Tuesday, June 14, 2022

Pembuangan sampah sarap di Sungai Kedah ,Kuala Kedah

a)     Ringkasan kes.

 

                  Isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan sikap komuniti setinggan tebingan sungai yang membawa kepada pencemaran alam sekitar dan pengurusannya iaitu Sungai Kedah di Kuala Kedah.Sungai merupakan salah satu sumber alam yang amat penting bagi semua hidupan di bumi.Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin atau jentera (Janakuasa hidroelektrik). Sungai telah digunakan bagi aktiviti pelayaran semenjak beribu tahun yang lalu.Oleh itu,tidak hairanlah manusia pada zaman dahulu banyak mendirikan petempatan berhampiran bahagian sungai.

 

                    Isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kewujudan masyarakat setinggan di atas tanah hak kepunyaan pihak lain. Ini termasuklah di kawasan tanah kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti dan tanah persendirian secara haram dan tidak sah dari undang-undang.Hal ini telah menjadi satu isu di negara kita.Hal ini dikatakan sedemikian kerana apabila wujudnya penempatan berdekatan dengan sungai maka akan terjadi masalah pencemaran sungai.Gangguan ekosistem saliran berlaku apabila manusia mengeksplotasi kawasan tersebut secara tidak terkawal. Selain itu, ekosistem sungai menjadi rapuh disebabkan sifatnya terbentuk di kawasan yang paling rendah atas muka bumi.Ini akan menjadikannya sebuah tempat pengumpulan bahan sisa yang dihasilkan oleh pelbagai aktiviti dijalankan masyarakat setempat.

 

                     Kawasan setinggan biasanya berlaku di bandar-bandar besar.Perkara ini berpunca daripada  penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar.Terdapat dua fakor yang menyebabkan perkara ini berlaku.Yang pertama adalah faktor tolakan. Faktor tolakan berlaku apabila penduduk luar bandar mengetahui bahawa tiada peluang pekerjaan yang baik di kawasan luar bandar dan mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke. Selain itu, penduduk luar bandar juga menyedari tentang segala kekurangan pelbagai kemudahan di tempat mereka dan keadaan ini secara tidak langsung menolak mereka keluar dari desa. Berlainan pula dengan faktor tarikan tetapi mempunyai kesan yang sama, di bandar mempunyai segala kemudahan dan pelbagai peluang pekerjaan yang dapat menjamin pendapatan lumayan dan situasi ini telah menarik penduduk desa berhijrah ke bandar.

 

b)     Punca berlakunya pembuangan sampah,cecair dan kumbahan di Sungai Kedah

 

                 Masalah selalunya timbul apabila penduduk setempat membuang sisa-sisa pepejal ke dalam sungai.Kemusnahan ekosistem dikawasan sungai yang dikaitkan dengan komuniti setinggan biasanya adalah daripada aktiviti pembuangan sisa berupa pepejal, cecair dan kumbahan. Kesan kemusnahan ini juga bukan sahaja dialami dan dirasai oleh penduduk setempat tetapi turut mengancam kepentingan masyarakat umum contohnya seperti masalah bekalan air dan penyakit berjangkit bawaan air atau serangga. Antara masalah lain yang berkaitan dengan gangguan ekosistem sungai ialah banjir kilat, hakisan tebing, apungan sisa pepejal dan kadar pepejal terlarut yang tinggi dalam air yang mengganggu hidupan air serta masyarakat secara amnya.Oleh itu amat jelas masalah pencemaran air ini akan memberi lebih banyak kesan buruk bukan sahaja kepada manusia sendiri malahan memberi kesan juga kepada alam sekitar.

 

                  Selain itu,punca pembuangan sampah sarap di Sungai Kedah adalah berpunca daripada pihak berwajib iaitu kerajaan.Pihak berwajib seakan acuh tidak acuh menjalan kerja di kawasan Kuala Kedah.Kita dapat melihat situasi tersebut apabila kita berkunjung di Kuala Kedah.Pihak berwajib tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi.Tong sampah yang sedia ada juga rosak dan pecah menyebabkan penduduk mengambil jalan pintas membuang di Sungai Kedah.Selain itu,kerajaan tidak mengambil Tindakan tegas terhadap penduduk yang membuang sampah secara bebas.

 


Pembuangan sampah di sekitar jalan Kuala Kedah


Pembuangan sampah di Sungai  Kedah dan laut.

 

 

 

c)     Kesannya terhadap persekitaran fizikal dan manusia

 

                Sikap komuniti setinggan tebingan Sungai Kedah akan banyak memberi kesan pencemaran alam sekitar sama ada kepada persekitaran fizikal dan juga manusia.Kesan pencemaran sungai ini akan berbalik kepada manusia dalam pelbagai bentuk dan bukan sahaja bepada manusia,alam sekitar juga akan terkena tempiasnya.Masalah selalunya timbul apabila penduduk setempat membuang sisa-sisa pepejal ke dalam sungai.Kemusnahan ekosistem dikawasan sungai yang dikaitkan dengan komuniti setinggan biasanya adalah daripada aktiviti pembuangan sisa berupa pepejal, cecair dan kumbahan. Kesan kemusnahan ini juga bukan sahaja dialami dan dirasai oleh penduduk setempat tetapi turut mengancam kepentingan masyarakat umum contohnya seperti masalah bekalan air dan penyakit berjangkit bawaan air atau serangga

 

                   Gangguan ekosistem saliran berlaku apabila manusia mengeksplotasi kawasan tersebut secara tidak terkawal. Selain itu, ekosistem sungai menjadi rapuh disebabkan sifatnya terbentuk di kawasan yang paling rendah atas muka bumi.Ini akan menjadikannya sebuah tempat pengumpulan bahan sisa yang dihasilkan oleh pelbagai aktiviti dijalankan masyarakat setempat. Misalnya, kawasan setinggan dalam bandar dan tebingan sungai turut menyumbang bahan pencemar iaitu seperti penghasilan sisa pepejal dan sisa domestik termasuk kumbahan.Sisa-sisa ini terhasil daripada kawasan petempatan masyarakat sekeliling yang menetap berdekatan sungai.Mereka melepaskan atau membuang sisa-sisa ini kedalam sungai kerana beranggapan aliran sungai akan membawa segala sisa-sisa tersebut ke tempat lain dengan sendirinya. Kesemua punca kemerosotan ekosistem lembangan saliran berpunca daripada manusia dan kembali kepada manusia dalam pelbagai bentuk seperti banjir, kemerosotan kualiti dan kuantiti air, penyakit bawaan air dan hakisan sungai dan sebagainya.Banjir akan berlaku apabila kawasan saliran sungai tersumbat.

                  Hal ini dikatakan sedemikian kerana apabila sungai dipenuhi oleh sisa-sisa yg dibuang oleh manusia maka sungai tersebut akan tersumbat dan tidak dapat mengalirkan airnya dengan lancar.Maka akan berlakunya banjir apabila hujan turun.Manusia akan terkesan dengan bencana banjir.Contohnya kemusnahan harta benda,kematian haian ternakkan dan juga kehilangan nyawa.Kemerosotan kualiti air juga akan memberi kesan buruk kepada manusia.Hal ini dikatakan sedemikian kerana manusia amat memerlukan air untuk meneruskan kehidupan.Pencemaran biologi dan campuran bakteria yang ada dalam air akan membawa pelbagai lagi penyakit lain. Jika air sungai tercemar maka manusia akan menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber air yang bersih.Air yang tercemar juga akan menyebabkan manusia mendapat pelbagai penyakit.

              Di samping itu,kesan pencemaran alam sekitar di tebing sungai menjejaskan hidupan akuatik.Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

                Antara masalah lain yang berkaitan dengan gangguan ekosistem sungai ialah banjir kilat pada 16 Mei 2020 iaitu pada bulan lepas sehingga beritanya tersiar di televisyen dan media sosial, hakisan tebing, apungan sisa pepejal dan kadar pepejal terlarut yang tinggi dalam air yang mengganggu hidupan air serta masyarakat secara amnya.Hidupan akuatik terutamanya akan menerima kesan buruk ini apabila sungai mengalami pencemaran.Banyak hidupan air akan mati ataupun mendapat penyakit.Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu.Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.Oleh itu amat jelas masalah pencemaran air ini akan memberi lebih banyak kesan buruk bukan sahaja kepada manusia sendiri malahan memberi kesan juga kepada alam sekitar.


Banjir kilat di Kuala Kedah

 

d)     Cadangan penyelesaian

 

                 Apabila berlakunya masalah pencemaran sungai maka langkah membaik pulih kawasan sungai yang tercemar tersebut perlulah dijalankan. Sungai Kedah memerlukan suatu bentuk urustadbir yang baik terutamanya daripada kalangan masyarakat setempat.Bermula dari pengurusan atasan,semua pihak dalam tabir urus pengurusan alam sekitar perlu bersama-sama berganding bahu untuk meyelesaikan masalah ini.Program-program seperti kempen menjaga sungai perlu lebih giat dijalankan.kempen-kempen seperti ini perlu lebih giat dijalankan bagi memberi kesedaran dan memupuk semangat sayangkan sungai dapat diterapkan kedalam setiap individu serta komuniti yang menghuni kawasan tersebut.

 

            Selain itu,adalah membuat program kitar semula kepada penduduk sekitar di Sungai Kedah. Kitar semula adalah suatu proses bagi memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan bahan-bahan mentah.Antaranya seperti tin aluminium, produk berasaskan plastik, botol kaca dan kertas.Segala bahan buangan isi rumah yang digunakan ini perlu dikitar semula untuk memelihara alam semulajadi.Dalam masa yang sama kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan mengitar semula bahan buangan ini melalui jualan ke pusat kitar semula yang berhampiran dengan kediaman kita.Bentuk program kitar semula yang utama ialah 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle (Mengurangkan sisa, menggunakan semula sisa dan kitar semula sisa  mengikut jenis barang.

 

                  Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.Kita dapat melihat terdapatnya tong kitar semula tepi jalan terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur iaitu terdapat 4 biji tong kitar semula.Ia dibahagikan mengikut 4 jenis keutamaan barang iaitu plastik, kertas, aluminium dan kaca.



Tong kitar semula

 

 

e)     Kesimpulan

 

                    Kesimpulannya, pencemaran air  menyebabkan keindahan dunia pada masa kini terjejas. Sungai -sungai  yang dipenuhi dengan sampah sarap tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di sungai menjadi punca hal tersebut berlaku.Keadaan air laut atau pun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.

 

Rujukan

sinarharian. (2022, May 16). 300 rumah di sekitar Kuala Kedah terjejas banjir kilat. Retrieved June 11, 2022, from Sinarharian website: https://www.sinarharian.com.my/article/202511/BERITA/Semasa/300-rumah-di-sekitar-Kuala-Kedah-terjejas-banjir-kilat

BERNAMA. (2022, May 16). 300 rumah sekitar Kuala Kedah terjejas banjir kilat. Retrieved June 11, 2022, from Harian Metro website: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/842447/300-rumah-sekitar-kuala-kedah-terjejas-banjir-kilat

Abdul Rahman Mahmud. (2008, August 21). Pelan Induk Tindakan Alam Sekitar Negeri Kedah. Retrieved June 11, 2022, from ResearchGate website: https://www.researchgate.net/publication/329934026_Pelan_Induk_Tindakan_Alam_Sekitar_Negeri_Kedah

LIMAUDONG. (2022, June 11). limaudong. Retrieved June 11, 2022, from Blogspot.com website: http://limaudong.blogspot.com/2012/06/panass-kerajaan-pas-kedah-kerajaan.html?m=1

PakDin.my. (2012, July 7). SAMPAH TAK DIKUTIP DI KUALA KEDAH. Retrieved June 11, 2022, from pakdin.my website: https://pakdin.my/18348/



NAMA:AFIQUL AKMAL BIN ANUAR

NO MATRIK:D20182085927

KUMPULAN:A

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...