Sunday, June 12, 2022

MASALAH PENCEMARAN SAMPAH SARAP DI PANTAI TELUK LIKAS, SABAH.

MASALAH PENCEMARAN SAMPAH SARAP DI PANTAI TELUK LIKAS, SABAH.

 

Pencemaran sampah sarap merupakan perkara yang sering berlaku terutamanya dikawasan menjadi tumpuan orang ramai antaranya adalah kawasan pantai. Menurut Fiqrurazi (2015) pencemaran sampah boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia ke atas alam persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran sampah sarap ini terhasil daripada sikap individu yang kurang prihatin terhadap alam sekitar yang mana mereka membuang sampah sarap di merata tempat. Antara contoh sampah sarap yang dibuang di kawasan pantai adalah pastik makanan, botol mineral, kotak makanan dan lain.  Pencemaran sampah sarap ini sememangnya memberikan kesan kepada manusia, haiwan dan terutamnaya kepada alam sekitar. Oleh itu, masalah pencemaran sampah sarap ini menjadi masalah utama di kawasan Pantai Teluk Likas.

 

PANTAI TELUK LIKAS, SABAH.

Pantai Teluk Likas merupakan sebuah kawasan pantai yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Pantai ini dikenali dengan tempat rekreasi yang popular di Kota kinabalu. Hal ini kerana, kedudukan pantai ini yang bersebelahan dengan lebuhraya pantai menjadikan tempat reakrasi tumpuan masyarakat setempat dan juga pelancong di luar negara. Pelbagai aktiviti keluarga yang boleh dilaksanakan di kawasan pantai ini terutamanya pada hujung minggu seperti berkelah dan mandi mandah. Selain itu, kawasan pantai likas ini juga dijadikan sebagai tempat menjalanakan aktiviti riadah sperti bersenam dan jug berbasikal. Tambahan pula dengan adanya kemudahan yang disediakn seperti trek basikal dan jogging , taman permainan kanak-kanak, alat senaman, tandas awam dan banyak lagi, memboleh ramai masyarakat setempat yang tertarik untuk berkunjung di pantai ini.


 

                                                                                     Peta 1: Kedudukan Pantai Teluk Likas, Sabah.


Masalah pencemaran sampah sarap sehingga kini tidak ada penghujungnya dan manusia adalah faktor utama dalam menghasilkan dan membuang sampah sarap  di kawasan ini. Kajian ini dilakukan di kawasan Pantai Teluk Likas memandangkan kawasan ini merupakan kawasan menjadi tumpuan masyarakat setempat. Masyarakat ataupun pelancong  yang hadir berkunjung ke kawasan ini merupakan punca berlakunya masalah pencemaran sampah sarap di kawasan ini. Menurut Noraliza (2007) sampah yang berasal dari daratan adalah sampah yang dibuang oleh pengunjung pantai yang melakukan rekreasi di kawasan pantai. Masalah sisa pepejal yang dihasilkan oleh para pelancong di kawasan pulau tidak sepatutnya dipandang ringan kerana ia bukan satu perkara yang mudah untuk di atasi. 

Gambar 1: Masalah pencemaran sampah sarap di Pantai Teluk Likas


Gambar 2 : Masalah pencemaran sampah sarap di Pantai Teluk Likas


1.0 MASALAH PENCEMARAN SAMPAH SARAP

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pencemaran sampah sarap di Pantai Teluk Likas adalah seperti berikut.

1.1 Sikap kurang prihatin segelintir masyarakat

Sikap masyarakat yang tidak prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah sesuka hati di kawasan Pantai Teluk Likas walaupun pihak berkuasa telah meyediakan kemudahan tong sampah. Berdasarkan gambar rajah 1 dan 2, dapat dilihat bahawa antara jenis-jenis sampah yang dibuang adalah seperti  plastik makanan dan botol pastik. Sampah sarap yang dibuang di kawasan pantai ini semangnya memberi impak kepadaterutamanya kepada pemandangan di kawasan pantai tersbut. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah sarap   tidak sepatutnya dilakukan oleh masyarakat yang berkunjung di pantai tersebut yang mengakibatkan kawasan pantai tercemar dengan sampah sarap.

1.2 Peningkatan jumlah pengunjung

Seperti sedia maklum Kota Kinabalu merupakan sebuah ibukota Negeri Sabah, oleh itu disebabkan Pantai Teluk Likas ini berada di dalam daerah Kota Kinabalu sudah semestinya pantai ini menjadi tumpuan kepada masyarakat setempat termasuklah pelancong dari dalam dan luar negeri. Jumlah penduduk di Kota kinabalu adalah berjumlah 483, 711 orang manakala jumlah pelancong antarabangsa dan domestik anggarkan adalah seramai 4,195,903 orang. Daripada jumlah ini kita dapat lihat sudah semestinya pantai teluk likas antara salah satu tempat yang akan menjadi tumpuan kepada masyarakat setempat. Menurut Sabah News (2021) yang bertajuk 'DBKK Gigih Meredah Pantai Taman Awam Teluk Likas Bersikan Sampah-Sarap' sejumlah kira-kira 4000 kilogram (kg) sampah yang telah berjaya dibersihkan oleh anggota pembersihan. Hal ini dapat dilihat bahawa, pertambahan jumlah pengujung ke Pantai Teluk Likas menjadi salah satu punca terbesar dalam pencemaran sampah sarap.

1.3Ketidakcukupan tong sampah dan tong kitar semula

Ketidakcukupan tong sampah dan tong kitar semula juga merupakan  faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pencemaran sampah sarap di Pantai Teluk Likas. Melihat daripada kemudahan tong sampah adalah telah disediakan namun jumlah tong sampah yang disediakan adalah tidak mencukupi dan tong sampah tersebut diletakkan berjahuan daripada kawasan-kawasan tempat tumpuah orang ramai. Hal ini menyebabkan mereka merasa malas untuk membuang sampah di tempat tong sampah yang disedikan dan menyebabkann mereka mengambil langkah mudah dengan membuang sampah merata tempat. Selain itu, kemudahan tong sampah dan tong kitar semula yang sedikit ini juga tidak dapat menampung jumlah pengujung yang ramai hadir untuk membuang sampah, dan hal ini menyebabkan mereka membuang sampah di merata tempat. Keadaan ini menjadi bertambah teruk apabila ketidakcukupan tong sampah dan sampah yang dibuang merata tempat tidak diuruskan dengan baik.

1.4 Pengurusan sampah sarap yang tidak sistematik

Pengurusan sampah sarap yang tidak sistematik juga merupakan punca berlakunya masalah pencemaran sampah sarap. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat petugas pembersihan sampah sarap tidak melakukan tugas mereka tepat pada waktu yang dijadulkan, misalnya terdapat pertugas yang bertugas  membersihkan sampah sarap pada waktu pagi,  namun terdapat segelintir petugas yang tidak bersikap amanah dimana mereka tidak melakukan kerja tersebut. Keadaan ini meyebabkan sampah tersebut tidak diuruskan dan dipungut mendorong kepada berlakunya pertimbunan sampah di kawasan Pantai. Oleh itu, pengurusan sampah yang tidak sistematik ini menjadi punca kepada pencemaran sampah sarap di kawasan pantai.


 2.0 PENYELESAIAN BAGI MASALAH PENCEMARAN SAMPAH SARAP

Terdapat beberapa jalan penyelesaian yang boleh diambil dalam mengurangkan  dan membasmi masalah pencemaran sampah sarap yang memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.

2.1 Menyediakan lebih banyak tong sampah dan tong kitar semula

Akibat daripada kekurangan tong sampah oleh itu bagi mengatasi masalah pecemaran sampah sarap ini berlaku lagi di kawasan Pantai Teluk Likas, penyediaan tong sampah dan tong sampah kitar semula yang banyak adalah satu cara penyelesaian. Pembuangan plastik makanan dan botol minuman merata-rata tempat telah meningkatkan kos pembersihan. Kekurangan tong sampah juga menyebabkan orang ramai yang berkunjung di kawasan tersebut memilih untuk membuang sampah merata tempat.  Justeru itu, tong sampah  dan tong sampah kitar semula perlu diwujudkan di setiap kawasan pantai yang menjadi tumpuan orang untuk pembuangan botol minuman dan plastik makanan agar masyarakat dan pelancong yang hadir tidak membuang sampah merata-rata tempat,malahan membuang sampah di dalam tong sampah.

Penyediaan tong sampah kitar semula juga adalah langkah penyelesaian dalam mengatasi masalah pembuang samapah sarap. Hal ini kerana, penggunaan tong kitar semula dapat menggurangkan kos pembersihan dan pelupusan sisa sampah.  Masyarakat dan pelancong akan membuang sampah mengikut 3 jenis tong kitar  semula iaitu kertas, plastic dan kaca. Antara contoh bahan yang termasuk dalam kategori kertas ialah kotak minuman, surat khabar dan lain. Manakala, bagi kategori plastik pula seperti botol minuman ringan, bekas makanan,botol minuman air mineral dan lain-lain. Melalui penerapan dan pembudayaan kitar semula (3R-Reduce,Reuse,Recycle) dan pengasingan sisa pepejal ini dalam kalangan masyarakat bukan di rumah sahaja malah di tempat awam. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan sumber-sumber alam semula jadi terpelihara  secara bijak demi kepentingan bersama.


Gambar 3: Tong Sampah Kitar Semula

2.2 Gotong-royong masyarakat

Masalah pencemaran sampah sarap bukan sahaja merupakan tanggunjawab daripada pihak pembersihan. Namum demikian semua masyarakat juga bertanggunjawab dan perlu ada usaha bersama dalam membantu mengatasi masalah pencemaran sampah sarap di pantai teluk likas ini. Oleh itu, aktiviti gotong-royong merupakan salah cari yang boleh dilaksanakan, kerana aktiviti ini dapat melibatkan masyarakat setempat secara sukarela. Walaupun aktiviti gotong-royong ini tidak dilaksanakan secara kerap namua, serba sedikit dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran sampah sarap di kawasan Pantai Teluk Likas. Sebagai contoh, aktiviti gotong royong ini boleh dilaksanakan sebulan dua kali. Perlaksanaan aktiviti bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah pecemaran sampah sarap di kawasan tersebut tetapi ianya  dapat mengeratkan hubungan siraturahim antara masyarakat setempat. Justeru itu, aktiviti gotong-royong adalah salah satu langkah yang boleh dilaksanakan dalam mengatasi masalah pencemaran sampah sarap di kawasan Pantai Teluk Likas.

 

2.3 Kempen sayangi alam sekitar

Perlaksaanaan kempen sayangi alam sekitar juga merupakan salah satu langkah penyelesaian dalam mengatasi masalah pencemaran sampah sarap di kawasan Pantai Teluk Likas. Pada zaman ini kita telahpun hidup  di dalam kemajuan  teknologi. Penggunaan teknologi adalah satu cara yang boleh digunakan dalam menyebabkan maklumat berkaitan dengan  kempen berkaitan dengan aalam sekitar melalui platform facebook, youtube, tiktok dan lain-lain. Penyebaran  maklumat pencemaran alam sekitar melalui kempen sayangi alam sekitar dapat  mendorong individu dan masyarakat dalam melakukan tindakan "menyayangi alam sekitar". Selain itu, kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib dapat mendorong individu melakukan sesuatu perkara. Contohnya, melalui  pertanding menghasil video membersihkan kawasan pantai dengan memberian ganjaran kepada mereka yang menyertai pertandingan tersebuti. Oleh itu, daripada perlaksanaan aktiviti seperti ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat iaitu dengan membersihkan kawasan pantai disamping bersaing dalam memperolehi ganjaran.

2.4 Memperkasakan/Penilaian semula undang-undang dan peraturan

Walaupun masyarakat sedia maklum bahawa membuang sampah sarap di kawasan pantai adalah tidak di benarkan, namun terdapat juga seglintir masyarat yang masih melakukan perkara ini. Pemerkasaan   semula undang-udang dan peraturan juga merupakan langkah yang boleh diambil  dalam mengatasi masalah pencemaran sampah sarap di kawasa Pantai Teluk Likas. Hal ini dikatakan demikian kerana, peraturan membuang sampah perlu dikuatkuasakan iaitu dengan denda berbentuk wang jika individu dilihat membuang sampah di kawasan pantai iaitu di bawah Seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).  Selain itu, pemasangan 'Signboard' dilarang membuang sampah dan denda yang dikenakan jika membuang sampah juga perlu di pasang, agar masyarakat yang berkunjung tidak melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu, diharapkan bahawa dengan langkah memperkasakan semula undang-undang dan peraturan ianya dapat membantu dalam menyelesai kan masalah pembuangan sampah sarap di kawasan Pantai Teluk Likas.

Kesimpulanya, masalah pembuangan sampah sarap di kawasan Pantai Teluk Likas sememangnya memberi kesan kepada kehidupan manusia, haiwan dan alam sekitar sekiranya masalah ini tidak ditangani  Oleh itu, semua pihak termasuklah masyarakat  haruslah berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sampah sarap di kawasan pantai ini. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini serta kehidupan generasi akan datang. Langkah-langkah seperti menyediakan lebih banyak  tong sampah dan tong kitar semula, memperkasakan  undang-undang dan peraturan serta melaksanakan kempen sayangi alam sekitar dan langkah lain-lain perlu diteruskan.

 

 Rujukan

Haliza Abdul Rahman. (2009). Penglibatan Masyarakat Awam Di Malaysia Dalam Isu Berkaitan Persekitaran. Jurnal Sarjana Jilid 24, Bilangan 2, 2009.

Haslinda Mohd Anuar  dan Harlida Abdul Wahab. (2015) Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Pengurusan dan Perundangan. Solid Waste Solution Journal; Vol. 1 2015.

 

Mohd Hamdan dan Diana Demiyah. (2020). Perspektif Pengguna Sabah Terhadap Tahap Alam Sekitar. Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

 

Norazliza Aziz. (2007). Pencemaran sampah sarap di Pantai Teluk Likas, Sabah.

 

Nurfarahaamni Haamsir. 2018. Tercemar, Sampah di Pantai Teluk Likas Tiada Penghujung. Diperolehi daripada https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20180717/281509341961495


Rudy Kilip. (2008). Pengkuantifikasian dan pengklasifikasian sampah marin di Teluk   Likas, Sabah.

 






No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...