Monday, June 13, 2022

ISU PENCEMARAN UDARA YANG MENGANGGU KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN PENDUDUK DI KAMPUNG BERIS LANJUT, PANJI, KELANTAN

ISU PENCEMARAN UDARA YANG MENGANGGU KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN PENDUDUK DI KAMPUNG BERIS LANJUT, PANJI, KELANTAN.

 

PENGENALAN

 

Kampung Beris Lanjut terletak di dalam kawasan atau kampung Panji berdekatan dengan subbandar Pengkalan Chepa. Di Pengkalan Chepa terdapatnya hab penerbangan kedua tersibuk di Malaysia dan lapangan terbang yang bernama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Sejarah mengenai Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa merupakan tempat pendaratan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kelantan terletak di lautan timur Semenjung Malaysia dengan keluasan dalam anggaran 14, 922kmyang merupakan sebuah negeri di utara Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan. Ranjau Panjang merupakan daerah di negeri Kelantan yang berdekatan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand.

 

Rajah 1 : Kampung Beris Lanjut, Kota Bharu, Kelantan

Sumber : Google Map

 

DEFINISI

 

Jerebu merupakan salah satu kategori pencemaran udara. Pencemaran udara tidak hanya berlaku di ibu negara besar dan berkembang sangat pesat seperti Kuala Lumpur sahaja malahan berlaku di bandar – bandar yang sederhana kecil seperti Kota Bharu. Apakah itu pencemaran udara? Pencemaran udara merujuk kepada terdapatnya bahan-bahan asing yang terdapat dalam udara yang telah mengubah komposisi atau susunan udara dari keadaanya normalnya (Akhmad, 2000). Pencemaran udara juga boleh ditakrifkan apabila keadaan udara itu tidak baik untuk kesihatan manusia. Pencemaran udara boleh berlaku melibatkan dua faktor sama ada disebabkan oleh aktiviti manusia ataupun disebabkan faktor semula jadi. Kedua-dua faktor ini akan membawa keburukkan sama ada kepada alam sekitar fizikal ataupun alam sekitar manusia.

 

RINGKASAN KES

Kajian kes yang dikaji oleh pengkaji adalah mengenai isu pencemaran udara. Pengkaji telah memilih kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal pengkaji dalam meneliti mengenai beberapa aspek iaitu punca, kesan dan cadangan penyelesaian dalam mengatasi masalah pencemaran udara yang berlaku di lokasi kajian iatu Kampung Beris Lanjut, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.

 

PUNCA

 

Kenderaan Bermotor

Pelepasan asap daripada kenderaan bermotor juga merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran udara di Kampung Berlis Lanjut, Panji. Peningkatan jumlah kenderaan bermotor di Kota Bharu juga mendorong kepada kemerosotan indek kualiti udara di Kelantan. Pertambahan bilangan kenderaan motor ini berlaku ketika penduduk atau masyarakat Malaysia menyamput perayaan tertentu contohnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menurut Ratnani (2008), penggunaan kenderaan bermotor sebagai pengangkutan akan menghasilkan gas – gas berbahaya seperti Tetraethyl lead, gas karbon dioksida (CO2), Nox, hidrokarbon dan sulfur dioksida (SO2) yang merupakan antara bahan timah yang ditambahkan ke dalam bensin yang berkuali rendah bertujuan untuk meningkatkan nilai oktan guna untuk mencegah terjadinya letupan pada mesin.

Di samping itu, peningkatan jumlah kenderaan di Kelantan juga adalah disebabkan oleh kemasukkan kenderaan pelancong ke negeri Kelantan.  Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, susulan kebenaran rentas negeri oleh kerajaan telah menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang masuk ke Kelantan ( Astro Awani, 2021). Tamabahan beliau juga jumlah peningkatan kenderaan ke Kelantan beranggaran 20 peratus. Pertambahan jumlah kemasukkan kenderaan ke Kota Bharu, Kelantan akan menyumbang kepada peningkatan pembebasan gas-gas berbahaya seperti Tetraethyl lead, gas karbon dioksida (CO2), Nox, hidrokarbon dan sulfur dioksida (SO2)  ke permukaaan udara yang seterusnya akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan kepada penduduk di sekitar Kota Bharu.

 

Kilang

Setiap fenomena atau masalah yang melibatkan alam sekitar fizikal mempunyai punca yang tersendiri, begitu juga dengan masalah atau pencemaran udara. Salah satu punca pencemaran udara adalah disebabkan terdapatnya banyak kilang-kilang perindustrian di sesebuah kawasan atau tempat. Di sekitar kawasan Kampung Panji berhampiran Kampung Beris Lanjut, terdapat banyak kilang-kilang perindustrian yang masih aktif beroperasi sehingga kini. Kilang-kilang yang terlampau banyak ini akan mendorong kepada berlakunya pencemaran udara di sekitar kawasan tersebut. Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila kilang-kilang yang aktif beroperasi tersebut tidak menggunakan cerobong asap sebelum membebaskan asap tersebut ke persekitaran. Tindakan ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan gas-gas berbahaya seperi karbon dikoksida (CO2), karbon monoksida dan sulfur dioksida ke atsmosfera atau permukaan udara. Gas-gas ini akan menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon yang mendorong kepada berlakunya peningkatan suhu setempat.

 

Rajah 2 : Kilang-kilang yang terdapat di sekitar Kampung Beris Lanjut, Pengkalan Chepa Kelantan.

Sumber : Google Map

 

Kebakaran terbuka (semulajadi)

Pada tahun 2019, kita telah digemparkan dengan fenomena jerebu yang melanda Malaysia. Jerebu teruk yang melanda Malaysia pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh kebakaran terbuka di hutan Kalimantan dan Sumetera, Indonesia yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udaran (IPU) pada tahap 'amat tidak sihat di beberapa buah kawasan, keadaan ini telah mendorong  Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) untuk membuat solat hajat untuk meminta hujan di adakan di seluruh negara ( Benar News | Malaysia, 2019).

 

Rajah 3 : Pandangan dari udara keadaan jerebu yang melanda di sekitar bandar Kuching, ibu negeri Sarawak pada tahun 2019, 9 September

    Sumber : Benar News | Malaysia

 

Kejadian yang sama berlaku kepada negeri Kelantan apabila sebuah kilang menyimpan minyak pelincir telah terbakar pada tahun 2020 di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Menurut Mohd Wildan Azhari yang merupakan Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadam kebakaran yang berlaku di kilang penyimpan minyak pelincir tersebut. Selain itu, pihak bomba juga terpaksa menggunakan buih khas dalam usaha memastikan kebakaran kilang yang berlaku dapat dipadamkan sepenuhnya. Kebakaran kilang ini telah menyebabkan berlakunya pembebasan gas tercemar seperti gas karbon dioksida (CO2), Nox, hidrokarbon dan sulfur dioksida (SO2) ke permukaan udara yang menyumbang kepada pencemaran udara.

 

Rajah 4 : Kilang simpan minyak terbakar

Sumber : Sinar Harian

 

KESAN

 

Peningkatan suhu setempat

Pencemaran udara tidak hanya memberikan impak buruk kepada alam sekitar fizikal malahan akan menjejaskan alam sekitar manusia. Pencemaran yang tidak terkawal di Kota Bharu, Kelantan telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu. Peningkatan suhu ini adalah disebabkan pertambahan jumlah atau kandungan gas-gas yang menyerap haba di permukaan udara seperti Tetraethyl lead, gas karbon dioksida (CO2), Nox, hidrokarbon dan sulfur dioksida (SO2). Pertambahan bilangan kenderaan berkadar langsung dengan peningkatan suhu. Bukan itu sahaja, gas-gas ini juga akan menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan cahaya matahari akan dipantulkan secara terus ke permukaan bumi

 

Masalah kesihatan

Kesan pencemaran udara ini juga akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan dalam kalangan penduduk setempat. Menurut Ratnani (2008), pencemaran udara akibat partikel debut akan menyebabkan berlakunya masalah pernafasan kronik seperti  bronchitis khronis, emfisema (penggelembungan rongga atau jaringan disebabkan oleh gas atau udara didalamnya; busung angin) , masalah melibatkan peparu, asma bronkial dan kanker paru. Masalah ni berisiko kepada golongan warga emas dan kanak – kanak kerana mereka mempunyai sistem imuniti yang masih lemah manakala sebahagia warga emas mempunyai masalah kronik melibatkan orgran dalaman mereka. Sekiranya golongan ini berada di luar bangunan atau rumah mereka, mereka mudah terdedah untuk berdepan dengan masalah tersebut. Manakala gas pencemar yang terlarut dalam udara akan mendorong gas tersebut memasuki tubih badan secara terus dan akan sampai ke peparu kemudiannya akan diserap oleh sistem peredaraan darah manusia. Kadar atau jumlah plumbum (Pb) atau dikenali sebagai timah yang tinggi di udara akan menyebabkan berlakunya gangguan kepada pembentukkan sel darah merah ( Ratnani, 2008). Gangguna fungsi enzim dalam pembentukkan sel darah merah akan menunjukkan kepada berlakunya gejala dini,  secara langsung akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti kerosakkan ganjal, anemia dan lain-lain. Bukan itu sahaja, pencemaran udara ini akan menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon yang akan menyebabkan pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang 290-320 akan sampai terus ke permukaan bumi. Pancaran ultra ungu ini akan menyebabkan berlakunya penyakit kulit seperti melanoma kerana  gen- gen yang terdapat dalam kromosom mengalamu  mutasi yang seterusnya mengakitbatkan pembahagian sel-sel dalam badan manusia tidak semantic dan mengalami gangguan.

 

LANGKAH

 

Akta

Di Kelantan terdapat banyaknya kilang-kilang industry yang masih aktif beroperasi, oleh itu majikan atau pengusaha kilang haruslah mematuhi akta yang telah digubal oleh kerajaan iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2012- ACT AI441. Dalam akta ini di bawah sekyen 34A akta ibu dipinda yang menjelaskan mengenai subsekyen (2) iaitu;

"(2) mana-mana orang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan hendaklah melantik orang yang layak untuk menjalankan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan untuk mengemukakan laporan mengenainya kepada Ketua Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah"

Melalui akta ini, majikan atau pengusaha kilang haruslah membuat laporan mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh kilang mereka tersebut. Dalam laporan tersebut hendaklah mengandungi isi kandungan atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah seperti penilaian mengenai kesan yang mungkin ada atau tidak yang disebabkan oleh aktiviti tersebut serta mencadangkan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan, menghalang atau mengawal kesan buruk daripada aktiviti tersebut terhadap alam sekeliling. Melalui Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), pihak majikan dapat mengelakkan operasi kilang atau aktiviti perniagaan mereka yang boleh mendatangkan kesan buruk bukan hanya kepada alam sekitar fizikal malahan kepada alam sekitar manusia yang akan menyebabkan mereka dikenakan denda dalam jumlah yang besar serta berkemungkinan operasi peniagaan mereka akan ditutup serta merta. Oleh itu, akta yang telah digubal oleh kerajaan dapat mengelakkan kesan buruk dalam aspek pencemaran udara dapat dielakkan daripada terus berlaku.

Undang – undang

Antara langkah lain yang boleh diambil dalam mengatasi masalah pencemaran udara yang berlaku di Kampung Beris Lanjut, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan adalah dengan mengambil tindakan undang-undang. Sekiranya masih terdapat pihak tertentu yang mengalankan kegiatan atau aktiviti perindustrian tanpa mengikut akta yang telah digubal kerjaan pihak tersebut haruslah dikenakan tindakan undangan yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan. Individu atau pihak yang disabit dengan kesalahan melakukan jenayah pencemaran alam sekitar boleh dikenakan denda minimum tidak kurang RM 5, 000  dan denda maksima tidak lebih RM10 juta di bawah akta Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974( AKAS 1974). Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hukuman mandatori penjara tidak lebih tiga tahun juga di cadangankan terutama sekali  membabitkan kesalahn pencemaran air dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Mengikut Seksyen 34B akta yang berkenaan, pihak yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihin RM500, 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Melalui undang-undang ini, pihak yang menjalankan apa-apa operasi akan lebih berhati-hati dan akan mengelakkan kesan buruk hasil daripada aktiviti industri mereka yang akan mendatangkan kerugian kepada perusahaan mereka kerana perlu membayar denda dalam jumlah yang besar, bukan itu sahaja, operasi perusahaan atau di kilang mereka mungkin akan diarahkan tutup serta merta dan tidak akan dibenarkan beroperasi lagi. Jelaslah menunjukkan bahawa undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dapat mengelakkan pengusaha indsutri daripada menjalankan operasi atau aktiviti yang akan memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

 

KESIMPULAN

Pembangunan yang pesat sesebuah negara mengikut peredaran masa amatlah penting, akan tetapi pembangunan sesebuah negara perlulah seiring dengan penjagaan alam sekitar sesebuah negeri tersebut. Usaha dalam mengelakkan sebarang bencana atau ancaman terhadap dalam sekitar dan persekitaran manusia bukan hanyak terletak pada bahu kerajaan sahaja, malahan masyarakat juga memainkan peranan penting. Masyarakat setempat haruslah juga peka terhadap persekitaran mereka dan tidak perlu menunggu pihak kerajaan mengeluarkan apa-apa arahan dalam usaha menjaga alam sekitar. Sekiranya peratusan kepekaan masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar meningkat, ianya akan memberikan kesan positif terhadap usaha kerajaan dan NGO dalam memerlihara dan menjaga kelestarian alam sekitar supaya tidak musnah ekoran perkembangan negara.

RUJUKAN

Adila Shahrinni. (2020, Mac 13). Kilang simpan minyak pelincir terbakar. Sinar Harian.

Diperoleh daripada https://www.sinarharian.com.my/article/73669/EDISI/Kelantan/Kilang-simpan-minyak-pelincir-terbakar

Astro Awani. (2021, Oktober 12). Lebih 50,000 kenderaan dijangka masuk Kelantan.

Diperoleh daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-50000-kenderaan-dijangka-masuk-kelantan-324983

Ali Nufeal. (2019 September 9).. Malaysia Dilanda Jerebu Teruk, Bacaan IPU Catat 'Amat

Tidak Sihat'. Benar News | Malaysia. Diperoleh daripada  https://www.benarnews.org/malay/berita/my-id-jerebu-190909-09092019135653.html

Ismiyati, I., Marlita, D., & Saidah, D. (2014). Pencemaran udara akibat emisi gas buang

kendaraan bermotor. Jurnal Manajemen Transportasi & Logistik1(3), 241-248. Diperoleh daripada https://journal.itltrisakti.ac.id/index.php/jmtranslog/article/view/23

Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar Kementererian Alam Sekitar dan Air. 2022. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012- ACT A1441. Diperoleh daripada https://www.doe.gov.my/akta/akta-kualiti-alam-sekeliling-pindaan-2012-act-a1441/

Ratnani, R. D. (2008). Teknik pengendalian pencemaran udara yang diakibatkan oleh

partikel. MAJALAH ILMIAH MOMENTUM4(2). Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download/57497085/114195-ID-none.pdf

Santoso, S. N. (2012). Penggunaan Tumbuhan Sebagai Pereduksi Pencemaran Udara Plant

Application As Reducer Air Pollution. Jurnal FTSP-ITS Jurusan Teknik Lingkungan. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download/51696065/ITS-Undergraduate-16616-Paper-pdf.pdf

Samadi Ahmad. ( 2021, Oktober 20). Denda RM10 juta menanti pelaku jenayah alam sekitar.

Berita Harian. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/877954/denda-rm10-juta-menanti-pelaku-jenayah-alam-sekitar

 

NAMA : SITI NURAMIERA ZHULAIKHA BINTI MOHD AZMI

NO. MATRIK : D20201094346

KUMPULAN : A

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...