Saturday, June 18, 2022

ISU MIGRASI PENDUDUK DI KAWASAN BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR.

PENGENALAN

Migrasi merupakan perpindahan penduduk dari sebuah kawasan ke kawasan yang lain disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan tersebut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2022). Migrasi sering berlaku kepada penduduk yang berada di kawasan luar bandar ke bandar bagi tujuan meningkatkan taraf kehidupan mereka kerana terdapat pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di kawasan bandar. Migrasi juga merujuk kepada pergerakan penduduk yang berlaku buat beberapa ketika bergantung kepada lama masa yang diambil sama ada dalam jangka masa Panjang atau pendek.

               Menurut Fadzil & Ishak, (2007) menyatakan bahawa penghijrahan penduduk dilihat semakin penting pada masa kini kerana ia merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi urbanisasi dan juga pembangunan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah bandar dipengaruhi oleh kemasukan migrasi untuk membentuk sesebuah kawasan yang berkembang dari segi aktiviti ekonomi dan sosial. Selain itu, mereka juga berhijrah dari kawasan pendapatan rendah ke kawasan berpendapatan lebih tinggi (Castles & Miller, 2003). Hal ini menunjukkan bahawa migrasi berlaku mempengaruhi terhadap perbezaan pendapatan antara kawasan lama dengan kawasan baru. Kesan daripada itu menyebabkan perpindahan ke kawasan baru untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk dari segi pendapatan, tempat tinggal dan menampung kos sara hidup. Dengan itu, migrasi merupakan strategi untuk memperbaiki kesejahteraan individu dan keluarga yang mendatangkan kesan positif dan negatif.

               Penghijrahan migrasi keluar masuk ke kawasan destinasi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri di mana berlakunya penghijrahan tenaga kerja professional ke kawasan destinasi baru. Hal ini kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang lebih baik menjadi faktor utama migrasi berlaku. Kesan migrasi memberi kesan terhadap jumlah penduduk di sesebuah kawasan. Hal ini kerana peningkatan jumlah penduduk bertambah disebabkan oleh berlakunya proses urbanisasi dan pelbagai kegiatan ekonomi yang telah dijalankan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada sebuah kawasan iaitu di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor yang telah berlakunya migrasi penduduk dari tahun ke tahun sama ada dalam kalangan penduduk tempatan mahupun di luar negara.


Rajah 1: Peta Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKU MIGRASI PENDUDUK DI BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

PELUANG PEKERJAAN

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi penduduk di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor ialah peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang luas akan memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk melakukan migrasi ke kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Hal ini kerana penduduk mudah mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang tinggi di kawasan asal mereka membuka ruang untuk meningkatkan tarah kehidupan mereka. Sebagai contoh, bekerja di kawasan bandar mempunyai pekerjaan yang tetap dan pendapatan yang tinggi serta pekerjaan yang lebih baik berbanding di luar bandar. Hal ini kerana kawasan Bandar Penawar menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pelancongan, perniagaan, perlombongan, perindustrian dan sebagainya. Secara tidak langsung peluang pekerjaan meningkat menyebabkan berlakunya kemasukan migrasi ke kawasan bandar ini.

Rajah 2: Kawasan Aktiviti Perlombongan minyak dan gas

FAKTOR PENDIDIKAN

Faktor yang menyumbang kepada berlakunya migrasi di kawasa Bandar Penawar ialah faktor pendidikan. Pendidikan merupakan sau pelaburan jangka masa panjang kepada masyarakat bagi melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi. Kemudahan pendidikan yang disediakan kepada anak muda untuk melanjutkan pelajaran di kolej-kolej dan Institut Pendidilkan mempengaruhi kemasukan migrasi ke kawasan Bandar Penawar. Antara institut pendidikan yang terdapat di Bandar Penawar seperti Institut Kemahiran Tinggi Belia (IKBN), Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Komuniti (KK), sekolah sukan, sekolah menengah dan sekolah rendah. Dengan itu, melalui faktor pendidikan akan menjadi salah satu faktor yang menggalakkan berlakunya migrasi bagi memenuhi impian dan kejayaan di masa hadapan.

Rajah 3: Kolej Profesional MARA Bandar Penawar

 

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan akan mempengaruhi kepada pembangunan infrastuktur bagi memudahkan kehidupan penduduk di kawasan tersebut. Hal ini kerana dapat menjimatkan kos dan mempercepatkan urusan seharian. Sebagai contoh, kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dapat memudahkan perjalanan penduduk untuk ke satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat dan menjimatkan masa. Manakala kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar mempunyai kekurangan menyebabkan berlakunya migrasi penduduk ke kawasan Bandar Penawar untuk mendapatkan keselesaan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Selain itu, kemudahan infrasruktur yang lengkap dapat menarik migrasi luar negara untuk datang ke kawasan Bandar Penawar. Hal ini kerana terdapat lebuh raya plus di bina bagi memudahkan pengunjung luar negara seperti rakyat Singapura untuk memasuki ke kawasan bandar ini. Oleh itu, kawasan Bandar Penawar bukan sahaja mengalami migrasi jangka masa panjang malah turut menerima migrasi dalam jangka masa singkat menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah penduduk di kawasan ini.

 

Rajah 4: Lebuh raya Senai-Desaru

 

KESAN-KESAN BERLAKUNYA MIGRASI PENDUDUK DI BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

PERTAMBAHAN JUMLAH PENDUDUK

Kesan daripada migrasi yang berlaku di Bandar Penawar memberikan kesan kepada pertambahan jumlah penduduk. Jumlah penduduk semakin meningkat dari tahun ke tahun disebabkan oleh kemasukan migrasi ke kawasan tersebut. Pertambahan jumlah penduduk di kawasan Bandar Penawar disebabkan oleh faktor peluang pekerjaan. Hal ini kerana di kawasan Bandar Penawar mempunyai aktiviti ekonomi yang berjalan dengan pesat menyebabkan kawasan ini menjadi kawasan tarikan migrasi untuk memanfaatkan peluang yang disediakan. Peluang pekerjaan yang banyak dan kadar pendapatan lebih tinggi antara faktor peningkatan migrasi berlaku. Dengan itu, pembangunan dan perkembangan di kawasan Bandar Penawar akan berlaku secara berterusan dan menyumbang kepada sebuah bandar baharu.

KESESAKAN LALU LINTAS

Kesan daripada kemasukan migrasi ke kawasan Bandar Penawar menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Hal ini kerana penggunaan kenderaan di jalan raya semakin meningkat kesan daripada pertambahan penduduk di kawasan ini. Peningkatan penggunaan kenderaan seperti motorsikal, kereta, lori dan bas disebabkan oleh keperluan penduduk menggunakannya untuk ke destinasi ke destinasi yang lain. Selain itu, kesesakan lalu lintas akan sering terjadi ketika waktu berkerja iaitu pada waktu pagi dan petang. Hal ini kerana jumlah bilangan kenderaan meningkat di jalan raya disebabkan penduduk setempat menggunakan kenderaan untuk pergi ke tempat kerja secara bersendirian atau berasingan. Dengan itu, jumlah peningkatan penduduk menyumbang kepada berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar Penawar.

PENGGUNAAN GUNA TANAH

Kawasan Bandar Penawar mempunyai keluasan hutan yang luas menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan berlaku dengan pesat menyebabkan berlakunya penggunaan tanah. Terdapat pelbagai pembangunan telah dibangunkan dan dimajukan dengan membina bangunan seperti kawasan perniagaan, perumahan, perhotelan, taman tema dan banyak lagi. Kemajuan Bandar Penawar juga berpunca daripada penggunaan guna tanah untuk menjalankan aktiviti perlombongan minyak dan gas yang berdekatan dengan kawasan ini iaitu terletak di Pengerang. Aktiviti perlombongan ini dijalankan oleh Petronas untuk membekalkan sumber minyak dan gas kepada negara. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan juga penduduk luar daripada kawasan ini. Hal ini menyebabkan kemasukan migrasi turut semakin bertambah disebabkan oleh pelbagai kemudahan dan infrastruktur serta peluang pekerjaan yang luas yang terdapat di Bandar Penawar. Pertambahan jumlah penduduk berlaku di kawasan Bandar Penawar menyebabkan permintaan kawasan tempat tinggal seperti rumah turut meningkat. Oleh itu, penggunaan guna tanah meningkat di kawasan Bandar Penawar kerana pembangunan pesat telah berlaku di kawasan ini.

 

Rajah 5: Kawasan pembinaan perumahan

 


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MIGRASI DI KAWASAN BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR.

MENAIKTARAF KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Kawasan luar bandar tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang bagi untuk digunakan penduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menaiktaraf dan menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar. Sebagai conoth, menyediakan bekalan elektrik, air, jalan raya, telekomunikasi, kemudahan perhubungan dan pengangkutan bagi memudahkan urusan harian penduduk di luar bandar. Apabila kemudahan infrastruktur yang lengkap dapat dibina di kawasan luar bandar akan menyumbang kepada pengurangan migrasi luar bandar ke bandar berlaku. Hal ini kerana kemudahan yang telah disediakan dapat membantu penduduk menjalani kehidupan harian seperti penduduk di kawasan bandar. 

MEWUJUDKAN PELBAGAI PELUANG PEKERJAAN

Penduduk di kawasan luar banyak menjalankan aktviti ekonomi seperti perladangan dan penternakan. Kebanyakkan anak-anak muda pada masa kini sudah tidak berminat untuk menceburi bidang perladangan dan penternakan menyebabkan mereka keluar daripada kawasan mereka dan pergi ke kawasan bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan berdasarkan minat mereka. Oleh itu, langkah mengurangkan migrasi berlaku di kawasan luar bandar ke bandar dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di kawasan luar bandar. Antara peluang pekerjaan yang dapat dibangunkan seperti sektor industri desa seperti pelancongan, industri kraftangan, industri makanan dan sebagainya. Dengan adanya peluang pekerjaan yang pelbagai di kawasan luar bandar akan mengurangkan jumlah migrasi luar bandar ke bandar kerana di kawasan luar bandar juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat bagi menjana pendapatan keluarga.

 

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, migrasi berlaku kerana perpindahan penduduk luar bandar ke bandar untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Kemasukan migrasi juga bergantung kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada tarikan yang terdapat di kawasan yang mereka kenal pasti. Antara faktor-faktor yang menjadi tarikan migrasi untuk pindah ke kawasan Bandar Penawar seperti peluang pekerjaan yang luas, faktor pendidikan, kemudahan infrastruktur dan jumlah pendapatan yang lumayan. Justeru, kemasukan migrasi ke kawasan Bandar Penawar telah memberikan impak yang positif mahupun negatif dalam kemajuan yang telah dibina. Oleh itu, kemasukan migrasi telah memberikan impak terhadap pembangunan sesebuah kawasan ke arah sebuah bandar yang maju dan berdaya saing dengan bandar- bandar yang lain dari segi ekonomi, pembangunan, dan pengurusan.

 

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2022). Pengertian Migrasi

Katiman Rostam, Mohd Fuad Mat Jali & Aishah @ Esah Hj Mohammad. 2010.     Migrasi keluar dan rebakan bandar: Bukti di pinggiran wilayah Metropolitan     Lembah Klang, Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities 5(2), 184-198. 

Kosmo Online (2022). Johor, Selangor Rekod Pergerakan Masuk, Keluar migran tertinggi. 

Mohd Fadzil Abdul Rashid & Ishak Ab Ghani (2007). Migrasi dan Kemiskinan Bandar:     Satu Kajian Literatur

Nor Ermawati Hussain. Norehan Abdullah & Hussin Abdullah (2015). Hubungan Migrasi Dalaman dengan Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 49(2), 121-133. 

Sukri Nyompa, Noraziah Ali, Mohd Fuad Mat Jali & Katiman Rostam (2012). Migrasi dan Impaknya Terhadap Aspek Sosial dan Ekonomi di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Jurnal Perspektif 4(2), 85-98. 



NAMA: ABDUL FARIS KARRAMALLAH BIN ABDUL HAMID

NO. MATRIK: D20201094322

KUMPULAN: B



No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...