Tuesday, June 14, 2022

PERSAINGAN GUNATANAH DI BANDAR CHANGLUN

Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi. Tanah digunakkan untuk menjalankan pelbagai sektor ekonomi. Sebagai contohnya, sektor pertaniaan, sektor perindustrian, sektor pembinaan dan sektor perlombongan. Kegunaan tanah semakin meningkat saban tahun. Maka, peningkatan kegunaan tanah ini menyebabkan persaingan yang tinggi dalam kehidupan manusia. Persaingan guna tanah bermaksud melibatkan pengurusan dan pengubahsuaian alam semula jadi atau padang gurun ke dalam persekitaran yang dibina seperti penempatan dan habitat semi semulajadi seperti ladang-ladang yang boleh dimakan, padang rumput, dan hutan yang diurus. Persaingan ini mendatangkan pelbagai isu dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Bandar Changlun merupakan pecahan Kawasan pentadbiran bagi negeri kedah dan merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Kubang pasu. Kawasan ini sangat maju dengan proses pembandaran. Hal ini menyebabkan isu persaingan guna tanah semakin meningkat di bandar ini. Tanah di bandar ini digunakan untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian, pembandaran, pembinaan infrastuktur dan perladangan. Terdapat pelbagai faktor dan kesan daripada persaingan  guna tanah ini.


                          

                  Rajah 1 menunjukkan petak kedudukan Bandar Changlun

Sumber: diperolehi daripada Laman web Google map

 

FAKTOR PERSAINGAN GUNA TANAH DI BANDAR CHANGLUN

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya persaingan guna tanah di bandar Changlun ialah permintaan penduduk yang banyak. Kawasan perumahan sangat penting bagi penduduk. Penambahan penduduk yang banyak menyebabkan permintaan Kawasan perumahan yang banyak. Sebagai Contohnya, aktiviti pembinaan kawasan permuhan berlaku dengan kadar yang luas di bandar Changlun ini. Bandar Changlun merupakan bandar yang kecil tetapi  terdiri daripada 20 Kawasan perumahan. Walaupun terdapat 20 kawasan perumahan namun, aktiviti pembinaan Kawasan perumahan ini semakin meningkat setiap tahun. Hal ini, mendatangkan kesan kepada tanah dan persaingan gunatanah juga meningkat. Oleh itu, permintaan penduduk meningkatkan persaingan terhadap tanah di bandar Changlun.

Faktor seterusnya ialah  peningkatan kepadatan penduduk. Bandar Changlun terletak berdekatan dengan Negara Thailand. Ramai penduduk Thailand berhijrah ke bandar ini untuk mencari peluang pekerjaan. Mereka menjalankan sektor ekonomi seperti perniagaan dan buruk di perladangan. Bandar Changlun merupakan bandar yang sedang membangun. Kawasan ini mempunyai sekolah Menengah Kebangsaan, Metrikolej, sekolah Vernakular, Klinik dan institud Pendidikan tinggi iaitu universiti Utara Malaysia (UUM). Hal ini menyebabkan peningkatan penduduk dikawasan. Setiap tahun beribu-ribu pelajar berhijrah ke bandar ini untuk melanjutkan pelajaran mereka. New Gaik dan Jabil Mapjabil (2012) menjelaskan bahawa keanehan,keindahan dan pendidikan di sesuatu lokasi menjadi faktor tarikan untuk pelancong hadir ke lokasi terbabit dan mengulanginya tanpa rasa jemu. Tambahan pula, ramai penduduk bermigrasi ke bandar Changlun untuk menjalankan kegiatan ekonomi mereka seperti guru, pensyarah dan sebaginya. Peningkatan penduduk ini meningkatkan permintaan Kawasan perumahan yang banyak. Permintaan ini meningkatkan persaingan tanah ini berlaku.

Selain itu, faktor menyebakan persaingan guna tanah ialah proses pembandaran. Proses pembandaran memerlukan keluasan tanah yang banyak untuk memajukan Kawasan ini.  Bandar Changlun maju dengan aktiviti pembandaran ini. Hal ini meningkatkan taraf hidup masyarakat. Nina (2013) menyatakan bahawa setiap proses pembandaran yang dijalankan haruslah menitikkan aspek ekonomi,sosial dan budaya penduduk setempat tanpa memberi perubahan yang ketara terhadap mereka. Proses pembandaran ini meningkatkan proses pembinaan di Kawasan ini. Semua proses pembinaan seperti kawasan perumahan, kedai dan institusi ini memerlukan tanah untuk memjalankan aktivitin ini. Proses pembinaan ini meningkatkan persaingan tanah ini meningkat.  Oleh itu, faktor proses pembandaran meningkatkan persaingan gunatanah di bandar Changlun.

KESAN PERSAINGAN GUNATANAH

Persaingan guna tahan mendatangkan pelbagai kesan kepada alam sekitar fizika dan alam sekitar manusia. Salah satu kesanya ialah kepupusan flora dan fauna. Kawasan Changlun mempunyai Kawasan hutan dan Kawasan bukit yang luas. Namun, Kawasan – Kawasan dimusnah bagi tujuaan guna tanah ini.  Hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi flora dan fauna. Flora dan fauna akan membiak dan bertumbuh secara semula jadi di dalam hutan. Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna di dalam hutan seperti monyet,ular, orkid, pokok tongkat ali,rusa dan sebagainya. Flora dan fauna ini akan saling melengkapi di dalam hutan. Hal ini akan berinteraksi antara satu sama yang lain untuk keseimbangan ekosistem bumi. Flora dan fauna ini tidak dapat dipisahkan di dalam hutan. Jika salah satu hilang, maka ekosistem akan terganggu. Proses gunatanah menyebabkan flora dan fauna ini mengalami kemusnahan. Sebagai contohnya, Bukit Perangin di Kawasan Changlun dimusnah untuk menjalakana aktiviti perladangan ini. Oleh itu, persaingan gunahanah menyebabkan kepupusan flora dan fauna di Kawasan ini.


            

Rajah 2 menunjukkan aktiviti pemusnahan hutan di Bukit Perangi Changlun.

Sember diperolehi laman Web M.Star

Selain itu, harga tanah di Kawasan merupakan salah satu kesan. Peningkatan harga tanah juga merupakan kesan kepada masyarakat tempatan.  Persaingan tanah ini meningkatkan harga tanah meningkat setiap tahun. Hal ini demikian kerana, pelbagai aktiviti memerukan Kawasan tanah yang banyak untuk menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Sebagai contohnya aktiviti perumahan, aktiviti perladangan dan aktiviti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini menyebabkan pemusnahan hutan dan Kawasan bukit untuk menjalankan kegiatan-kegatan ini. Aktiviti pembersihan dan pemusnahan hutan ini  memerlukan kos yang sangat tinggi. Perkara ini meningkatkan kos tanah semakin meningkat. Harga rumah seunit rumah sangat tinggi di bandar ini. Oleh itu, persaingan gunatanah menyebabkan harga tanah meningkat.

Selain itu faktor persaingan guna tanah ialah menyebabkan guna tanah pertanian berkurangan. Kecekapan dan daya saing sesuatu adalah suatu kemestian dalam persaingan guna tanah. Rekod kegunaan tanah menyarankan bahawa dalam pasaran bebas, pola penggunaan tanah akan dipandu oleh penggunaan yang memberi pulangan yang tinggi. Kepesatan pembangunan bandar telah memberi kesan langsung kepada tanah pertanian di Changlun. Hal ini, meningkatkan persaingan penggunaan dan harga tanah. Oleh itu, dapat dilihat bagaimana persaingan guna tanah mempengaruhi penawaran tanah untuk pembangunan sesuatu sektor. Persaingan guna tanah dan kepesatan pembangunan perindustrian telah menyebabkan tanah pertanian berkurangan.

Kesan selanjutnya ialah banjir Kilat. Banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap. Tumbuhan berfungsi sebagai penghalang banjir. Hal ini kerana, akar tumbuhan meresap air hujan kedalam tanah dan mengelakkan berlakunya ancaman banjir kilat. Apabila hutan ini dimusnah, kebanyak tumbuhan tidak menjalakan fungsinya. Apabila air hujan turun ke permukaan bumi, larian permukaan  air ini tidak dapat diserap ke dalam tanah kerana dihalang oleh jalan raya yang berturap. Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku, Sistem perparitan dalam bandar yang kurang sempurna telah memburukkan lagi masalah ini. Masni et al. (2012) menjelaskan kebanyakan proses pembandaran yang telah terjadi sekarang telah menyebabkan wujudnya pelbagai kesan-kesan yang negatif seperti penggunaan tanah yang tinggi, penghasilan tenaga yang tinggi dan masalah air. Oleh itu, Persaingan guna tanah meningkatkan kesan buruk kepada masyarakat.

            Rajah  3 menunjukkan banjir kilat yang berlaku di Bandar Changlun

Sumber diperolehi daripada Laman web Utusan Online

CADANGAN LANGKAH  BAGI PENYELESAIAAN MASALAH PERSAINGAN GUNA TANAH

Pihak kerajaan perlu mengaadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tempatan ini. Kempen – kempen ini diadakan kepada pengusaha dan masyarakat tempatan tentang kepentingan mengurus alam sekitar dengan bijak dan cekap. Kempen ini boleh melakukan dengan media cetak dan elektronik, bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar.sehubungan dengan itu, kempen kesedaran menerapkan elemen kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Hal ini boleh menanam semangat cinta akan alam terhadap penduduk Changlun ini. Mereka akan memberi sokongan kepada Pihak kerajaan supaya mengatasi masalah persaingan gunatanh ini. Pihak Pengurus juga akan mengambil tindakkan yang positif semasa menjalankan aktiviti gunatanah ini.  Perkara ini akan mengurangankan persaingan gunatanah di Kawasan Changlun.

Langkah bagi menyelesaikan kesan bagi persaingan tanah ialah kerajaan perlu menjalankan aktiviti pemantauan  dan pemereksaan. Pemantauan terhadap aktiviti pembangunan di Kawasan bukit dan hutan di Changlun untuk menjaga alam sekitar. Kerajaan perlu memastikan pengurus sektor pembangunan tidak menjalakan aktiviti petarahan bukit tidak melebihi 45 peratus. Sehubungan dengan itu, Pemeriksaan Jabata Alam Sekitar Juga penting bagi memastikan keselamatan alam sekitar. Apabila pengurus sektor prmbangunan menjalakan aktiviti yang menjejaskan  hidupan hutan perlu mengambil tindakkan yang wajar terhadap mereka supaya hidupan ini kekal selamat. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menjalankan langakh pemantauan dan pemeriksaan ini.  

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, tanah merupakan median yang penting bagi setiap hidupan di permukaan bumi ini. Kegunaan tanah semakin meningkat dalam pelbagi sektor. Perngunaan tanah ini mendatangkan kesan buruk kepada alam sekita ini. Walaupun negara ini bermaju dengan teknologi. Namuan persaingan guna tanah boleh memberi kesan yang negative kepada masyarakat. Badan kerajaan atau bukan Kerajaan mengambil pelbagai usaha untuk mengurangkan  masalah ini. Masyarakat tempatan juga perlu menberi sokongan kepada pihak Kerajaan supaya persaingan gunatanah berkurang. Persaingan ini bukan berlaku di bandar Changlun sahaja. Negeri – negeri yang sedang membangu, pasti mengalami isu ini. Oleh itu, Masyaarakat perlu mempunyai kesedaan terhadap isu ini supaya median tanah kekal untuk generasi masa depan.

RUJUKAN

Kwo Kwan Yee. ( 25 Februari, 2013). Hutan Kedah terus Musnah. Utusan Online M.Star. Diperolehi daripada https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/02/25/hutan-kedah-terus-musnah

Mohd Rifaat. (31Juai 2021). Banjir Kilat selepas Hujan di Changlun. Utusan Online Malaysia. Diperolehi daripada https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/banjir-kilat-selepas-hujan-lebat-di-changlun/

New Gaik Ling, Jabil Mapjabil. 2012. Faktor yng mempengaruhi Kunjungan Ulangan Pelancong Antarabangsa: Suatu Ulasan. Malaysia Journal of Society and Space 8(3); 1 - 11.

Masni Salleh. Nurwati Badarulzaman. Abdul Ghani Salleh. 2012. Pembandaran Dan Tren Perubahan Guna Tanah Di Luar Bandar:Kajian Kes Parit Raja, Batu Pahat Johor. Prosiding Seminar Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu

Nina Shirkanloo. 2013. Analyzing the Effects of Urban Sprawl on the Physical Environment in the Kyrenia. Eastern Mediterranean University of Cyprus.

 

YOGES A/L CHELLIAH

D20201094325

KUMPULAN: A

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...