Pengenalan
Merapoh merupakan sebuah pekan pedalaman yang terletak di sebelah utara daerah Kuala Lipis, Pahang dan Merapoh telah dibuka sekitar tahun 1929. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan sempadan negeri Kelantan hanya beberapa kilometer iaitu 25 kilometer sahaja dari Bandar Gua Musang manakala jarak dari Bandar Kuala Lipis pula hanya 98 kilometer. Kampung ini merupakan pintu masuk ke Kelantan melalui jalan Lipis-Gua Musang. (Kementerian Kerja Raya, 2018). Lokasi Merapoh ini terletak di pertengahan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Kelantan ini telah menjadi menyebabkan kampung ini menjadi tempat persinggahan atau istirehat bagi pemandu kenderaan sebelum meneruskan semula perjalanan. Kuala Lipis merupakan daerah yang mempunyai keluasan terbesar dalam negeri Pahang iaitu dengan keluasan 519,829 hektar dan mempunyai 9 mukim. Jumlah anggaran penduduk Kuala Lipis adalah 87, 200 orang. (Nan Zul, 2008). Central Spine Road (CSR) Seksyen 3E2 telah dibina di Merapoh ke Kubang Rusa, Lipis pada tahun 2015 iaitu pembinaan jalan empat lorong dua hala. Projek pembinaan lebuh raya ini sepanjang 14 kilometer dan ini sebahagian enam pakej keseluruhan meliputi Kota Bharu, Kelantan ke Simpang Pelangi, Pahang. Pembukaan jalan ini merupakan satu inisiatif kerajaan Persekutuan dalam menyediakan laluan baru yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat seterusnya dapat mengurangkan kesesakan terutamanya ketika musim perayaan selain itu dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di negeri-negeri Pantai Timur. Lebuh raya ini antara lebuh raya yang mempunyai pemandangan dikelilingi hutan hijau dan gua batu kapur yang berdiri gah sepanjang lebuh raya.
Peta 1: Peta kawasan Merapoh, Kuala Lipis, Pahang
ISU PEMBUANGAN SAMPAH – SARAP DI LALUAN CSR LIPIS – MERAPOH
Sikap masyarakat yang memandang yang mengambil mudah dalam soal pembuangan sampah ini telah menyebabkan laluan CSR Lipis-Merapoh menjadi seperti tempat pelupusan sampah. Situasi yang kotor ini jelas kelihatan apabila sampah bertaburan di sepanjang lebuh raya tersebut. Baru-baru ini tular gambar di media sosial yang menunjukkan bahu jalan kawasan itu bertaburan dengan sampah sarap dan itu dipercayai akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya. Malah bukan sahaja di lebuh raya CSR ini sahaja boleh dikatakan hampir semua bahu jalan mempunyai sisa sampah yang dibuang. Sikap ambil mudah dengan hanya mencampak sampah ke tepi jalan telah merosakkan pemandangan dan menyebabkan keadaan jalan kelihatan seperti tempat pelupusan sampah. Walaupun kerap kali aktiviti pembersihan bahu jalan oleh pekerja kebersihan dan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi sikap tanggungjawab dalam diri masing-masing perlu diutamakan. Menjaga kebersihan persekitaran merupakan tanggungjawab bersama malah amalan dan sikap ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan mengangkut sampah dan mampu menceriakan serta menyenangkan mata memandang. Lebuhraya CSR merupakan antara lebuh raya yang mempunyai keunikan tersendiri kerana di sepanjang lebuh raya tersebut pengguna laluan CSR ini dapat menikmati suasana hijau yang menganggumkan iaitu dikelilingi oleh hutan dan gua-gua batu kapur yang berbagai bentuk. Namun, pemandangan itu telah di pamerkan dengan keadaan bahu jalan yang berselerak dengan sampah yang dibuang tanpa rasa bersalah. Hal ini kerap berlaku terutama musim perayaan atau cuti apabila ramai perantau dari Lembah Klang dan arah selatan yang melalui laluan CSR untuk pulang ke kampung di Kelantan dan kawasan terdekat membuang sampah dari tingkap kenderaan atu yang berhenti rehat di tepi jalan tersebut. Oleh yang demikian, kawasan tersebut dapat dilihat berdekatan dengan Kampung Kechau, Kampung Relong dan persimpangan Chegar Perah dimana sepanjang laluan ini dipenuhi dengan plastik bungkusan makanan, lampin pakai buang, polisterin, botol, kotak minuman sehingga terdapat juga sisa makanan yang sudah dihurung langau dan menyebabkan keadaan di situ berbau.
Dalam satu temubual salah seorang penduduk Kampung Relong, Baharuddin Said, 63 ada meluahkan bahawa sikap segelintir pengguna laluan ini yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai kesedaran sivik. Baharuddin juga berkata setiap musim perayaan menjelma, ramai pernatau pulang ke kampung masing-masing telah sewenang-wenangnya membuang sampah di sepanjang jalan dan lebih menyedihkan menjelang Hari Raya pemandangan kawasan laluan ini berubah dipenuhi sampah-sarap. (Ifti Femida, 2022). Rata-rata penduduk sekitar kawasan ini dan juga pengguna laluan CSR sejak dibuka lima tahun lalu yang sering berulang-alik ke Merapoh dan Gua Musang, Kelantan termasuklah penduduk di Merapoh yang keluar ke bandar Kuala Lipis untuk berbelanja sedih dan kecewa melihat kawasan yang sepatutnya indah telah tenggelami dalam pemandangan sampah sarap di tepi jalan. Walaupun telah di letakkan papan tanda peringatan untuk tidak membuang sampah merata-rata telah diletakkan namun, papan itu hanya menjadi hiasan di bahu jalan malah tiada siapa yang mempratikan.
Rajah 1: Laluan CSR Lipis-Merapoh yang dipenuhi oleh sampah sarap.
Rajah 2: Keadaan bahu laluan CSR yang dipenuhi sampah sarap walaupun terdapat papan tanda yang melarang untuk tidak membuang sampah.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJADIAN PEMBUANGAN SAMPAH MERATA-RATA DI LALUAN CSR.
Masalah pembuangan sampah merata ini umpama tidak menemui jalan penyelesaian terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan yang tinggi. Antara faktor yang menyebabkan kejadian pembuangan sampah adalah kekurangan tong sampah menyebabkan sampah sarap ditempatkan merat-rata di sepanjang bahu jalan dan sudut bangunan disebabkan ketiadaan tong sampah. Kebanyakan penduduk tidak benarkan berpihak berkuasa meletakkan tong sampah berhampiran kawasan mereka kerana mereka menganggap bahawa mengganggu pemandangan. (Zulkifli Zainuddin, 2019). Selain itu sikap malas dan tidak endah masyarakat yang hanya tahu membuang merata malah terdapat juga masyarakat yang hanya mencampakkan sahaja sampah melalui tingkap kenderaan. Sikap pentingkan diri sendiri sesetengah pihak ini menyebabkan kawasan persekitaran kotor dan bersepah, asalkan dalam rumah dan kereta mereka bersih dan terjaga. Sikap sebegini boleh menjadi punca mengapa masalah pembuangan sampah ini tidak pernah menemui jalan penyelesaian. Sebagai seorang manusia yang normal dan mempunyai fikiran secara waras, sudah pasti sikap membuang sampah merata tempat ini pastinya tidak sama sekali melakukannya. Perkara ini juga berlaku dalam kalangan penduduk dengan taraf hidup rendah. Selain itu, tidak mempunyai jadual pemungutan dan pengendalian sisa domestik. Bukan sahaja di bahu-bahu jalan dan di bangunan-bangunan malah longgokan dan timbunan sampah di hadapan rumah dan kawasan pembuangan juga tidak diendahkan. Masalah ini akan berkurang jika pihak berkuasa mempunyai jadual pungutan sampah. Selain itu, tempat pembuangan sampah yang jauh juga dijadikan alasan mengapa sampah dibuang merata. Tidak dinafikan bahawa di laluan CSR Lipis-Gua Musang tidak mempunyai tempat pembuangan sampah namun itu bukan bermakna yang sampah hanya di buang di bahu jalan. Jika di dalam kenderaan, sampah boleh disatukan di dalam plastik atau bekas yang dapat menampung sampah di dalam kereta dan membuangnya apabila tiba di tempat pembuangan sampah yang disediakan.
LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN SAMPAH DI LALUAN CSR
Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian, jadi terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pembuangan sampah di laluan CSR ini adalah dengan menjalankan sistem i-Cycle seperti yang telah diadakan di Melaka. Teknik ini juga berkesan apabila penduduk Kribong merungut tentang lambakan sampah yang melalui jalan besar lebuhraya SPA. Inovasi ini menggunakan konsep 'buang sampah dan tebus ganjaran'. Sistem ini di mana salah satu langkah kerajaan dalam mendidik masyarakat untuk menjaga alam sekitar dan mengalamalkan pengasingan sisa pepejal itu sebelum dibuang. Walaupun inisiatif ini terbukti di Melaka, tidak salah untuk diaplikasikan di laluan CSR ini juga. Melalui kaedah ini juga penduduk boleh membuang sampah kitar semula ke dalam tong khas dan boleh mengumpul mata serta menebus ganjaran. Malah mereka juga boleh menyemak jumlah mata terkumpul di dalam laman web yang disediakan. (Zool Zarizi, t.t).
Langkah yang seterusnya adalah dengan menguatkuasakan larangan pembuangan sampah di mana memasang kamera litar bertutup bagi membolehkan pihak berkuasa memantau kegiatan pengguna jalan raya yang sewenang-wenangnya membuang sampah ke bahu jalan. Selain itu pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya menjadi jambatan di antara penduduk dan agensi pengurusan sampah di kawasan masing-masing terutamanya di kawasan masing-masing. Pemantauan dan rondaan daripada pihak berkuasa secara berkala juga sedikit sebanyak membantu menghalang pengguna jalan membuang sampah merata-rata terutamanya ketika masuk musim cuti dan perayaan kerana ramai yang akan menggunakan laluan tersebut, terdapat juga segelintir masyarakat yang berhenti di bahu jalan untuk berehat. Dengan kerjasama antara PBT dengan agensi pengurusan sampah, sudah pasti jadual pengurusan dapat diselaraskan dengan sewajarnya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang telah menyalahi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, pengguna laluan lebuh raya akan sentiasa waspada daripada membuang sampah merata tempat. Bukan sahaja di laluan lebuhraya sahaja malah terdapat juga gerai-gerai makanan yang dibuka di bahu jalan juga turut mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kebersihan tempat berniaga dan tidak sepatutnya menimbuskan sampah di tepi longkang atau parit di sepanjang laluan jalan raya.
Akhirnya cara untuk menangani masalah pembuangan sampah merata ini dengan cara menambah baik sistem pengurusan pembuangan sampah seterusnya menambah jumlah bilangan tong sampah di tempat awam dan rumah sampah khas di laluan lebuh raya. Dengan penambahan jumlah tong sampah ini maka tiada alasan lagi untuk masyarakat Malaysia membuang sampah di merata-rata tempat lagi dan tiada lagi alasan yang sering diungkapkan bahawa tiada tempat untuk membuang sampah kerana tong semua penuh. Penambahan tong-tong sampah kitar semula ini adalah untuk menangani masalah pembuangan sampah merata tempat. Selari dengan penambahbaikan sistem pengurusan pembuangan sampah ini untuk memastikan bahawa lori-lori sampah yang bertugas untuk mengutip segala sampah sarap mengikut jadual yang telah ditetapkan agar tiada lagi masalah tong sampah yang penuh di kawasan awam.
KESIMPULAN
Kesimpulan, masalah sesetengah sikap masyarakat ini yang sering membuang sampah merata-rata ini perlu segera ditangani kerana ini masalah ini bukan sahaja memerlukan kerjasama kerajaan semata-mata malah ianya lebih kepada sikap dan rasa tanggungjawab dalam setiap masyarakat. Ketahuilah bahawa sikap ini akan memberi kesan dalam jangka masa panjang. Laluan CSR merupakan satu kemudahan yang disediakan jadi menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara kebersihan di kawasan tersebut. Laluan CSR mempunyai kecantikannya sendiri ditambah pula dengan berdirinya gua-gua di sepanjang laluan ini dan Merapoh juga salah satu pusat pelancongan semulajadi, maka laluan ini akan sering digunakan bagi mereka yang ingin sampai ke Merapoh. Tambahan pula, dalam tuntutan agama juga menuntut kita agar sentiasa menjaga kebersihan. Oleh itu, menjaga kebersihan itu merupakan sikap yang terbaik kerana secara tidak langsung ianya menggambarkan cerminan bagi seseorang itu. Jika negara bersih dan cantik maka ianya juga mencerminkan bahawa negara kita Malaysia merupakan negara yang mengutamakan kebersihan.
Rujukan
Ifti Femida. 2022 Mei 4. Sampah bertaburan di laluan CSR Lipis-Merapoh: Masyarakat perlu bersama-sama bertanggungjawab. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sampah-bertaburan-di-laluan-csr-lipismerapoh-masyarakat-perlu-samasama-bertanggungjawab-adun-359817
Nan Zul. 2008 Januari 7. Cerita dari Lipis. https://lipis-zaini.blogspot.com/2008/01/porfil-daerah-lipis.html
Zool Zarizi. 2017 Ogos 16. Melaka guna sistem i-Cycle untuk mengatasi masalah pembuangan sampah. https://melakacool.com/melaka-guna-sistem-i-cycle-untuk-mengatasi-masalah-pembuangan-sampah/
Kementerian Kerja Raya. 2018 April 25. Pembukaan Jajaran Central Spine Road (CSR) Lipis-Merapoh. https://www.kkr.gov.my/ms/node/40406
Zulkifli Zainuddin. 2019 Jun 18. Tiada kerjasama penduduk punca kekurangan tong sampah.
ANIS BINTI MOHAMAD
D20201094356
KUMPULAN A
No comments:
Post a Comment