Sunday, June 12, 2022

ISU PENINGKATAN SUHU MENGANGGU KESELESAAN DAN KESIHATAN PENDUDUK DI KAWASAN KUALA ROMPIN, PAHANG.

TAJUK: ISU PENINGKATAN SUHU MENGANGGU KESELESAAN DAN KESIHATAN PENDUDUK DI KAWASAN KUALA ROMPIN, PAHANG.

 

1.0  PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, geografi bermaksud sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak balas manusia terhadapnya, ilmu alam. Geografi penduduk didefinisikan sebagai memberi tumpuan kepada ciri-ciri taburan penduduk yang berubah dalam konteks spatial. Ini selalunya melibatkan faktor seperti tempat populasi ditemui dan cara saiz dan komposisi populasi ini dikawal oleh proses demografi kesuburan, kematian dan migrasi. Peningkatan suhu adalah salah satu penyebab kepada pemanasan global. Mengikut Haji Rodzli, Keng Su Seng (2012), penduduk merupakan komponen yang sangat penting dalam suatu wilayah atau negara. Jumlah penduduk sentiasa berubah bergantung kepada faktor semula jadi dan luaran. Penduduk sebagai satu elemen sumber dan tanpa penduduk sumber-sumber alam seperti tanah, laut, galian, hutan dan air tidak boleh dibangunkan dan dimanfaatkan. Oleh itu, bekalan sumber manusia bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk sesebuah negara tetapi juga bergantung kepada struktur umur penduduk dan jantina.

Sehubungan dengan itu, pertambahan manusia yang semakin meningkat dari ke hari menyebabkan penerokaan kawasan-kawasan baharu bagi membina kawasan penempatan, tempat keperluan seperti sekolah, hospital, pasaraya dan sebagainya. Penerokaan kawasan ini telah menyebabkan berlakunya jenayah alam sekitar iaitu aktiviti penebangan pokok dan aktiviti semakin berleluasa dan kebanyakkan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan kepentingan diri iaitu duit. Aktiviti penebangan pokok yang berlaku menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global atau secara ringkasnya dikenali sebagai peningkatan suhu.

Peningkatan suhu akan menyebabkan perubahan iklim yang memberi kesan langsung terhadap kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian banyak bergantung kepada keadaan cuaca, perubahan musim dan bekalan air yang semuanya berkaitan dengan iklim. Tambahan pula, peningkatan suhu akan menyebabkan peningkatan suhu lautan di mana aras laut ditingkatkan dengan ketara. Contohnya, kemungkinan besar seseorang akan mengalami tekanan jantung jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan suhu sekeliling terutamanya golongan tua mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi, kajian ini dijalankan bagi mengkaji isu peningkatan suhu yang mengganggu keselesaan penduduk di kawasan tersebut.

 

2.0  KAWASAN KAJIAN

Nama kawasan bagi kajian ini adalah Kuala Rompin.

Kuala Rompin terletak di negeri Pahang merupakan kawasan di bahagian selatan negeri Pahang, bersempadan dengan negeri Johor Darul Takzim.Kuala Rompin pada asalnya sebuah perkampungan nelayan.Sejarah namanya dikaitkan dengan pokok ru atau cemara yang tumbuh sepanjang pantai di Rompin. Mempunyai populasi penduduk lebih kurang 170 000 orang dengan keluasan 1296533.7 Ekar. Kuala Rompin di Pahang ini terdiri daripada 6 mukim iaitu Mukim Keratong, Mukim Bebar, Mukim Rompin, Mukim Pontian, Mukim Endau dan Mukim Tioman.


Rajah 1: Peta Kawasan Kuala Rompin, Pahang

Sumber: Google Maps

 

3.0  RINGKASAN KES

Kes yang didapati dan dikaji adalah kes peningkatan suhu. Kajian ini dilakukan bagi melihat punca, masalah serta cadangan penyelesaian bagi kes ini di Kuala Rompin, Pahang. Kuala Rompin, Pahang dianggap kawasan pedalaman kerana majoriti masyarakat disini terdiri daripada kalangan orang asli. Terdiri daripada hutan-hutan dan pekan yang kecil yang hanya sekadar menyediakan perkhidmatan asas seperti bank, hospital,sekolah rendah dan menengah keperluan dan kehendak penduduk disitu seperti pasaraya, dan beberapa kedai serbaneka dan lain-lain. Kuala Rompin juga dikenali sebagai destinasi pelancongan kerana terdiri daripada Pantai Hiburan, Pantai Lanjut, Rompin Beach Resort (RBR) dan sebagainya. Fenomena peningkatan suhu berlaku di kawasan Kuala Rompin, Pahang ini adalah disebabkan aktiviti penempatan/perumahan yang giat berlaku yang membawa kepada penerokaan kawasan hutan dan akhirnya berlaku penebangan pokok secara berleluasa. Tidak dinafikan ia memberi manfaat kerana menyediakan tempat tinggal bagi penduduk di kawasan itu tetapi memberikan impak negatif pada sisi yang lain. Antaranya kawasan hutan di kawasan Kampung Kolam kebanyakkannya ditebang kerana aktiviti pembinaan penempatan dan pembinaan kilang di Kampung Leban Condong. Sesungguhnya, peningkatan suhu ini telah menyebabkan suhu di kawasan tersebut mengalami peningkatan yang mendadak yang membawa kepada ketidakselesaan penduduk seperti dehidrasi dimana badan terasa lesu, pening dan boleh menyebabkan pitam kerana cuaca panas dan kekurangan air di dalam badan kerana kurang minum air.

 

4.0  PUNCA

 

1)    Aktiviti Penebangan Hutan

Merujuk kepada tindakan melucutkan tanah dari pohon dan tanamannya. Penebangan hutan adalah proses yang disebabkan oleh tindakan manusia di persekitaran. Berdasarkan pemerhatian di Kuala Rompin, Pahang aktiviti penebangan hutan semakin kerap berlaku terutama di sekitar kawasan Kampung Kolam. Selain itu, kawasan hutan yang berhampiran Pantai Hiburan juga banyak ditebang dan akhirnya menjadi kawasan yang lapang. Hal ini mengakibatkan isu peningkatan suhu berlaku kerana kawasan hutan yang merupakan pembekal oksigen melalui proses fotosintesis serta pelepasan oksigen juga menyebabkan kelembapan udara tinggi yang mewujudkan suasana yang sejuk telah terhapus akibat aktiviti terlibat. Aktiviti penebangan hutan ini dijalankan semakin berleluasa di Kuala Rompin, Pahang kerana tuntutan pihak berkuasa untuk membina petempatan. Sebagai contohnya, rumah banglo, rumah berteres, perumahan taman dan lain-lain lagi. Aktiviti penebangan hutan dijalankan dengan menggunakan mesin seperti jentolak.

Rajah 2: Lokasi 1 Aktiviti Penebangan Hutan di Kuala Rompin, Pahang

 

Rajah 3: Lokasi 2 Aktiviti Penebangan Hutan di Kuala Rompin, Pahang

Rajah 4: Lokasi 3 Aktiviti Penebangan Hutan di Kuala Rompin

Sumber: Kajian Lapangan (2002)

 

2)    Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka sepertimana ditakrifkan di bawah Seksyen 29A (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ialah apa-apa kebakaran, yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong bagi aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.  Di Kuala Rompin, aktiviti pembakaran terbuka ini sering berlaku di kalangan penduduk yang gemar membakar daun kering dan sampah. Maka tidak hairanlah peningkatan suhu berlaku di kawasan terbabit.

Rajah 4: Pembakaran terbuka yang berlaku di Kampung Kolam yang terletak di Kuala Rompin, Pahang.

Sumber: Kajian Lapangan


5.0  MASALAH YANG DIHADAPI (KESAN)

 

1)    Kesihatan Terganggu

Isu peningkatan suhu ini merupakan fenomena cuaca panas dan kering yang biasa berlaku di kawasan tropika di Malaysia. Jadi, berdasarkan pemerhatian daripada kajian di Kuala Rompin, Pahang isu peningkatan suhu ini boleh menyebabkan kesihatan penduduk di kawasan tersebut terganggu. Terdiri daripada 5 kesan ke atas kesihatan akibat isu peningkatan suhu iaitu keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue), pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope), kekejangan akibat dari panas (heat cramps), keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion) dan strok akibat dari panas (heat stroke). Antara kesan yang sering dialami oleh penduduk di kawasan tersebut adalah heat fatigue, heat syncope dan heat exhaustion. Golongan berisiko terhadap gangguan kesihatan akibat isu peningkatan suhu ini adalah orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas, kanak-kanak 5 tahun ke bawah, penduduk yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung, penduduk yang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kelenjar tiroid dan penduduk yang bekerja melibatkan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, atlet sukan, tentera dan lain-lain.

 

2)    Peningkatan Penggunaan Bahan CFC

CFC (Chlorofluorocarbon) adalah senyawa organik yang mengandung karbon, klorin, dan fluorin, diproduksi sebagai turunan volatile metana, etana, dan propane.CFC menyebabkan kerosakan pada molekul lapisan ozon. CFC bergerak naik bebas dengan perlahan ke dalam stratosfer, atau lapisan kedua dari atmosfer bumi, yang berada dalam (10 – 50 km) dari permukaan bumi. Di dalamnya terdapat lapisan ozon utama, iaitu pada pertengahan ketinggian 20–25 km, kurang sinar ultraviolet diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah diputar dengan sinar uv, dan melepaskan atom klorin. Atom klorin ini berfungsi untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon. CFC penggunaannya terdapat di dalam alat pendingin udara. Jadi, apabila isu peningkatan suhu maka cuaca semakin panas, maka penggunaan alat pendingin udara akan menjadi pilihan utama penduduk untuk menyejukkan kawasan persekitaran mereka terutama yang berada di rumah. Hal ini mengakibatkan peningkatan penggunaan bahan CFC yang terkandung dalam alat pendingin udara.

 

3)    Aktiviti Manusia Terganggu

Isu peningkatan suhu ini menyebabkan gangguan terhadap aktiviti harian penduduk di Kuala Rompin, Pahang. Antara aktiviti yang terganggu adalah aktiviti harian dan aktiviti ekonomi. Aktiviti harian adalah melibatkan aktiviti rutin seharian di rumah seperti memasak, basuh baju dan sebagainya. Apabila peningkatan suhu berlaku mengakibatkan cuaca di kawasan sekeliling menjadi panas maka ini menyebabkan ketidakselesaan penduduk dalam melaksanakan aktiviti tersebut iaitu selalu berpeluh dan merasa lesu. Begitu juga keadaan bagi aktiviti ekonomi. Di Kuala Rompin terdapat pelbagai aktiviti ekonomi ataupun dikenali sebagai aktiviti perniagaan/jual-beli di kalangan penduduk di sana. Antara aktiviti perniagaan yang terdapat di sini adalah di pasar tani, pasar malam dan lain-lain lagi. Maka kesannya penduduk di situ mengalami situasi dimana terpaksa menghadapi cuaca yang panas terik menyebabkan ketidakselesaan seperti berpeluh serta berasa lesu dan tidak bermaya.

 

6.0  CADANGAN (PENYELESAIAN)

 

1)    Tindakan Pihak Berkuasa

Antara cadangan yang boleh dilakukan adalah melalui tindakan pihak berkuasa. Tindakan pihak berkuasa ini adalah melibatkan peranan pihak kerajaan. Jadi banyak langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan terutama Jabatan Perhutanan perlu memainkan peranan untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan aktiviti pembalakan haram. Kerajaan wajar menguatkuasa Akta Perhutanan Negara 1984 untuk memberikan hukuman setimpal dengan jenayah golongan tidak bertanggungjawab. Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang tidak henti-henti menyebarkan kesedaran kepada masyarakat dalam misi untuk melestarikan sumber alam hutan semulajadi. Kerajaan boleh bekerjasama dan menyokong aktivis ini sebagai badan penggerak utama di negara ini dan mewartakan lebih banyak hutan simpan sebagai langkah proaktif memelihara sumber alam semulajadi.

2)    Tindakan Institusi Pendidikan

Institusi pendidikan seperti sekolah dan institusi pendidikan tinggi (IPT) pula boleh mengambil inisiatif mendidik masyarakat dalam kesedaran menjaga dan menyayangi akan sumber alam semulajadi di negara ini. Dengan menganjurkan kempen berunsurkan alam sekitar, institusi pendidikan juga tidak ketinggalan menjadi platform berkesan dan efisien bagi membentuk masyarakat cinta alam semula jadi dan sumbernya.

3)    Peranan Ibu Bapa, Individu dan Masyarakat

Tidak lupa golongan ibu bapa yang mempunyai peranan penting dalam membentuk sahsiah dan pemikiran generasi akan datang. Ibu bapa hendaklah menerapkan sifat cakna akan sumber alam kepada anak kerana mereka pengaruh terbesar dalam pembentukan pemikiran dan tingkah laku mereka. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak lupa juga peranan setiap individu yang perlu sentiasa terbabit dalam kempen dan aktiviti sukarelawan yang dianjurkan. Masyarakat perlu memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dan NGO dalam gerakan memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap sumber alam Malaysia yang semakin musnah saban hari. Mereka perlu membuat laporan kepada agensi penguatkuasa berkaitan jika terlihat kelibat aktiviti pembalakan haram.

7.0  KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, isu peningkatan suhu ini melibatkan aktiviti penebangan hutan yang merupakan proses yang disebabkan oleh tindakan manusia di persekitaran. Selain itu, kawasan hutan yang berhampiran Pantai Hiburan juga banyak ditebang dan akhirnya menjadi kawasan yang lapang. Hal ini mengakibatkan isu peningkatan suhu berlaku kerana kawasan hutan yang merupakan pembekal oksigen melalui proses fotosintesis serta pelepasan oksigen juga menyebabkan kelembapan udara tinggi yang mewujudkan suasana yang sejuk telah terhapus akibat aktiviti terlibat. Aktiviti penebangan hutan ini dijalankan semakin berleluasa di Kuala Rompin, Pahang kerana tuntutan pihak berkuasa untuk membina petempatan. Golongan berisiko terhadap gangguan kesihatan akibat isu peningkatan suhu ini adalah orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas, kanak-kanak 5 tahun ke bawah, penduduk yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung, penduduk yang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kelenjar tiroid dan penduduk serta yang bekerja melibatkan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, atlet sukan, tentera dan lain-lain. Tambahan itu, peningkatan penggunaan bahan CFC yang terkandung dalam alat pendingin udara di kalangan penduduk. Seterusnya, menyebabkan aktiviti manusia terganggu seperti aktiviti harian dan aktiviti ekonomi. Isu peningkatan suhu ini menyebabkan gangguan terhadap aktiviti harian penduduk di Kuala Rompin, Pahang. Maka kesannya penduduk di situ mengalami situasi dimana terpaksa menghadapi cuaca yang panas terik menyebabkan ketidakselesaan seperti berpeluh serta berasa lesu dan tidak bermaya. Tindakan pihak berkuasa antaranya cadangan yang boleh dilakukan adalah melalui tindakan pihak berkuasa. Tindakan pihak berkuasa ini adalah melibatkan peranan pihak kerajaan. Jadi banyak langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan wajar menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 untuk memberikan hukuman setimpal dengan jenayah golongan tidak bertanggungjawab. Akhir sekali, golongan ibu bapa hendaklah menerapkan sifat cakna akan sumber alam kepada anak kerana mereka pengaruh terbesar dalam pembentukan pemikiran dan tingkah laku mereka.

 

8.0  RUJUKAN

Haji Rodzli, Keng Su Seng. (2012). Geografi STPM Penggal 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.

 Bhd., 2012.

Konsep dan takrifan peningkatan suhu. (t.t). Diperoleh daripada

            https://soalanandjawapan.blogspot.com/2016/07/konsep-dan-takrifan-peningkatan-suhu.html

Peta Sejarah Kuala Rompin. (t.t). Diperoleh daripada

            https://pdtrompin.pahang.gov.my/info-daerah/peta-sejarah-kuala-rompin

Makna, penebangan hutan (Apakah itu konsep dan definisi) – Sains dan kesihatan. (2022).

 Diperoleh daripada https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-deforestaci-n

Pembakaran terbuka. (t.t). Diperoleh daripada

            https://www.doe.gov.my/pengurusan-udara/pemantauan-pembakaran-terbuka/

Cuaca panas dan kesihatan. (2017). Diperoleh daripada

            http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan/

Bahan CFC pada AC. (t.t). Diperoleh daripada

            https://elobanaserviceac.com/bahan-cfc/

Raef Al-Fathoni Khalid. (2021, Januari 25). Berani laporkan pembalakan haram kepada pihak

 berkuasa. Berita Harian Online. Diperoleh daripada

            https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/01/779785/berani-laporkan-pembalakan-haram-kepada-pihak-berkuasa

 

 

NAMA: FATIN FARAH ANISSA BINTI MOHAMAD TERMIDZE

NO. MATRIK: D20201094276

KUMPULAN: B

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...