ini secara tidak langsung apabila mereka berjaya mendapatkan penghasilan atau pendapatan yang tinggi, mereka mula untuk mempengaruhi saudara mara mereka untuk sama-sama mencari pekerjaan di negara kita.

 

            Peningkatan kemasukan warga asing ke daerah ini telah mendatangkan pelbagai kesan. Kemasukan pendatang asing menyebabkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan tersekat. Hal ini kerana, kos untuk menggaji pekerja asing adalah lebih murah berbanding pekerja tempatan. Implikasi ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi tempatan di mana golongan muda atau pekerja separa mahir dalam negara ditindas hanya disebabkan syarikat-syarikat lebih gemar menggunakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan. Hal ini amat tepat dengan peribahasa yang berbunyi, "kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan". Kerajaan sepatutnya memikirkan dasar yang membantu mengurangkan kadar pengangguran rakyat yang meningkat dari hari ke hari. Penggubalan dasar yang mendukung kesejahteraan rakyat pasti mendapat sokongan yang padu serta mampu meningkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung, masyarakat akan tinggal dan bekerja dalam negara dan menyuburkan lagi ekonomi negara secara sihat.                                                                          

Namun kemasukan warga asing ini juga boleh menjadikan kos buruh di Malaysia jika dibandingkan dengan negara jiran. Kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia untuk bekerja dengan kadar upah yang rendah namun tetap menjalankan kerja dengan tanggungjawab. Situasi seperti ini menjadikan kos untuk melakukan sesuatu projek seperti projek pembinaan jalan raya di daerah ini yang sedang giat dijalankan akan menjadi lebih murah apabila banyak mengupah pekerja dari negara luar. Oleh itu, kadar buruh di negara ini akan mempunyai daya saing yang bersesuaian dengan keadaan pasaran kerja serantau itu

 

Bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin, tindakan utama yang perlu dilaksanakan adalah penguatkuasaan undang-undang. Sikap seperti melepaskan batuk di tangga tidak seharusnya diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Terdapat kes di mana pekerja asing terdiri daripada pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Perairan negara juga harus dikawal dengan lebih cekap untuk mengelakkan mereka menyusup masuk ke dalam melalui jalan laut. Oleh itu, masyarakat juga sepatutnya menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang meragukan melibatkan pendatang asing. Pihak berkuasa juga hendaklah bersifat penuh intergriti dalam menjalankan tugas dan menjauhi amalan rasuah. Jika semua pihak yang berkenaan memainkan tanggungjawab secara berkesan, tidak mustahil masalah kemasukan pendatang asing dapat diatasi dari akar umbinya.

Langkah seterusnya adalah pihak majikan perlu mengehadkan kebergantungan kepada buruh asing. Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu hendaklah mengikut prosedur yang diluluskan oleh kerajaan. Pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di dalam negara sekiranya setiap pengambilan pekerja asing mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan menghadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor tertentu, mudah bagi rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang bekerja di tempat yang tidak sepatutnya. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 

Kesimpulannya kedatangan buruh asing memberikan implikasi positif dan negatif kepada negara kita. Walaupun segelintir berpendapat bahawa kemasukan buruh asing ke dalam negara mampu memacu pembangunan negara, namun kita perlu melihat kesan negatif sekiranya tindakan ini berlarutan. Pihak kerajaan dan masyarakat perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini daripada bermaharajalela. Para majikan harus mengubah sikap dengan mempertimbangkan dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan. Sudah tiba masanya negara Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mengalihkan tumpuan kepada teknologi yang lebih tinggi untuk memajukan negara. Justifikasinya, sebelum nasi sudah menjadi bubur, eloklah masyarakat Malaysia dan pihak kerajaan bermuafakat supaya Malaysia memanfaatkan buruh asing dan mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin.

 

 


 

RUJUKAN

Anuar, M. F., & Huda, M. I. M. (2022). IMPLIKASI DASAR PENGURUSAN WARGA ASING DI MALAYSIA. e-BANGI19(2), 71-95. https://search.proquest.com/openview/3061c6b7873a59a449dcb8485d149ee7/1?pq-origsite=gscholar&cbl=616374

Denin, M. (2022, April). Punca Malaysia pilihan warga asing. Harian Metro. Diakses 2022, dari https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/04/829266/punca-malaysia-pilihan-warga-asing

Hamzah, S. S. A. (2015). Kesan Kemasukan Warga Asing ke Malaysia. Berita Harian (Segmen Bisnes), 5 Ogos 2015 (Rabu), ms. B4. https://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/4122

Hamzah, I. S., & Daud, S. (2016). Implikasi kemasukan pekerja asing di Malaysia: Suatu tinjauan awal. Jurnal Sains Insani. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5148

Rahim, M. (2022, Mac). Pekerja asing mulai masuk april ini. Utusan Malaysia. Diakses 2022, dari https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/pekerja-asing-mulai-masuk-malaysia-april-ini-saravanan/

 

NAMA: NICKSON RICKET ANAK IGOH

NO. MATRIKS: D20201094307

KUMPULAN A

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...