Saturday, June 18, 2022

ISU KUALITI AIR SUNGAI MEROSOT DI KOTA BHARU KELANTAN


PENGENALAN


Air merupakan keperluan asas yang penting dalam kehidupan seharian kepada semua hidupan yang ada di bumi terutama kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Setiap  hari  manusia,  haiwan  dan  tumbuh-tumbuhan  akan  menggunakan air  sebagai  sumber minuman  seharian. Kepentingan sumber air  adalah untuk menjalankan  aktiviti  harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya. Isu  pencemaran  air  menjadi  semakin  hangat  untuk  dibincangkan  kerana  peratusan air di bumi meliputi 70% berbanding dengan daratan. Hal ini menunjukkan kepentingan penjagaan sumber air daripada tercemar. 

Selain itu, di dalam tubuh badan  manusia juga terkandung  air  sebanyak  65  peratus  isipadu  air.  Dengan  ini,menunjukkan bahawa sumber air adalah sangat penting dalam kehidupan seharian manusia.Sememangnya  air  dapat  diperoleh  dengan  mudah  daripada  pelbagai  sumber  namun  begitu untuk memperoleh kuantiti sumber air yang bersih dan boleh digunakan adalah begitu terhad (Noraini Amin 1996).Sehubungan dengan itu, pertambahan penduduk dan perkembangan kemajuan ekonomi negara khususnya bandar-bandar dalam sektor perindustrian, pelancongan, perniagaan dan sebagainya telah menyebabkan keperluan jumlah air meningkat kepada semua hidupan. 

Pencemaran sungai boleh dibahagikan kepada Sumber diketahui (Point Source) dan Sumber tidak diketahui (Nonpoint Source). Sumber diketahui adalah sumber tunggal yang dikenal pasti bahan pencemaran yang dilepaskan. Contohnya, bahan buangan industri melalui paip, longkang yang dilepaskan ke sungai dan laut. Sumber tidak diketahui diistilahkan sebagai pencemaran 'meresap' dan merujuk kepada orang-orang input dan kesan yang berlaku di kawasan yang luas dan tidak mudah dikaitkan dengan satu sumber.

Statistik pencemaran air di Malaysia pada tahun 2016 dan 2017 menunjukkan bahawa kebanyakan kualiti air sungai di Malaysia berada di Indeks Kualiti Air Kelas II dan Kelas III. Melihat kepada kerelevanan, penduduk sesebuah kawasan sama ada pekan atau perkampungan yang banyak akan mempengaruhi pencemaran air di kawasan tersebut. 

KAWASAN KAJIAN

Rajah 1 Peta Kawasan sungai Pengkalan Chepa

Sumber: Google Maps.

Sg. Pengkalan Chepa mengalir bermula dari Sg. Kelantan. Sebahagian daripadanya dikenali juga sebagai Sg. Keladi. Ia mengalir melalui Kg. Atas paloh di hulunya, Kg. Sg. Keladi, Tanjung Mas, Pengkalan Chepa dan seterusnya mengalir keluar ke Kuala Pak Amat. Terdapat 6 alur utama yang mengalir ke sungai ini iaitu Alor A, B, C, D, Alor Kok Pasir dan Alor Lintah.

Status semasa kualiti air bagi Sg. Pengkalan Chepa berada dalam Kelas III iaitu sederhana tercemar. Terdapat 6 buah stesen kualiti air di sepanjang sungai tersebut di bawah penguasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 PUNCA PENCEMARAN AIR SUNGAI



Rajah 2 sampah sarap dibuang berdekatan dengan sungai

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa punca yang mendorong kepada pencemaran air berlaku di kawasan kajian. Punca utama ialah sikap yang tidak  bertanggungjawab penduduk sekitar sungai yang kurang menjaga keindahan alam sekitar yang sedia ada. Hal ini kerana perbuatan yang sering dilakukan oleh penduduk dengan mengambil jalan yang mudah dengan membuang sampah sarap ke dalam sungai  telah menyebabkan kualiti air berubah. Pembuangan sampah yang tidak terkawal menyebabkan hidupan akuatik dan manusia akan terjejas.

Selain itu, punca yang kedua ialah berkaitan dengan kesan air pasang surut yang berlaku di sungai tersebut. Hal ini berlaku kerana semasa terjadinya air laut surut menyebabkan air sungai kelantan akan mengalir memasuki ke arah  sungai pengkalan chepa menyebabkan pencemaran yang telah berlaku akan tersekat di sungai pengkalan chepa berpunca daripada wujudnya beting pasir di muara menghalang air sungai mengalir ke laut. 

Seterusnya, pencemaran sungai juga berpunca daripada air resapan dari tapak pelupusan sampah yang terletak di Teluk Kitang, Sabak. Hal ini berlaku kerana sekiranya semasa musim hujan di kawasan tersebut menyebabkan air yang bertakung di tempat pelupusan sampah mengalir ke sungai berdekatan. Tapak pembuangan sampah sarap yang terletak di berdekatan dengan sungai akan memburukkan lagi kualiti air serta akan mengeluarkan bau yang kurang selesa untuk penduduk di sekitar sungai.


KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR



Rajah 3 sampah sarap yang terdapat di sungai tersebut.

Pencemaran yang berlaku memberikan kesan yang negatif kepada alam sekitar dan manusia. Hal ini kerana pencemaran air sungai yang berlaku secara berterusan ini memberi kesan kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan kajian. Kesan pencemaran yang diperhatikan ialah penduduk kurang selesa dengan bau yang busuk yang menyebabkan pengudaraan di kawasan tersebut tercemar dan menjejaskan kualiti udara di persekitaran.

Kesan pencemaran air ialah menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Di samping itu, sampah-sarap yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. Oleh yang demikian jelaslah pencemaran air ini akan memberi kesan yang negatif sekiranya tidak dibendung.

Kesan pencemaran air yang berikutnya ialah menjejaskan keindahan alam. Sebagai contoh,sungai-sungai akan dipenuhi dengan sampah sarap yang kurang menenangkan mata dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di sungai secara keterlaluan menjadi punca hal tersebut berlaku. Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab mestilah menghargai sumber air agar kualiti air terjaga. 

 

CADANGAN BAGI MENGATASI PENCEMARAN AIR 

Antara langkah-langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib perlu menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar penguatkuasa undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. 

Selain itu, langkah yang perlu diambil dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dalam aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, terdapat hanya segelintir sahaja kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang terbaik dengan mengadakan Kempen Cintai Sungai. Kempen Cintai Sungai telah dijalankan sejak tahun 1993 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Kempen ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Selain dapat merapatkan hubungan antara masyarakat, aktiviti gotong-royong juga  dapat menyemai sikap mencintai sungai kita  dalam kalangan masyarakat setempat. Selain membersihkan sungai, aktiviti ini turut membabitkan kerja-kerja pengindahan sungai seperti penyediaan kemudahan rehat di sungai-sungai berkenaan.

 

RUJUKAN

Alaert., G.(1984). Metode Penelitian Air. Usaha Nasional, Jakarta

 

Mohd  Harun  bin  Abdullah.(1995).  Kualiti  Air  Tanah  Pulau  Sipadan  Semporna,  Sabah.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Noraini  Amin.(1996).  Impak  Perindustrian  Dan  Pembuangan  Domestik  Ke  Dalam  Sungai

Melaka:  Satu  Kajian  Kes  Tentang  Kualiti  Air.  Latihan  Ilmiah.  Jabatan  Geografi.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Sinar harian (2020) Sungai Pengkalan Datu semakin tercemar


Zakaria  Awang  Soh.  (1990).Pencemaran  air:  Satu  Tinjauan  Umum.  Dalam  Pembangunan

dan  alam  sekitar  di  Malaysia:  Isu  dan  pengurusannya.  Kuala  Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.


NAMA: NURUL HASMALIZA BINTI MOHD JAFFAR
NO.MATRIK: D20182085896
KUMPULAN: A

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...