Sunday, June 12, 2022

ISU LONGGOKAN SAMPAH DI PEKAN KUALA KRAU, PAHANG

1.0 Pengenalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan disebuah pekan kecil di temerloh dan kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti isu kependuduk yang berlaku di kawasan tersebut. Lokasi yang dikaji ialah pekan Kuala Krau,Pahang. Pekan Kuala Krau merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Pahang. Kuala Krau merupakan sebuah pekan kecil dalam daerah Temerloh yang bersempadan dengan Jerantut. Di sekeliling pekan kecil ini terdapat dua buah rancangan Felda, dua buah estet besar dan tanah rancangan Felcra selain kampung-kampung tradisional di kedua-dua tebing Sungai Pahang.

Peta pekan kawasan Kuala Krau (Sumber: GoogleMaps.com)

2.0 Isu Yang Dibincangkan

Isu longgokan sampah bukanlah satu isu baru yang hendak diperkenalkan kepada rakyat di negara ini. Isu longgokan sampah ini dikaitkan dengan masalah pencemaran sampah yang sudah lama wujud di negara ini. Pencemaran sampah boleh didefinisikan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan -bahan hasil daripada aktiviti manusia keatas alam persekitaran yang boleh mengakibatkan terganggunya keselesaan kehidupan. Isu ini bukan sahaja menyebabkan alam sekitar tercemar, malahan ia boleh menyebabkan masyarakat dikeliling juga akan menjadi kurang selesa dengan persekitaran di kawasan mereka. Sampah sarap merupakan bahan yang tidak berguna, tidak dipakai dan tidak mendatangkan sebarang faedah yang dibuang yang datangnya dari kegiatan mannusia dan boleh mendatangkan mudarat jika disimpan.Oleh itu, kebiasaannya sisa-sisa sampah tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan pelupusan atau lain-lain. Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (Ridwan, 1994). Sampah domestik ialah sampah yang datangnya daripada rumah kediaman. Sisa domestik ini terdiri daripada sisa pepejal seperti sisa makanan,lampin pakai buang,plastik, kertas dan kaca dan sisa domestik yang terdiri daripada sisa cecair seperti air kumbahan dari tandas yang keluar ke longkang,air sabun dari mesin basuh dan minyak masak yang sudah digunakan. Manakala,sampah bukan domestik ialah merupakan sampah yang terhasil dari pada aktiviti perindustrian,aktiviti pembinaan dan aktiviti perniagaan serta aktiviti perkilangan. Hasil kajian yang dilakukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kira-kira terdapat lima belas juta kilogram sampah sehari yang dihasilkan di dalam negara ini.Pencemaran ini boleh mengancam pelbagai kehidupan dan memberi kesan sampingan jangka panjang yang membimbangkan (Abdul Kadir, 1993).  Oleh itu di pekan Kuala Krau merupakan salah satu tempat yang terjadinya isu longgokan sampah ini dan isu merupakan salah satu isu yang wujud di pekan Kuala Krau ini.

Longgokan Sampah di pekan Kuala Krau

3.0 Punca Isu

Wujudnya isu longgokan sampah ini mempunyai pelbagai punca. Antara punca berlakunya isu ini di kawasan pekan Kuala Krau ialah sikap penduduk itu sendiri. Sikap penduduk setempat yang malas dan sikap tidak peduli merupakan punca utama berlakunya isu longgokan sampah ini. Segelinggtir masyarakat yang tidak ambil peduli tentang masalah sampah ini dan membuang sampah ini merata-rata sehingga boleh menyebabkan pencemaran sampah kerana terlalu banyak sampah yang dibuang merata. Sebagai masyarakat yang nirmal dan berfikir secara waras,pastinya tidak akan membuang sampah sarap sewenang-wenangnya di merata tempat. Selain daripada sikap malas dan sikap tidak peduli,terdapat jugak segelintir sikap penduduk yang bersikap pentingkan diri sendiri. Terdapat segelintir penduduk yang hanya mementingkan kebersihan di dalam rumah mereka sahaja dan mereka tidak kisah jika kawasan persekitaran rumah mereka kotor dan dipenuhi sampah sarap. Sikap tidak mementingkan kebersihan juga merupakan sikap segelintir penduduk yang boleh menyebabkan isu longgokan sampah ini berlaku. Hal ini kerana penduduk yang tidak mementingkan kebersihan ini, akan merasakan isu longgokan sampah ini merupakan suatu hal yang boleh dipandang mudah dan sikap seperti ini,mereka tidak akan menjaga kebersihan persekitaran rumah mereka dan tidak peduli jika mereka terpaksa hidup dengan dikelilingi sampah sarap yang banyak.

Punca yang seterusnya ialah sistem pemungutan dan pengendalian sampah tidak mengikut jadual yang disediakan. Apabila pihak berkuasa tidak melaksanakan kerja pemungutan sampah dengan baik seperti tidak memungut sampah mengikut waktu dan hari yang sepatutnya akan menyebabkan masalah lambakan dan timbunan sampah sarap di hadapan rumah atau kawasan membuang sampah akan berlaku. Oleh itu,pihak berkuasa seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memungut sampah pada waktu dan hari yang sepatutnya supaya isu longgokan sampah ini tidak terjadi di kawasan pekan Kuala Krau. Selain daripada sistem pemungutan dan pengendalian sampah yang tidak sistematik, penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa juga merupakan punca berlakunya isu longgokan sampah ini. Hal ini kerana tiada hukuman dan tindakan yang di ambil ke atas mereka yang membuang sampah di merata tempat dan disebabkan tiada tindakan yang diambil segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab ini akan membuang sampah merata-rata tanpa rasa risau dikenakan Tindakan oleh pihak berkuasa.

Akhir sekali, punca berlakunya isu longgokan sampah ini ialah penduduk kurang kesedaran tentang kesan pembuangan sampah merata. Apabila penduduk tidak mengambil tahu tentang apa yang akan terjadi apabila mereka membuang sampah merata-rata,segelintir penduduk akan memandang mudah tentang isu longgokan sampah ini. Mereka merasakan perkara ini tidak penting dan mereka tidak sedar bahawa terdapat banyak kesan dan akibat apabila isu longgokan ini terus berlaku. Perkara-perkara di atas ini merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau dan hal ini amatlah membimbangkan.

4.0 Kesan

Kebiasaannya,setiap perkara yang dilakukan akan adanya kesan daripada perkara yang kita lakukan. Oleh terdapat beberapa kesan yang akan berlaku akibat daripada isu longgokan sampah yang tidak terkawal. Kesan yang pertama ialah berlakunya pencemaran air di kawasan pekan Kuala Krau. Di kawasan pekan Kuala krau berdekatan dengan sumber air iaitu sungai Pahang. Pencemaran air ini boleh berlaku apabila terdapat segelintir penduduk setempat membuang sampah dan membuang sisa kumbahan ke dalam sungai dan secara tidak langsung pencemaran sungai juga kan berlaku.   Menurut Haliza (2007), pencemaran sungai merupakan suatu isu yang amat mendesak dan memerlukan usah holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Hal ini berlaku terlalu banyak sampah seperti plastik,botol dan kaca di dalam sungai dan terdapat segelintir penduduk yang menjalankan aktviti perniagaan makanan dan minuman yang menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai dan menyebabkan sungai tercemar. Selain itu, sumber air penduduk setempat juga turut boleh tercemar kerana apabila hujan dan air hujan itu akan  boleh bercampur dengan cecair toksik dari sisa sampah yang dibuang dan ia akan meresap ke dalam aliran air untuk sampai ke sumber air utama. Sumber-sumber air ini pada akhirnya akan disalurkan kepada kita untuk kegunaan harian dan akan menyebabkan sumber air utama penduduk setempat akan terjejas.

Kesan yang seterusnya ialah boleh menyebabkan banjir kilat. Terdapat beberapa kawasan di pekan Kuala Krau sering dinaiki air jika berlaku hujan lebat. Hal ini kerana terdapat segelintir penduduk yang membuang sampah di dalam longkang sehingga menyebabkan apabila hujan lebat berlaku,longkang tersebut akan tersumbat disebabkan sampah sarap yang terdapat dalam longkang tersebut. Apabila longkang tersebut tersumbat,maka air tidak dapat mengalir ke tempat yang sepatut dan ia akan melimpah keluar daripada longkang tersebut dan menyebabkan banjir kilat di sesetengah kawasan di pekan Kuala Krau. Apabila hal ini berlaku, ia memberi kesan yang buruk kepada penduduk di kawasan yang mengalami banjir kilat tersebut. Contohnya, penduduk akan mengalami kerosakan harta benda dan mengalami kerugian apabila berlakunya banjir kilat di kawasan rumah mereka.

Kesihatan penduduk akan terjejas merupakan salah satu kesan daripada isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau. Apabila sistem pemungutan dan pengendalian sampah yang tidak dikendalikan dengan baik seperti sampah tidak diangkut pada waktu yang sepatut akan menyebabkan longgokan sampah dan sampah akan melimpah keluar daripada tong sampah kerana sampah yang dibuang oleh penduduk semakin banyak di tong sampah sehingga menyebabkan melimpah keluar dari tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Pembuangan sampah   sarap   yang   tidak   diurus   dengan   baik   ini   akan memberi   kesan   buruk kepada   kesihatan   penduduk   di   kawasan pekan Kuala Krau.   Sisa-sisa pembuangan   sampah   juga   boleh   membawa   pelbagai  jenis wabak   penyakit dan sejenis penyakit yang disebarkan oleh haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas, lalat dan lain-lain sehingga boleh mengakibatkan pelbagau wabak penyakit akan tersebar. Penyakit yang boleh berlaku disebabkan kesan daripada   pembuangan   sampah   sarap   yang   tidak   teratur   ini   seperti   demam denggi, Taun, Malaria, keracunan makanan dan sebagai. Keadaan ini mendorong kepada penyebaran penyakit deman denggi yang boleh membawa maut kepada manusia (Abu Bakar, 1987).Oleh kerana itu, isu longgokan sampah ini boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk di pekan Kuala Krau.

Kesan terakhir yang dibincangkan adalah isu longgokan sampah ini juga boleh menyebabkan pencemaran bau. Pencemaran udara yang berlaku disebabkan bau yang   busuk   terhasil   daripada   sampah sarap   ini   akan menyebabkan   wujudnya   pencemaran   bau. Apabila terlalu banyak longgokan sampah,banyak sampah akan membusuk dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Menurut Nicolas et al. (2006), bau yang tidak menyenangkan boleh menyebabkan gangguan serius ke atas penerima sensitif di sekitar sumber bau. Pencemaran bau di pekan Kuala Krau ini merupakan keadaan udara di pekan Kuala Krau yang dicemari oleh bahan-bahan pencemar dan bau yang busuk dan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekitaran kawasan pekan Kuala Krau.

Oleh itu, isu longgokan sampah ini telah menimbulkan pelbagai kesan yang negatif terhadap penduduk dan alam sekitar di pekan Kuala Krau.

5.0 Cadangan Penyelesaian

Antara cadangan penyelesaian untuk menangani isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau ialah memastikan jadual pungutan sampah di kawasan tempat tinggal adalah teratur dan sistematik mengikut jadual dan waktu yang betul. Dengan adanya, jadual pungutan sampah yang teratur dan sistematik boleh mengelakkan isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau terjadi kerana sampah-sampah yang dibuang oleh penduduk tidak berkumpul terlalu banyak disebabkan pihak berkuasa telah memungut semua sampah-sampah tersebut.

Cadangan yang seterusnya untuk menangani isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau ialah meminimumkan penghasilan sampah sarap dengan mengamalkan kitar semula. Penduduk di pekan Kuala Krau digalakkan untuk mengamalkan kempem 3R iaitu (Reduce, Reuse and recycle). Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu,mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,membangun penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran air dan oencemaran udara serta mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Kempen ini merupakan cara untuk meminimumkan penghasilan sampah dengan kurangkan, gunakan semula, dan kitar semula semula sesuatu yang tidak digunakan lagi. Oleh itu, dengan amalan kitar semula ini dapat mengurangkan isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau.

Selain itu, cadangan penyelesaian untuk menangani isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau ialah meningkatkan kempen kesedaran bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat. Dengan adanya, kempen kesedaran tentang pengurusan sampah ini,ia akan membuka mata dan minda penduduk supaya lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah merata-rata lagi. Selain itu, dengan adanya kempen ini, ia dapat memberikan kesedaran kepada penduduk tentang keburukan yang akan berlaku jika isu longgokan sampah ini terus berlaku tanpa sebarang penyelesaian.

Cadangan penyelesaian yang terakhir untuk menangani isu longgokan sampah di pekan Kuala Krau ialah kerjasama antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan agensi pengurusan sampah di kawasan masing-masing. PBT perlu melaksanakan pemantaun berkala pada setiap bulan untuk memantau keperluan penduduk dalam menguruskan pembuangan sisa sampah. Dengan adanya kerjasama ini,sudah pasti tong-tong sampah dan pengurusan sampah dapat diselaraskan dengan keperluan penduduk di pekan Kuala Krau.Oleh itu, Kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan agensi pengurusan sampah amatlah penting untuk menangani isu tentang longgokan sampah ini.

6.0 Kesimpulan.

Kesimpulannya, isu longgokan sampah ini merupakan isu yang amat membimbangkan. Isu ini telah menyebabkan pelbagai kesan yang negatif kepada penduduk di pekan Kuala Krau. Terdapat pelbagai fator yang boleh menyebabkan isu longgokan sampah ini berlaku.Namun dengan adanya,langkah penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menjamin isu longgokan sampah ini dapat ditangani. Oleh itu, penduduk di pekan Kuala Krau seharusnya memandang serius terhadap isu longgokan sampah ini supaya  isu ini dapat ditangani dan penduduk boleh hidup dalam persekitaran yang bersih.

Rujukan

Abdul kadir Haji Din, Sham Sani, Abdul Samad Hadi, dan Jamaluddin Md Jahi (1993). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Alam Sekitar dan Pengurusannya di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abu Bakar Jaafar (1987). Perancangan dan Pengurusan Alam Sekitar: Satu Perspektif Menyeluruh. Jabatan Alam Sekitar: Kuala Lumpur.

Haliza Abdul Rahman, (2007). Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Malaysia.

Nicolas, J., Craffe, F., & Romain, A.C. (2006). Estimation of odor emission rate from landfill areas using the sniffing team method. Waste Management, 26, 1259-1269.

Ridwan Lubis (1994). Peningkatan Peranan Serta Masyarakat dalam Mensukseskan Program Medan Bestari. Ucapan Sarasehan Hari Lingkungan Hidup Sedunia, Medan. 25 Julai.

 

NAMA: NUR ILYANASYAZRIN BINTI RIBUAN@RIDUAN

NO.MATRIK: D20201094283

KUMPULAN: KUMPULAN B

 

Sent from Mail for Windows

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...