Friday, June 10, 2022

ISU PENDUDUK SETINGGAN SEMAKIN MENINGKAT DAN LANGKAH UNTUK MENGATASI FENOMENA SETINGGAN DI BANDAR BINTULU, SARAWAK


Pengenalan

Bandar Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak, Malaysia yang menghadap Laut China Selatan di baratnya. Pembangunan bagi bandar Bintulu adalah pesat dan terdapat sumber gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai bandaraya. Dengan perkembangan bandar yang pesat maka masalah-masalah setinggan adalah semakin banyak di bandar Bintulu. Fenomena setinggan ini menunjukkan pembangunan yang tidak seimbangan di sesebuah bandar. Masalah ini juga merupakan masalah sosial yang sangat ketara berlaku di negara-negara yang sedang membangun dan isu ini merupakan beban kerajaan dalam proses pembangunan. Menurut Yoburaj (2018), di asia masalah setinggan merangkumi sebanyak 42 peratus dari populasi keseluruhan dan Malaysia yang merupakan salah sebuah negara di Asia turut terlibat dalam masalah setinggan. Walaupun kerajaan telah mengambil banyak inisiatif pembangunan baru untuk menangani masalah setinggan ini tetapi masalah ini masih berlaku. Dengan terdapat banyak masalah sosial dan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik tidak cukup tetapi penduduk setinggan masih memilih kawasan setinggan sebagai kawasan petempatan mereka.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), setinggan merupakan orang yang menempati tanah kerajaan secara haram. Faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku adalah kemiskinan. Hal ini disebabkan kebanyakan daripada mereka tidak mampu memiliki rumah sendiri dan juga tidak mampu membayar sewa rumah jadi mereka telah mendirikan rumah secara haram. Penduduk yang yang membina rumah di atas rizab kerajaan atau pihak-pihak tertentu tanpa mendapatkan kebenaran akan memberi kesan ke atas kelancaran pembangunan. Masalah ini telah memberikan tanggapan yang negatif kepada bandar Bintulu serta masyarakat sekitar. Pelbagai masalah akan berlaku di kawasan tersebut termasuk masalah keselamatan, kebersihan, jenayah dan lain-lain akan terjadi. Oleh itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah setinggan yang berlaku di bandar Bintulu dan masalah ini juga akan membawa kesan negatif kepada masyarakat sekitar. Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan masalah setinggan di bandar Bintulu.


Rajah 1: Penduduk Setinggan di sepanjang Sungai Sibiew, Bintulu

(Sumber: Berita RTM Sarawak, 2021)

 

2.0 Faktor-Faktor Penduduk Setinggan Semakin Meningkat

Faktor utama yang menyebabkan penduduk setinggan di bandar Bintulu semakin meningkat adalah faktor kemiskinan penduduk. Proses perbandaran yang semakin meningkat maka kos sara hidup juga semakin meningkat maka kadar kemiskinan juga meningkat. Proses perbandaran yang pesat bukan sahaja membawa kepada pertumbuhan dan modenisasi maka ia juga menyebabkan kewujudan kemiskinan dan ketidakmampuan untuk membeli rumah akibat pertumbuhan kawasan-kawasan penduduk setinggan berlaku. Kitaran warisan kemiskinan yang sukar dihentikan dan jika trend itu berterusan ia akan menjejaskan agenda membentuk negara maju disebabkan mempunyai ramai penduduk miskin (Nor' Asyikin Mat Hayin, 2018). Terdapat banyak punca yang menyebabkan kemiskinan seperti pengangguran, pendapatan penduduk rendah, kos hidup tinggi dan lain-lain. Hal ini telah menyebabkan penduduk tidak dapat membeli rumah dan kos sewa rumah yang tinggi maka mereka terpaksa mendirikan rumah haram walaupun kekurangan kemudahan asas seperti air dan elektrik. Penduduk yang mendirikan rumah di atas tanah tanpa kebenaran dan mereka tidak perlu membayar sewa dan bil utiliti. Keadaan ini telah membantu mereka menjimat perbelanjaan mereka terutamanya bagi penduduk yang tiada pendapatan dan penduduk yang berpendapatan rendah.

            Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan isu penduduk setinggan di bandar Bintulu semakin meningkat. Golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) buka lagi satu fenomena luar biasa yang berlaku di negara kita. Golongan PATI ini masuk ke Malaysia dengan menggunakan pelbagai saluran secara haram. Mereka melakukan kegiatan ini adalah untuk mencari peluang pekerjaan dan mendapat wang yang lebih banyak kerana nilai wang Malaysia adalah lebih tinggi daripada nilai wang negara asal mereka. Golongan PATI ini biasanya dari negara Indonesia, Bangladesh dan lain-lain untuk mendapat peluang pekerjaan. Kehadiran pendatang asing tanpa izin ini berlaku di bandar Bintulu kebanyakan disebabkan oleh kedegilan majikan yang ingin mendapatkan tenaga buruh yang lebih murah berbanding dengan mengambil tenaga buruh tempatan yang lebih mahal. Hal ini kerana golongan PATI sanggup mengambil gaji yang lebih rendah berbanding dengan penduduk tempatan jadi majikan yang ingin menjimatkan kos pengeluaran mereka akan mengambil golongan PATI sebagai tenaga buruh mereka. Golongan PATI ini masuk dengan haram telah menyebabkan mereka tidak boleh dan tidak mampu menyewa rumah maka mereka turut mendiami kawasan setinggan. Oleh itu, keadaan ini telah menyebabkan masalah setinggan di bandar Bintulu semakin teruk.

            Dengan perbandaran yang pesat di bandar Bintulu kekurangan rumah kos rendah juga menyebabkan penduduk setinggan semakin meningkat. Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah menyebabkan penduduk tidak mampu memiliki rumah yang mahal. Kos hidup yang semakin tinggi di Bandar Bintulu telah menyebabkan kos rumah meningkat dan kekurangan rumah kos rendah. Kebanyakan penduduk yang berpendapatan rendah antara gaji RM 500 hingga RM 1000 atau mereka yang sedang mengalami pengangguran telah menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyewa rumah dan membeli rumah yang berkos tinggi. Dengan keadaan ini, sebahagian penduduk terpaksa meneroka tanah terbiar atau tanah kosong milik kerajaan untuk mendirikan rumah tanpa kebenaran. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan kawasan tempat kerja mereka juga merupakan salah satu sebab mereka memilih kawasan setinggan kerana dapat menjimatkan kos pengangkutan mereka. Oleh itu, secara mudah mereka telah mendirikan rumah secara haram yang tidak bersewa dan murah sebagai pilihan utama mereka.

3.0 Kesan-kesan penduduk setinggan terhadap bandar Bintulu

Penduduk setinggan ini jika tidak dibendung dengan segera ia akan datang pelbagai kesan yang negatif kepada bandar serta masyarakat sekitar. Antara kesan yang dapat dilihat adalah penduduk setinggan dapat menggugat kemajuan dan pembangunan bandar. Dengan susunan bagi penempatan yang tidak teratur ini telah mengganggu proses pembangunan di bandar Bintulu. Pihak kerajaan perlu bertanggung dengan menyediakan pelbagai bentuk kemudahan infrastruktur yang diperlukan dan menyediakan rumah kos rendah kepada mereka. Keadaan ini berlaku adalah untuk mengurangkan bilangan penduduk setinggan dan proses perbandaran dapat dijalankan dengan lancar. Ini telah membebankan kerajaan untuk membangunkan bandar-bandar dan meningkatkan kos perbelanjaan untuk membangunkan sesuatu kawasan.

            Keselamatan masyarakat penduduk Bintulu juga akan terjejas kerana di kawasan setinggan biasanya akan menimbulkan pelbagai masalah jenayah. Hal ini disebabkan kawasan setinggan biasanya mempunyai penduduk yang berpendapatan rendah atau golongan PATI dan mereka yang kekurangan wang akan melakukan jenayah seperti mencuri, ragut, pergaduhan dan sebagainya. Kawasan setinggan atau rumah didirikan secara haram juga boleh dijadikan sebagai pusat pelacuran, perjudian, perdagangan yang haram dan lain-lain. Dengan ini, keselamatan bagi kawasan setinggan adalah teruk kerana kawasan tersebut telah sebagai tempat persembunyian penjenayah dan ia sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa. Oleh itu, kawasan setinggan ini dapat menjejaskan keselamatan penduduk di bandar Bintulu keran terdapat banyak kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.

            Di samping itu, kewujudan penduduk setinggan juga dapat mengancam kesihatan penduduk di bandar Bintulu. Kewujudan setinggan ini bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah malah penduduk setinggan juga dapat mengancam kesihatan penduduk sekitarnya. Hal ini disebabkan di kawasan yang kekurangan kemudahan asas seperti air dan elektrik dan tiada pembersihan pentadbiran membersih di kawasan tersebut akan menyebabkan penyakit berjangkit berlaku di kawasan tersebut. Penyakit seperti ciri-biri, denggi, taun, dan lain-lain yang mengancam kesihatan penduduk sekitarnya. Rosliah Binti Basnuh (2011) telah menyatakan kawasan setinggan bagi pendatang asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaskan alam sekitar. Dengan persekitaran yang kotor dan dicemari oleh sampah sarap boleh menyebabkan penyakit berjangkit berlaku. Hal ini kerana persekitaran yang kotor akan meningkatkan risiko wabak penyakit yang dibawa oleh vektor seperti lalat dan nyamuk.

 

4.0  Langkah Mengatasi Penduduk Setinggan

Terdapat banyak langkah yang boleh mengatasi isu penduduk setinggan yang semakin meningkat di bandar Bintulu. Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah pihak kerajaan perlu menyediakan rumah kos rendah kepada rakyat terutamanya bagi penduduk yang berpendapatan rendah. Bagi mengurangkan penduduk setinggan di bandar, pihak berkuasa perlu menyediakan kawasan perumahan yang baik serta bersesuaian dengan pendapatan penduduk supaya penduduk mampu memiliki rumah yang berkos rendah. Kawasan perumahan membina di lokasi yang strategik supaya tidak membebankan penduduk untuk mencari rezeki. Pihak kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pihak swasta agar dapat mengurangkan jumlah bayaran sewa rumah supaya penduduk tidak perlu membebani pelbagai tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Oleh itu, penduduk setinggan akan berkurangan kerana mereka mampu memiliki rumah yang berkos rendah.

            Pihak berkuasa juga boleh melaksanakan undang-undang dengan lebih tegas bagi mengurangkan penduduk setinggan di bandar Bintulu. Undang-undang bertujuan mengekalkan dan mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat dan juga bertujuan memberhentikan dan menghalang ahli masyarakat daripada melakukan perkara jahat atau tidak bermoral (Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2015 ).Tindakan ini dapat memberi amaran kepada penduduk yang ingin mendirikan rumah secara haram dan juga dapat memberi hukuman yang lebih berat kepada penduduk yang mendirikan rumah tanpa kebenaran. Hukuman yang boleh diberi adalah hukuman penjara atau denda wang. Penduduk setinggan seharusnya memberi kerjasama kepada pihak kerajaan dan haruslah berpindah apabila pihak kerajaan mengambil penempatan tersebut supaya tidak didenda atau dihukum oleh pihak berkuasa. Dengan langkah ini, penduduk setinggan dapat memberikan kerjasama kepada usaha kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan. Jadi, dengan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih tegas dapat membantu pihak berkuasa mencapai setinggan sifar di bandar Bintulu.

Seterusnya, pemberian subsidi oleh pihak kerajaan juga boleh mengurangkan penduduk sentinggan. Menurut Iwan shu dan Aswad Shuaib (2019), pemberian subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai beberapa tujuan strategi dan ia tidak semestinya dalam bentuk wang atau barang kepada rakyat. Pemberian subsidi boleh dalam pelbagai aspek seperti subsidi minyak kereta, subsidi sewa, elaun keperluan harian dan lain-lain. Subsidi ini dapat membantu penduduk mengurangkan beban dari segi kewangan supaya penduduk dapat meneruskan kehidupan terutamanya bagi penduduk yang berpendapatan rendah. Subsidi yang diberi oleh pihak kerajaan dapat meringan dari segi kewangan penduduk dan meningkatkan kualiti hidup penduduk. Jadi kualiti penduduk di bandar Bintulu meningkat maka penduduk setinggan juga akan berkurangan. Oleh itu, dengan pemberian subsidi oleh pihak kerajaan kualiti penduduk meningkat maka masalah penduduk setinggan dapat dikurangkan.

 

 

 

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kejadian penduduk setinggan ini berpunca daripada kemiskinan dan ketiadaan peluang terhadap perumahan. Penempatan setingga ini kebiasaannya memberikan tanggapan yang negatif kepada masyarakat sekitar. Isu ini bukan sahaja menyalahi di sisi undang-undang maka ia juga menjejaskan proses pembandaran di sesuatu bandar. Dengan ini, pihak berkuasa di bandar Bintulu haruslah mengambil tindakan serius dalam mengatasi masalah tersebut dengan mewujudkan penempatan baharu dengan menyediakan perumahan kos rumah rendah supaya dapat mengurangkan bilangan penduduk setinggan di bandar Bintulu. Dengan adanya langkah penyelesaian dan persekitaran yang selamat dapat menyelamatkan generasi muda daripada tergelincir dalam aktiviti kurang sihat serta membantu masyarakat atau penduduk bandar Bintulu mengelakkan pelbagai masalah sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2015, August 15). Penguatkuasaan undang-undang perlu tegas. BH Onlinehttps://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74862/penguatkuasaan-undang-undang-perlu-tegas

IWAN SHU, & ASWAD SHUAIB. (2019, October 17). Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini. mStarhttps://www.mstar.com.my/klik/2019/10/17/kpdnhep-subsidi

Jalihah Md. Shah. (2010). Penghuni setinggan dan strategi kelangsungan sosio-ekonomi di Kota Kinabalu, Sabah. Borneo Research Journal4, 91-104.

Nor 'Asyikin Mat Hayin. (218). Menangani miskin bandar. myMentro. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/09/380572/menangani-miskin-bandar

Patricia Gari. (2019, May 3). Bahagian Bintulu masih dibelenggu masalah setinggan. Utusan Borneo Onlinehttps://www.utusanborneo.com.my/2019/05/03/bahagian-bintulu-masih-dibelenggu-masalah-setinggan

ROSLIAH BINTI BASNUH. (2011). Kewujudan penempatan setinggandikatakan mencemarkan kawasan persekitarankawasan perbandaran dan menjadi punca kepadapelbagai permasalahan dan penyakit sosialhttps://www.scribd.com/doc/62469672/Kebaikan-Dan-Keburukan-Setinggan

 

 

Nama: CHAN CHEW MEE

No.Matrik: D20201094351

Kpumpulan B


Virus-free. www.avast.com

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...