Sunday, June 19, 2022

PENCEMARAN SAMPAH SARAP DI PANTAI IRAMA BACHOK KELANTAN

PENDAHULUAN

Pantai merupakan satu sistem sosial ekologi di mana dimensi fizikal, ekologi, sosial dan ekonomi berinteraksi untuk menyediakan beberapa fungsi dan perkhidmatan yang membawa kepada peningkatan kesejahteraan manusia (Lozoya et al., 2018). Di seluruh dunia, pantai merupakan salah satu tempat paling popular yang digunakan untuk berekreasi dan mengisi masa lapang oleh semua lapisan masyarakat dan turut menjadi zon gabungan arus pantai, gelombang dan pasang surut. Oleh itu, kawasan persisiran pantai dan pulau telah menjadi tumpuan para pelancong asing mahupun tempatan sebagai destinasi pelancongan utama mereka (Roca et al., 2016; Cervantes et al., 2019, Cutter et al.,2020). Pelancongan pantai merupakan aktiviti tumpuan pelancong antarabangsa dan tempatan di kebanyakan negara yang mempunyai keistimewaan tarikan ini. Di Malaysia, pelancongan pantai tidak terkecuali daripada mendapat perhatian pelancong domestik, termasuk pelancong keluarga. Pelancongan pantai adalah salah satu aktiviti tradisi dalam kalangan masyarakat bandar di negara-negara maju semasa melancong dalam dan luar negara, dan ini menjadi ikutan kepada penduduk di negara sedang membangun (Honey & Krantz, 2007; Onofri & Nunes, 2013).

 

Salah satu pantai pelancongan yang terkenal dalam kalangan segmen ini ialah Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pantai ini mempunyai kelebihan persekitaran semula jadi sebagai tarikan kepada para pelancong keluarga. Ini adalah seiring dengan tuntutan pelancongan lestari yang memerlukan persekitaran fizikal semula jadi menjadi sumber lestari dan dapat dihayati oleh pengunjungnya. Pantai Irama juga tidak terlepas untuk menjadi salah satu daripada pantai tarikan pelancong di Kelantan. Pantai Irama terletak di daerah Bachok Kelantan iaitu kira-kira 20 Kilometer dari bandar Kota Bharu. Kedudukannya yang menghadap laut China Selatan dan telah ditambak bagi mengelak berlaku hakisan merupakan salah satu keunikan pantai tersebut. Pantai Irama sering dijadikan sebagai tempat beriadah oleh masyarakat setempat pada hujung minggu dan sering dijadikan sebagai tempat pesta dan acara keramaian. Namun begitu, pencemaran sampah sarap berlaku di Pantai Irama telah menjejaskan keindahan sebagai tempat pelancongan.

 

 

Pantai Irama Bachok Kelantan

 

PUNCA

Pencemaran pantai Irama berlaku adalah disebabkan oleh punca sikap tidak bertanggungjawab pengunjung yang suka membuang sampah di merata-rata tempat sehingga mencemarkan imej daerah yang telah diiktiraf sebagai bandar pelancongan islamm di negeri Kelantan. Longgakan kulit kelapa muda dan sisa makanan yang dibuang di kawasan tong sampah tidak diuruskan dengan cepat telah menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, faktor utama yang menyebabkan keadaan tersebut adalah disebabkab tahap kesedaran pengunjung yang rendah tentang tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan.

 

Persekitaran Pantai Irama yang kotor disebabkan sikap pengunjung yang membuang sampah selain sisa sampah yang dibawa ombak selepas banjir di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Masalah pencemaran yang berlaku di kawasan pinggir pantai Irama Bachok dikaitkan dengan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan impak terhadap orang lain. Dalam konteks ini, masalah pencemaran yang wujud adalah berpunca daripada pengunjung pantai. Masalah sampah sarap merupakan jenis pencemar utama seperti sisa makanan, bungkusan plastik, botol dan sebagainya yang ditinggalkan oleh pengunjung apabila datang berkelah di kawasan berkenaan.

Selain itu, punca pencemaran juga disumbangkan oleh oleh penduduk setempat terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan makanan di Pantai tersebut. Gerai makanan seperti gerai masakan panas dan gerai seafood kebanyakannya diusahakan oleh penduduk setempat yang menetap di daerah Bachok. Gerai tersebut merupakan salah satu tarikan pelancong untuk mengungjungi pantai Irama, Bahan-bahan seperti sisa makanan dan plastik pembungkusan makanan tidak diuruskan dengan betul telah menyebabkan berlaku pencemaran sampah sarap berhampiran gerai tersebut. Sementara itu, punca berlakunya pencemaran akibat daripada pengaliran sisa kumbahan dan domestik terutamanya dan chalet berhampiran kawasan pantai. Aktiviti pengorekan pasir di kawasan berkenaan juga menyebabkan berlakunya masalah pencemaran menyebabkan air laut berubah warna dan kedalaman pantai turut berubah.

KESAN

Pencemaran yang berlaku di Pantai irama akan menyebabkan pencemaran bau. Pencemaran bau adalah satu kacau-ganggu yang memberi ketidakselesaan dan kemudaratan terhadap individu serta dapat menjatuhkan nilai hartanah (Zaini Sakawi, 2018). Aabila terdapat banyak sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik, ia akan menyebakan kawasan tersebut berbau yang tidak meyenangkan dan sekaligus akan menganggu ketenangan pengunjung. Udara segar akan tercemar dengan gas yang dibebaskan oleh sarap sarap dan kualiti udara akan merosot. Selain itu, pencemaran sampah sarap juga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Longgokan sampah yang terdiri daripada plastik pembungkusan makanan akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Selain itu, sisa makanan yang tidak diuruskan dengan baik juga akan meyebabkan kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan haiwan   perosak seperti tikus. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan wabak penyakit yang akan memudaratkan kesihatan manusia seperti Taun, demam denggi, keracunan makanan dan sebagainya.

 

LANGKAH

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan isu pencemaran di Pantai Irama Bachok Kelantan adalah dengan mengenakan tindakan undang-undang kepada pengunjung atau peniaga yang membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya. Denda dari aspek wang ringgit merupakan kaedah yang berkesan seperti yang dilaksankan oleh Negara Singapura. Singapura akan mengenakan denda sejumlah 1.000-dollar Singapura jika rakyatnya membuang sampah merata-rata. Malaysia boleh mencontohi negara Singapura dalam mencapai matlamat negara bersih.

Selain itu,aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan panta juga merupakan langkah yang sesuai untuk dilaksanakan. Satu aktiviti gotong royong membersihkan kawasan pantai irama Bachok pernah dijalankan pada 7 November 2020. Seramai hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Bolasepak bachok City dan Kelab Kilat TNB Kota Bharu telah berganding bahu dan bekerjasama membersih kawasan sekitar Pantai Irama Bachok demi melihat persekitaran yang bersih dan mendamaikan jiwa. Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok juga turut bersama mengembeling tenaga mencantikkan kawasan di Dataran Perahu, Pantai Irama Bachok dengan membawa bersama jentera berat seperti air pancut dan mengecat tiang-tiang dataran. Aktiviti gotong-royong seperti ini sememangnya amat membantu dalam menjaga kelestarian dan keindahan pantai Irama Bachok. Oleh itu, aktiviti gotong-royong seperti ini perlu dilaksankan dengan kerap bagi memastikan pantai Irama sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Pendidikan alam sekitar pada peringkat kanak-kanak. Langkah ini boleh dilaksankan di sekolah melalui mata pelajaran sivik, moral, Pendidikan islam dan geografi. Guru perlu menanam rasa cinta terhadap alam sekitar supaya sikap membuang sampah merata-rata dapat diminimumkan. Melalui sifat cinta terhadap kebersihan dan alam sekitar, generasi muda tidak lagi membuang sampah dan sekaligus kebersihan pinggir pantai akan terjaga. Selain itu langkah in juga boleh diperkukuhkan lagi dengan mengadakan kempen kesedaran. Kempen kesedaran ini boleh diklankan melalui media bercetak dan elektronik. Media bercetak seperti surat khabar, poster dan majalah boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan menjaga kebersihan pinggir pantai manakala bagi media elektronik pula boleh menggunakan televisyen, dan internet.

 

 

KESIMPULAN

Pantai merupakan aset negara yang tidak ternilai. Kebersihan dan kelestarian pinggir pantai merupakan tanggungjawab bersama. Semua pihak perlu berganding bahu dalam memastikan kawasan pinggir pantai sentiasa bersih. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan dalam menjamin pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar. Setiap pihak di setiap peringkat seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi mencapai objektif kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini merupakan usaha yang kolektif dimana dengan penglibatan setiap di antara kita dapat membuahkan hasil yang sangat berbaloi bukan sahaja kepada kita malah untuk kehidupan generasi-generasi akan datang. Bak kata peribahasa Melayu, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semoga ahli pemikir bekerjasama dengan badan eksekutif dalam negara menjadikan polemik ini sebagai agenda utama negara dan mencari mekanisme terbaik dalam memastikan pembangunan dan alam sekitar kita mencapai tahap terbaik dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

Azlan Abdullah (2012) Industri Pelancongan dan Alam Sekitar di Kelantan: Menyorot Titik Keseimbangan antara Permintaan dan Penawaran. Malaysia Journal of Society and Space (135-146). Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/305285543_Industri_pelancongan_dan_alam_sekitar_di_Port_Dickson_Menyorot_titik_keseimbangan_antara_permintaan_dan_penawaran

Isa Hashim (2020) Persepsi Pelancong Terhadap Pencemaran Marin di Tiga Pantai Terpilih di Pantai Timur Semanjung Malaysia. Jurnal Perspektif 73-94. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/download/1585/1138

Remali Yusoff (2017) Faktor Tarikan Pelancongan Pantai: Kajian Kes di Pantai Irama Bachok Kelantan. Proceeding of International Conference on Economic. 480-492. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/321966131_Faktor_Tarikan_Pelancongan_Pantai_Kajian_Kes_Di_Pantai_Irama_Bachok_Kelantan

Siti Rohana Idris. (2021, Desember 7). Pantai tercemar kerana sampah dibawa ombak. Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/785928/pantai- tercemar-kerana-sampah-dibawa-ombak-metrotv

NAMA: NOOR ANIZA BINTI SIDEK

D20191088504

KUMPULAN B

Sent from Mail for Windows

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...