Monday, August 8, 2022

ISU BANJIR DI KAWASAN DAERAH PERAK TENGAH, PERAK .

ISU BANJIR DI KAWASAN DAERAH PERAK TENGAH, PERAK .

AL-MUIZZUDDIN HAKIM BIN IBRAHIM

D20182085901

 

1.0  Pengenalan

 

Daerah Perak Tengah terletak di tengah-tengah negeri Perak dan berkongsi sempadan dengan Daerah Kuala Kangsar di utara, Daerah Hilir Perak di selatan, Daerah Manjung di barat, dan Daerah Kinta ke timur. Daerah ini telah ditubuhkan pada tahun 1936, yang sebelum ini merupakan sebahagian kecil daripada Daerah Kuala Kangsar, Hilir Perak, Manjung, dan Kinta. Penduduk daerah ini, yang mempunyai keluasan persegi 1282 km2, adalah 67,290 dalam bancian yang diambil pada tahun 1991. Pertanian, yang merangkumi pengeluaran beras, getah, kelapa sawit, dan buah-buahan seperti durian dan lain-lain, menyediakan sebahagian besar penduduk daerah dengan mata pencarian. Pentadbiran Daerah Perak Tengah ini ialah Bandar Seri Iskandar. Kawasan yang terbabit dengan banjir ialah kawasan yang berada selalunya yang kawsan yang berada dipinggir sungai, dekian itu rajah satu menunjukan Peta Daerah Perak Tengah, Perak .

 

Kawasan Pentadbiran Perak Tengah

·         Parit

·         Kampung Buluh Akar

·         Tanjung Belanja

·         Bota Kanan

·         Seri Iskandar

·         Titi Gantung

·         Kampung Gajah

 

Map    Description automatically generated

Rajah 1 Menunjukan Peta Daerah Perak Tengah, Perak .

 

 

2.0 Kejadian Banjir

 

Punca banjir di negeri Perak ialah berpunca taburan hujan yang luar biasa. Demikian itu mengakibatkan hujan lebat luar biasa dikenal pasti menjadi punca berlakunya banjir kilat. Taburan hujan tinggi menyebabkan sungai utama iaitu sungai perak tidak dapat menampung jumlah air yang banyak. Setiap tahun perak tengah sebenarnya berlaku banjir tetapi tidak seteruk yang daerah- daerah di negeri perak. Kawasan yang terbabit dengan banjir ialah kawasan yang berada selalunya yang kawsan yang berada dipinggir sungai, demikian itu rajah dua menunjukan jalur biru ialah jalur Sungai Perak yang berada dikawsan perak tengah. Dari Hulu Perak, Beting Beras Basah berhampiran Bagan Datoh, dan Selat Melaka, Sungai Perak mengalir sepanjang 400 km. Selepas Sungai Pahang, Sungai Perak ialah sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia. Banjir yang paling teruk yang berlaku di daerah perak tangah ialah pada tahun 2014. Salah satu banjir terbesar dalam sejarah Malaysia berlaku pada Disember 2014, menjadikannya salah satu kejadian terburuk yang pernah berlaku (Zulkifli Yusop dan Abdul Hamid Mar Iman, 2020). Daerah Perak Tengah turut terjejas oleh keadaan yang kawasan yang 3 kilometer dari arah sungai perak pasti terjejas banjir.

 

Map    Description automatically generated

Rajah 2 Menunjukan jalur biru ialah jalur sungai perak yang berada dikawsan perak tengah.

 

 

3.0 Faktor Berlakunya Banjir

 

Banyak pembolehubah menyumbang kepada potensi bencana banjir di derah Perak Tengah. Secara umum, boleh dikatakan bahawa kedua-dua kuasa semula jadi dan manusia menyumbang kepada fenomena banjir. Faktor mengalami banjir akibat beberapa sebab semula jadi, termasuk hujan lebat musim tengkujuh. Kualiti hujan yang dikaitkan dengan perkembangan banjir termasuk intensiti, hujan berterusan dalam jangka masa yang lama, kejadian berleluasa, kekerapan, dan isipadu hujan menurut Sharifah Meryam, 2012. Setiap tahun kawasan yang kurang dari lima ratus meter dari arah sungai perak pasti kerjejas di akibatkan banjir demikian itu yang terjejas teruk ialah pertenakan dan kediaman. Tabuan hujan yang tinggi di bahagian hulu sungai salah satu faktor berlaku pasar air naik yang mengakibatkan banjir di pinggir sungai Daerah Perak Tengah.  Berikut rajah tiga menunjukan jalur Sungai Perak dari hulu sungai hingga hilir sungai.

 

 

Seterusnya, sistem perparitan punca banjir di di Derah Perak Tengah. Ini didakwa berlaku berikutan peningkatan pembendungan sungai dan longkang saliran air untuk pembinaan rumah. Bagi membantu petani sawah padi yang dahulunya ditanam dengan tanaman. Peristiwa sebegini memudahkan banjir berlaku kerana sungai-sungai semasa tidak lagi dapat menyimpan hujan. Akibatnya, sungai akan melimpah, mengakibatkan banjir kilat. Selain itu, masalah ini menjadi lebih teruk apabila orang ramai membuang sampah dan sampah rumah ke dalam sungai dari rumah mereka. Kerana kelalaian penduduk, sampah kini dibuang ke sungai, parit, dan longkang. Tanpa mengambil kira kesan daripada tindakan mereka, mereka memilih laluan yang mudah. Mereka tidak mengambil kira akibat daripada perbuatan yang akan mengakibatkan sungai terhalang dan tidak dapat beroperasi, kerana percaya bahawa sisa itu akan mengalir bersama air. Serpihan yang menyumbat sistem perparitan dan menghalang aliran air akhirnya akan menyebabkan air melimpahi tebing sungai. Malah, isu ini memberi kesan negatif yang menyumbang kepada pencemaran sungai dan juga kejadian banjir.

 

 

Dimanakah Punca Sungai Perak Yang Sebenarnya

Rajah 3 Menunjukan jalur Sungai Perak dari hulu sungai hingga hilir sungai.

 

 

 

4.0 Kesan Banjir

 

Selain itu, kejadian banjir juga mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda. Banyak peralatan rumah yang tidak dapat dipelihara akan ditenggelami air banjir apabila ia masuk ke dalam rumah. Selain itu, terdapat barang-barang tertentu yang akan dibawa oleh aliran sungai, menjadikannya tidak berguna. Kampung-kampung akan mengalami kerugian yang besar akibat daripada kesusahan ini. Mereka terpaksa membelanjakan sejumlah besar wang untuk pembaikan untuk memulihkan rumah mereka seperti sedia kala. Harga pembaikan ini juga diperlukan untuk membersihkan rumah sekali lagi dari kotoran dan sampah yang dibawa oleh air. Demikian itu kerosakan jalan raya menyukarkan penjalan yang mengakibatkan kerana perlu melalui jalan yang jauh untuk sampai ke distinasi.Di samping itu, kejadian banjir akan menyebabkan masalah kesihatan kepada penduduk setempat. Jangkitan berjangkit yang disebarkan melalui banjir mungkin berlaku semasa dan selepas ribut. Demam kepialu, taun, hepatitis A, penyakit usus, dan keracunan makanan adalah beberapa daripadanya.

 

Banjir adalah sejenis bencana alam yang mempunyai beberapa kesan negatif ke atas kawasan yang terjejas. Petani yang menguruskan sawah merupakan sebahagian besar penduduk di Seberang Perak dan perternakan dipinggir sungai terkesan diakiabatkan banjir. Kemusnahan sejumlah besar padi yang belum dituai semasa banjir akan mengakibatkan petani kehilangan sumber pendapatan utama mereka. Menurut Khairul Maidin,2015, bencana banjir bukan sahaja menyebabkan kawasan tanaman tertentu tidak dituai tetapi juga menyebabkan tanaman padi kekurangan beberapa nutrien penting. Keadaan ini akan mengakibatkan kekurangan ketersediaan zink di kawasan pertanian, yang akan menurunkan pengeluaran beras. Senario seperti ini akan mengakibatkan penurunan dalam pengeluaran beras domestik serta peningkatan import beras dari negara lain. Akibatnya, musibah banjir ini turut memberi kesan kepada ekonomi negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

5.0 Langkah Mengatasi

 

Sungai dan parit mungkin didalamkan untuk memastikan banyak air dapat mengalir melaluinya buat seketika. Hal ini kerana banjir lebih mungkin disebabkan oleh kedangkalan sungai, yang berpunca daripada pemendapan sungai yang pasir dari hulu sungai dan sampah yang dibuang ke dalamnya . Oleh sebab itu, lumpur dan sedimen di dasar sungai mesti digali semula untuk mendalamkan sungai dan parit. Apabila telah banyak hujan, sungai tidak dapat menampung air dan akan melimpah sehingga menyebabkan banjir kilat dan banjir kilat.. Pihak berkuasa juga perlu merangka pelan untuk membina sistem perparitan yang berkesan atau sungai buatan yang sungai air cepat mengalir ke hilir sungai. Menurut penegasan ini, sistem perparitan yang sesuai untuk kapasiti air semasa musim banjir boleh mengurangkan akibat banjir (Khairul Maidin, Nor Amna & Mohd Syauqi Nazmi, 2015). Selain  itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengelakkan banjir. Membina benteng yang tinggi di sepanjang tebing sungai sungai adalah satu tindakan yang boleh dilaksanakan. Untuk menghentikan banjir besar melanda masyarakat Daerah Perak Tengah, struktur ini perlu disegerakan. Demikian ini, kampung-kampung sungai pinggir Sungai Perak di Daerah Perak Tengah tidak akan berlakunya banjir atau kurangnya kesan daripada banjir.

 

6.0 Kesimpulan

 

Keseluruhannya Daerah Perak Tengah setiap tahun sering berlaku terkesan akibat banjir. Walau bagaimanapun, kejadian banjir yang terkini teruk yang menipa daerah yang lain. Perancangan pengaliran perparitan dan sungai amat penting untuk elak dari padan banjir berlaku. Oleh itu bagi masyarakat pemilihan penepatan dan cara mengatasi amatlah penting untuk elak daripada kediaman kita terkena banjir. Demikian itu, badan yang bertanggungjawab seperti JPS (Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak) perlu la membuat kajian semula untuk memastikan kesan banjir dapat dikurangkan pada masa mendatang.

 

 

No comments:

Post a Comment

Task individu

Nama : Rahmi No matriks : D20212101343 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Maaf dr saya terlambat nak hantar tugas ni karena awa...